Anda di halaman 1dari 26

MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB

`ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan

1.0 Penghargaan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kaedah Kajian
4.0 Kajian yang dijalankan
4.1 Latar belakang kajian
4.1.1 Salasilah Keluarga
4.1.2 Perkembangan Diri dan Keluarga
4.1.3 Tokoh dalam Keluarga
Sebab-sebab saya memilihnya sebagai
tokoh
4.1 Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga

1.0 Penghargaan

P
ertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya
yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk
menyiapkan folio Sejarah saya ini. Mereka juga merupakan orang sumber bagi

1
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB

kajian salasilah keluarga saya ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada Pn. Asmah bt Husin iaitu guru mata pelajaran sejarah saya atas segala bimbingan
dan tunjuk ajar yang telah diberi olehnya semasa menghasilkan folio ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka
secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio
saya ini.

Sekian, terima kasih.

2.0 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan bagi menghasilkan folio Sejarah ini mempunyai beberapa
objektif seperti yang berikut:
1. Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya.
2. Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari
datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya.
3. Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya.
4. Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang
dicapai oleh keluarga saya.
5. Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu
kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan
dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja.
6. Saya boleh menyatakan rasa berterima kasih dan bersyukur kerana memiliki sebuah
keluarga yang harmoni dan ceria.
7. Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis
maklumat tentang keluarga saya.

2
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB

3.0 Kaedah Kajian

Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:
1. Kaedah lisan iaitu saya menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya
serta ahli keluarga yang lain bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa
sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar
menyaksikannya.
2. Kaedah pemerhatian iaitu saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber
iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku
mereka.
3. Kaedah rujukan iaitu saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan
harian ibu bapa saya dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.

4.0 Kajian yang dijalankan


4.1 Latar belakang kajian
i. Kedudukan geografi tempat tinggal
Keluarga saya pernah menetap di Taman Seri Hosba, Napoh Kedah ketika ibu
saya berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Pusat Matrikulasi UUM pada
tahun 1996 hingga 2000. Selepas itu kami berpindah setelah bapa saya
membeli sebuah rumah di Taman Suria, Jitra kedah pada tahun 1998. Pada
tahun 2004, bapa saya telah bertukar ke Sekolah Menengah Teknik Pendang
dan kami sekeluarga berpindah pula ke Jalan Stadium, Alor Setar untuk
tinggal bersama datuk (Zainol Abidin) dan arwah nenek (Tom) sebelah ibu
saya.

Setelah ibu saya bertukar ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada tahun 2009
maka sekali lagi keluarga kami berpindah ke rumah sekarang di Bandar Puteri
Jaya, Sg. Petani Kedah.

3
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB

Gambar 1 menunjukkan rumah kediaman keluarga di Bandar Puteri Jaya

Rajah 1: Peta menunjukkan lokasi kawasan tempat tinggal pengkaji iaitu Bandar Puteri Jaya,
Sungai Petani

4
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB

Rajah 2: Peta menunjukkan lokasi kawasan tempat tinggal datuk pengkaji iaitu
Kuala Ketil

ii. Bilangan ahli keluarga dan bilangan isi rumah


Keluarga saya mempunyai seramai 6 orang ahli dan seorang pembantu rumah. Senarai
bilangan isi rumah di dalam keluarga saya adalah seperti berikut:
1. Zainol bin Sailan - bapa saya yang merupakan ketua keluarga.
2. Zuraina bt. Zainol Abidin - ibu saya yang merupakan pengurus rumahtangga.
3. Tiara Syazleena bt. Zainol – kakak sulung yang merupakan ketua kepada adik-
adiknya.
4. Muhammad Ammar Faris bin Zainol - anak kedua sebagai waris kuat keluarga dan
abang kepada adik-adik di bawahnya.
5. Muhammad Danial Harith bin Zainol - anak ketiga adik serta adik yang
mempunyai pendirian yang tegas.
6. Muhammad Merza Danish bin Zainol - anak bongsu adik kecil yang manja di
dalam keluarga.
7. Bibik Seri pembantu rumah dari Indonesia sebagai pekerja yang membantu ibu
untuk menguruskan kerja-kerja rumah.
iii. Latar belakang dan sejarah keluarga
Laporan kajian saya merangkumi:
4.1.1 Salasilah Keluarga
4.1.2 Perkembangan Diri dan Keluarga
4.1.3 Tokoh dalam Keluarga

5
MUHAMMAD AMMAR FARIS SMKKB

4.1.4 Peristiwa Bersejarah dalam Keluarga

6
RAZALI & ARSHIMAH
MAHANI & YAHAYA HASSAN & RODZIAH MAZNAH & MANSOR ZAHARAH & KUS

NORLIZA FADZLI ANIS MIRA HIDAYAH

NORAINI LYDIA HUSNA ALIA TAUFIQ

NORAIDA FAIZAL IWAN FIRDAUS MURSYID

SYAFIQ FARIDZUL HANAFI

NORSUHAILI NADIA HISHAM

NATASYA

IWAN

ATOI

7
4.1.1 Salasilah Keluarga

Salasilah keluarga bermaksud asal usul keturunan


sesebuah keluarga. Carta salasilah keluarga saya (Sila
rujuk mukasurat 8) bermula daripada Sailan b. Sarip iaitu
datuk saya (gambar di sebelah) dan Jariah bt. Martani
iaitu nenek saya. Mereka berasal daripada tempat yang
sama iaitu Kuala Ketil, Kedah. Mereka telah mendirikan
rumahtangga pada 22 Oktober 1954 dan menetap di
Kuala Ketil, Kedah. Mereka mencari pendapatan dengan
menoreh getah di sebuah ladang di Kampung Kuala
Merah. Kerja harian di ladang meletihkan dan
ganjarannya pula cukup ala kadar tetapi datuk dan nenek tetap berbangga dengan kerja
mereka.

Hasil perkahwinan datuk dan nenek saya, mereka telah dikurniakan sembilan orang anak,
iaitu Razali yang dilahirkan pada 17 Ogos 1956, Mahani yang dilahirkan pada 20 Jun 1957,
Hassan saya yang dilahirkan pada 12 April 1959, Maznah (1961), Zaharah (1963), Zaleha
(1965), Rusnah (1966), dan bapa saya merupakan anak kelapan dalam keluarga Sailan diberi
nama Zainol (dilahirkan pada 13 Ogos 1969) dan yang bongsu, Mohd Khairil (1979).

Datuk saya dilahirkan dalam keadaan yang seba daif ketika zaman Perang Dunia Kedua.
Dalam serba kesempitan, dan kehidupan keluarga yang susah beliau berusaha meneruskan
kehidupan dengan melakukan kerja kampung seperti bertani dan mengusahakan tanah
sekangkang kera milik warisan keluarga. Hidup datuk “ibarat kais pagi makan pagi dan kais
petang makan petang”. Ubi kayu rebus menjadi hidangan untuk mengalas perut setiap hari.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua dan keadaan mulai aman datuk saya membesar sebagai
pemuda yang gigih dan berusaha untuk memperbaiki kehidupan dengan bekerja sebagai
penoreh getah milik Ladang Malakoff. Keadaan hidup lebih baik dengan pendapatan yang
lebih terjamin meskipun memperolehi gaji yang tidak seberapa. Di peringkat awal anak
sulung datuk saya iaitu Razali hanya bersekolah setakat darjah enam kerana ketidakmampuan
datuk untuk membiayai pengajiannya.

8
Apabila keadaan bertambah baik, datuk berusaha untuk memberikan pendidikan yang
sempurna kepada semua anak-anaknya. Hasil penat lelah bekerja setiap hari serta di atas
ketekunan usaha beliau telah menampakkan hasilnya. Datuk akhirnya dilantik sebagai
mandur ladang tempat beliau menoreh, dengan sejumlah gaji yang semakin bertambah beliau
berjaya memberi pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anaknya sehingga mereka boleh
berdikari.

Walaupun kini datuk telah menjangkau usia 74 tahun, tetapi atas factor penjagaan pemakanan
serta amalan fizikal yang baik dan rajin beribadah, datuk masih gagah untuk berdikari malah
tidak tegar untuk berdiam diri di kampong. Datuk masih mengusahakan kebuh getah milik
sendiri serta menternak beberapa ekor lembu sebagai aktiviti sampingan. Semua anak-
anaknya telah berumahtangga dan kini mempunyai seramai 35 orang cucu serta lima orang
cicit.

4.1.2 Perkembangan Diri dan Keluarga


Pertemuan bapa saya dan ibu sekitar tahun 1990an telah membawa mereka ke jinjang
pelamin. Kedua ibu bapa saya telah berkahwin pada 31 Mei 1995 dan telah dikurniakan
empat orang cahaya mata, seorang perempuan dan tiga orang anak lelaki. Ketika berkahwin
bapa saya berumur 26 tahun dan masih meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana
Muda di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Manakala ibu berumur 25 tahun juga
meneruskan pengajian Kursus Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Pulau Pinang.

Kakak sulung saya dilahirkan ketika kedua ibu dan bapa saya masih berstatus pelajar
universiti. Meskipun demikian ini tidak menjadi faktor penghalang kepada mereka untuk
mencurahkan kasih sayang dan berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang
dalam tempoh yang ditetapkan. Pengalaman yang ditempuhi oleh kedua orang tua saya ini
menjadi suntikan semangat kepada saya untuk berjaya di dalam bidang pelajaran sehingga
peringkat yang lebih tinggi pada suatu hari kelak. Selain daripada bapa saudara saya yang
sedang meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah pada ketika ini, ibu bapa saya
juga merupakan idola bagi diri saya selama ini.

4.2.1 Bapa Saya

9
Nama bapa saya ialah Zainol bin Sailan, dilahirkan di Kuala Ketil Kedah pada 13 Ogos,
1969. Bapa saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Merah dari tahun
1976 hingga 1981. Sewaktu di sekolah rendah bapa saya dilantik menjadi ketua pengawas
sekolah serta aktif mewakili sekolah dalam acara sukan
seperti sepaktakraw, olahraga, catur, serta kuiz Sejarah
dan kuiz Sains.

Seterusnya beliau menyambung pengajian ke Sekolah


Menengah Kuala Ketil dari tahun 1982 hingga tahun
1984. Stelah mendapat keputusan peperiksaan yang
cemerlang dalam SRP, beliau menyambung persekolahan
ke Sekolah Menengah Teknik Alor Setar selama dua
tahun dalam bidang Kejuruteraan Awam dan tinggal di
asrama yang disediakan. Beliau mempunyai keperibadian yang ramah dan mudah mesra
sehingga disenangi oleh rakan-rakan dan juga guru-guru.

Selepas memperolehi pangkat 1 dalam SPM, melayakkan beliau ditawarkan untuk


menyambung pengajian di Institut Teknologi Mara Cawangan Sri Manjung dalam bidang
Perancangan Bandar dan Wilbapa. Disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda negara
pada waktu itu, serta kesedaran bahawa bapa perlu membantu untuk menyara datuk yang
sudah tua maka bapa saya nekad untuk menjadi guru

dan memasuki Maktab Perguruan Teknik pada tahun 1987 dalam bidang Binaan Bangunan.
Beliau seterusnya mengajar di Sekolah menengah Teknik Melaka Tengah pada tahun 1991.
Bapa saya menyambung pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1994 dalam
bidang Kejuruteraan Awam seterusnya ke peringkat sarjana dalam bidang multimedia di
Universiti Sains Malaysia pada tahun 1999. Kini bapa saya bertugas di Sekolah Menengah
Teknik Sungai Petani 2 dan mengajar mata pelajaran Kejuruteraan dan Komputer.

Semasa muda bapa saya aktif dalam sukan dan pernah ke peringkat kebangsaan dalam
pertandingan badminton. Begitu juga pernah mewakili negeri dalam sayembara deklamasi
puisi serta pidato kenegaraan. Begitu juga dalam acara debat, beliau pernah mewakili UTM
semasa pertandingan debat antara universiti.

10
Bapa saya juga gemarkan aktiviti lasak dan kini aktif menyertai kelab motorsikal berkuasa
tinggi Sungai Petani. Belau baru saja menamatkan jelajah ke Golden Triangle selama lapan
hari menjangkau jarak melebihi 5000 km pergi dan balik. Belaiu juga aktif menyertai minggu
motorsikal seperti “Surathani Bike Week”, “Hatyai Bike Week” serta aktiviti permotoran
yang lain seperti MotoGP dan Autoshow. Sekarang bapa saya dalam perancangan untuk
“Kembara ke Myanmar” pada hujunjg tahun 2010.

Gambar 2 menunjukkan bapa di “Landasan keretapi maut” di Kanchanaburi, Thailand sewaktu


berkonvoi ke Golden Triangle

Gambar 3 menunjukkan bapa di Maehonsong Thailand dalam laluan “merentasi seribu selekoh”

11
4.2.2 Ibu Saya
Nama ibu saya Zuraina bt. Zainol Abidin. Beliau dilahirkan
di Alor Setar, Kedah pada 9 Oktober 1970. Ibu saya
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Haji
Mohamad Sharif dari tahun 1977 hingga 1982. Sewaktu di
sekolah rendah ibu saya menjadi pengawas perpustakaan
serta aktif mewakili sekolah dalam acara sukan seperti bola
jaring dan olahraga.

Seterusnya beliau menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Darulaman dari tahun 1983
hingga tahun 1987. Selepas SPM, beliau menyambung persekolahan ke tingkatan enam di
Sekolah Menengah Dato’ Syed Omar Alor Setar selama dua tahun.

Selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam Peperiksaan STPM, beliau berjaya


melayakkan diri untuk menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia, Sintok dalam
bidang Pengurusan Perniagaan. Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Muda, ibu saya bekerja
di Jafila Travel Agency sebagai pegawai akaun. Ibu saya menyambung pengajian ke
peringkat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab perguruan Persekutuan Pulau Pinang
pada tahun 1994. Seterusnya beliau di tempatkan untuk bertugas di Kolej Matrikulasi UUM
pada tahun 1996. Ibu saya bertukar ke Kolej Matrikulasi Arau, Perlis pada tahun 2000. Ibu
saya menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di UUM pada bulan Julai 1998. Seterusnya
ibu saya bertukar ke Kolej Matrikulasi Pongsu Seribu, Pulau Pinang pada tahun 2009.

Sekarang ibu saya aktif dalam penyelidikan pendidikan (R&D) dan sering membentangkan
kajian beliau di peringkat kebangsaan anjuran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Selain itu beliau dan kumpulannya telah terlibat dalam Kumpulan Inovasi Kerja
(KIK) kolejnya dan berjaya memenangi emas di dalam Konvensyen peringkat Wilayah Utara
anjuran MPC, Pulau Pinang.

Ibu saya sangat berminat dengan bidang kerjayanya dan para pelajar di kolej beliau sangat
menyayangi beliau. Ibu saya suka melihat kejayaan anak-anak bangsa berjaya memasuki
12
pusat pengajian tinggi sehingga ke peringkat yang tertinggi. Begitu juga harapan ibu terhadap
anak-anaknya supaya masing-masing tekun dalam pelajaran dan berjaya sehingga ke IPT.

Gambar 4 menunjukkan ibu kesayangan saya

Gambar 5 menunjukkan ibu juga berkongsi minat dengan bapa dan sering berkonvoi bersama

13
4.2.3 Diri Saya
Nama saya Muhammad Ammar Faris b. Zainol, dilahirkan
di Hospital Besar, Alor Setar Kedah pada 10 Mac, 1997.
Saya merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik.
Saya bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera mekatronik
kerana minat yang mendalam terhadap bidang mekanikal,
komputer dan elektronik. Saya mula mengenali alam
persekolahan pada tahun 2001 dengan memasuki tadika
“Children Corner” di Alor Setar. Pada tahun 2002 saya
belajar di peringkat Pra sekolah di Sekolah Kebangsaan
Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Saya meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Halim pada tahun 2003.
Saya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Haji Mohammad Sharif pada tahun 2006. Seterusnya
ketika memasuki darjah lima saya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pasir Kechil kerana
mengikuti bapa saya yang bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Sg. Petani 2.

Sewaktu di sekolah rendah saya dilantik menjadi ketua paltun kadet sekolah serta aktif
mewakili sekolah dalam acara sukan seperti badminton dan bola sepak. Saya menyambung
pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal pada awal Januari 2010 dan
bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas

pada pertengahan Januari 2010 kerana mengikut ibu saya yang bertugas di Kolej Matrikulasi
Pulau Pinang yang terletak di Kepala Batas.

Saya amat selesa dan berbangga kerana diterima untuk belajar di sini memandangkan suasana
persekitarannya di kelilingi oleh Institusi Pengajian Tinggi. Sedikit sebanyak saya dapat
merasai bahang keseronokkan belajar di peringkat yang tinggi. Selain itu sekolah saya sangat
cantik, selesa dan mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap. Suasana
sekolah yang kondusif serta guru-gurunya yang sangat komited di dalam bidang pendidikan
menjadi faktor pendorong kepada saya untuk terus belajar di sini sehingga mencapai kejayaan
yang cemerlang di dalam bidang pelajaran.
14
Gambar 6 menunjukkan saya bersama motor idaman jenis Ducati sewaktu menyaksikan Sepang
MotoGP 2009

4.2.4 Kakak Saya


Nama kakak saya ialah Tiara Syazleena bt. Zainol. Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1996
dan bersekolah di SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani di dalam tingkatan dua. Seperti saya,
kakak juga mendapat pendidikan awal di Tadika Children Corner dan bersekolah di Sekolah
kebangsaan Hj Mohammad Sharif, Alor Setar. Beliau juga turut berpindah sekolah ke Sekolah
Kebangsaan Pasir Kechil kerana mengikuti bapa saya yang bertukar ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Teknik Sg. Petani 2.

4.2.5 Adik saya


Saya mempunyai dua orang adik iaitu Muhammad Danial Harith (dilahirkan 1 November
2000) yang berusia sepuluh tahun dan Muhammad Merza Danish (dilahirkan pada 16
November 2004) yang berumur enam tahun. Muhammad Danial bersekolah di Sekolah
kebangsaan Sungai Pasir kecil, Sungai Petani sementara Muhammad Merza Danish
bersekolah di Tadikah Al-Islah Al-Falah, Bandar Puteri Jaya.

15
Gambar 7 menunjukkan sambutan hari lahir adik saya

4.3 Tokoh dalam keluarga dan sebab-sebab ketokohannya


Bapa saudara saya Muhammad Khairil b. Sailan boleh dijadikan tokoh dalam keluarga kerana
beliau serba boleh serta mempunyai tahap pendidikan tertinggi dalam keluarga. Beliau yang
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Merah sehingga darjah enam telah
menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai petani sehingga
tingkatan lima. Seterusnya beliau memasuki Institiut Teknologi Mara Cawangan Perlis
Dalam Bidang kejuruteraan Elektrik.

Setelah menamatkan pengajian di UiTM, beliau telah ditawarkan berkerja di Jabatan


Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai Pegawai Sistem Maklumat berpangkat Penolong
Pengarah. Kini beliau sedang mengikuti pengajian di peringkat Doktor

Falsafah dengan mendapat tajaan penuh dalam bidang “networking” di Universiti


Kebangsaan Malaysia. Walaupun sepatutnya beliau menyambung pengajian di Amerika
Syarikat tetapi kegawatan ekonomi mempunyai rahmat yang tersendiri apabila sekadar
belajar di dalam negara yang membolehkannya terus berada berhampiran keluarga tercinta.
Selain mahir dalam bidang computer dan ICT, beliau juga mempunyai kemahiran tinggi

16
dalam bidang elektrik dan elektronik malah sentiasa menjadi rujukan sekiranya terdapat
masalah berkaitan bidang tersebut.

Beliau merupakan idola saya kerana mempunyai minat yang sama dalam bidang elektronik
dan komputer. Selain itu beliau juga aktif dalam bidang sukan, malah pernah mewakili
Malaysia dalam pertandingan bola tampar ke luar negara. Beliau juga pernah mencipta rekod
negeri Kedah dalam acara lompat tinggi bawah 12 tahun serta terpilih mewakili negeri dalam
acara kriket.

Sejak saya kecil lagi, bapa saudara saya telah menanamkan minat untuk mengendalikan
komputer serta mendedahkan saya dengan permainan berkomputer seperti X-box, Play-
station dan lain-lain lagi. Selain itu, beliau juga menasihati saya agar mempunyai minat untuk
membaca disebabkan beliau sendiri suka membaca. Beliau selalu berkata bahawa membaca
adalah jambatan ilmu. Memang benar, kemahiran membaca bukan sekadar membantu saya
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi membantu meningkatkan proses
perkembangan mental

dan sosial saya dengan lebih baik. Setiap kali saya mendapat kejayaan dalam pelajaran, bapa
saudara saya akan menghadiahkan buku sebagai satu dorongan untuk menambahkan lagi
minat saya untuk membaca.

Bapa saudara mempunyai ciri-ciri perawakan yang baik semenjak beliau kecil lagi. Beliau
anak yang sangat disayangi oleh datuk dan nenek serta menjadi kebanggaan keluarga kerana
sering mendapat pencapaian yang cemerlang di dalam bidang akademik dan aktif dalam
bidang ko-kurikulum.

Daripada umur remaja lagi beliau sangat ringan tulang dan suka membantu orang kampung
untuk membetulkan barang-barang elektrik dan peralatan yang terdapat di masjid dan dewan
orang ramai di Kampung Kuala Merah. Orang-orang kampung sangat menyenangi beliau
sebagai anak muda yang bersopan-santun dan sangat menghormati orang-orang tua.

Pada pemikiran saya mungkin dengan sebab inilah paksu saya terpilih sebagai menantu
kepada jiran dan juga kawan baik datuk saya yang merupakan orang kaya di kampung kami.
Perkahwinan beliau diatur oleh orangtua dan beliau bersetuju dengan pilihan mereka.

17
Sekarang paksu berbahagia bersama maksu yang baru melahirkan anak kedua mereka.
Mereka dikurniakan sepasang anak yang sangat

comel dan tinggal di sebuah kondominium bertempat di Kajang, Selangor agak berdekatan
dengan tempat bertugas beliau iaitu Putrajaya.

Gambar 8 menunjukkan bapa saudara saya Mohd khairil bersama keluarganya

4.4 Peristiwa Bersejarah Dalam keluarga


4.4.1 Perkahwinan Ibu dan Bapa
Ibu dan bapa saya berkahwin pada 31 Mei 1995 dan majlis pernikahan
berlansung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar ketika bapa dan ibu
masing-masing berumur 26 dan 25 tahun. Majlis perkahwinan berlangsung
meriah kerana majlis perkahwinan ibu dan bapa dilangsungkan serentak
dengan majlis perkahwinan bapa saudara kami iaitu Dr. Shaharil dan
pasangannya Rozuna Dagang. Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran
ramai sanak saudara jauh dan dekat yang berkumpul.

18
Gambar 9 menunjukkan majlis perkahwinan ibu dan bapa saya

4.4.2 Majlis Konvokesyen Ibu dan bapa


Majlis konvokesyen ibu dan bapa yang masing-masing berlangsung dua kali
sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada saya. Bapa adalah graduan dari
UTM dan USM, sementara ibu pula graduan dari UUM. Majlis konvokesyen
sehingga ke peringkat Sarjana memberi kepuasan tidak terhingga kepada ibu
dan bapa atas penat lelah belajar selama ini walaupun sudah mempunyai anak
yang ramai serta sambil bekerja.

19
Gambar 10 dan 11 menunjukkan hari konvokesyen kali kedua bagi ibu dan ayah

4.4.3 Percutian Keluarga Terkini ke Krabi, Songkhla dan Hat Yai, Thailand
pada tahun 2010

20
Hubungan kekeluargaan yang erat, harmoni dan ceria merupakan faktor
penting yang mempengaruhi motivasi anak-anak. Atas sebab-sebab yang
tersebutlah ibu dan bapa saya sering membawa kami sekeluarga bercuti samada
di dalam atau luar negara. Antara percutian yang tidak dapat dilupakan adalah
percutian ke Krabi di mana kami serta kawan-kawan ibu dan bapa telah pergi
secara berkonvoi kereta dengan ahli keluarga masing-masing ke sana.
Sesampai sahaja di Krabi, kami menginap di Hotel Amandari di Pantai Aonang
yang memang terkenal dengan keindahan pantai dan kepulauannya. Kami
menyewa bot laju untuk mengelilingi empat pulau antaranya “Chicken Island”
dan “Phi Phi Island”. Peluang ini kami gunakan untuk aktiviti menyelam atau
‘snokling’ dan berjemur di tepi pantai bersama seorang “tourist guide” lelaki
yang menggelarkan dirinya sebagai Michelle.

Beliau seorang yang peramah dan mesra dengan kanak-kanak. Mulutnya yang
petah berbicara banyak memberi penerangan tentang pulau-pulau yang menarik
dan cerita sejarah di sebalik terbentuknya pulau-pulau yang berkenaan. Bak
pepatah Melayu “Jauh perjalanan luas pemandangan dan banyak pengalaman”,
itulah moto yang pegang ketika bercuti bersama keluarga.

Selain mengetahui negeri Thailand di dalam peta yang dipelajari di dalam


subjek Sejarah dan Geografi kini saya mengenali negeri ini dengan lebih dekat
lagi melalui percutian ini. Pelbagai aktiviti dan lawatan ke tempat –tempat
menarik di negara ini telah mendedahkan pelbagai pengalaman dan
pengetahuan saya tentang penduduk, budaya, makanan serta aktiviti
ekonominya seperti pertanian, perikanan, kraftangan, perniagaan serta sektor
pelancongan di negara ini adalah amat memberangsangkan sekali.

Sekarang saya semakin menghargai alam sekitar melalui keindahan yang saya
nikmati sewaktu percutian tersebut. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana
menganugerahkan keamanan, kedamaian dan keharmonian kepada Negara
Malaysia.

21
Gambar 12 menunjukkan percutian di Krabi, Thailand

Gambar 13 menunjukkan percutian di kepulauan Thailand

22
Gambar 15 menunjukkan aktiviti snokling bersama kawan-kawan

Rumusan
Setelah menjalankan kajian ini saya mendapati hasil yang diperolehi memberikan banyak
pengajaran kepada diri saya. Saya dapat mengetahui bagaimana kesusahan dan
kepayahan hidup pada zaman dahulu. Saya juga dapat memahami kesannya sekiranya
kita Setelah menjalankan kajian ini saya mendapati hasil yang diperolehi memberikan
banyak pengajaran kepada diri saya. Saya dapat mengetahui bagaimana kesusahan dan
kepayahan hidup pada zaman dahulu. Kesannya saya juga dapat memahami bahawa
kemewahan dan kesenangan hidup boleh diperolehi sekiranya kita kuat berusaha dan
setelah berjaya di dalam pelajaran. Anak yang berjaya sentiasa menjadi kebanggaan
keluarga.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis yang diperolehi daripada kajian ini . Untuk
menghasilkan sesuatu tugasan sehingga berjaya bukan sekelip mata bak pepatah melayu
yang menyatakan ”yang bulat ianya bukan datang bergolek dan yang pipih ianya bukan
datang melayang’ sebaliknya memerlukan usaha gigih kita dan mengambil masa yang
panjang.

5.0 Lampiran
e) Soalselidik

23
Temuramah
Siapa nama bapa kepada datuk saya, datuk berasal dari mana, datuk bekerja sebagai apa dan
di mana. Bolehkah saya dapatkan tarikh lahir setiap ahli keluarga kita. Di manakah tempat
tinggal kita sejak dulu lagi. Di manakah ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain bersekolah
dan belajar di peringkat tinggi. Bila ibu dan ayah berkahwin. Di mana dan apakah nama
majikan ibu dan ayah. Apakah kejayaan –kejayaan yang telah diraih oleh setiap ahli keluarga
kita.

24
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang

KAJIAN SEJARAH TINGKATAN 1

TAJUK:
SALASILAH KELUARGA (SAYA)

NAMA CALON : MUHAMMAD AMMAR FARIS B ZAINOL


NO. K. PENGENALAN : 970310-02-5279
NAMA SEKOLAH : SMK KEPALA BATAS P.PINANG
NAMA GURU PENILAI : PN. ASMAH BT HUSIN

TANDA TANGAN GURU PENILAI: …………………………………………

25
26