Anda di halaman 1dari 19

TEKNIK BERFIKIR: EUT 201

DEFINISI BERFIKIR DAN BERFIKIR


DALAM KONTEKS KEJURUTERAAN

Prof. Madya Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah


Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
cefrhn@eng.usm.my
cefrhn@yahoo.com
BERFIKIR: YANG KITA FAHAM
 Berfikir menggunakan otak
 Berfikir untuk menyelesaikan masalah
 Berfikir untuk membuat keputusan
 Berfikir untuk merancang
 Berfikir sebelum bertindak
 Tidak berfikir
 Spontan
 Spontan yang berpandukan ilmu dan
pengetahuan
ILMU TEKNIK BERFIKIR

 Berfikir bukan sesuatu yang boleh di “Take


for granted”
 Dengan teknik berfikir yang baik, seseorang
boleh menjadi lebih berkesan dan cemerlang
 Ilmu teknik berfikir memberikan alat-alat, dan
kaedah untuk berfikir
 Terpulanglah kepada anda untuk
menggunakan ilmu teknik berfikir secara
terbaik untuk kehidupan anda
DEFINISI BERFIKIR

 Pelbagai definisi berfikir diberikan :


 Edward de Bono : “Berfikir adalah satu proses
sedar dan berlaku dalam minda yang bertujuan
menyelesaikan masalah atau mencapai sesuatu
tujuan atau matlamat”
 Ainon dan Abdullah : “ Berfikir merupakan satu
proses menggunakan maklumat yang dipelajari,
untuk pelbagai kegiatan aktif seperti
menyelesaikan masalah, membuat rekacipta dan
menghasilkan idea.”
TAHAP BERFIKIR
 Bayi berfikir?
 Kanak-kanak berfikir? Menyelesaikan masalah,
dalam situasi tertentu (nak panjat pokok?)
 Pelajar sekolah berfikir (memahami silibus sekolah,
penyelesaian masalah dalam awalan kehidupan)
 Pelajar universiti berfikir (memahami tujuan ilmu
untuk diaplikasikan, penyelesaian masalah
kehidupan yang semakin kompleks)
 Orang dewasa berfikir (pengaplikasian ilmu,
Incremental knowledge development, membuat
keputusan)
 Orang lanjut usia berfikir (nostalgik ?)
MATLAMAT TEKNIK BERFIKIR

 Menggunakannya dalam kehidupan seharian


 Menggunakannya dalam menghadapi cabaran
dan keperluan harian di universiti
 Berfikir dalam konteks mencapai sesuatu
matlamat
 Berfikir dalam skop terkawal yang dilindungi
batasan keluhuran dan peradaban ketimuran.
 Berfikir menggunakan maklumat yang jitu
 Berfikir bagi mencapai kepelbagaian
penyelesaian (kreatif dalam penyelesaian)
JENIS PEMIKIRAN
 Pemikiran Luhur
 Pemikiran Vertikal
 Pemikiran Lateral
PEMIKIRAN VERTIKAL
 Pendekatan pemikiran yang tersusun (contoh dari
titik ke titik)
 Pendekatan secara logikal dari tahap pertama,
kedua hingga terakhir
 Tiada alternatif
 Pendekatan sistematik tetapi ‘rigid’ – tidak kritikal
 Banyak dibentuk oleh pengalaman (generalisation)
 Berguna dalam menerima ilmu (sekolah, universiti)
 Kurang efektif dalam pengaplikasian ilmu
PEMIKIRAN LATERAL
 Pendekatan pemikiran yang mencari alternatif
kepada penyelesaian
 Pemikir vertikal “Inilah cara yang betul dan paling
baik” vs Pemikir lateral “Cuba kita cari jalan lain”
 Pemikiran lateral
 Bersifat kreatif dan kritikal
 “Thinking out of the box”
 Penjana idea
 Perlu dikawal semasa penerimaan ilmu
 Paling penting dalam pengaplikasian ilmu
EDWARD De BONO :
Kenyataan mengenai pemikiran kritikal
 "You cannot dig a hole in a different place by
digging the same hole deeper"
 "Lateral Thinking is for changing concepts and
perceptions"
DEFINISI KEJURUTERAAN
 “Pengaplikasian prinsip asas sains terhadap
penghasilan proses atau produk yang akan
memberi manfaat kepada manusia dan
tamadunnya”
 “The profession in which a knowledge of the
mathematical and natural science gained by
study, experience and practice is applied with
judgement to develop ways to utilise,
economically, the materials & forces of nature
for the benefit of mankind”
TUGAS JURUTERA
 Mengoperasi (to operate)
 Menyenggara (to maintain)
 Menganalisis (to analyse)
 Merekabentuk (to design)
 Membina (to build)
 Merancang (to plan)
 Menyelidik (to research)

 Mentadbir (to administer)


 Mengurus (to manage)
 Menjadi usahawan (to create an enterprise)
MATLAMAT JURUTERA

 Menjalankan tugas
 Dengan mencapai semua objektif yang ada
 Menggunakan pendekatan efektif dan efisien
 Pada kos yang paling kompetitif
 Melalui kaedah yang tidak memberi mudarat
kepada manusia dan persekitaran
 Jurutera perlu pandai mengimbangi
pemikiran vertikal dan pemikiran lateral
TUGAS JURUTERA
 Mengoperasi (to operate)
 Menyenggara (to maintain)
Vertical
 Menganalisis (to analyse) thinking
 Merekabentuk (to design)
 Membina (to build)
 Merancang (to plan)
 Menyelidik (to research)
Lateral
thinking
 Mentadbir (to administer)
 Mengurus (to manage)
 Menjadi Usahawan (to create an enterprise)
CONTOH

 Tugas menyenggara
 Fikiran vertikal
 Mesti mengikut manual dan piawai kualiti – “religiously”
 Fikiran lateral
 Hampir tiada tempat
Contoh

 Tugas Merekabentuk
 Fikiran vertikal
 Mesti mengikut kaedah yang lazim
 Mesti menggunakan piawai rekabentuk
 Fikiran lateral
 Boleh menggunakan beberapa alternatif kaedah yang
baru
 Boleh membuat keputusan terhadap beberapa perkara
yang kecil dalam rekabentuk
Contoh

 Tugas penyelidikan
 Fikiran vertikal
 Penggunaan teori dan kaedah analisis
 Menyelesaikan masalah yang dikenalpasti
 Mencapai objektif yang telah ditentukan
 Fikiran lateral
 Memilih masalah yang ingin diselesaikan
 Merekabentuk metodologi yang sesuai
KESIMPULAN

 Semoga anda menggunakan teknik berfikir


yang sesuai
 Untuk pembelajaran anda di USM
 Untuk karier anda sebagai seorang juruteran
 Dalam kehidupan anda

Anda mungkin juga menyukai