Anda di halaman 1dari 6

Di sebuah hutan yang penuh dengan

buah-buahan, tinggal sang kancil


bersama kawannya kura-kura. Mereka
hidup saling membantu antara satu sama
lain.
Tiba-tiba datang seekor monyet yang
liar. Ia mengganggu ketenteraman
penghuni hutan tersebut dengan bergayut
ke sana ke mari.
Apabila lapar ia makan buah-buahan
yang ada tanpa minta kebenaran sang
kancil. Monyet ternampak sang kancil
sibuk bekerja lalu mendekatinya.
“Aku mahu makan buah dari pokok
yang kamu tanam itu,” kata monyet.
“Jangan, jangan monyet, kita tidak boleh
makan buah ini! Kata kancil pula.
Monyet berlari lalu mencapai buah
tersebut dan terus memakannya. Tiba-tiba
monyet menjerit bertempiaran dan lari
lintang pukang seperti cacing kepanasan
kerana pedas.
Rupa-rupanya buah yang
dimakannya ialah cili. Itulah akibatnya
kerana tidak mendengar kata dan
terlalu tamak.

Anda mungkin juga menyukai