Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL

MINGGU 3

Masalah

Pada minggu ke 3, saya telah menghadapi masalah penggunaan masa yang tidak
tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang dirancangkan
tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan
masalah bagi memulakan proses pengajaran yang selari dengan rancangan
pengajaran harian.

Analisis
Masalah ini timbul kerana murid-murid memasuki kelas agak lewat selepas waktu
rehat. Selepas rehat, murid-murid dikehendaki beratur terlebih dahulu di tapak
perhimpunan untuk mendengar amanat dan pengumuman dari guru bertugas pada
setiap hari. Ianya biasanya mengambil masa selama 3-5 minit. Manakala murid-
murid pula berlenggang-lenggok balik ke kelas masing-masing sebaik sahaja tamat
perhimpunan sementara dan mengambil masa yang lama untuk balik ke kelas dan
masuk ke bengkel Kemahiran Hidup. Secara tidak langsung, masa pembelajaran
telah diambil dan p&p tidak berjalan seperti yang dirancangkan. Hamper 10-15 minit
pertama berlalu begitu sahaja.

Cadangan

1. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada setiap waktu pembelajaran
selepas rehat supaya proses p&p dapat berjalan dengan lancer seperti yang
dirancangkan.
2. Saya akan memberi amaran kepada murid supaya memasuki kelas dengan
cepat dan bersedia untuk masuk ke bengkel pada waktunya. Ketua dan
penolong ketua kelas diberi peranan untuk mengingatkan murid-murid lain
supaya bergerak pantas selepas waktu rehat.
3. Saya akan mendapatkan nasihat dan bimbingan dari guru pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain untuk mengatasi masalah
ini.
4. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa
dalam sesuatu proses p&p agar dapat menguruskan masa dengan lebih baik.
Tempoh masa

Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa
yang bijak adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses p&p. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu akan mengganggu
perancangan yang telah saya buat dan objektif p&p tidak akan tercapai.

Penilaian Kejayaan

Saya akan melihat sejauh mana murid-murid ini mampu mematuhi peraturan
yang telah saya tetapkan dan mampukah mereka hadir ke bengkel Kemahiran
Hidup tepat pada waktunya.

Tindakan Susulan

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan


objektif-objektif dan aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan.

Anda mungkin juga menyukai