Anda di halaman 1dari 23

KEROSAKAN AKIDAH

1. PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKAN AKIDAH.


2. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

TAKRIFAN AKIDAH

Akidah berasal dari perkataan aqada’ iaitu pegangan, kepercayaan dan keyakinan.
Akidah juga boleh dirangkumkan kepada perkataan keimanan. Merujuk kepada Abu Bakar
Jaabir Al-Jazaairi di dalam bukunya Aqidatul Mukmin Jilid 1 yang diterjemahkan oleh H.
Salahuddin Abdullah, aqidah ialah suatu kumpulan masalah kebenaran yang jelas dan diterima
oleh akal fikiran, oleh pendengaran dan fitrah semulajadi, di mana hati manusia bertaut
kepadanya dan keyakinan mengakui kebenarannya, memegang teguh tentang wujud dan
tegasnya, dan yang bertentangan dengannya tidak mungkin diterima sebagai satu kebenaran,
untuk selama-lamanya.

Contohnya ialah seperti iktikad kepercayaan manusia tentang wujudnya Tuhan yang
menciptakannya, tentang sifat Tuhan yang mengetahui tentang dirinya, tentang kekuasaan
Tuhan kepada batang tubuhnya, tentang bertemunya dia dengan Tuhannya selepas mati dan
selepas akhir hayatnya, juga mengenai balasan atau ganjaran Tuhan kepadanya atas
usahanya yang dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa paksaan. Juga seperti iktikad
manusia itu tentang wajib taat kepada Tuhannya di dalam setiap perintah yang sampai
kepadanya baik di dalam bentuk suruhan dan juga larangannya yang diketahui melalui kitab-
kitab suci dan rasul-rasulnya, iaitu perbuatan taat yang boleh menjernihkan jiwanya dan
mententeramkan perasaannya serta boleh menyempurnakan budi pekertinya dan boleh
melicinkan hubungannya sesama makhluk dan dalam mengadapi kehidupannya.

PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Terdapat banyak perkara yang merosakkan aqidah dan membatalkan syahadah, berikut
disenaraikan 10 daripadanya dan sebagai umat Islam, kita harus menjauhi perkara berikut

1. Syirik

Syirik merujuk kepada menjadikan sesuatu sebagai sekutu Allah dalam hal-hal yang
merupakan hak murni Allah seperti hak Allah sebagai Tuhan yang disembah, ditaati dan

1
sebagai tempat memohon pertolongan. Syirik mempersekutukan Allah adalah syirik akbar
yang mengakibatkan tertolaknya amal soleh bahkan amal apa sahaja kerana syarat
pertama untuk amal ialah amal/perbuatan tersebut adalah semata-mata kerana Allah swt.
Syirik menyekutukan Allah adalah dosa yang tidak terampun seperti firman Allah di dalam al
Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia juga mengampuni
dosa yang selain dari (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya” (surah An-
Nisa’ : 48 & 116).

Allah juga mengharamkan syurga kepada mereka yang menyekutukan Allah sepertimana
firman Allah (swt) yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang syirik (mempersekutukan) Allah, nescaya Allah akan


mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka, dan
tiada seorang penolong pun bagi orang yang zalim” (Al-Maidah :72)

Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik Akhbar (besar) dan syirik Ashghar (kecil). Syirik
akbar tidak diampuni dan menyebabkan sesiapa yang syirik akhbar tidak akan masuk ke
dalam syurga buat selama-lamanya. Syirik ashghar adalah termasuk dalam kategori dosa
besar, sesiapa yang melakukannya dan yang terus-menerus melakukannya dikhuatiri mati
dalam keadaan kufur jika tidak segera mendapatkan rahmat Allah untuk bertaubat sebelum
meninggal.

Syirik akhbar pula terbahagi kepada dua iaitu a) Jelas dan terang (zhahirun jaliyyun) dan b)
Tersembunyi dan tersamar (bathinun khafiyyun). Syirik zhahirun jaliyyun adalah
menyembah selain daripada Allah swt atau menyembah beberapa tuhan disamping
menyembah Allah, samada tuhan itu berbentuk seperti benda angkasa (matahari, bulan,
bintang), benda mati (patung, batu), binatang (lembu dan anak lembu), manusia (firaun,
buddha, Isa bin Mariam as.) atau makhluk ghaib (jin, syaitan, malaikat). Syirik bathinun
khafiyyun iaitu yang tersembunyi dan tersamar ialah seperti dijelaskan berikut :

1. Berdoa dan memohon pertolongan daripada orang mati – perkara ini tersamar (tidak
jelasnya syirik) kerana manusia tidak menganggap doa, meminta pertolongan dan
meminta bantuan kepada orang-orang yang telah dikubur sebagai ibadah. Mereka
beranggapan bahawa ibadah hanya terbatas kepada rukuk, sujud, solat, puasa dan
sebagainya. Padahal di dalam hadis ada menyatakan:

2
“ Doa adalah ibadah” (HR at-Tirmidzi; ia berkata : ini hadith hasan shahih)

Antara perbuatan syirik ialah berdoa dan meminta pertolongan daripada orang yang
telah mati dan bernazar atau berniat korban (melakukan sembelihan) kerana
mereka.
2. Menjadikan selain Allah sebagai pemilik hak membuat syariat (hak legislatif) atau
menjadikan selain Allah sebagai pembuat hukum. Jika menjadikan selain daripada
Allah sebagai pembuat hukum, maka mereka
- akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal (telah
banyak berlaku pada hari ini),
- menetapkan berbagai sistem dan peraturan sebagai undang-undang, atau
- menetapkan metodologi dan pola fikir yang tidak diizinkan Allah atau
membelakangkan syariat.
Sesungguhnya yang membuat hukum itu adalah Allah dan semuanya telah jelas di
dalam kitab suci Al-Quran dan dijelaskan oleh rasul junjungan melalui hadith-hadith
sahihnya. Hukum yang ada amat sempurna, bersifat global dan tak lekang mengikut
zaman.
Maka sesiapa yang menjadikan selain Allah sebagai pembuat hukum, maka jatuhlah
hukum syirik ashghar ke atasnya.
3. Syirik-syirik kecil seperti memakai tangkal/gelang/azimat, bersumpah dengan selain
Allah swt dan ruqyah (mentera atau jampi)

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara dirinya dengan Allah (swt)


Perkara ini adalah sama seperti dijelaskan sebagai syirik ashghar di atas. Antara contoh
lain ialah berdoa kepada orang mati, dan orang-orang yang memilik makam, juga
meminta pertolongan dan pemenuhan hajat kepada mereka seperti penyembuhan orang
sakit, kelapangan dari kesulitan, bantuan kepada yang sangat memerlukan,
kemenangan atas musuh dan hal-hal lain yang tidak memiliki kemampuan atasnya
selain daripada Allah.
Ini termasuklah keyakinan bahawa orang mati mampu memberi manfaat atau
menimpakan mudharat. Ibnu Qayyim rahimahullah menyatakan bahawa syirik seperti ini
adalah pangkal dan dasar syirik alam. Sesungguhnya hanya Allah swt yang berkuasa ke
atas segala sesuatu dan sesuatu itu tidak akan berlaku atau terjadi tanpa izin Allah swt.

3
Kita sebagai muslim wajib percaya akan ketetapan ini bagi mengelakkan kita tergelincir
kepada perkara syirik dan merosakkan aqidah kita.

3. Tidak mengkafirkan orang musyrikin atau ragu akan kekafiran mereka atau
membenarkan idealogi mereka
Kita sebagai umat Islam tidak boleh menghukum muslim yang lain sebagai musyrik
melainkan dengan bukti yang jelas. Namun, jika seseorang itu sememangnya kafir maka
kita tidak boleh menafikan atau meragui akan kekafiran mereka. Kita juga tidak boleh
membenarkan ideologi mereka kerana memang jelas ideologi mereka adalah
bertentangan dengan Islam.
Merujuk kepada agama Kritian sebagai contoh, ideologi utama agama tersebut ialah
konsep Triniti iaitu 3 dalam satu yang merujuk kepada tiga tuhan sebagai tuhan mereka;
tuhan bapa (God), tuhan anak (jesus) dan roh kudus. Ini sudah jelas bertentangan
dengan pegangan Islam iaitu Allah itu Ahad. Maka, jika kita membenarkan ideologi
mereka ini, maka kita tanpa disedari telah tergelincir daripada aqidah islamiyah.

4. Beriktikad dengan menganggap petunjuk selain daripada Nabi Muhammad (saw)


itu lebih sempurna
Sesungguhnya agama yang diturunkan Allah dan dibawa oleh Nabi Muhammad saw itu
amat sempurna dan benar malah mengatasi segala agama samawi nabi-nabi terdahulu.

Firman Allah swt yang bermaksud :


“ Dan kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad), kitab (al-Quran) dengan
membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang telah
diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka,
jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak
hawa nafsu mereka” (Al-Maaidah:48)
Firman Allah lagi
“Sesungguhnya Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran)
dengan membawa kebenaran supaya engkau menghukum di antara manusia
menurut apa yang telah Allah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya).(Surah
An-Nisaa’ :105)

4
Di dalam surah Ali-Imran ayat 19, Allah berfirman :
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

Untuk menegaskan bahasa kitab suci Al-Quran ini membatalkan seluruh kitab suci yang
mendahuluinya dan menegaskan bahawa agama Islam ini membatalkan semua agama
sebelumnya, Rasulallah saw telah bersabda yang bermaksud :

“Demi Tuhan yang jiwa (nyawaku) di dalam tangan-Nya, jika ditakdirkan Nabi
Musa itu masih hidup, tidak ada jalan lain baginya melainkan dia mesti mengikut
aku....

Sabda ini diucapkan kepada Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a. yang telah membawa
kepada Rasulallah sebuah kitab Taurat yang diambilnya daripada golongan Ahli Kitab
(Yahudi); lalu Sayidina Umar pun membawa isi kitab Taurat kepada Rasulallah saw.
Perbuatan ini membuatkan Rasulallah saw sangat murka sambil bersabda yang
bermaksud :

“ Sesungguhnya aku telah membawa kepada kamu semua hukum hakam dan
pengajaran agama itu di dalam keadaan putih bersih. Oleh itu, janganlah sekali-
kali kamu bertanyakan kepada mereka (Ahli Kitab) itu mengenai sesuatu apa pun,
sebab mungkin mereka memberi jawapan yang benar kepada kamu tetapi kamu
dustakannya, ataupun mereka memberi jawapan yang salah lalu kamu
mempercayainya.. Demi Tuhan yang jiwaku di dalam tangannya ...sampai akhir
hadis”
(Hadis riwayat Ahmad, Al Bazzar dan Ibnu Abi Syaibah, isnadnya sahih).

Sedangkan Nabi Musa a.s. sendiri ditegaskan oleh Rasulallah s.a.w mesti mengikut dan
menganut agama Islam, maka apalagi para penganut agama dibawa oleh beliau.
Firman Allah swt

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari nabi-nabi dengan
firmanNya: ‘Sesungguhnya apa jua kitab dan hikmah yang Aku berikan kepada
kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang rasul yang mengesahkan apa
yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman bersungguh-sungguh kepadanya

5
dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolong’. Allah berfirman lagi
(bertanya kepada mereka) : ‘Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu
menerima akan ikatan janji-Ku secara yang demikian itu?’ Mereka menjawab :
‘Kami berikrar(mengakui dan menerimanya)’, Allah berfirman lagi : ‘Jika demikian,
maka saksikanlah kamu, dan aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu’.
Kemudian, sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui perjanjian setia ini,
maka mereka itulah orang yang fasiq” (Surah ali-Imran : 81&82).

Maka jelas di sini bahawa sesungguhnya ajaran yang dibawa oleh Rasulallah itu benar
dan sempurna dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Ditegaskan sekali lagi bahawa Al-Quran
yang diturunkan itu amat lengkap dan meliputi semua aspek kehidupan. Maka sekiranya
seseorang itu beriktikad bahawa terdapat petunjuk lain selain yang dibawa oleh
Muhammad saw itu adalah benar, maka aqidahnya telah rosak.

5. Membenci sesuatu yang dibawa oleh Nabi Muhammad (saw)

Firman Allah swt:

“Demikian itu adalah kerana mereka itu benci terhadap apa yang diturunkan oleh
Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal mereka” (Surah Muhammad :
9)

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah berasaskan kalimah Allah, baginda
terpelihara daripada kesilapan dan kesalahan selain sentiasa benar (sifat-sifat rasul), maka
tidak ragu lagi bahawa ajaran yang dibawanya adalah benar. Sekiranya seseorang muslim
membenci sesuatu yang dibawa oleh baginda dan menganggap bahawa segala suruhan
yang ditetapkan itu sebagai menyusahkan, maka rosaklah akidahnya. Bukanlah kita hanya
menerima segala sesuatu itu tanpa persoalan kerana kita sebagai insan perlu sentiasa
berfikir, namun kebenaran ajaran Muhammad ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Sekiranya
terdapat kemusykilan terhadap sesuatu, wajarlah kita mendalami agama islam yang syumul
ini sebelum menanamkan rasa benci akan ajaran yang dibawa oleh junjungan kita.

6. Mempersendakan-sendakan terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad


(saw)

Firman Allah swt :

6
“Katakanlah (wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat-ayatNya dan RasulNya
kamu mempersenda-sendakan? Tiada makna kamu meminta uzur (maaf) kerana kamu
telah menjadi kafir setelah beriman” (Surah at-Taubah : 65-66)

Sekiranya kita menganggap bahawa ajaran nabi Muhammad itu tidak relevan, maka sudah
pastilah agama Islam yang kita sanjung ini telah terkubur bersama zaman. Sudah pastilah
golongan musyrikin berjaya menggubal semula isi kandugan Al-Quran dan lain-lain lagi.
Meskipun terdapat keraguan tentang kesahihan hadith kerana banyak hadith disampaikan
secara lisan, namun kita wajib beriman kepada Al-Quran dan hadith(yang sahih). Perkataan
beriman itu sendiri merujuk kepada kepercayaan yang tidak berbelah bahagi, maka jika
benar-benar beriman, sudah pastilah kita tidak akan mempersendakan ajaran Nabi
Muhammad. Golongan yang mempersendakan ajaran baginda ini lazimnya adalah mereka
yang lebih mengambil berat tentang kepentingan sendiri dan mencipta ajaran baru yang
menepati selera mereka.

7. Melakukan atau mengamalkan sihir

Firman Allah swt :

“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan sihir kepada seseorang pun sebelum
mengatakan ‘bahawa sesungguhnya kami hanyalah cubaan bagimu’, sebab itu maka
janganlah kamu kafir” (Surah al-Baqarah :102)

Sihir adalah salah satu syirik, iaitu cara penipuan antaranya menggunakan azimat, mantera,
simpul-simpul tali dan tiupan mulut. Ia dikategorikan sebagai syirik kerana di dalamnya
terdapat permohonan bantuan kepada selain Allah, baik daripada jin, syaitan, planet dan
sebagainya.

Tersebut di dalam hadith yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulallah telah bersabda : “Barangsiapa


membuat suatu buhulan (simpulan tali), lalu meniup padanya (sebagaimana yang
dilakukan oleh tukang sihir), maka dia telah melakukan sihir, dan barangsiapa yang
melakukan sihir, ia telah syirik, dan barangsiapa menggantungkan suatu benda
(azimat), nescaya Allah menjadikan dia selalu bergantung pada benda itu.” (HR An-
Nasai)

7
Di dalam Islam, sihir tergolong dalam dosa besar, begitu juga dalam agama-agama samawi
yang lain. Rasulallah saw menggolongkan sihir dalam kelompok 7 dosa besar yang
menghancurkan dan menempatkannya pada urutan kedua setelah syirik.

Orang yang melakukan sihir, serta orang yang membenarkannya dan mendatangi mereka
untuk melakukan sihir, maka mereka menjadi sekutu. Rasulallah saw bersabda yang
bermaksud

“Tiga orang tidak akan masuk syurga : peminum khomr (arak), yang membenarkan
sihir dan pemutus silaturrahim” (HR Ahmad dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

8. Memberi bantuan kepada orang musyrikin untuk menentang orang Islam

Firman Allah swt :

“ Dan barangsiapa antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi
pemimpin maka dia termasuk dalam golongan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang yang zalim” (Surah al-Maidah : 51)

Amat jelas bahawa Yahudi dan Nasrani adalah musuh agama Islam maka sebarang
bantuan yang diberi kepada golongan ini adalah dikategorikan kepada perkara yang
merosakkan aqidah. Modus operandi Yahudi yang ingin menakluki dunia meskipun mereka
sebenarnya adalah bangsa tanpa tanah namun mereka mahukan dunia ini untuk menjadi
milik mereka dan agama lain mengikut telunjuk mereka. Golongan Yahudi dan Nasrani
berusaha menuntut bahawa Masjid Al-Aqsa sebagai tanah suci mereka, sebagai tanah asal
mereka, namun hakikatnya mereka ingin memusnahkan masjid suci agama Islam. Pelbagai
tindakan telah mereka ambil dan semakin radikal pada hari ini terutamanya melalui
pemimpin-pemimpin mereka.

Di internet telah banyak fakta-fakta tentang bagaimana dana disalurkan kepada Yahudi
demi memusnahkan Islam. Maka sebagai muslim, kita wajib memboikot barangan, produk
atau perkhidmatan yang menyebabkan sen dan ringgit tersalur kepada Yahudi yang
sentiasa ingin menghancurkan Islam. Kita juga wajib memperkuatkan iktikad kita dan
sentiasa berusaha untuk menghalang niat jahat Yahudi dan Nasrani ini.

9. Beriktikad bahawa sebahagian manusia dibenarkan untuk tidak mengikut syariat


Nabi Muhammad (saw)

8
Syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw tidak diberi pengecualian kepada
sesiapapun hatta raja ataupun sultan. Maka jika kita mempercayai bahawa terdapat
manusia istimewa yang diberi pengecualian untuk tidak mengikut syariat Muhammad yang
berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah, maka jelas bahawa akidah telah mengalami
kerosakan.

Sebagai contohnya ialah jika mengikut dan mempercayai ajaran sesat yang menyatakan
bahawa pemimpin golongan itu tidak perlu mengerjakan solat kerana mempunyai hubungan
terus dengan Allah dan Rasulallah, maka jelas dan nyata akidah seseorang itu telah rosak.
Sesunguhnya Rasulallah sendiri diperintahkan untuk mendirikan solat 5 waktu sehari dan
semua umat Islam wajib melakukannya, maka jika mempercayai pemimpin ajaran sesat itu
dibenarkan tidak bersolat, maka perlulah memperbetulkan semula akidah yang terpesong.

10. Berpaling secara keseluruhan daripada agama Islam.

Firman Allah swt :

“Tidakkah yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan peringatan melalui
ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya, sesungguhnya Kami akan
menimpakan pembalasan kepada orang yang berdosa” (Surah as-Sajadah : 22)

“Dan orang yang kafir berpaling daripada apa yang diperingatkan kepada mereka” (Surah
al-Mukminun: 71).

Berpaling secara keseluruhan bermaksud tidak mengakui Allah sebagai Tuhan, menidakkan
kalimah ‘La ilaha illallah’ selain menolak keseluruhan Rukun Iman dan Rukun Islam. Ini
boleh berlaku secara perbuatan (lisan dan perlakuan) dan melalui hati (iktikad tidak beriman
dengan Allah).

Marilah kita sebagai Muslim yang dilahirkan sebagai Muslim, menghindari perkara-perkara
yang merosakkan akidah.

Selain daripada 10 perkara yang dijelaskan di atas, terdapat banyak lagi perkara-perkara atau
iktikad-iktikad yang batil dan pemikiran yang sesat yang mejatuhkan pelakunya kepada riddah
(rosak akidah) dan seterusnya terkeluar daripada agama agung, agama Islam. Rosak akidah
bukan hanya bermaksud keluar dari Islam dan menganuti agama lain, tetapi juga boleh lahir
dalam bentuk anutan-anutan idealogi atau falsafah yang sesat lagi bertentangan dengan Islam.
Contoh yang pernah berlaku di Malaysia ini ialah fahaman komunis di mana mereka

9
menganggap bahawa Tuhan itu tidak wujud. Meskipun penganut fahaman ini (komunis ini)
bersembahyang, berpuasa dan melakukan rukun Islam yang lain, namun dari segi fahaman
mereka telah terseleweng dari ajaran paksi asal iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang Ahad
iaitu Allah. Mereka ini telah diseleweng fahaman mereka atas dasar inginkan kemerdekaan
namun inilah akibatnya. Mereka terjerumus ke lembah riddah ini tanpa disedari dan akhirnya
mati dalam keadaan murtad. Selain itu, fahaman-fahaman lain seperti teori evolusi dan agama
scientologi seperti anutan barat juga membawa kepada riddah.

Haji Said bin Ibrahim di dalam kitabnya Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah mengemukakan
perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan akidah secara ijmalnya sebanya empat
perkara iaitu seperti berikut :

1. Mengingkari atau mencerca rububiyah (pentadbiran) Allah swt.

Setiap yang beriman wajib mengiktikad dengan sepenuh hati iaitu iktikad yang jazam(putus)
bahawa Allah swt memiliki semua perkara di seluruh alam ini dan mentadbirnya mengikut
kehendak dan kebijaksanaannya kerana sesungguhnya Allah itu pemilik semesta alam
bersamaan dengan sifatNya iaitu al-Maliku (yang mempunyai kerajaan). Mestilah Allah itu
Maha Besar untuk mentadbir alam yang luas ini yang bukan hanya terdiri daripada langit,
bumi dan lautan, namun segala-galanya termasuk perkara yang tidak tercapai dek akan
antaranya cakera wala yang entah berapa luasnya ini.

Allah menciptakan makhluk (bukan hanya manusia) dan berkuasa menghidupkan,


mematikan, memuliakan, menghinakan, mengangkat darjat, memberi rezeki, memberi
nikmat, rahmat dan lain-lainya. Betapa Maha Cerdik dan Maha Mengetahui Allah swt akan
keperluan hambaNya maka Allah mengatur kehidupan manusia di dalam kitab unggul Kitab
Al-Quran yang mana isi kandungannya lengkap untuk segala aspek kehidupan termasuk
tentang pekerjaan, keberterusan hidup, keperluan fitrah dan lain-lain lagi.

Firman Allah swt

“Maka bagi Allah jua tertentu segala puji, Tuhan yang mentadbir langit dan Tuhan
yang mentadbir bumi, Tuhan sekalian alam” (Surah al-Jathiah:36)

Daripada ayat al-Quran di atas, jelas menunjukkan bahawa setiap perkataan atau
perbuatan atau iktikad yang mengingkari atau mencerca rububiyah (pentadbiran Allah swt)

10
adalah membatalkan iman. Perkara lain yang membatalkan iman ialah salah satu daripada
perkara di berikut :

a) Mengingkari bahawa Allah swt adalah pencipta seluruh alam


b) Mendakwa bahawa alam ini adalah qadim bukan huduth
c) Mendakwa bahawa alam ini bukan makhluk
d) Mendakwa bahawa alam ini bukan di bawah tadbir Allah swt
e) Mengingkari bahawa makhluk-makhluk yang ada di alam ini bukan milik Allah (swt)
f) Mendakwa bahawa rezeki-rezeki makhluk-makhluk itu bukan daripada Allah swt
g) Mendakwa bahawa Allah swt menjadikan makhluk ini dan membiarkan mereka
begitu sahaja
h) Mendakwa bahawa Allah swt tidak menjaga makhluk di alam ini, dan tidak mentadbir
urusan mereka.
2. Mengingkari atau mencerca nama-nama Allah swt dan sifat-sifatNya
3. Mencerca atau mengingkari ketuhanan

Setiap muslim wajib beriktikad bahawa Allah swt adalah tuhan yang berhak disembah dan
tiada tuhan lain selainNya.

Firman Allah swt

“Sembahkah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya” (Surah al-Mukminun :23)

“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku”
(Surah Taha:14)

Penyembahan dan peribadatan seseorang hamba kepada Allah swt adalah menjadi asas
agama Islam kerana Allah swt menjadikan manusia untuk menyembah dan beribadat
kepadaNya. Peribadatan kepada Allah swt ialah mentauhidkan Allah swt iaitu beribadat
wajib dengan semuanya dilakukan kerana Allah swt iaitu Tuhan yang berhak disembah,
Pencipta Seluruh Alam.

4. Mengingkari atau mencerca kerasulan

Adalah wajib bagi setiap muslim untuk mempercayai kerasulan rasul-rasul yang disebutkan
namanya di dalam Al-Quran.

11
Sesiapa yang mengingkari risalah (kerasulan) para rasul yang diutus oleh Allah,bermakna
mereka tidak mempercayai kerasulan rasul-rasul pilihan Allah swt, dan mereka ini terbatal
imannya, iaitu termasuk di dalam golongan yang tidak beriman.

Langkah-langkah pencegahan

1. Mengabdikan seluruhnya kepada Allah(SWT)


Keikhlasan pengabdian kepada Allah (SWT) iaitu dengan memberi hak uluhiyah yang
sempurna daripada sudut keagungan, kecintaan dan ketundukan mutlak kepada Allah
(SWT). Perkara ini dapat dicapai melalui empat perkara:
I. Jangan menjadikan yang lain sebagai tuhan dengan mengagung-agungkannya
seperti Allah (SWT). Firman Allah (SWT) dalam surah Al Imran ayat 64:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu


Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu
jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian
yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan
selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan
menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu
bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

II. Jangan mengambl selain Allah (SWT) sebagai penolong dan juga mencintainya
seperti Allah (SWT). Sudah menjadi tuntutan tauhid hambaNya untuk
menjadikan cintanya tulen kepada Allah (SWT); tidak menambil dan mencintai
wali berhala seperti mencintai Allah (SWT), kerana wilayah (kepatuhan)
hanyalah kepada Allah (SWT) dan tidak kepada yang lain.

12
III. Jangan mencari hakikat selain Allah (SWT), mentaati kepadanya seperti
memberi ketaatan kepada Allah (SWT) kerana sesungguhnya yang mempunyai
hak penentu bagi segala urusan hambaNya serta hak dalam menggubal
perundangan (tasyrik) untuk mereka dalam urusan-urusan agama dan dunia
hanyalah Allah (SWT) sahaja. Dia yang amat mengetahui tentang kejadian
mereka, amat mengasihani hambaNya serta mengetahui apa yang baik dan apa
yang buruk untuk hambaNya.

IV. Mendalami ilmu tentang agama Islam agar tidak terpesong jauh dari ajaranNya.

2. Mengkufurkan segala taghut


Merujuk kepada kamus Wikipedia, “Taghut merujuk kepada penyembahan berhala,
pendewaan, pemujaan secara melampau. Seseorang mendakwa diri mereka adalah
“suci”, atau mengutamakan dirinya sendiri sebelum mengutamakan Allah”.

I. Bagi mencapai tauhid ini, haruslah membersihkan ubudiyah kepada Allah (SWT)
dan memberikan hak uluhiyah kepadaNya daripada segi kebesaranNya,
kecintaanNya dan juga ketaatan yang hanya layak bagi Allah (SWT) dan tidak
kepada yang lain.

II. Meninggalkan perkara yang taghut dan membersihkan hati daripada apa yang
disembah dan ditaati selain daripada Allah (SWT). Terdapat ayat-ayat Al-Quran
kadang-kadang didahului dengan mengkufuri taghut kemudian mengimani Allah
(SWT). Firman Allah (SWT):

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak
percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang

13
teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui.
(surah Al-Baqarah: 256)

3. Memelihara diri daripada syirik dan menjauhkannya


Bagi mencapai tauhid ini perlu mengetahui tentang semua jenis syirik samada yang kecil
ataupun besar, terang atau tidak dan membebaskan diri daripada setiap unsur syirik, serta
berhati-hati pada pintu yang boleh membawa kerosakkan diri ke dalamnya. Syirik terbahagi
kepada dua jenis iaitu syirik besar dan kecil.

Contoh syirik besar ialah:

Syirik besar bisa mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan menjadikannya kekal di
dalam Neraka, jika ia meninggal dunia dan belum bertaubat daripadanya.

Syirik besar ialah memalingkan sesuatu bentuk ibadah kepada selain Allah, seperti berdoa
kepada selain Allah atau mendekatkan diri kepadanya dengan penyembelihan korban atau
nazar untuk selain Allah, baik untuk kuburan, jin atau syaitan, atau mengharap sesuatu
selain Allah, yang tidak kuasa memberikan manfaat maupun mudarat.

Syirik besar terbahagi kepada 4 perkara:


I. Syirik Do'a, iaitu di samping dia berdoa kepada Allah S.W.T, ia juga berdoa kepada
selainNya.

II. Syirik Niat, Keinginan dan Tujuan, iaitu ia menunjukkan suatu ibadah untuk selain Allah
S.W.T.

III. Syirik Ketaatan, iaitu mentaati kepada selain Allah dalam hal maksiat kepada
Allah.

IV. Syirik Mahabbah (Kecintaan), iaitu menyamakan selain Allah dengan Allah
dalam hal kecintaan.

14
Contoh syirik kecil ialah:
Syirik kecil tidak menjadikan seseorang itu keluar dari agama Islam, tetapi ia akan
mengurangi tauhid dan merupakan wasilah (perantara) kepada syirik besar.

Terbahagi kepada dua iaitu:


I. Syirik Zahir (Nyata), yaitu syirik kecil yang dalam bentuk ucapan dan perbuatan.
Dalam bentuk ucapan misalnya, bersumpah dengan nama selain Allah.
Rasulullah S.A.W bersabda.

"Artinya : Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka ia telah


berbuat kufur atau syirik"

Qutailah R.A mengatakan bahawa ada seorang Yahudi yang datang kepada
Nabi S.A.W, dan berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian melakukan perbuatan
syirik. Kamu mengucapkan: "Atas kehendak Allah dan kehendakmu" dan
mengucapkan: "Demi Ka'bah". Maka Nabi S.A.W memerintahkan para Sahabat
apabila hendak bersumpah supaya mengucapkan, "Demi Allah Pemilik Ka'bah"
dan mengucapkan: "Atas kehendak Allah kemudian atas kehendakmu"

Syirik dalam bentuk ucapan, yaitu perkataan.


"Kalau bukan kerana kehendak Allah dan kehendak si fulan"
Ucapan tersebut adalah salah, dan yang betul ialah:
"Kalau bukan kerana kehendak Allah, kemudian kerana kehendak si fulan"

Kata (kemudian) menunjukkan tertib berurutan, yang bererti menjadikan


kehendak hamba mengikuti kehendak Allah.
II. Syirik Khafi (Tersembunyi), iaitu syirik dalam hal keinginan dan niat, seperti riak
(ingin dipuji orang) dan sum'ah (ingin didengar orang) dan lainnya.

Rasulullah S.AW bersabda.:

"Sesungguhnya yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil.
"Mereka (para Sahabat) bertanya: "Apakah syirik kecil itu, ya
Rasulullah?" .Beliau S.A.W menjawab: "Iaitu riak'"

15
Maka, dosa syirik ini mesti bertaubat dan jka tidak bertaubat maka Allah S.W.T tidak
sekali-kali akan memberikan keampunan kepada pelakunya.

4. Menuntut ilmu
Manusia yang mencari ilmu bagi bekalan dirinya untuk kemudian hari demi mencari
keredhaan Allah akan mendapat keselamatan dan kejayaan. Imam Al-Ghazali
menyatakan perkara yang paling penting ialah waktu kamu itu digunakan untuk
menambah ilmu yang berguna dan memberi kebaikan terhadap din , iaitu ilmu yang
dapat membawa kamu menuju ketakwaan kepada Allah S.W.T, membuka kesedaran
kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat dalam diri kamu.
Mendalamkan makrifat terhadap duni a dan menambah penglibatan dirimu terhadap
kehidupan di akhirat kelak. Ilmu ini dapat membuka luas mata hatimu, sehingga kamu
dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan buruk, malah membuat kamu
lebih berhati-hati terhadap godaan-godaan syaitan dan helahnya.

5. Mentaati perintah Allah S.W.T


Taat bermaksud menuntut atau patuh kepada peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan yang
ditetapkan oleh Allah SWT. Perintah Allah SWT terdiri daripada amal-amal yang wajib dan yang
sunat.

Amal yang wajib ialah amal yang terpenting untuk menggerakkan setiap urusan serta membawa
manusia ke jalan yang selamat dan bahagia. Manakala, amal yang sunat adalah keuntungan yang
memberikan darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.

Dalam mentaati perintah Allah SWT, seseorang mukmin mestilah menunaikan kewajipan-
kewajipan yang telah difardukan kepadanya seperti solat, puasa pada bulan Ramadan,
menunaikan haji dan mengeluarkan zakat. Bagi memastikan keempat-empat fardu ini sentiasa
hidup dalam jiwa seseorang, dia hendaklah menyeru manusia kepada pelaksanaannya serta
melarang anusia daripada mengabaikannya. Usaha ini dinamakan amru bil-makruf wanahau anil-
munkar. Jadi, sekiranya tugas ini tidak dijalankan dengan baik, maka menjadi kewajipan
kepadanya untuk melaksanakannya.

Di samping melakukan perkara-perkara yang fardhu, seorang mukmin haruslah meningkatkan


dirinya dengan menjalankan amalan-amalan yang sunat. Amalan yang sunat ini adalah begitu luas

16
skopnya. Maka, topik utama dalam pelaksanaan amalan-amalan sunat ini ialah ia hendaklah
berdasarkan petunjuk-petunjuk daripada Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

6. Menjauhi maksiat
Seorang mukmim haruslah berusaha menjauhkan dirinya daripada melakukan maksiat,
memandang berat pada dosa-dosa besar dan sentiasa berwaspada pada dosa-dosa
kecil.

Imam Al-Ghazali telah memberi peringatan bahawa di dalam tuntutan din, terdapat dua
perkara yang amat penting dan harus diberi perhatian. Pertama, meninggalkan dan
menjauhi segala laranganNya. Kedua, sentiasa taat dan menunaikan segala perintah,
beribadah dan berbakti kepada Allah S.W.T.

Di antara kedua-dua perkara di atas, menjauhi segala yang dilarang merupakan perkara
yang begitu berat kerana ketaatan melaksanakan perintah-perintah Allah S.W.T
memang dapat dilaksanakan. Tetapi meninggalkan dan menjauhi segala laranganNya
hanya dapat dibuat oleh orang yang mempunyai keimanan yang begitu kuat.

Bagi menjadikan iman jauh daripada anasir-anasir buruk, seorang mukmin haruslah
menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ini adalah
kerana selalunya syaitan sentiasa menyerang manusia melalui pintu-pintu kelemahan
dirinya. Jadi, haruslah dia membina benteng untuk dirinya daripada godaan-godaan
syaitan.

Kesimpulan

17
Sesungguhnya jelas bahawa iman dan Islam sahajalah yang dapat menjamin akidah
merekaa. Maka, ia haruslah sentiasa dipertahankan agar dapat menjamin keselamatan
akidah. Akidah sahih yang berpandukan oleh Al-Quran dan Hadis menjadi panduan dan
keyakinan kepada kita. Akidah yang bersifat menyeleweng, batil dan kufur haruslah
ditolak oleh kita.
Di dalam Al-Quran telah dinyatakan dalam beberapa ayat mengenai perkara-perkara
yang boleh merosakkan akidah di mana menyebabkan menjadi syirik dan kufur. Iman
dan akidah seseorang muslim boleh menjadi rosak melalui beberapa cara; samada
melalui perbuatan, perkataan dan iktikad. Maka, terkeluarlah dia daripada agama Islam.
Allah S.W.T telah memberi peringatan kepada umat-umatNya melalui Surah Al-Maidah,
ayat 54.

Rujukan

18
1. Pendidikan Islam,Dinamika Guru Jilid 1, Ahmad Mohd Saleh, Penerbit Fajar Bakti, 1998.
2. Dosa-dosa besar, Imam Az-Zahabi diterjemah oleh Dr. Muhammad Amad Adly Ma,
Berlian Publishing Sdn. Bhd., 2008
3. Aqidatul Mukmin : Pegangan Hidup Mukmin Jilid 1, Abu Bakar Jaabir Al-Jazaairi
diterjemah oleh H. Salahiddin Abdullah, Penerbitan Pustaka Antara, 1986
4. Bi’dah dan Syirik : Perkara yang membatalkan tauhid atau mengurangkan
kesempurnaanya, Dr. Yusuf Qardhawy, Muhammad Al-Ghazali, Jasmin Enterprise,
2004
5. Ustaz Azhar Idrus. 2010. Mengenai Syirik. http://ustazazhar.com/v1/fiqh/mengenai-
syirik.html. UstazAzhar.com. Dilihat pada 16 Mei 2010.

Refleksi

19
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberi
untuk subjek Pendidikan Agama Islam di bawah tajuk akidah. Untuk menyiapkan tugasan ini
saya telah dipasangkan dengan Saudari Siti Hafizah Sheikh Raihan dan kami berdua mendapat
tajuk “Perkara-perkara yang merosakkan akidah dan langkah-langkah mencegah kerosakan
akidah”. Kami berdua sepakat untuk membahagikan tugas ini dengan saya menyenaraikan dan
menghuraikan perkara merosakkan akidah manakala rakan saya menyenaraikan langkah
pencegahan.

Sesungguhnya semasa berusaha menyiapkan tugasan ini, saya pada mulanya ingin membuat
rujukan melalui internet namun khuatir akan kesahihan sumber tersebut maka saya mencari
sumber-sumber maujud iaitu buku-buku yang terdapat di perpustakaan IPG. Amat banyak
sumber yang ada sehingga saya kelelahan memilih buku yang bersesuaian. Seterusnya saya
menumpukan kepada topik akidah dan syirik dan membuat kajian ke atas dua topik ini.

Menyudahkan tugasan ini menambahkan kefahaman saya tentang ajaran Islam selain
mengelakkan perkara yang boleh menjerumuskan kepada kerosakan aqidah tanpa disedari.
Saya lebih menghargai kewujudan saya sebagai makhluk Tuhan dan mensyukuri kerana
dikelong di dalam akidah dan syariah Islamiyah. Syukur Alhamdulillah. Dalam
menyempurnakan tugasan ini, saya juga dapat mengekplorasi tentang sirah dan perjuangan
Rasulallah selain mengabungjalin dengan senario harian yang saya tatapi. Saya juga cuba
memasukkan pendapat saya di mana-mana ruang yang bersesuaian selain memberi contoh
untuk menambah kefahaman.

Selain menyiapkan tugasan ini, kami juga dikehendaki membuat pembentangan (berbantukan
media Powerpoint) dan semasa sesi ini saya cuba memberi penerangan mengikut kefahaman
dan pengetahuan saya. Rakan-rakan sekelas amat membantu dan kami bertukar-tukar
pendapat dan pengetahuan antara satu sama lain. Terdapat juga kemusykilan dan persoalan
yang tidak mampu kami selesaikan dan Ustaz Ahmad Roshaidi membantu kami merungkaikan
kemusykilan tersebut.

Sesungguhnya, saya merasa tugasan ini banyak membantu saya dan relevan dimasukkan di
dalam subjek Pendidikan Agama untuk KPLI. Terima kasih kepada Ustaz atas tunjuk ajar dan
perkongsian ilmu dengan kami.

Membincangkan tentang sesi kuliah pula, saya merasa kuliah dan ilmu yang disampaikan amat
berguna untuk memperkukuh lagi pengetahuan tentang agama Islam terutamanya sebagai

20
persediaan kami yang bakal bergelar guru. Pendedahan sebelum ini hanyalah semasa sekolah
menengah yang telah bertahun-tahun kami tinggalkan. Saya berpendapat, masa kredit yang
diperuntukkan untuk subjek ini perlu ditambah untuk kebaikan bersama selain menambah ilmu
di dada para pendidik. Ini kerana, semasa di sekolah nanti, pengetahuan agama amat penting
kerana sebagai pendidik sudah pastilah menjadi rujukan oleh para murid. Sekian.

Disediakan Oleh : Dayang Azizah Ag Untong

Siti Hafizah Bt. Sheikh Raihan

LISN1

21
Refleksi

Pertama, saya rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan untuk
subjek Pendidikan Islam yang telah diberikan kepada saya. Di dalam menjalankan tugasan ini,
saya dan rakan saya, Dayang Azizah Ag. Untong mendapat tajuk “ Perkara-perkara yang
merosakkan akidah dan langkah-langkah pencegahannya”. Dari sini, kami membahagikan
tugas antara kami, iaitu saya mengambil langkah-langkah dan kesimpulannya, manakala rakan
saya membuat pengenalan dan perkara-perkara yang merosakkan kaedah.

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mencari rujukan dari setiap sudut daripada internet
hinggalah kepada buku-buku. Saya perlu mencari seberapa banyak rujukan agar ia sahih dan
tidak berlaku tokok-tambah dari pihak-pihak lain.

Sebelum memulakan tugasan bertulis ini, kami dikehendaki membuat pembentangan terlebih
dahulu. Semasa pembentangan, kami membentang mengikut kefahaman kami dan sekiranya
ada yang kami tidak pasti, kami merujuk kepada Ustaz untuk memberi penerangan lebih lanjut.
Selepas pembentangan, kami memulakan sesi soal jawab dengan rakan-rakan kami menanya
soalan yang menjadi kemusykilan mereka.

Tugasan yang diberikan amat berguna kepada saya kerana sambil membuat tugasan ini, saya
dapat memahami lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah. Saya
dapati perkara-perkara yang kecil-kecil di mana kita jarang mengambil tahu boleh merosakkan
akidah. Dari sini, kita haruslah sentiasa berhati-hati dengan diri kita agar tidak terpesong ke
jalan yang menyesatkan.

Akhir kata, tugasan yang diberikan kepada kami benar-benar membantu kami dalam
menghadapi masa depan sebagai guru. Selain itu, dengan pengetahuan yang kami perolehi, ia
juga dapat dijadikan sebagai bekalan untuk kami agar sentiasa beringat agar tidak terpesong
dan berdoa kepada Allah S.W.T jika berlaku kekusutan dalam diri.

22
23