Anda di halaman 1dari 31

Topik 8 X Stratifikasi dan

Mobiliti Sosial
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan perbezaan di antara ketiga-tiga dimensi stratifikasi;
2. Menjelaskan bagaimana ahli sosiologi mengenal pasti kelas sosial;
3. Menghuraikan maksud mobiliti sosial dan bagaimana ia berlaku;
4. Menjelaskan perbezaan di antara stratifikasi sosial dan kelas sosial;
dan
5. Menerangkan kesan-kesan stratifikasi sosial.

X PENGENALAN
Kelas sosial mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan sosial manusia.
Individu dilahirkan ke dalam kelas sosial dan kelas sosial ini akan
mempengaruhi kewujudannya seperti mana faktor-faktor sosial yang lain juga.
Berdasarkan pemahaman ini maka penting untuk kita memahami mengapa
proses stratifikasi merupakan asas utama kepada sesebuah masyarakat.

Dalam kebanyakan masyarakat, ketidaksamaan dalam pendapatan, kekayaan,


kuasa, dan darjat merupakan fakta asas dalam kehidupan. Walau pun
masyarakat cuba mengelakkan daripada wujudnya ketidaksamaan ini tetapi
masyarakat masih tidak dapat menghapuskan adanya sistem kelas.

Contohnya, negara yang dahulu dikenali sebagai Soviet Union, cuba


mewujudkan masyarakat tanpa stratifikasi, tetapi masih ada perbezaan dalam
darjat dan ganjaran. Ahli masyarakatnya yang berada dalam Parti Komunis, iaitu
mereka yang elit, mendapat keistimewaan untuk diri dan keluarga mereka.
Contohnya, ahli Politburo dan setiausaha kebangsaan Parti Komunis memandu
kereta hitam Zil limosin, berharga $100,000 setiap satu, manakala kebanyakan
rakyat Rusia tidak berpeluang langsung memiliki kereta. Parti Cina Komunis
juga telah menjadi kelas yang memerintah berdasarkan kepentingan peribadi.
154 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

8.1 MEMAHAMI STRATIFIKASI


Manusia cenderung untuk meletakkan individu mengikut darjat dan ini telah
mewujudkan ketidaksamaan. Maka, terdapatlah mereka yang berada sebelah
atas dan di sebelah bawah hierarki.

Apakah perbezaan di antara stratifikasi dan kelas sosial? Stratifikasi sosial


bermaksud mewujudkan lapisan dalam populasi yang menguasai pembahagian
yang ketidaksamaan terhadap keperluan; pendapatan, kekayaan, kuasa dan
darjat. Setiap lapisan ini adalah kelas sosial iaitu sebahagian daripada populasi
di mana ahlinya memegang pembahagian yang sama ke atas keperluan yang
sukar diperolehi dan berkongsi nilai, norma, dan gaya hidup yang sama.
Bilangan kelas sosial dalam struktur stratifikasi adalah berbeza. Struktur
stratifikasi mungkin mempunyai kelas atasan atas, atasan tengah, atasan bawah,
pertengahan atas, pertengahan tengah, pertengahan bawah dan bawahan bawah.
Negara-negara membangun hanya mempunyai kelas atasan dan bawahan
sahaja.

Karl Marx dan Max Weber adalah mereka yang banyak menyumbang kepada
pengajian tentang stratifikasi dalam masyarakat. Marx menerangkan tentang
kepentingan ekonomi dalam kelas sosial manakala Weber pula menekankan
tentang aspek darjat dan kuasa dalam stratifikasi. Kajian kedua-dua tokoh ini
telah memberikan gambaran kepada kita bahawa stratifikasi mempunyai
multidimensi.

8.1.1 Dimensi Stratifikasi


Dalam membincangkan stratifikasi sosial, dua tokoh sosiologi yang terkenal
haruslah diambil kira iaitu Karl Marx dan Max Weber. Karl Marx mementingkan
dimensi ekonomi dalam menerangkan stratifikasi, manakala Max Weber lebih
tertumpu kepada dimensi-dimensi kuasa dan darjat.

(a) Dimensi Ekonomi: Karl Marx


Mengikut Marx faktor ekonomi adalah pembolehubah tidak bersandar
yang menerangkan tentang kewujudan kelas sosial. Weber pula melihat
dimensi ekonomi sebagai pembolehubah bersandar. Beliau lebih
mementingkan kesan ekonomi ke atas stratifikasi.

Marx mengenalpasti beberapa kelas sosial dalam zaman industri, iaitu


buruh, pembantu rumah, pekerja kilang, seniman, pengusaha kecil,
kapitalis mata wang dan meramalkan bahawa masyarakat kapitalis
akhirnya akan dikecilkan kepada dua kelas sosial sahaja. Mereka yang
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 155

mempunyai kapital, bourgeoisie akan memerintah manakala mereka yang


bekerja untuk mendapat gaji, proletariat akan diperintah. Kelas kapitalis
akan mengeksploitasi pekerja. Walaupun pekerja melakukan kerja
sepenuhnya, mereka akan menerima tahap gaji cukup untuk hidup
manakala kapitalis akan menikmati hasil pekerjaan pekerja. Marx
seterusnya meramalkan, disebabkan kapitalis menguasai hasil pengeluaran
(tanah, kilang), maka mereka akan memerintah dan mengeksploitasi buruh.
Kaum buruh pula tidak mempunyai apa-apa kecuali tenaga bekerja.

Mengikut Marx, semua aspek masyarakat kapitalis iaitu kerja, agama,


pemerintah, perundangan dan moraliti adalah ditentukan oleh ekonomi.
Kapitalis menguasai kesemua institusi sosial yang mana mereka
menggunakan untuk kepentingan sendiri. Mereka mampu menstrukturkan
sistem perundangan, sistem pendidikan dan kerajaan untuk memenuhi
kepentingan mereka. Mengikut Marx, semua masyarakat kapitalis adalah
merupakan sebuah struktur yang bersandar kepada ekonomi, ini yang
mengenal pasti sesebuah masyarakat.

Weber pula melihat masyarakat sebagai beberapa kelas sosial. Weber


mengenal pasti kesan hubungan manusia dengan institusi ekonomi. Weber
mendefinisikan ini sebagai peluang hidup iaitu kemungkinan menjamin
„perkara yang baik dalam hidup,‰ seperti perumahan, pendidikan,
kesihatan yang baik, dan makanan. Kemungkinan untuk mendapat
„perkara yang baik dalam hidup‰ ini ada kaitan langsung dengan sumber
ekonomi seperti pengurusan harta tanah, pendapatan, mewarisi, dan
faedah daripada pelaburan.

Keadaan kehidupan yang diukur dengan mengambil kira makanan,


pakaian, perumahan atau kesihatan telah meningkat lebih baik di Eropah
dan Amerika. Sungguh pun begitu masih terdapat ketidaksamaan ekonomi
di kalangan negara-negara di barat, tidak terkecuali Amerika sendiri.
Untuk memahami sejauhmana terdapat ketidaksamaan ekonomi maka kita
perlu bezakan di antara pendapatan dengan kekayaan. Pendapatan adalah
bilangan wang yang diterima dalam jangka masa tertentu oleh individu
atau kumpulan. Kekayaan pula merujuk kepada semua sumber ekonomi
yang dimiliki oleh individu atau kumpulan.

Apakah kesan kepada peningkatan ketidaksamaan pendapatan?

Akibat daripada ketidaksamaan pendapatan ialah:


• Penjagaan kesihatan yang tidak memuaskan;
• Pemakanan yang terhad;
156 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

• Kualiti perumahan yang rendah; dan


• Kurang perlindungan polis.

Ini adalah di antara keadaan yang merugikan akibat peningkatan di antara


golongan yang kaya dan miskin di Amerika. Perbezaan ini juga telah
membawa kepada:
• Rendahnya tahap pendidikan sebab peningkatan kemasukkan ke kolej
bermakna peningkatan juga kepada tahap pendapatan.
• Kurangnya bilangan mereka yang berkelulusan masuk ke dalam
pasaran pekerjaan, mengakibatkan kurangnya perkembangan tenaga
pekerja mahir.
• Ini akan menjejaskan kualiti tenaga pekerja sebab bertambahanya
pendapatan yang rendah akan seterusnya membawa kepada
pencapaian akademik pelajar yang rendah di semua peringkat
persekolahan.
• Seterusnya ini akan mempengaruhi perkembangan pekerjaan
berdasarkan perbezaan pendapatan.

(b) Dimensi Kuasa: Max Weber


Kuasa mempunyai keupayaan untuk mengawal tingkahlaku manusia
walaupun bertentangan dengan kehendak mereka. Individu atau
kumpulan yang mempunyai kuasa mampu untuk menggunakannya untuk
kepentingan diri sendiri tetapi bukan untuk masyarakat sejagat.

Apakah yang dimaksudkan dengan stratifikasi kuasa?

Mengikut Karl Marx, manusia yang mempunyai dan mengawal kapital


adalah mereka yang mempunyai kuasa. Ahli sosiologi bersetuju manusia
yang berjaya dalam ekonomi merupakan mereka yang berkeupayaan
untuk meningkatkan kuasa mereka. Mereka yang mewah mempunyai
kuasa untuk mempengaruhi peraturan cukai agar memihak kepada
kepentingan mereka. Walau bagaimanapun ramai ahli sosiologi, bermula
daripada Weber, berpendapat bahawa kejayaan ekonomi dan kuasa tidak
semestinya bertindih. Pandangan ini berdasarkan beberapa hujah:

(i) Pertama, wang yang boleh digunakan untuk kuasa tidak semestinya
akan digunakan dengan cara ini. Wang adalah sumber untuk
meningkatkan kuasa tetapi ini bergantung kepada keputusan
menggunakannya untuk matlamat tersebut. Contohnya, terdapat
ramai keluarga yang kaya di Amerika tetapi mereka tidak
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 157

menggunakan sumber ekonomi mereka untuk meraih kuasa politik


seperti keluarga Kennedy.

(ii) Kedua, pemilikan wang melalui pengeluaran bukan hanya


merupakan asas kepada kuasa. Mereka yang mempunyai kepakaran
ilmu juga boleh menggunakannya untuk memperkembangkan kuasa
mereka. Contohnya, ramai peguam mengalihkan sebahagian besar
daripada kepakaran mereka kepada menguasai kuasa. Kemahiran
bertutur juga adalah kemungkinan satu lagi sumber. Kemasyhuran
adalah faktor yang memberi peluang kepada Albert Einstein
dipelawa untuk menjadi presiden Israel pada tahun 1952. Beliau
bagaimana pun menolak dengan mengatakan bahawa, „Saya tahu
sedikit sahaja mengenai alam semula jadi dan tidak langsung tentang
manusia.‰

(iii) Kuasa juga berkaitan dengan kedudukan sosial seseorang. Pegawai


yang dilantik mempunyai lebih kuasa berbanding dengan mereka
yang berpangkat rendah. Mereka yang memegang jawatan eksekutif
dalam bidang media massa adalah sangat berkuasa walaupun mereka
tidak kaya sangat.

(iv) Akhir sekali, manusia boleh mengatasi kekurangan sumber ini


sekiranya mereka mempunyai pengikut yang ramai atau mereka bijak
menguruskan sumber. Contohnya, Hitler berkeupayaan untuk
mengubah sumber yang terhad kepada pergerakan politik yang
berpengaruh. Beliau mendapat kuasa dengan berjanji untuk
mengubah negara Jerman daripada kemerosotan ekonomi selepas
Perang Dunia I.

(c) Dimensi Darjat: Max Weber


Dimensi ketiga stratifikasi sosial ialah darjat iaitu pengiktirafan,
kehormatan dan keagungan yang dikaitkan dengan kedudukan sosial
seseorang itu. Darjat didefinisikan sebagai budaya dan masyarakat
seseorang.

Bagaimanakah seseorang itu diberi kedudukan darjat?

(i) Pertama, penilaian sosial yang disenangi adalah berdasarkan kepada


norma dan nilai dalam sesebuah kumpulan. Ketaatan, keagungan,
kehormatan diberi kepada ketua dalam kumpulan Mafia, tetapi
ketua-ketua Mafia ini tidak mendapat darjat yang tinggi di luar
kumpulan mereka walaupun masyarakat Amerika mengkagumi
kegiatan pergerakan mereka.
158 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

(ii) Kedua, darjat tidak diberi secara sukarela atau dituntut. Ahli saintis
tidak boleh mencalonkan diri mereka untuk memenangi Hadiah
Nobel; wartawan tidak boleh menerima Hadiah Pulitzer; dan
eksekutif korporat tidak boleh menganugerahkan diri mereka doktor
kehormat. Pengiktirafan mesti datang daripada orang lain.

(iii) Ketiga, mereka yang dianugerahkan tahap darjat yang sama


berkongsi gaya hidup yang dapat dikenal pasti. Anak-anak mereka
berkemungkinan tinggi dapat masuk ke universiti swasta; anak-anak
dari keluarga kelas bawahan berkemungkinan tidak mendapat
tempat di kolej sama sekali.

Sejauh manakah keupayaan sumber berkait rapat dengan dimensi darjat?


Mereka yang mempunyai sumber ekonomi yang mencukupi mungkin
menggunakannya untuk meningkatkan darjat mereka; mereka boleh
memiliki barangan dan perkhidmatan untuk menunjuk-nunjuk
kemewahan mereka kepada orang lain. Thorstein Veblen menamakan
fenomena ini conspicuous consumption.

Contohnya, tetamu di rumah kediaman peranginan musim panas


Cornelius Vanderbilt di Newport, Amerika, mempunyai tujuh puluh bilik
dengan harga US$10 juta, tetamu boleh memilih di antara air masin dan air
tawar dalam bilik mandi; tetamu di kediaman mewah Baron Alfred de
Rothschild boleh memilih susu lembu dari Jersey, Hereford atau Shorthorn.
Manakala eksekutif di Ford Motor Company, Lee Iacocca dan rakan-
rakannya boleh menikmati menu makan tengah hari yang dihantar dari
mana-mana negara di dunia.

Bagaimanakah darjat diagihkan? Darjat diagihkan mengikut sistem nilai


sesebuah masyarakat. Mereka yang berstatus tinggi adalah yang
terpenting; dinilai sebagai paling tinggi dan mempunyai darjat tertinggi.
Masyarakat Amerika memandang tinggi kepada kemewahan dan kuasa
maka mereka akan meletakkan darjat yang tinggi kepada individu yang
kaya dan berkuasa. Dalam zaman moden ini sumber utama darjat adalah
yang berkaitan dengan pekerjaan.

Pembahagian darjat yang diletakkan kepada pekerjaan di Amerika adalah


seperti di Jadual 8.1. Ternyata pekerjaan kolar putih (doktor, peguam,
profesor) mendapat darjat yang lebih tinggi berbanding dengan mereka
yang berkolar biru (jurutera, mekanik kereta, tukang paip). Sebagaimana
diramalkan pakar bedah, peguam dan profesor menduduki darjat tertinggi
manakala penjaga bangunan, pemandu bas dan pengumpul sampah diberi
darjat yang paling rendah. Anda mungkin hairan apabila mubaligh dan
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 159

profesor diberi darjat yang lebih tinggi berbanding dengan pegawai bank.
Ini menunjukkan walaupun kekayaan dan kuasa biasanya menentukan
darjat seseorang itu tetapi terdapat juga pengecualian.

Jadual 8.1: Kaedah Penempatan Kendiri


Pekerjaan Darjat Skor
(Skor)
Pakar bedah 87

Peguam 75

Profesor 74

Jurutera 71

Pengetua sekolah 69

Ahli farmasi 68

Jururawat berdaftar 66

Akauntan 65

Ahli olahraga profesional 65

Guru sekolah rendah 64

Pegawai bank 63

Doktor haiwan 62

Pegawai polis 61

Pelakon 60

Penyunting/pemberita 60

Tekong TV 60

Peniaga 60
160 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

Guru taska 55

Pekerja sosial 52

Pengurus mayat 49

Pemain muzik jazz 48

Posmen 47

Ajen insuran 46

Setiausaha 46

Kerani bank 43

Penjual kereta 43

Mubaligh Kristian 41

Jurujual 36

Pemandu bas 32

Pelayan 29

Pengumpul sampah 28

Penjaga bangunan 22

Pelacur 14

Pengemis 11

Sumber: General Social Survey, National Opinion Research Center, 1996

AKTIVITI 8.1

Cuba anda senaraikan darjat pekerjaan mengikut pandangan


masyarakat di Malaysia.
 
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 161

Apakah asas penentuan darjat pekerjaan? Mengikut Robert Hodge, Paul Siegel,
dan Peter Rossi (1964), mereka mengatakan bahawa semua masyarakat
bergantung kepada beberapa faktor semasa membuat penilaian darjat pekerjaan.
Ada juga yang mengatakan bahawa asas penilaian ini sama dalam semua
masyarakat yang maju dan kurang maju. Darjat skor pekerjaan berbeza
mengikut:
• Pemampasan;
• Pendidikan;
• Kemahiran;
• Keperluan keupayaan;
• Kekuasaan berkaitan dengan pekerjaan;
• Kepentingan pekerjaan kepada masyarakat jelata; dan
• Gaya pekerjaan (pekerjaan kolar putih berbanding kolar biru).

Akhir-akhir ini gender juga telah memainkan peranan dalam darjat pekerjaan.

Mengapakah perbezaan budaya menilai pekerjaan dengan cara yang sama?


Donald Treiman menjalankan kajian di 60 negara termasuk Eropah barat dan
timur, Amerika utara dan selatan serta Afrika. Beliau merumuskan bahawa
semua masyarakat mesti mencapai sesuatu objektif. Contohnya, kedamaian
dalam negara mesti dikekalkan dan pelbagai barangan seperti makanan,
perumahan, pakaian, dan pengangkutan mesti dihasilkan dan diagihkan. Begitu
juga dengan pelbagai budaya memperkembangkan kedudukan pekerjaan yang
sama atas sebab fungsi yang sama. Ini adalah penerangan mengikut teori
funsional.

Masyarakat di seluruh dunia menyediakan darjat pekerjaan mereka mengikut


hierarki darjat yang hampir sama. Ini adalah disebabkan masyarakat boleh
mengawal sumber yang terhad berbanding dengan pekerjaan. Perbezaan
memperolehi sumber iaitu melalui kemahiran, pihak berkuasa, harta tanah,
kesemua ini mewujudkan kuasa yang berbeza. Kuasa untuk menguasai sumber
terhad digunakan untuk mendapatkan keistimewaan penghormatan. Kuasa dan
penghormatan digunakan untuk mendapatkan darjat. Dengan cara ini satu darjat
pekerjaan yang sejagat di dunia boleh diwujudkan. Cara ini dijelaskan mengikut
teori konflik.
162 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

SEMAKI KENDIRI 8.1

Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga dimensi stratifikasi?

8.1.2 Kewujudan Stratifikasi Peringkat Universal


Stratifikasi sosial bukanlah sesuatu yang boleh dilihat secara mikro sahaja, tetapi
boleh juga dilihat pada peringkat universal. Manusia dikelaskan mengikut darjat
atau kelas sosial; pada masa yang sama, negara-negara juga boleh turut
distratifikasikan menurut pendapatan ekonominya:
• Negara-negara berpendapatan tinggi;
• Negara-negara berpendapatan sederhana; dan
• Negara-negara berpendapatan rendah.

(a) Negara-negara Berpendapatan Tinggi


Amerika dilihat sebagai negara yang mempunyai banyak peluang dan
rakyatnya percaya bahawa terdapat peluang untuk meningkatkan kelas
sosial mereka kepada status yang lebih tinggi. Impian rakyat Amerika ialah
mereka percaya seseorang yang berada di tahap sederhana, berusaha dan
tidak putus asa akan mampu mencapai sebanyak yang dihajati. Berpusat
kepada kepercayaan ini ialah setiap individu yang dilahirkan dalam
keluarga miskin boleh menikmati kehidupan yang selesa iaitu ada sebuah
rumah, sebuah kereta, dan menghantar anak ke kolej. Sekiranya individu
tersebut berusaha lebih dan mengikut peraturan maka dia mampu
meletakkan dirinya dalam kelas pertengahan.

Adakah ini benar? Data tentang ketidaksamaan pendapatan dan kekayaan


mencerminkan terdapat sebilangan rakyat Amerika yang ketinggalan
dalam rebutan kekayaan ini; yang kaya menjadi semakin kaya sementara
yang miskin berada di tahap miskin atau menjadi lebih miskin. Kajian
tentang pencapaian status menunjukkan impian rakyat Amerika berbeza
daripada realiti hidup sebenar. Pencapaian status bergantung kepada
gender, bangsa dan etnik seseorang. Ada ahli sosiologi yang melihat
Amerika sebagai sebuah negara di mana terdapat „yang berada‰ dan „yang
tidak berada,‰ dan tidak ramai yang berada di antara kedua-duanya.

Analisa pendapatan menunjukkan bahawa rakyat Amerika yang berumur


di antara 25 hingga 75 tahun, separuh daripada mereka akan melalui
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 163

kemiskinan untuk jangka masa setahun, separuh pula akan menikmati


kehidupan mewah untuk setahun (10 kali ganda tahap kemiskinan) dan
hanya 2 % sahaja yang menghabiskan 50 tahun hidup mereka dengan
berada di antara tahap kemiskinan dan kekayaan (Rank & Hirschl, 2001).
Sementara usaha untuk keluar daripada kemiskinan menjadi semakin
sukar untuk mereka. Aaron Berstein (2003) mendapati 53% keluarga yang
miskin pada tahun 1900an masih lagi miskin pada akhir abad tersebut,
peratus yang lebih tinggi berbanding pada abad sebelumnya. Dalam masa
30 tahun peratus anak muda yang miskin iaitu 5% yang mempunyai ijazah
masih tidak berubah. Keupayaan untuk mereka mencapai status sosio-
ekonomi yang lebih tinggi berbanding dengan bapa mereka juga telah
menurun semenjak beberapa abad yang lalu. Beliau juga mendapati sukar
untuk masyarakat pendatang mencapai kejayaan ekonomi yang stabil.

Di antara sebab berlakunya perubahan ini ialah transformasi telah berlaku


dalam struktur pekerjaan. Perubahan industri telah menyingkirkan jawatan
yang bergaji tinggi dan menggantikan dengan jawatan yang bergaji rendah.
Apabila pekerjaan di bahagian pembinaan menurun maka kebanyakan
pekerjaan dibuka dalam sektor perkhidmatan dan perniagaan. Tetapi
sektor perkhidmatan mempunyai dua bentuk agihan pendapatan iaitu
pentadbir yang bergaji tinggi dan pekerja profesional seperti doktor dan
mereka berada di atas dan pekerja bergaji rendah seperti penjual burger
dan penjual telefon bimbit berada di bawah.

Walaupun ketidaksamaan telah meningkat, peluang yang sama mungkin


tidak akan wujud dan pendapatan keluarga menurun setiap tahun
semenjak tahun 1999 hingga 2004, namun kebanyakan rakyat Amerika
masih hidup selesa berbanding dengan mereka yang berada dari tahun
1970an dan awal 1980an. Ramai rakyat Amerika percaya bahawa mereka
mempunyai peluang yang lebih baik untuk memajukan diri mereka,
mereka telah lakukan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka, dan anak-
anak mereka akan mempunyai peluang yang lebih baik daripada mereka.

Negara-negara yang kaya di dunia, kebanyakannya merupakan negara


kapitalis seperti England, German, Peranchis, Norway, Finland, Denmark,
Sweden, dan Switzerland di Eropah barat; Australia dan New Zealand di
Oceania; dan Jepun di Asia, dan negara-negara Arab seperti Kuwait dan
Emiriah Arab Bersatu. Negara-negara ini menguasai kebanyakan kekayaan
di dunia. Disebabkan penekanan kepada kekayaan maka tahap kehidupan
rakyat di negara-negara tersebut, walapun ada yang miskin tetapi masih
lagi mewah berbanding dengan individu yang berpendapatan sederhana.
164 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

(b) Negara-negara Berpendapatan Sederhana


Negara-negara yang ekonominya di tahap sederhana adalah seperti negara
Rusia, Poland, Bulgaria, Republik Czech, Republik Slovak, Hungary,
Romania, Estonia, Latvia, Lithuania dan Cuba. Kesemua negara ini
dahulunya dibawah kuasa Rusia. Walaupun rakyat di negara-negara
tersebut adalah lebih mewah berbanding dengan mereka yang berada di
negara-negara yang berpendapatan rendah, mereka masih tidak menikmati
kehidupan mewah seperti rakyat di negara-negara yang berpendapatan
tinggi. Walaupun rakyat di negara-negara ini tinggal di kawasan bandar
tetapi terdapat peratus yang lebih tinggi tinggal di kawasan luar bandar
dan mengusaha aktiviti pertanian.

Kategori pendapatan sederhana meliputi negara-negara lain seperti


Mexico, Latin Amerika dan Amerika Selatan sehingga kepada sebahagian
Afrika, sehingga negara Thai, Malaysia, dan New Guinea di timur jauh.

(c) Negara-negara Berpendapatan Rendah


Ekonomi berpendapatan rendah berkisar kepada aktiviti pertanian.
Negara-negara yang terlibat merentas sempatan selatan Amerika sehingga
Afrika ke Cina seterusnya ke Indonesia. Populasi dalam negara-negara ini
adalah sangat tinggi. Dua pertiga populasi dunia tinggal dalam 60%
kawasan bumi.

Negara-negara ini mempunyai satu persamaan iaitu kemiskinan.


Kebanyakan rakyat di negara-negara berpendapatan rendah ini hidup
kurang daripada 7% daripada garisan kemiskinan rasmi Amerika. Mereka
ini hidup dalam kegelapan disebabkan mereka terperangkap dalam dua
pengikatan iaitu populasi mereka meningkat sementara mereka
mengekalkan tahap kelahiran tradisional yang tinggi.

SEMAK KENDIRI 8.2

Senaraikan ciri-ciri stratifikasi universal.

8.2 STRATIFIKASI MENGIKUT KELAS SOSIAL


Setelah memahami konsep stratifikasi secara umum, mungkin terlintas dalam
fikiran anda: apakah kepentingan atau implikasi kelas sosial ke atas kehidupan
anda? Fikirkan sejenak: adakah terdapat perbezaan peluang melanjutkan
pelajaran ke universiti di antara anak orang kaya dan anak orang miskin? Faktor
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 165

ekonomi banyak berkait rapat dengan kedudukan kelas sosial seseorang itu.
Sebelum kita mendalami lagi persoalan ini, marilah kita berbincang tentang cara-
cara menentukan kelas sosial.

8.2.1 Penentuan Kelas Sosial


Bagaimanakah kita menentukan kelas sosial? Dalam perbualan seharian, kita
akan bercakap tentang „kelas atasan,‰ „kelas pertengahan‰ dan „kelas
bawahan,‰ yang merujuk kepada kelas sosial sebagai kumpulan tersendiri.
Terdapat dua pegangan tentang konsep ini di kalangan ahli sosiologi.
Pandangan pertama ialah memang wujud kelas dalam masyarakat seperti kelas
kolar putih dan kelas kolar biru (the relational model). Pandangan kedua,
pembahagian kelas tidak jelas dan kabur disebabkan sifat kelas tersebut yang
tidak terganggu dan berterusan. Kelas sosial mempunyai persamaan di antara
satu kelas dengan yang lain dan ini mencerminkan kedudukan dan bukan
sesuatu yang telah ditetapkan.

Perbezaan kelas sosial boleh dikenal pasti melalui beberapa pendekatan:


• keadah objektif (objective method),
• kaedah penempatan kendiri (self-placement method), dan
• kaedah reputasi (reputational method).

Walaupun pada setiap kaedah terdapat pertindihan di antara kelas namun


begitu terdapat juga perbezaan dalam hasil dapatan di antara kelas tersebut.
Setiap kaedah ada kekuatan dan kelemahannya.

(a) Kaedah Objektif (The Objective Method)


Kaedah ini merujuk kepada kelas sosial sebagai kategori statistik.
Perkataan objektif pula bermaksud kaedah ini menggunakan kriteria angka
untuk mengkategorikan individu. Kategori-kategori ini dibentuk oleh ahli
sosiologi dan statistik. Mereka mengkategorikan kelas sosial mengikut
pendapatan, jenis pekerjaan atau tahap pendidikan (atau kombinasi ketiga-
tiga ini).

Kaedah objektif menyediakan ukuran statistik dalam mengenal pasti


berbagai hubungan dalam kelas seperti jangkaan hidup, penyakit mental,
perceraian, sikap ahli politik, tahap jenayah, dan aktiviti masa lapang.
Pendekatan melalui kaedah ini merupakan yang paling mudah dan murah
untuk mengkaji kelas sosial sebab data statistik boleh didapati daripada
agensi kerajaan dan biro penapisan. Walau bagaimanapun, ada perkara-
perkara lain yang perlu dilihat selain daripada hanya data statistik sahaja.
166 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

Dalam kehidupan seharian kita terdapat berbagai cara untuk individu


meningkatkan kecemerlangan diri mereka. Ini bermaksud bahawa bukan
sahaja kategori pendapatan, pendidikan atau pekerjaan yang diambil kira
tetapi terdapat juga maksud dan definisi yang diberi oleh orang lain ke atas
kualiti kategori-kategori ini.

Contohnya, salah satu definisi budaya yang diberi kepada kategori


pekerjaan ialah martabat atau darjat, kekaguman dan kehormatan yang
dipersepsikan oleh masyarakat terhadap sesuatu jenis pekerjaan. Ahli
sosiologi menggunakan skor darjat pekerjaan untuk menentukan
kedudukan ini. Pengkaji melakukan tinjauan yang luas ke atas populasi
yang ingin dikaji dan menyoal responden untuk menganggarkan
kedudukan sosial setiap pekerjaan dalam senarai yang diberikan. Dapatan
kajian ini boleh digunakan untuk meletakkan skor darjat kepada jenis
pekerjaan responden dalam kajian-kajian lain (Jadual 8.1).

Kaedah ini membenarkan individu mengenal pasti kelas sosial yang


manakah ia tergolong. Kelas disifatkan sebagai kategori sosial di mana
individu berkumpul bersama orang lain yang dianggap mempunyai sifat-
sifat yang sama. Sifat-sifat ini berkemungkinan mengikut atau tidak kepada
apa yang dianggap oleh ahli saintis sebagai garis pengkelasan. Pengkaji
bertanya kepada responden untuk mengenal pasti kelas sosial.

Mengikut kehidupan keluarga di Amerika kedudukan kelas keluarga


bergantung kepada kedudukan suami dalam pasaran kerja. Namun begitu,
persepsi ini telah bertukar dengan kemasukkan kaum wanita ke dalam
alam pekerjaan di mana saiz keluarga mereka telah menjadi lebih kecil.
Kebanyakan wanita menilai kedudukan kelas keluarga mereka
berdasarkan kedudukan kelas suami mereka. Sekarang ini kedua-dua
suami isteri mencantum pendapatan mereka untuk menetapkan
kedudukan mereka tetapi mereka masih menekankan kepada darjat
pekerjaan suami mereka sebagai penentu.

Kebaikan kaedah ini ialah keupayaannya untuk diaplikasikan kepada


populasi yang besar. Walau bagaimanapun kaedah ini mempunyai
kelemahannya. Kemungkinan kelas yang dikenal pasti oleh individu
adalah hanya aspirasinya sahaja dan bukan penilaian sebenarnya tentang
dirinya. Dalam kajian tahun 2005 kesemua responden mengenal pasti diri
mereka sebagai pekerja kelas pertengahan atau atasan walaupun terdapat
lima kategori yang mereka boleh pilih. Tidak ramai responden yang kaya
melabelkan diri mereka sebagai kelas atasan dan tidak ramai yang miskin
melabelkan diri mereka sebagai kelas bawahan.
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 167

(b) Kaedah Penempatan Kendiri


Warner dan rakan-rakan menjalankan kajian mereka sebelum Perang
Dunia II ke atas responden yang tinggal di pekan kecil di Amerika. Pada
tahun 1978, ahli sosiologi Richard D. Coleman dan Lee Rainwater
mengemaskinikan dan mengembangkan pemahaman kita tentang struktur
kelas dengan memasukkan responden daripada kawasan bandar di
Amerika. Mereka mengabungkan kaedah penempatan kendiri dan kaedah
reputasi, menemubual penduduk di Kansas City dan Boston dan menyoal
mereka tentang persepsi tahap kehidupan moden. Dapatan daripada
kategori tentang bagaimana penduduk di bandar menetapkan kedudukan
tahap kehidupan diri mereka dan orang lain masih digunakan untuk
menerangkan tentang stratifikasi kelas di Amerika:

• Mereka yang telah mencapai kejayaan dalam kehidupan. Dalam kelas


struktur, teratas adalah terdiri daripada individu kaya kelas elit.

• Mereka yang sedang menikmati kejayaan dalam kehidupan. Eksekutif


korporat dan kumpulan profesional tergolong dalam kelas ini.

• Mereka yang telah mencapai impian untuk menjadi golongan kelas


pertengahan. Individu ini menikmati „kehidupan selesa‰ daripada
aspek kebendaan tetapi masih kekurangan daripada mereka yang
menikmati kehidupan mewah kelas atasan.

• Mereka yang mempunyai kehidupan selesa. Semasa melalui kehidupan


selesa ini kumpulan ini mempunyai sumber kewangan yang kurang
berbanding dengan mereka yang berada di kelas atas dan mereka ini
juga tinggal di kawasan yang kurang mewah.

• Mereka yang melalui kehidupan biasa. Terdapat setengah masyarakat


Amerika yang menikmati pekerjaan yang „dihormati‰ tetapi untuk
menjalani kehidupan seharian, mereka menghadapi sedikit kekangan
daripada aspek sumber.

• Mereka yang sedang menghadapi kesusahan dalam kehidupan.


Masyarakat kumpulan ini mendapati kesukaran untuk menjalani
kehidupan seharian. Kedua-dua suami isteri bekerja namun begitu
pendapatan mereka masih rendah.

• Mereka yang miskin. Masyarakat ini tergolong dalam kumpulan yang


„terbawah dan terbiar.‰ Ramai di antara ahlinya mendapat bantuan
kerajaan.
168 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

Pembahagian ini memberi gambaran yang jelas. Ahli sosiologi dan


masyarakat umumnya mendapati penggunaan label „kelas atasan,‰ „kelas
pertengahan,‰ „kelas buruh,‰ dan „kelas bawahan‰ adalah lebih mudah
digunakan untuk membezakan kelas dalam masyarakat. Pengkaji juga
mencadangkan label-label ini sesuai dengan penunjuk kelas seperti
pendapatan, pendidikan, tahap kemahiran pekerjaan, dan pekerjaan yang
bersifat manual dan bertentangan dengan yang bersifat bukan manual.
Selain daripada itu, label-label ini juga mempunyai makna kepada
kebanyakan manusia disebabkan ia bersabit dengan pekerjaan dan harta
benda.

(c) Kaedah Reputasi (The Reputational Method)


Dalam kaedah penempatan kendiri responden diminta mengkelaskan diri
mereka tetapi dalam kaedah reputasi pula responden disoal bagaimana
mereka menilai orang lain. Pendekatan ini menggambarkan kelas sebagai
satu kumpulan sosial di mana manusia berkongsi perasaan yang sama dan
diikat bersama melalui corak interaksi yang kukuh. Maka kelas bergantung
kepada pengetahuan tentang siapa kenal siapa.

Pendekatan ini diterima pada tahun 1930an apabila W. Lloyd Warner dan
rakan-rakan mengkaji struktur kelas dalam tiga komuniti di Amerika iaitu
„Yankee City‰ (Newburyport, Massachusetts), sebuah pekan di New
England yang mempunyai populasi seramai 17,000 penduduk; „Old City‰
(Natchez, Mississippi), komuniti di sebelah selatan yang berpopulasi
sebanyak 10,000 orang; dan „Jonesville‰ (Morris, Illinois), sebuah pekan
disebelah barat tengah yang berpopulasi sebanyak 6,000. Dalam Yankee
City dan Old City, Warner mengenal pasti enam kelas:
• Atasan atas;
• Atasan bawah;
• Atasan pertengahan;
• Bawahan pertengahan;
• Bawahan atasan; dan
• Bawahan bawah.

Konsep yang diutarakan oleh Warner tentang sistem kelas di Amerika telah
dipopularkan oleh pihak media dan mendapat sambutan daripada
masyarakat umum. Sehingga hari ini konsep ini masih digunakan untuk
mencerminkan persepsi kehidupan masyarakat Amerika terhadap kelas
sosial.
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 169

SEMAK KENDIRI 8.3

1. Bagaimanakah ahli sosiologi mengenalpasti kelas sosial?

2. Jelaskan perbezaan di antara keempat-empat kaedah penentuan


kelas sosial.

8.2.2 Implikasi Kelas Sosial Dalam Masyarakat


Kelas sosial adalah di antara aspek kehidupan sosial yang sangat mempengaruhi
cara manusia berfikir dan bertindak. Misalnya, kelas sosial menentukan peluang
kehidupan seseorang; besar kemungkinan individu dan kumpulan menikmati
barang dan perkhidmatan yang diingini dan peluang untuk kehidupan yang
sihat dan berpanjangan. Peluang kehidupan ini merujuk kepada tahap
kehidupan dan peluang individu membuat pemilihan. Contohnya, kelas sosial
menjejaskan pendidikan. Semakin tinggi kelas sosial ibu bapa semakin
berpeluang anak-anaknya akan ke sekolah dan semakin baik pencapaian mereka.
Kemiskinan yang berpanjangan menjejas keupayaan kognitif, dan pengalaman
kemiskinan semasa remaja pula menjejas pencapaian kognitif. Kanak-kanak yang
sentiasa hidup dalam kemiskinan sehingga umur 5 tahun mempunyai purata IQ
9 mata lebih rendah berbanding kanak-kanak yang tidak pernah mengalami
kemiskinan. Perbezaan ini boleh dijelaskan dengan tahap pendidikan ibu, tahap
perceraian, atau kaum.

Kelas sosial juga mempengaruhi jangkaan kesihatan dan kehidupan seseorang.


Sosio-ekonomi yang rendah berkemungkinan merupakan penyumbang yang
paling berkuasa ke atas kematian dan morbid pramasa. Ini bukan hanya berlaku
di Amerika tetapi di seluruh dunia. Kesihatan manusia dipengaruhi oleh
pendapatan, pendidikan, dan kelas sosial dalam semua negara industri. Begitu
juga dengan pendidikan, kemiskinan daripada zaman kanak-kanak berlanjutan
sehingga menjejaskan kesihatan apabila dewasa. Walaupun faktor-faktor risiko
kesihatan seperti gemuk, merokok dan kurang bersenam adalah lumrah di
kalangan individu yang rendah sosio-ekonominya, penyelidik juga menekankan
kepada faktor terdedahannya individu itu kepada bahaya persekitaran tempat
kerja apabila menjelaskan terdapatnya perbezaan kelas ke atas kematian dan
morbid pramasa.

Kajian juga menunjukkan terdapat faktor-faktor selain daripada gaya hidup dan
terdedahnya kepada bahaya kesihatan yang bertanggungjawab ke atas
hubungan di antara kelas sosial dan kesihatan. Ahli sosiologi, Mirowsky dan
Ross (2003) menekankan bahawa faktor primari adalah pendidikan, manakala
170 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

Link dan Phelan (1995) pula mengatakan bahawa terdapat berbagai faktor yang
menjejaskan kelas sosial.

Kelas sosial juga menjejaskan peluang kehidupan dalam cara lain. Semasa
Peperangan Vietnam, terdapat 80% daripada 2.5 juta lelaki Amerika yang
berkhidmat di Asia Tenggara, 27 juta lelaki ini pula mencapai umur untuk
menyertai peperangan tersebut dan mereka ini datang daripada keluarga kelas
buruh dan berlatarkan kemiskinan. Semasa kapal Titanic tenggelam dalam tahun
1912, penumpang kelas pertama mempunyai dua kali ganda peluang untuk
diselamatkan berbanding dengan mereka dalam kelas ketiga.

Kelas sosial juga menjejas gaya hidup manusia, iaitu cara dan banyaknya mereka
menikmati barangan dan perkhidmatan. Kemudahan makanan seperti piza
beku, ubi kentang goreng, hamburger merupakan menu yang lazimnya dimakan
oleh keluarga yang berpendapatan rendah berbanding dengan mereka yang
berpendapatan tinggi. Kelas sosial juga mempengaruhi gaya perabut yang dibeli
dan program yang ditonton.

Corak tingkahlaku juga dipengaruhi oleh kelas sosial. Misalnya, mengundi


meningkat dengan tahap sosio-ekonomi dalam kebanyakan negara-negara barat.
Mereka yang berada dalam kelas bawahan memulakan aktiviti seksual
diperingkat umur yang lebih muda manakala mereka yang berada dalam kelas
atasan menjalani aktviti seksual yang berbagai. Kesimpulannya, kedudukan
kelas sosial seseorang itu memberi peluang luas untuk menikmati aktiviti
kehidupan.

AKTIVITI 8.2
Bincangkan bagaimana perbezaan pendapatan dan pendidikan
mempengaruhi kesihatan ahli masyarakat di Malaysia?

8.2.3 Stratifikasi dan Peluang Kehidupan


Pengagihan yang tidak seimbang terhadap pendapatan, kekayaan, kuasa, dan
darjat menambahkan kesan ke atas ahli masyarakat. Dua kategori kesan kelas
sosial ialah peluang kehidupan (life chances) dan gaya hidup (lifestyle).

(a) Peluang Kehidupan


Peluang kehidupan ini merujuk kepada keupayaan untuk memiliki
perkara-perkara yang baik dalam kehidupan seperti kesihatan,
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 171

kebahagiaan, pendidikan, kekayaan, perlindungan perundangan, dan juga


nyawa kita sendiri. Kemungkinan memiliki dan menjaga ganjaran
kebendaan dan bukan kebendaan adalah sangat dipengaruhi oleh tahap
kelas sosial. Kuasa, darjat, dan ganjaran ekonomi meningkat dengan tahap
kelas sosial seseorang. Begitu juga dengan pendidikan, satu jalan yang
sangat penting kepada ganjaran-ganjaran ini.

Bagaimanakah kelas sosial mempengaruhi peluang kehidupan?

Kemungkinan untuk memperolehi kehidupan itu sendiri merosot dengan


adanya tahap kelas sosial. Sama ada diukur dengan bilangan kematian atau
jangka masa hidup, besar kemungkinan seorang individu akan hidup lebih
lama apabila beliau bergerak ke atas dalam struktur stratifikasi.
Ketaksamaan yang merupakan asas kepada peluang kehidupan adalah
disebabkan oleh perbezaan nilai yang diletakkan ke atas perhatian tentang
kesihatan, penekanan kepada pemakanan yang betul, kebimbangan tentang
kebersihan diri, dan keupayaan untuk memiliki kesemua ini.

Dalam memperkatakan tentang peluang kehidupan maka tidak hairanlah


kesihatan fizikal dipengaruhi oleh tahap kelas sosial. Mereka yang
tergolong dalam struktur bawahan berkemungkinan jatuh sakit atau
kurang upaya dan akan menerima bantuan kesihatan yang kurang baik.
Begitu juga dengan mereka yang mengidap sakit mental. Individu yang
berada di tahap kelas bawahan mempunyai kemungkinan lebih besar
untuk mengalami kerisauan mental dan berkemungkinan kurang
menerima bantuan terapi, sama ada mencukupi atau sebaliknya.

Terdapat banyak ketidaksamaan dalam peluang kehidupan tetapi hanya


beberapa sahaja yang dapat disebut di sini.
• Golongan miskin membayar lebih untuk barangan dan perkhidmatan
yang sama.
• Mereka juga berkemungkinan ditangkap sebab melakukan jenayah dan
mereka berkemungkinan dituduh dan dipenjarakan.
• Mereka berkemungkinan tidak mengenali sesiapa untuk meminta
pertolongan mereka melarikan diri daripada sistem perundangan
seperti mendapatkan tiket ke pertandingan bola sepak atau mendapat
pertolongan daripada seorang ahli politik.
• Mereka juga menerima perkhidmatan awam seperti pengumpulan
sampah, perlindungan polis, memperbaiki jalan tetapi yang tidak
berkualiti.
172 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

(b) Gaya Hidup


Bagaimana kelas sosial mempengaruhi gaya hidup?

Golongan kaya dan miskin dipisahkan lebih daripada hanya dengan wang
ringgit tetapi juga daripada aspek pendidikan, perkahwinan, perhubungan
keluarga, penjagaan anak, sikap politik dan tingkahlaku dan hubungan
keagamaan.

• Mereka yang berada dalam kelas sosial atasan cenderung untuk


berkahwin pada usia yang lebih lanjut, mengalami tahap perceraian
yang rendah, dan boleh menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan.

• Sementara ibu bapa kelas buruh dan pertengahan mempunyai


persamaan dalam penjagaan anak berbanding dengan dahulu
walaupun masih lagi terdapat persamaan.

• Berbanding dengan kelas pertengahan, ibu bapa kelas bawahan


cenderung untuk kurang memberi perhatian kepada keperluan sosial
dan emosi anak-anak; daripada aspek disiplin mereka cenderung untuk
menggunakan hukuman fizikal daripada berbincang.

• Ibu bapa kelas pertengahan pula lebih berminat untuk menolong anak-
anak memperkembangkan sifat-sifat seperti mengambil berat tentang
orang lain, mengawal diri dan sifat ingin tahu.

• Akhir sekali ibu bapa kelas buruh menekankan pengakuran, peraturan,


dan kemas sementara ibu bapa kelas pertengahan menekankan
matlamat kendiri, kebebasan, sifat ingin memulakan sesuatu dan
kreatif.

Penglibatan dalam politik meningkat mengikut tahap kelas sosial. Misalnya


di Amerika:

• kelas pertengahan dan atasan cenderung untuk memihak kepada parti


Republican,

• manakala kelas buruh dan bawahan cenderung untuk menyokong


parti Democrats.

• kelas bawahan cenderung untuk menjadi lebih bersikap terbuka


tentang isu ekonomi berbanding mereka yang dalam kelas pertengahan
dan atasan tetapi lebih konservatif tentang isu sosial.
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 173

• kelas bawahan lebih menyokong persatuan pekerja, pengawalan


perniagaan oleh kerajaan, dan program kebajikan sosial tetapi bersikap
kurang bertoleransi dan simpati terhadap isu yang melibatkan hak
awam dan hal ehwal antarabangsa berbanding mereka dalam kelas
yang lebih tinggi.

SEMAK KENDIRI 8.4

Terangkan kesan-kesan stratifikasi sosial ke atas aspek-aspek berikut:


• Peluang kehidupan
• Gaya kehidupan

8.3 MOBILITI SOSIAL


Individu yang berada dalam masyarakat atau kumpulan boleh bergerak dari
satu tahap ke tahap yang lain dalam sistem stratifikasi dan ini dipanggil mobiliti
sosial. Ketidaksamaan sosial merujuk kepada perbezaan dalam pengagihan
keuntungan dan kerugian; stratifikasi sosial adalah sistem struktur
ketidaksamaan; dan mobiliti sosial merujuk kepada pergerakan individu atau
kumpulan dari satu status sosial kepada yang lain.

Mobiliti sosial boleh berlaku dalam dua cara:

(i) Masyarakat berubah, mengubah pembahagian tenaga pekerja,


memperkenalkan jawatan baru, mengurangkan jawatan lama, dan
mengalih peruntukkan sumber. Kadang kala perubahan sosial berlaku
disebabkan ahli masyarakatnya yang berada dalam strata bawah berasa
geram dikecualikan daripada bergerak ke dalam strata yang lebih tinggi
dan berusaha untuk mengubah peraturan sosial yang telah bertapak.

(ii) Mobiliti sosial boleh berlaku apabila pergerakan berlaku dengan


kewujudan berbagai jenis bakat. Walaupun mereka yang berada dalam
strata yang tinggi berkemungkinan menguasai peluang untuk latihan dan
pendidikan, tetapi mereka tidak mampu mengawal pengagihan keupayaan
dan bakat. Manusia mesti dipilih daripada strata bawahan untuk
melakukan peranan dalam masyarakat yang boleh meningkatkan status
mereka.
174 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

SEMAK KENDIRI 8.5

1. Apakah itu mobiliti sosial?

2. Bagaimanakah mobiliti sosial berlaku?


 

8.3.1 Sistem Terbuka dan Sistem Tertutup


Sistem stratifikasi berbeza daripada aspek membenarkan individu bergerak
masuk atau keluar dari strata tertentu. Individu selalunya bergerak secara
menegak ke atas atau ke bawah dalam taraf tertentu atau melintang kepada
status yang lain yang berada dalam taraf yang sama. Apabila individu boleh
mengubah statusnya dengan mudah, ini disebut sebagai sistem terbuka.
Sebaliknya, apabila individu menghadapi kesukaran untuk menukar statusnya,
ini dipanggil sebagai sistem tertutup. Status pencapaian (achievement status)
adalah terbuka untuk individu atas dasar pemilihannya dan persaingannya
sendiri dan ini terdapat dalam sistem stratifikasi yang terbuka. Status berpunca
(ascribed status) adalah status yang diberikan kepada individu oleh kumpulan
atau masyarakat dan ini biasanya terdapat dalam sistem tertutup.

Walaupun tidak ada masyarakat yang keseluruhannya terbuka atau tertutup


tetapi di Amerika terdapat contoh terbaik sistem terbuka. Contohnya, Abraham
Lincoln seorang hero Amerika. Beliau merupakan seorang kanak-kanak lelaki
yang miskin yang melalui kerja keras telah dapat bergerak keluar daripada
rumah pondoknya ke White House. Amerika mencerminkan sebuah masyarakat
di mana semua orang boleh mengubah dan memperbaiki kehidupan diri mereka.

Amerika bukan dibina di atas dasar semua manusia boleh menikmati status yang
sama atau masyarakat tanpa kelas. Sebaliknya, demokrasi memegang kepada
prinsip iaitu semua manusia dapat peluang yang sama untuk bergerak ke atas
dalam sistem kelas yang mereka berada. Mengikut kepercayaan budaya
Amerika, ganjaran dalam kehidupan sosial diberi mengikut merit dan kebolehan
dan berapa banyak sumbangan anda kepada masyarakat dan komuniti.

Kepercayaan ini menjana peluang untuk manusia menikmati ganjaran yang


terdapat dalam masyarakat. Kebanyakan masyarakat Amerika percaya mereka
mempunyai peluang untuk maju, mereka mempunyai tahap kehidupan yang
lebih baik daripada ibu bapa mereka dan anak-anak mereka akan mempunyai
peluang yang lebih baik untuk berjaya daripada mereka. Walaupun sistem
Amerika berdasarkan kepada pencapaian, status berpunca yang berdasarkan
kepada kaum, gender, umur dan dimensi sosial yang lain masih mempunyai
pengaruh yang penting ke atas peluang pencapaian individu.
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 175

Pengaturan kasta Hindu yang diamalkan di India sebelum 1900 merupakan


contoh sebuah sistem tertutup. Di bawah sistem ini, kehidupan individu
diuruskan mengikut peraturan yang terdapat dalam castanya yang diwarisi sejak
dilahirkan dan ini tidak boleh diubah sepanjang hayatnya. Ahli masyarakat yang
berada dalam casta bawahan ini dipandang rendah dan hina, tidak dipedulikan,
dan ditindas oleh mereka yang berada dalam casta yang lebih tinggi, tidak kira
kebolehan atau tingkahlaku mereka. sehingga hari ini casta masih lagi
mencorakkan tingkahlaku setengah pihak terutama merek yang berada di
kawasan luar bandar, menentukan peraturan tentang perkahwinan, pemakanan,
perumahan, dan pekerjaan.

Walau pun terdapat perbezaan yang jelas tentang stratifikasi di antara sistem
terbuka dan tertutup, secara praktiknya terdapat beberapa ciri-ciri persamaan di
antara kedua-dua casta ini. Di Amerika sistem ketidakadilan kaum mempunyai
banyak persamaan dengan ciri-ciri yang terdapat dalam sistem casta.

SEMAK KENDIRI 8.6

Jelaskan perbezaan di antara sistem terbuka dan sistem tertutup.

8.3.2 Jenis-jenis Mobiliti Sosial


 
Mobiliti sosial boleh berlaku dalam banyak bentuk. Contohnya, mobiliti boleh
berlaku secara menegak atau melintang. Mobiliti menegak melibatkan
pergerakan daripada satu status kepada satu status yang lebih tinggi atau
rendah. Rakyat Amerika berbeza dalam meletakkan darjat kepada beberapa jenis
pekerjaan. Misalnya, seorang juru jual (Jadual 8.1, skor darjat 36) menjadi
seorang peguam (skor 75), pergerakan ini melibatkan mobiliti ke atas. Sekiranya,
jurujual tersebut menjadi pengumpul sampah (skor 28), perubahan ini
melibatkan mobiliti ke bawah. Sekiranya kerani bank (skor 43) mengubah
pekerjaannya kepada penjual kereta (skor 43), maka pergerakan ini melibatkan
mobiliti mendatar. Mobiliti mendatar melibatkan pergerakan dari satu status
sosial kepada satu status sosial yang mempunyai persamaan darjat.

Mobiliti ini boleh melibatkan di antara generasi (intergenerational mobility) atau


di kalangan generasi (intrageneratinal mobility). Mobiliti di antara generasi
melibatkan perbandingan di antara status sosial ibu bapa dan anaknya pada satu
ketika dalam kerja masing-masing (contohnya, menilai darjat pekerjaan mereka
pada masa umur yang sama). Kajian menunjukkan terdapat kebanyakan
minoriti, mungkin juga majoriti rakyat Amerika yang bergerak ke atas dan ke
176 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

bawah sekurang-kurangnya sedikit dalam hireraki kelas setiap generasi. Mobiliti


di kalangan generasi pula melibatkan perbandingan status seseorang dalam
jangka masa yang panjang. Terdapat limitasi kepada berbagai pengalaman
mobiliti manusia. Pergerakan yang kecil adalah lumrah dan pergerakan yang
besar jarang berlaku.

(a) Mobiliti Sosial dan Pencapaian Status


Apabila ahli sosiologi menyebut tentang mobiliti sosial mereka sering
merujuk kepada mobiliti pekerjaan di antara generasi. Mobiliti sosial
berlaku akibat daripada perubahan struktur pekerjaan dan ekonomi. Ramai
rakyat Amerika menganggap peluang untuk bergerak menaiki status sosial
lebih cerah di Amerika berbanding dengan negara-negara lain di dunia.
Sebenarnya, peluang kenaikan status mobiliti di Amerika tidaklah sebaik
mana pun, dan dalam setengah kes adalah lebih teruk lagi berbanding
dengan negara-negara perindustrain yang lain. Pada umumnya, rakyat
Amerika adalah lebih kepada pergerakan mobiliti ke atas daripada ke
bawah merintasi generasi.

Apakah penyebab kepada tingginya pergerakan ke atas berbanding ke


bawah dalam mobiliti sosial di antara generasi di Amerika?

• Pertama, perubahan dalam struktur pekerjaan merintas masa: Dengan


perkembangan teknologi maka wujud lebih banyak jawatan dibahagian
atas struktur pekerjaan berbanding dengan di bawah.

• Kedua, perbezaan kelahiran anak ada kaitan dengan kelas sosial: Bapa
yang bekerja sebagai pekerja kolar putih mempunyai bilangan anak
yang kurang berbanding dengan bapa yang bekerja sebagai kolar biru.
Keadaan ini memberi ruang untuk mereka yang berkolar putih
bergerak ke atas dalam hieraki kelas. Terdapat ramai lelaki yang
berpindah ke pekerjaan kolar putih berbanding dengan mereka yang
keluar.

(b) Memahami Mobiliti Sosial


Kita boleh lebih memahami mobiliti sosial dengan melihat pencapaian
status, yang mengenal pasti proses di mana individu memasuki alam
pekerjaan dan mencapai status dalam masyarakat. Dua contoh kajian
sosiologi klasik tentang transmisi status dan pencapaian telah menunjuk
beberapa faktor yang penting.

(i) Pertama, melibatkan kajian yang melihat kepada perkembangan


teknik untuk mempelajari status pekerjaan individu merintasi kitaran
hidupnya (Blau & Duncan, 1972). Ini dipanggil sebagai kitaran hidup
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 177

sosioekonomi dan melibatkan beberapa tahap, bermula daripada


kelahiran ke dalam sebuah keluarga yang mempunyai status sosial
yang khusus dan melalui alam kanak-kanak, sosialisasi, persekolahan,
mencari pekerjaan, pencapaian dalam pekerjaan, perkahwinan, dan
maklumat dan fungsi sebuah unit keluarga yang baru.

(ii) Kedua, berdasarkan kajian ke atas pelajar sekolah menengah atas dan
menjejak perkembangan mereka sehingga mereka lulus daripada
sekolah tersebut (Sewell et al., 1970; Sewell & Hauser, 1975).

Kedua-dua kajian mendapati menamatkan persekolahan mempunyai


pengaruh yang paling kuat ke atas pencapaian pekerjaan. Status ibu bapa
mempunyai pengaruh secara langsung ke atas pencapaian pekerjaan; ini
memainkan peranan yang tidak langsung ke atas status pencapaian di
sekolah. Satu lagi faktor yang penting ialah perhubungan latar belakang
keluarga dengan status semasa dewasa iaitu tahap pencapaian aspirasi
yang seseorang itu pelajari bersama keluarganya. Kajian seterusnya
menggunakan kajian Sewell dan rakan-rakan dan mendapati pencapaian
pekerjaan diperolehi melalui pencapaian pendidikan dan keupayaan
kognitif (Warren, Hauser, & Sheridan, 2002). Dalam kajian yang terkini
pula, dapatan menunjukkan bahawa sosial yang mewah membawa kepada
seseorang itu menamatkan pengajian di kolej sebelum mendapat
perkerjaannya yang pertama dan kombinasi ini menghasilkan pendapat
yang melonjakkan.

8.3.3 Faktor-faktor Lain Yang Mempengaruhi


Pencapaian Status
Terdapat pengkritik yang mengatakan bahawa tidak benar pekerjaan di pasaran
terbuka kepada mereka yang mempunyai kedudukan berdasarkan pendidikan
dan keupayaan sahaja. Seterusnya kita akan melihat faktor-faktor lain yang
berpengaruh ke atas pencapaian status seseorang.

(a) Kumpulan Etnik


Satu kajian yang dijalankan di Amerika menunjukkan terdapat perbezaan
di antara kanak-kanak lelaki kulit putih dan hitam daripada aspek
pencapaian pendidikan (Portes & Wilson, 1976). Dapatan kajian ini
menunjukkan latar belakang sosio-ekonomi, keupayaan mental, dan
pencapaian akademik di dapati lebih penting untuk pencapaian kanak-
kanak kulit putih, sementara harga diri dan aspirasi pelajaran adalah
faktor-faktor yang berkaitan dengan kanak-kanak kulit hitam. Begitu juga
178 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

ada dapatan kajian yang menunjukkan pendidikan menolong dalam


peningkatan pendapatan bagi mereka yang berkulit putih.

(b) Gender
Berikut merupakan beberapa kajian yang berkaitan dengan gender.

• Kajian di Britain menunjukkan mobiliti sosial untuk lelaki kulit putih


tidak boleh digeneralisasi kepada kaum wanita (Abbott & Wallace,
1997).

• Walaupun pembahagian pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita


dan pembahagian wanita yang bekerja untuk mendapatkan pendapatan
telah meningkat, kedua-dua kategori wanita ini masih lagi bekerja
sebagai pekerja rutin dan berada di kategori pekerjaan terbawah.

• Begitu juga di Amerika di mana wanita adalah berkemungkinan berada


di skala pendapatan yang terbawah dan berkemungkinan tidak akan
berada di atas atau bertahan lama berbanding dengan lelaki (Gittleman
& Joyce, 1995).

• Anak perempuan berkemungkinan tidak akan mewarisi pekerjaan


ayahnya dan berkemungkinan dipengaruhi oleh pekerjaan ibunya
berbanding dengan anak lelaki (Hurst, 1998).

• Kaum lelaki pula mendapati pendidikan merupakan salah satu faktor


yang mempengaruhi pencapaian status mereka; manakala untuk kaum
perempuan, pendidikan merupakan faktor yang menentukan
pencapaian status mereka (Hurst, 1998).

• Kaum wanita lebih dipengaruhi oleh faktor keluarga dan kehidupan


berkeluarga berbanding dengan kaum lelaki.

• Kehadiran anak akan mengurangkan mobiliti ke atas untuk wanita


berbanding dengan lelaki (Waddoups & Assane, 1993).

(c) Bangsa dan Gender


Bangsa juga ada kaitan dengan gender dalam penentuan pencapaian status.
Misalnya, kajian menunjukkan wanita kulit putih di Memphis Amerika,
yang dibesarkan dalam keluarga kelas buruh kurang menerima sokongan
dan galakkan dalam pencapaian pelajaran dan kerjaya mereka berbanding
dengan wanita kulit putih yang dibesarkan dalam keluarga kelas
pertengahan dan wanita kulit hitam yang dibesarkan dalam keluarga
buruh atau pertengahan (Higginbotham & Weber, 1992). Contohnya, 86%
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 179

daripada wanita kulit hitam daripada kelas pertengahan berkata keluarga


menyokong mereka ke kolej berbanding dengan 70% wanita kulit putih
kelas pertengahan, 64% wanita kulit hitam kelas buruh dan hanya 56%
wanita dibesarkan dalam kelas buruh.

(d) Dwi Pasaran Buruh (Dual Labour Market)


Terdapat satu lagi faktor yang menyumbang kepada penentuan individu
kepada pelbagai pekerjaan iaitu dwi-pasaran buruh, di mana sektor
ekonomi primari atau teras menyediakan „kerja yang baik‰ dan sektor
sekunder atau pengiran menyediakan „kerja kurang baik,‰ bergaji rendah,
keadaan tempat kerja yang tidak memuaskan, dan sedikit ruang untuk
kenaikan pangkat. Pengambilan untuk kedua-dua sektor ini berbeza,
Afrika Amerika, Hispanik, orang asli Amerika, dan wanita mendapat kerja
di sektor sekunder.

AKTIVITI 8.3

Jelaskan jenis-jenis mobiliti sosial yang terdapat dalam masyarakat


Malaysia.

8.3.4 Mobiliti Sosial di Negara-negara Membangun


dan Sedang Membangun
Mobiliti sosial harus dilihat dalam konteks pembangunan sesebuah negara
tersebut. Untuk tujuan ini, kita harus membezakan mobiliti sosial di:
• Negara-negara membangun
• Negara-negara sedang membangun
• Negara-negara kurang membangun

(a) Negara-negara Membangun


Negara-negara membangun boleh dirujuk sebagai negara-negara
perindustrian. Ini termasuk negara Amerika dan Kanada di Utara Amerika;
Britain, Perancis, Jerman, Switzerland, dan negara-negara perindustrain
lain di barat Eropah; Jepun di Asia; dan Australia dan New Zealand in
kawasan Oceania. Walaupun mereka mempunyai perbezaan dalam sistem
ekonomi, negara-negara ini adalah kapitalis. Negara-negara ini hanya
merangkumi 16% penduduk populasi di dunia tetapi mereka menguasai
31% sumber kekayaan bumi. Kekayaan mereka adalah melimpah sehingga
rakyat termiskin mereka masih mempunyai kehidupan yang jauh lebih
180 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

baik dan jangka hayat yang lebih panjang berbanding dengan penduduk
yang tinggal di negara-negara yang kurang maju.

(b) Negara-negara Sedang Membangun


Negara-negara sedang membangun atau kurang perindustrian termasuk
negara-negara yang dahulunya di bawah Soviet Union dan Eropah Timur.
Negara-negara ini menguasai 20% kawasan bumi dan 16% penduduk
dunia. Perbezaan di antara rakyat negara-negara membangun dan mereka
yang berada dalam negara-negara sedang membangun ialah:

• Negara-negara sedang membangun mempunyai pendapatan yang


kurang sedikit daripada mereka yang tinggal di negara-negara
membangun.

• Kebanyakan penduduk di negara-negara membangun adalah lebih


beruntung daripada mereka yang tinggal di negara-negara sedang
membangun. Contohnya, kemudahan elektrik, air, pengangkutan,
telefon, dan juga makanan.

• Penduduk di negara-negara membangun berkedudukan lebih tinggi


daripada mereka di negara-negara sedang membangun. Manakala
penduduk di negara-negara sedang membangun adalah lebih tinggi
status mereka daripada penduduk di negara-negara kurang
membangun.

Faedah daripada perindustrian adalah tidak seimbang. Terdapat bilangan


penduduk yang ramai di negara-negara sedang membangun yang masih
buta huruf dan tersangat miskin.

(c) Negara-negara Kurang Membangun


Di negara-negara kurang membangun kebanyakan penduduknya adalah
petani yang tinggal di kampung. Negara-negara ini merangkumi 49%
kawasan bumi dan 68% penduduk dunia. Kebanyakan penduduk ini
adalah:
• berpendapatan kurang daripada $1,000 setahun dan ada yang kurang
daripada ini.
• tidak mempunyai bekalan air dalam rumah mereka.
• tidak mendapat rawatan daripada doktor bertauliah.
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 181

Kemudahan ubat-ubatan moden hanya mengurangkan kematian bayi


tetapi tidak mengurang kelahirannya, menyebabkan bilangan penduduk
meningkat.

AKTIVITI 8.4

Apakah yang mengakibatkan kewujudan tiga jenis negara di dunia?

• Manusia dilahirkan ke dalam keluarga yang mempunyai kelas sosialnya


tersendiri. Untuk memahami kepentingan kelas sosial, kita perlulah
mengetahui tentang stratifikasi sosial dan dimensi-dimensinya.

• Terdapat tiga dimensi stratifikasi sosial iaitu dimensi ekonomi, dimensi


kuasa dan dimensi darjat. Ketiga-tiga dimensi inilah yang menentukan kelas
sosial seseorang.

• Terdapat kaedah-kaedah yang digunakan untuk menentukan kelas sosial


seseorang. Ahli sosiologi menggunakan kaedah objektif, kaedah penempatan
kendiri dan kaedah reputasi.

• Terdapat juga faktor-faktor seperti kumpulan etnik, gender dan bangsa yang
mempengaruhi kebarangkalian seseorang bergerak merentasi kelas sosial,
sama ada menaik atau menurun dalam tahap darjat pekerjaan.

• Stratifikasi sosial juga menentukan sama ada sesebuah negara itu menjadi
negara membangun, negara sedang membangun atau negara kurang
membangun.
 
 
 
 
 
 
 
 
182 X TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL

Darjat pekerjaan Mobiliti di kalangan generasi


Dimensi darjat Mobiliti sosial
Dimensi ekonomi Negara berpendapatan rendah
Dimensi kuasa Negara berpendapatan sederhana
Dimensi stratifikasi sosial Negara berpendapatan tinggi
Gaya kehidupan Negara kurang membangun
Implikasi kelas sosial Negara membangun
Kaedah objektif Negara sedang membangun
Kaedah penempatan kendiri Peluang kehidupan
Kaedah reputasi Pencapaian status
Kedudukan darjat Sistem terbuka
Kelas sosial Sistem tertutup
Mobiliti di antara generasi Stratifikasi sosial
 

Abbott, P., & Wallace, C. (1997). An introduction to sociology: Feminist


perspectives. London: Routledge.

Berstein, A. (2003). Waking up from the American Dream: Dead-end jobs and the
high cost of college could be choking off upward mobility. Business week
online Dec.

Blau, P. M., & Duncan, O. D. (1972). The American occupational structure. New
York: John Wiley.

Gittleman, M., & Joyce, M. (1995). Earnings mobility in the United States.
Monthly labor review. September 3-11:1967-91.

Link, B. G., & Phelan, J. C. (1995). Social conditins as fundamental causes of


disease. Journal of health and social behavior (extra issue).
TOPIK 8 STRATIFIKASI DAN MOBILITI SOSIAL W 183

Mirowsky, J., & Ross, C. E. (2003). Education, social status, and health. New
York: Aldine de Gruyter.

Portes, A., & Wilson, K. L. (1976). Black-white differences in educational


attainment. American sociological review, 41:414-31.

Rank, M. R., & Hirschl, T. A. (2001). Rags or riches? Estimating the probabilities
of poverty and influence across the adult American and affluence across the
adult American life span. Social science quarterly, 82(4).

Sewell, W. H., Archiald, O. H., & Ohlendorf, G. W. (1970). The educational and
early occupational status attainment process: Replication and revision.
American sociological review.

Sewell, W. H., & Hauser, R. M. (1975). Education, occupation, and earnings:


Achievement in early career. New York: Academic Press.

Warren, J. R., Hauser, R. M., & Sheridan, J. T. (2002). Occupational stratification


across the life course: Evidence from the Wisconsin Longitudinal Study.
American sociological review.

http://www.census.gov//hhes/income/histinc/histinctb.html