Anda di halaman 1dari 5

Asal Usul Raja Kecil

SINOPSIS
Cerita ini berkisar tentang peristiwa yang ditempuh oleh putera almarhum Sultan
Mangkat Dijulang sejak dilahirkan hingga dewasa.Setelah putera itu
dilahirkan,maka cepat-cepat putera itu dibawa keluar oleh laksamana untuk
mencari orang yang boleh menyusui dan menyimpan rahsia.Beliau dihantar ke
Muar kepada Temenggung Muar.Ketika berumur 7 tahun,baginda dibawa ke
Johor untuk dipertemukan dengan Laksamana.Di Johor baginda suka bermain
di kubur almarhum ayahandanya di Kota Tinggi bersama kanak-kanak yang
lain.Di makam tersebut ,ketika putera itu makan rumput,kanak-kanak lain
mengikuti perbuatannya itu dan mereka akan muntah darah.Cerita tersebut
akhirnya sampai ke pengetahuan Yang Dipertuan Muda lalu Laksamana berpakat
untuk menghantarnya kepada Nakhoda Malim, sahabat Laksamana.Ketika
dalam jagaan nakhoda Malim,baginda dipanggil Tuan Bujang.Putera itu
dibawanya ke Jambi dan kemudiannya ke Pagaruyung.Di sini ,nakhoda Malim
mengadap Yamtuan Sakti.Nakhoda Malim menceritakan hal sebenar putera
tersebut.Tuan Bujang di bawa mengadap bonda baginda,iaitu Puteri Jilan.Puteri
Jilan gembira melihat cucunya dan memeliharanya dengan baik.Tuan Bujang
dibenarkan bermain di peterakna bersama-sama anak Yamtuan Sakti.Ketika
berumur 13 tahun Tuan Bujang pergi ke Batanghari untuk menuntut
ilmu.Kemudian,Tuan Bujang pergi ke Palembang.Di sini baginda bertemu Sultan
Lema Abang untuk memperhambakan diri.Sultan Lema Abang terlalu sukacita
melihat sikap Tuan Bujang,kemudian memeliharanya dengan penuh kasih
sayang.

NILAI DAN PENGAJARAN:


KASIH SAYANG
Nilai kasih sayang sesama manusia tiada batasannya apatah lagi terhadap kanak-
kanak.Contohnya Yamtuan Sakti memelhara Raja Kecil sewaktu kanak-kanak
dengan penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri.
DAYA USAHA
Jika kita berusaha bersungguh-sungguh serta perancangan yang bijaksana kita
akan memperoleh kejayaan yang kita cita-citakan.Dalam cerita ini,Laksamana
telah berusaha menyelamatkan Raja Kecil, menyusun strategi yang baik,iaitu
menghantar Raja Kecil keluar Johor melalui kawan dan saudara-maranya
semata-mata untuk menyembunyikan Raja Kecil daripada pengetahuan umum.
PERSAUDARAAN
Mengeratkan tali persaudaraan merupakan nilai yang terpuji kerana dengan cara
ini kita akan mewujudkan rasa kasih serta tanggungjawab bersama.
Contohnya,Puteri Jilan memelihara Raja Kecil dengan penuh kasih sayang
kerana baginda adalah anak adiknya di Johor.
MENGKHIANATI PEMIMPIN
Sebagai rakyat atau pembesar, kita tidak harus mengkhianati pemimpin kerana
akan menyebabkan kerajaan dan negara menjadi tidak stabil. Contohnya,
Bendahara yang telah membunuh Duli Yang Dipertuan Marhum Mangkat
Dijulang hanya kerana balas dendam.
TOLONG-MENOLONG
Semangat tolong-menolong merupakan suatu sifat yang mulia yang harus
disemai dalam setiap diri manusia tanpa mengira darjat dan kedudukan.Sikap ini
akan dapat memudahkan atau meringankan beban orang yang menghadapi
kesusahan disamping dapat memupuk semangat kerjasama, rasa muhibah dan
rasasaling memerlukan antara sesama manusia. Contohnya, Temenggung Muar,
Nakhoda Malim dan Yamtuan Sakti telah menolong Laksamana menjaga Raja
Kecil sewaktu kanak-kanak dengan penuh kasih sayang.

TEMA DAN PERSOALAN


Tema ini mengisahkan hidup Raja Kecil , putera almarhum Sultan Mangkat
Dijulang bermula sejak dilahirkan sehingga dewasa.Baginda terpaksa dilarikan
dari Johor sejak dilahirkan untuk dipelihara oleh orang lain dan dirahsiakan
identitinya daripada pengetahuan umum demi keselamatannya.

Persoalan
Antara persoalan cerita ini ialah tentang kelahiran RajaKecil, iaitu putera
almarhum Sultan Mangkat Dijulang.Putera ini terpaksa disembunyikan daripada
pengetahuan Bendahara yang telah membunuh paduka ayahanda baginda.Sebaik
sahaja dilahirkan, puretra itu dibawa ke Muar untuk dipelihara oleh Temenggung
Muar. Persoalan seterusnya ialah tentang kisah putera itu dibawa kembali ke
Johor ketika umur 7 tahun untuk dipertemukan oleh Laksamana.Di sini, Raja
Kecil sangat suka bermain di makam ayahandanya.Kanak-kanak lain yang
mengikutnya tidak boleh naik ke makam kerana akan sakit dan muntah
darah.Cerita ini tersebar dan sampai ke pengetahuan Yang Dipertuan Muda.
Persoalan berikutnya ialah putera itu diserahkan kepada Nakhoda
Malim.Nakhoda Malim telah membawa putera itu ke Jambi dan kemudian ke
Pagaruyung.Puetra itu diberi gelaran Tuan Bujang.Di Pagaruyung, putera itu
diserahkan kepada Yamtuan Sakti.Beliau memelihara Baginda seperti anak
sendiri serta membenarkan Baginda bermain dengan anaknya.

WATAK & PERWATAKAN


Tuan Bujang
-->Putera Raja Johor.Iaitu anak Almarhum Mangkat Dijulang.
-->Wajah seiras dengan ayahandanya.
-->Suka bermain di makam ayahandanya.
-->Dibawa ke Muar olehRaja Negara Selat untuk dijaga olehTemenggung Muar.
-->Dibawa semula ke Johor ketika berumur 7 tahun untuk berjumpa Laksamana.

-->Diserahkan kepada Nakhoda Halim dan dipanggil Tuan Bujang.


-->Dibawa ke Jambi dan kemudian ke Pagaruyung oleh Nakhoda Halim.
-->Di Pagaruyung baginda diserah kepada Yamtuan Sakti.
-->Pergi ke Batanghari ketika berumur 13 tahun untuk menuntut ilmu.
-->Kemudian ke Rawas dan Pelembang.
-->Bertemu dengan Sultan Lema Abang.
-->Dipelihara oleh Sultan Lema Abang.
-->Punggung Sultan Lema Abang akan gatal setiap kali Tuan bujang membawa
tepaknya.
Laksamana
-->Bertanggungjawab menyembunyikan Raja Kecil.
-->Raja Kecil telah diserahkan kepadanya oleh Temenggung Muar ketika usia 7
tahun.
-->Laksamana menyerahkan Raja Kecil kepada sahabatnya Nakhoda Malim
apabila Yang Dipertuan Muda Johor mencari baginda.

Temenggung Muar
-->Saudara kepada laksamana.
-->Memelihara Raja Kecil sejak dilahirkan hingga berusia tujuh tahun seperti
anaknya sendiri.
-->Menghantar Raja Kecil kembali ke Johor untuk bertemu Laksamana ketika
berusia tujuh tahun.
Yamtuan Sakti
-->Pemerintah Pagaruyung.Bonda baginda bernama Puteri Jilan.
-->Mengetahui kisah Raja Kecil daripada Nakhoda Malim.
-->Memelihara Raja Kecil sehingga berusia 13 tahun dengan penuh kasih sayang.

-->Membenarkan Raja Kecil bermain di atas peterakna bersama-sama anak


baginda.
Sultan Lema Abang
-->Pemerintah di Palembang.
-->Tertarik dengan sikap Raja Kecil ketika pertama kali bertemu dengannya.
-->Berkenan untuk memelihara Raja Kecil yang ketika itu berusia 13 tahun.
-->Baginda akan berasa kegatalan di punggung apabila Raja Kecil membawakan
tepak baginda.
Nakhoda Malim
-->Sahabat baik Laksamana.Dia ialah orang Minangkabau.Dia juga seorang
pelayar dan pedagang.
-->Berasal dari Pagaruyung.
-->Dia sanggup memelihara Raja Kecil lalu dibawanya ke Jambi dan kemudian
ke Pagaruyung.Dia menggelarkan Raja Kecil sebagai Tuan Bujang.
-->Dia telah menceritakan riwayat hidup Raja Kecil kepada Yamtuan Sakti dan
menyerahkan Raja Kecil kepada Yamtuan Sakti apabila baginda berkenan untuk
memeliharanya.
Watak-watak lain
-->Bendahara,Yang Dipertuan Muda Johor,Raja Negara Selat,Puteri Jilan dan
lain-lain lagi.