Anda di halaman 1dari 12

Ê Ê

   

Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak ( movement ) yang dilakukan oleh seseorang itu
akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut.

Pergerakan Asas pula bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan
pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan
kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk
belajar. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.
Pergerakan asas terdiri daripada tiga aspek pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, bukan
lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek
yang berikut iaitu ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan, permainan, kemahiran gimnastik.

Ê  

Konsep pergerakan asas terbahagi kepada 4 iaitu :

1.‘ Kesedaran ruang.


2.‘ Kesedaran tubuh badan.
3.‘ Beban .
4.‘ Ruang.

‘ Ê

Kesedaran ruang melibatkan lokasi, arah , aras , laluan dan ekstensi.


-‘ Lokasi ± ruang diri dan ruang am.
-‘ Arah ± ( atas- bawah ), ( kiri-kanan ), ( depan belakang )
-‘ Laluan ± lurus , melengkung , zig ± zag.
-‘ Ekstensi ± ( besar ± kecil ) , ( jauh ± dekat )

Kesedaran ruang menentukan arah pergerakan tubuh badan. Ia juga dapat mengesan
tempat pergerakan, arah pergerakan dan dari mana datangnya gerakan.

c
‘ Ê 

Elemen asas yang terdapat dalam kesedaran tubuh badan ialah :


-‘ Gerak laku asas tubuh.
-‘ Aktiviti gerak laku anggota ± anggota tubuh.
-‘ Aktiviti serta bentuk ± bentuk tubuh badan.

Manakala kesedaran tubuh badan dalam lakuan bahagian tubuh badan memfokuskan
fungsi bahagian tubuh badan yang menyokong tubuh badan serta membimbing dan
memikul berta badan.

‘ 

Beban pula melibatkan kelajuan sesuatu pergerakan. Ia juga menitikberatkan akan


kekuatan. Antaranya.
-‘ Masa : cepat ± lambat.
-‘ Daya : kuat ± ringan.
-‘ Aliran : bebas ± terikat.

 ‘  

Perhubungan adalah berkaitan dengan objek dan manusia. Sebagai contoh;


1.‘ Objek : atas ± bawah, dekat ± jauh, keliling ± sisi, bertemu ± berpisah.
2.‘ Manusia. Memimpin ± ikat, solo, berpasangan dan berkumpulan.

0
- - Ê 

Pergerakan asas terbahagi kepada 2 kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik.

 ‘ Ê !

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan -


gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif ( meliputi
aktivti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesakan masalah dan
melahirkan perasaan masing-masing ( expression functional ).

?  

?  ‘
 

  


[  "[  ÊÊ 

Pendekatan pergerakan kreatif digunakan didalam pergerakan asas Bagi mempertingkatkan


potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya dalam menginterpretasi idea,
perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik. Pengalaman pergerakan kreatif
dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

G
0 ‘  # 

Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-ulang,
malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), dan kesedaran
kinestetik seperti hambur tangan dan dirian tangan. Konsep asas gimnastik terbahagi
kepada tiga iaitu kelenturan, imbangan dan koordinasi. Ketiga-tiga konsep tersebut
memainkan peranan penting dalam melahirkan ahli gimnastik. Dalam erti kata lain,
ketiga-tiga konsep tersebut merupakan asas penilaian terawal seseorang individu yang
ingin menceburkan diri dalam sukan gimnastik.

‘ Ê  #

Imbangan ialah kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata
di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri-ciri kesepaduan
unsur-unsur estetik yang menarik. Imbangan juga boleh difahami sebagai
kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam
keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Contoh-contoh imbangan
ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat serta
meluncur yang merupakan antara lakuanmemindahkan beban yang lazim. Contoh
lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga berjalan di
atas bangku gimnastik›

aa ‘ Ê Ê
   

Kelenturan ialah keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak


dengan sepenuhnya. Contoh ialah membongkok badan ke hadapan. Menurut
Safrit & Wood (1995), kelenturan boleh didefinisikan sebagai julat pergerakan
sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke ekstensi ataupun ekstensi ke fleksi.
Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok. Ekstensi pula adalah
pergerakan untuk meluruskan. Contoh bagi teori ini ialah gerakan ayunan lutut
pada kegiatan gerak jalan.
Gerakan ayunan ke depan merupakan (ante) fleksi dan ayunan ke belakang
disebut (retro) fleksi / ekstensi. Ayunan ke belakang yang lebih lanjut disebut

ë
hiperekstensi. Manakala menurut Johnson & Nelson (1986), kebolehan anggota
dan sendi bergerak melalui julat pergerakan tanpa tekanan yang berlebihan pada
bahagian ³ artikulasi´ dan penyambung otot.

‘ Ê Ê   

Konsep koordinasi dapat dilihat melalui pergerakan yang melibatkan keselarasan


antara mata, tangan, kaki, dan badan. Koordinasi menyelaraskan sistem-sistem
dan organ serta penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara
bersepadu. Contoh aktiviti,ialah melambung dan menyambut bola besar atau
pundi kacang yang mana memerlukan keselarasan mata, tangan,kaki dan badan
untuk melambung dan menyambut bola tersebut. Koordinasi badan terdiri
daripada koordinasi kimia dan juga koordinasi saraf.
Koordinasi kimia ialah bergandingan dengan koordinasi saraf serta dikawal oleh
hormon dan kelenjar endokrin. Hormon ialah bahan kimia dalam badan yang
mengawal aktiviti badan dan dihasilkan oleh bahagian badan yang disebut sebagai
kelenjar endokrin. Kelenjar endokrin digelar kelenjar tanpa duktus kerana ia
membebaskan hormon terus ke dalam aliran darah kita.
Terdiri daripada enam jenis kelenjar endokrin utama iaitu pituitari, tiroid, adrenal,
pankreas, ovari dan juga testis. Jika kuantiti hormon ini tidak seimbang ia akan
mencacatkan aktiviti badan dan contohnya ialah jika hormon yang dikeluarkan
dari pankreas tidak mencukupi seseorang akan mengidap kencing manis. Dengan
ini, secara tidak langsung mengganggu koordinasi dalam melakukan aktiviti.

†
Ê$% Ê

Di dalam pergerakan asas terdapat 3 kemahiran iaitu;

1.‘ Kemahiran Lokomotor.


2.‘ Kemahiran Bukan Lokomotor.
3.‘ Kemahiran Manipulasi Alatan.

 ‘ Ê# &  #   

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

Ê &  #  
Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor
digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan
itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini
melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

%
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

%&'
Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus,
bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain

$
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam
keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal

Ë
&  #  

-&
Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:
1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
2. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan
3. Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan
4. Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
5. Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
6. Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
7. Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan
8. Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan
9. Berjalan naik tangga

&
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:
1. Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
2. Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.
3. Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
4. Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat
di berikan dan berlari semula
5. Berlari kehadapan serta berundur kesisi
6. Berlari mengikut seorang ketua
7. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
8. Berlari mengikut arah zig zag
9. Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

'
$& $
Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:
1. Melompat seperti rusa melompat pagar
2. Melompat tali atau garisan di atas lantai
3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai
4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
9. Melompat sambil mengubah arah lompatan

$& $Ê  


Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan
jasmani ialah seperti berikut:
1. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat
kiraan
2. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan
3. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan
mengikut isyarat
4. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

$ÊÊ
Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:
1. Merangkak melalui pelbagai halangan
2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat
4. Merangkak melalui tali


´

 ‘ Ê# &  #   

Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan
mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi
penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga
dan menjadikan bentuk badan yang menarik badan seharusnya berada dalam keadaan
fleksibel dan seimbang. Gerakan dalam aktiviti ini perlulah di buat dalam keadaan tenang
dan kurang tekanan.

&  #  


'

Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Duduk dalam keadaan bersila
2. Duduk dalam keadaan melunjur
3. Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan
4. Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit
5. Duduk dalam keadaan kaki keatas dengan gaya mengayuh basikal
6. Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki
7. Duduk melutut
8. Duduk mendekam

o


Di antara aktiviti berdiri yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Berdiri lurus
2. Berdiri dengan membongkok ke hadapan
3. Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya
dengan kaki kanan
4. Berdiri dengan memusing pada paras pinggang
5. Berdiri dengan mengilas ke kiri dan ke kanan
6. Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan
seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut
kiri
7. Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki
8. Berdiri dengan memusing tangan ke kiri dan ke kanan

C.‘ Ê# $ ( (

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar
untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang
pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi
kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.

Ê Ê# $ ( (

Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Kemahiran manipulasi alat
hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini
memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal,mengawasi atau menangani
sesuatu.objek.
Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina

c
daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan
kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

$ ( (


Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:

$$& 
$&$'
Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan
jasmani ialah seperti berikut:
1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula
4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula

$)$'
Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:
1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula
4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan
5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

$$'Ê'&
Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:
1. Memukul alatan dengan tangan
2. Memukul alatan dengan gengaman
3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
4.‘ Melambung belon keudara dan kemudian memukul

cc
RUJUKAN.

Buku :

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan di Sekolah Rendah.

Bahan rujukan elektronik :

1.‘ Laman web


a.‘ Pendidikan Pergerakan, http://pjhyperx.blogspot.com/2009/04/pendidikan-
pergerakan.html ( 21 April 2009 ), Tarikh Akses : 26 Julai 2010.
b.‘ Gerakan Lokomotor & Bukan Lokomotor,
http://www.scribd.com/doc/29040681/Gerakan-Lokomotor-Bukan-Lokomotor (
27 Mac 2010 ), Tarikh Akses : 27 Julai 2010.
c.‘ Pergerakan Kreatif , http://www.scribd.com/doc/14100138/PERGERAKAN-
KREATIF ( 4 September 2009 ). Tarikh Akses : 27 Julai 2010.
d.‘ Konsep Pergerakan Asas, http://www.scribd.com/doc/12394711/Konsep-
Pergerakan-Asas ( 14 Febuari 2009 ). Tarikh Akses : 28 Julai 2010.

c0