Anda di halaman 1dari 9

Masalah Pendidikan Jilid 27 155

Kekangan Wanita dalam Aktiviti Fizikal:


Satu Ulasan Rujukan

Syed Kamaruzaman b. Syed Ali


Universiti Malaya

Abstract

This article is a review of research on barriers to "women s physical activity. It will discuss
the meaning of physical activity and its benefits, physical activity and health problems,
women:~ involvement in physical activity and obstacles women face during involvement in
physical activity. These obstacles are related to environmental, psychological and
sociological aspects. Several methods to surmount these problems are also discussed.

Pendahuluan

Memiliki badan yang sihat dan cergas sememangnya menjadi idaman setiap orang sarna ada
lelaki mahupun wanita. Untuk mencapai impian tersebut aktiviti fizikal yang bersisternatik
amat penting. Aktiviti fizikal adalah merupakan suatu aktiviti yang melibatkan pergerakan
seluruh anggota tubuh badan. Menurut Corbin et al. (2002) pula, aktiviti fizikal boleh
dijelaskan sebagai suatu pergerakan yang me lib atkan penggunaan otot-otot besar. Terdapat
pelbagai aktiviti fizikal yang balch dilakukan. Misalnya jogging. walking, aerobics dances,
field games. cycling. swimming. bowling dan golf (Zainun Ishak, 1994). Namun begitu dalam
kesibukan pada zaman sains dan teknologi ini, kita telah disogokkan dengan pelbagai
peralatan canggih yang bertujuan untuk meringankan kerja. Antaranya ialah lif, escalator,
dan berbagai lagi yang boleh menyebabkan kita tidak banyak menggunakan tenaga.
Fenomena ini telah menjadikan individu itu bertambah malas dan lemah, malah berasa sangat
rugi jika menggerakkan anggota tubuh badan mereka. Keadaan ini jika dibiar berterusan akan
menyebabkan pe1bagai risiko penyakit hipokinetik, iaitu penyakit-penyakit yang disebabkan
oleh kurangnya pergerakan fizika1. Penyakit tersebut termasuklah penyakit kardiovaskular
(sakit jantung), tekanan darah tinggi, masalah kegernukan, sakit belakang, dan sakit sendi
(Wee, 1997).

Sebenarnya, badan kita memerlukan lebih banyak peluang untuk bergerak aktif. Oleh
yang demikian kita digalakkan melakukan aktiviti fizikal untuk menilai tahap kecergasan
semasa. Aktiviti fizikal adalah merupakan suatu
156 Masalah Pendidikan Jilid 27

aktiviti yang penting dalam mengatasi masalah kesihatan (US Department of Health and
Human Services, 1996). Menurut Jones (1996), latihan fizikal akan dapat meningkatkan
fungsi sistem kardiovaskular, yang berupaya mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan
mungkin mengurangkan aras tekanan darah. Di samping itu latihan fizikal juga menghasilkan
otot yang kuat dan sendi yang senang bengkok atau lembut. Seterusnya kekuatan otot dan
kelembutan sendi ini akan membolehkan kebanyakan tugas harian lebih mudah dilakukan
dan membantu pencegahan sengal dan sakit serta arthritis.

Aktiviti Fizikal dan Masalah Kesihatan

Menurut Wee (1997), kckurangan pergerakan fizikal merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan penyakit kardiovaskular. Di negara ini, mengikut laporan Yayasan Jantung
Negara, sejak tahun 1980 hingga sekarang, penyakit kardiovaskular merupakan penyebab
kematian utama di Malaysia. Pada tahun 1992, 5487 kematian ataupun 23.2 peratus dari j
umlah kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Sebenarnya dari tahun 1980
hingga 1992, kadar kematian akibat penyakit kardiovaskular telah meningkat dari 22 orang
kepada 38 orang dalam setiap 100000 orang, iaitu pertambahan sebanyak 71.5 peratus (Wee,
1997).

Selain daripada masalah sakit jantung atau kardiovaskular, masalah lebihan berat
badan turut dihadapi oleh orang ramai akibat dari kekurangan melakukan aktiviti fizikal. Di
Malaysia, kadar kegemukan terus meningkat di kalangan remaja dan berdasarkan kajian oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang daripada lima remaja di negara ini
mengalami masalah kegemukan atau berat badan berlebihan (Berita Minggu, 2003). Menurut
Noordin Darus (1999), aktiviti fizikal ataupun senaman merupakan faktor yang signifikan
dalam mencegah kegemukan.

Sehubungan dengan itu, jika aktiviti fizikal itu ditingkatkan, masalah kegemukan
akan dapat diatasi, penyakit dapat dihindarkan dan rnasalah kernatian sebelum tiba masanya
akan dapat dikurangkan. Seterusnya jika kes-kes kematian berkaitan kegemukan boleh
dicegah, maka hampir tujuh tahun jangka hayat seseorang itu boleh ditambahkan. Jangka
hayat berkurangan 1 peratus bagi setiap paun lemak yang lebih bagi individu antara 45
hingga 50 tahun. Di Amerika Syarikat, hampir 55 peratus kematian adalah disebabkan
penyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan kegemukan dan cara hidup yang tidak aktif
secara fizikal (Wee, 1997).
Masalah Pendidikan Jilid 27 157

Penglibatan Wanita dalam Aktiviti Fizikal

Zainun Ishak (1994) telah menjalankan satu kajian berkaitan dengan penglibatan rcmaja
pcrempuan di dalam aktiviti fizikal di Malaysia. Di dalam kajian tersebut beliau mendapati
hanya 37.9% terlibat dengan permainan di gelanggang, 36.5% terlibat dengan perrnainan di
padang dan hanya 39.7% yang terlibat dengan aktivitijogging, cycling dan aerobics. Bilangan
ini adalah keciljika dibandingkan dengan penglibatan aktiviti fizikal dari kalangan remaja
lelaki. Ini menunjukkan bahawa bilangan remaja perempuan yang terlibat dengan aktiviti
fizikal adalah sedikit di Malaysia.

Pada hari ini sebenarnya masih ada kaum wanita yang tidak dapat memastikan sarna
ada sukan itu penting ataupun tidak kepada diri mereka. Melalui satu tinjauan yang dibuat
oleh Nadhratul Wardah (2000), di dapati seramai 93.2% responden yang menyatakan sukan
itu sangat penting, dan 1.4% mcnyatakan kurang penting. Dad tinjauan tersebut di dapati
ramai kaum wanita sedar akan kepentingan me1aksanakan aktiviti sukan atau aktiviti fizikal,
Namun untuk melaksanakannya agak sukar bagi mercka. Ini adalah kerana mengikut kajian
yang dijalankan oleh National Association for Sport and Physical Education (NASPE, 2003),
didapati lebih kurang 23% responden menyatakan masalah gangguan dari kerja lain, 18%
menyatakan tidak ada masa, 12% menyatakan rna salah kesihatan, dan 12% tidak ada minat
ataupun motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal,

Hasil kajian yang dijalankan oleh Ford et al. (1991) terhadap wanita di Pittsburgh
pula mendapati status ekonomi juga turut mempengaruhi penglibatan mereka di dalam
aktiviti fizikal, Seramai 16.8% wanita yang mempunyai status ekonomi tinggi telah
melibatkan diri secara aktif dan berterusan dalam aktiviti fizikal berbanding dengan hanya
7% wanita yang berstatus ekonomi rendah.

Sebenarnya kanak-kanak perempuan sejak kecil hinggalah dewasa, mereka telah


mclibatkan diri dengan berbagai aktiviti fizikal. Tetapi kajian telah men genal pasti hanya
20% wanita dewasa yang bergiat aktif dalam aktviti tersebut dan 30% kurang aktif ataupun
sederhana (USDHHS, 2000).

Faktor-faktor Kekangan

Berdasarkan perbincangan tersebut, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadi


kekangan kepada mereka (wanita) untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti fizikal. Kekangan
atau halangan yang dihadapi oleh kaum wanita scmasa diperingkat kanak-kanak adalah sarna
dengan halangan-halangan ketika mereka
158 Masalah Pendidikan Jilid 27

di peringkat dcwasa (Hall, 1998; Sherwood & Jeffery, 2000). Faktor-faktor yang menjadi
kekangan kepada mereka untuk melakukan aktiviti fizikal dapat dikategorikan kcpada tiga
aspek: persekitaran, sosiologi dan psikologi (Ransdell, Oakland, & Taylor, 2003).

 Faktor Persekitaran

Aspek persekitaran rnerangkumi kurangnya penekanan ke atas aktiviti pendidikan jasmani di


sekolah-sekolah, juga kurangnya program-program rekreasi yang mana ia sebenarnya disukai
oleh remaja perempuan dan boleh menarik rninat mereka melakukan aktiviti tersebut,
latarbelakang keluarga yang tidak berminat kepada aktiviti fizikal, pengaruh teknologi seperti
televisyen dan komputer yang menghalang mereka dari melakukan aktiviti fizikal, keadaan
cuaca yang tidak sesuai, dan masalah perbelanjaan kewangan yang tinggi (Browne, 1992;
Luke & Sinclair, 1991; Sherwood & Jeffery, 2000).

Kemudian terdapat juga di antara mereka te1ah diingatkan oleh pihak-pihak tertentu
supaya tidak menggunakan alat-alat senaman di luar bagi tujuan aktiviti fizikal kerana cuaca
yang tidak sesuai dan perbelanjaannya yang tinggi (Hart et al., 1989; Sherwood & Jeffery,
2000).

Nadhratul Wardah (2000) telah menjaJankan satu tinjauan ke atas 1005 wanita di
Malaysia tentang faktor- faktor yang menghalang wanita dari melibatkan diri dalam aktiviti
fizikaJ. Antara dapatan beliau yang boleh dikategorikan dalam aspek persekitaran ialah
kekurangan masa kerana banyak kerja dan sibuk belajar (87%) dan kekurangan masa kerana
melaksanakan tanggungjawab di rumah (30.5%). Berdasarkan kepada faktor yang pertama
didadapti lebih separuh daripada responden yang dikaji terlalu sibuk dengan hal-hal
pekerjaan dan urusan pelajaran dan ini menghalang rnereka bergiat aktif dalam aktiviti
fizikaJ.

 Faktor Sosiologi

Halangan - halangan dari segi sosial pula ialah seperti pcnumpuan kepada kerjakerja lain
yang lebih penting; kurangnya sokongan dari kawan-kawan, adik-beradik, atau keluarga, dan
pengaruh daripada individu yang terlibat dengan aktiviti fizikal tidak menunjukkan kesan
positif atau peningkatan (Sherwood & Jeffery, 2000).

Tambahan pula mengikut pendapat Roszilah Asrnuti dan Mohd Sofian (2003), wanita
kini lebih suka kepada benda-benda yang cantik; menurut mereka kecantikan itu adalah suatu
aspek yang penting dalam kehidupan sebagai seorang wanita,
Masalah Pendidikan Jilid 27 159

Nadhratul Wardah (2000) turut menyatakan bahawa masalah yang menyebabkan kurangnya
wanita mclibatkan diri dalam sukan atau aktiviti fizikal ialah kekurangan pengetahuan dan
maklumat tentang aktiviti fizikal, tidak berminat dalam sukan, tidak mendapat sokongan dari
masyarakat, masalah pakaian sukan yang tidak sesuai, menganggap tidak ada sebarang
faedah, dan masalah larangan dalam agama ketika bersukan.

Di samping itu, menurut N adhratul Wardah (2000), masalah kebenaran daripada ibu
bapa untuk melaksanakan aktiviti fizikal sebenarnya tidaklah besar, kerana melalui
kajiannya, beliau mendapati lebih kurang 96.8% wanita menyatakan bahawa mereka tidak
ada halangan dari ibu bapa mereka untuk me lib atkan diri dalam aktiviti sukan atau aktiviti
fizikal. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa mereka menunjukkan sikap yang positifterhadap
aktiviti fizikal.

Kemudian jika ditinjau perkembangan sukan masa kini, sebenarnya wanita tidak
pcrnah dikecualikan daripada menyertai aktiviti kecergasan fizikal, tetapi peluang penyertaan
mcreka dalam aktiviti tersebut telah dihadkan (Renzetti, 1989). Kemudian Plaisted (1995)
serta Rodgers dan Douglas (1998) juga berpendapat bahawa penglibatan wan ita dalam sukan
juga telah dihadkan oleh pertubuhan sukan itu sendiri. Misalnya International Olympic
Committee (IOC) scndiri enggan memberi kebenaran kepada atlit wanita menyertai acara
larian jarak jauh seperti marathon sehingga awal tahun 1980-an. Alasannya ialah atlit wanita
tidak mempunyai ketahanan untuk mcnghadapi ketegangan acara tersebut.

 Faktor Psikologi

Selain daripada aspek persekitaran dan sosial, aspek psikologi juga turut menyumbang
kepada faktor penghalang kaum wanita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Misalnya
kurang yakin dengan kemampuannya terutama dari aspek fizikal, rasa tidak selesa dengan
pendidikan luar, dan masalah kurang yakin dengan kemampuan did yang sebenarnya mereka
boleh dibimbing untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar (Luke & Sinclair, 1991; Sherwood &
Jeffery, 2000). Menurut Napolitano (2000), darjah keyakinan diri juga turut mcmpengaruhi
kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal. Iaitu apabila rnereka tidak mempunyai
keyakinan terhadap diri sendiri, secara tidak lang sung mereka tidak akan dapat melakukan
aktiviti fizikal dengan sempurna.

Terdapat juga di antara mereka yang bimbang dengan kemunculan dan penilaian
terhadap tubuh badan mereka (McAuley & Burman, 1993). Dalam satu
160 Masalah Pendidikan Jilid 27

kajian ke atas wanita yang tinggi tahap kebimbangan sosial susuk badan (social physique
anxiety-SPA) yang diukur menggunakan Social Physique Anxiety Scale (SPAS) (Hart et al.,
1989), didapati wanita lebih mengalami tekanan berdasarkan laporan kendiri, merasai kurang
selesa semasa penilaian susuk badan dan lebih kerap berfikiran negatiftentang penampilan
tubuh badan mereka (Hart et. al., 1989). Oleh itu mereka memilih untuk berlatih di
persekitaran yang terpencil dan persekitaran yang tidak menitikberatkan susuk badan
(Crawford & Eklund, 1994).

Zainun Ishak (1994) pula menyatakan bahawa terdapat juga di antara wanita yang
tidak aktif melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang badan mereka akan berotot seperti
lelaki. Kemudian menurut Cox (1998), wanita yang menyertai sukan dan berlatih dengan
serius akan dianggap mannish atau kelakian dan unfeminine atau tidak kewanitaan. Masalah
ini ada juga dinyatakan oleh Anderson dan Williams (1994) dalam Mohd Sofian (2003), iaitu
wan ita takut jika dia menang dalam persekitaran yang dominannya kelakian, dia akan
kehilangan kewanitaannya dan juga akan disingkirkan oleh masyarakat sama ada lelaki atau
wanita. Menurut Cox (1994) juga, wanita sebenarnya mempunyai perasaan malu dalam
penyertaan sukan yang tidak sesuai dengan perananjantina mereka. Situasi yang demikian
menyebabkan kurangnya penglibatan yang ramai dari kalangan wanita untuk melakukan
aktiviti fizikal ataupun sukan.

Ada juga di antara rnereka yang rasa ragu-ragu atau bimbang hendak mengikuti
aktiviti fizikal kerana kurangnya kcyakinan dengan kemampuan fizikal mereka dan kadang-
kadang rasa sukar dan kekok melakukan latihan di temp attemp at awam (Bain et a1., 1989).
Hasil daripada tinjauan di Malaysia, Nadhratul Wardah (2000) juga mendapati lebih kurang
69.8% daripada sampel yang dikaji menyatakan bahawa mereka kekurangan kemampuan,
kekuatan dan keyakinan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kesimpulan dan Cadangan

Aktiviti fizikal merupakan suatu aktiviti pergerakan yang perlu dilaksanakan oleh semua
manusia tanpa mengira kaum atau jantina. Faedah dan kepentingan dari aktiviti ini tidak
dapat dinafikan lagi. Melalui aktiviti fizikal seseorang individu itu dapat memelihara
kesihatan badan secara keseluruhannya. Sehubungan dengan itu berbagai penyakit yang
berkaitan akan dapat dihindarkan.

Semua penduduk sarna ada lelaki atau perempuan merupakan generasi yang penting
dalam membantu membangunkan negara. Oleh yang demikian satu langkah yang drastik
pcrlu diambil bagi menjamin kualiti kehidupan penduduk masa kini. Di antara langkah terse
but termasuklah mengadakan usaha-usaha
Masalah Pendidikan Jilid 27 161

bagi menggalakkan kaum wanita agar mereka seiring dengan kaum lelaki dalam melakukan
aktiviti fizikal bagi penjagaan kesihatan yang baik. Mereka perlu berasa lebih selesa dan
mempunyai motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal tersebut, Misalnya, selain daripada
dorongan, faktor kemudahan peralatan juga perlu disediakan dan ini merupakan faktor
penting dalam membantu meningkatkan penglibatan individu dalam aktiviti fizikal
(Napolitano, 2000).

Bagi merealisasikan hasrat tersebut kerjasama padu daripada semua peringkat amat
diperlukan. Pihak media massa adalah medan utama yang berperanan mcnyebarkan
maklumat tentang kepentingan dan faedah aktiviti riadah atau senaman serta keperluannya
dalam kehidupan seharian. Penyebaran maklumat ini boleh dilaksanakan melalui kepakaran
yang telah sedia ada di dalam negara kita. Pakar motivasi sukan contohnya boleh
memberikan galakan dan dorongan di samping memberi panduan mengatasi masalah
psikologi di kalangan wanita untuk melaksanakan aktiviti fizikal. Mereka juga boleh
berperanan untuk mcngikis masalah salah tanggapan masyarakat terhadap wanita yang
melibatkan diri dalam aktiviti tersebut,

Pakar-pakar agama juga boleh mcnggunakan saluran media untuk menghapuskan


salah faham ten tang hukum dan larangan agama terhadap wanita yang melakukan aktiviti
fizikal. Kepentingan riadah dalam agama, terutamanya agama Islam, perlu disebarkan dan
dijelaskan agar tiada pcrasaan ragu terutamanya di kalangan kaum wanita yang ingin me lib
atkan diri dalam aktiviti riadah. Malah pakar kesihatan dan pakar kecantikan yang ada juga
perlu menggunakan media untuk mcnerangkan hubungan di antara aktiviti fizikal dengan
kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Begitu juga dengan kesannya terhadap sifat
kewanitaan serta kcsan cuaca terhadap kulit dan bahan pelindung kulit yang sesuai semasa
melakukan aktiviti fizikal.

Selain penggunaan media massa, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan


Kcmenterian Pengajian Tinggi juga perlu mcmberikan penekanan tcrhadap pelaksanaan
kurikulum pendidikan jasmani di institusi pendidikan termasuk sckolah. Mereka boleh
membuat pemantauan sarna ada kurikulum yang dilaksanakan mengikut panduan yang tclah
ditetapkan atau sebaliknya. Mata pelajaran pendidikan jasmani juga boleh dijadikan sebagai
mata pelajaran teras dan seterusnya dijadikan sebagai subjek peperiksaan secara teori dan
amali di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Pihak institusi pendidikan pula perlu melaksanakan kurikulum pendidikan jasmani


mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran tanpa
membezakan di antara pelajar lelaki dan wanita. Mereka perlu me lib atkan
162 Masalah Pendidikan Jilid 27

semua pelajar lelaki dan wanita secara rnenyeluruh dalam aktiviti fizikal tanpa meragui tahap
keupayaan pelajar percmpuan, malah sanggup mengambil risiko yang sarna sekiranya pelajar
pcrempuan melakukan aktiviti yang sarna dengan pelajar lelaki. Tindakan yang sarna juga
perlu diambil sekiranya terdapat pelajar lelaki atau perempuan yang tiada kclengkapan untuk
melakukan aktiviti pendidikan jasmani, Sebagai contohnya, melarang pelajar perempuan
membuat ulangkaji di dalam kelas scdangkan pelajar lelaki dipaksa melakukan aktiviti
pendidikanjasmani dengan memakai uniform sekolah.

Pihak pemaju perumahan juga berperanan menyediakan sekurang-kurangnya satu


kawasan lapang yang sesuai bagi semua golongan untuk melakukan aktiviti fizikal. Pihak
pertubuhan sosial dan penduduk setempat juga perlu bekerjasama menjaga dan menambah
alatan kemudahan di kawasan yang telah disediakan oleh pihak pemaju. Sekiranya perlu,
penggunaan kawasan secara berjadual serta penyusunan program yang melibatkan aktiviti
fizikal secara terancang hendaklah dibuat bagi menggalakkan penglibatan semua pihak.

Rujukan

Bain, L. L., Wilson, T., & Chaikind, E. (1989). Participant perceptions of exercise
programs for overweight women. Research Quarterlyfor Exercise and Sport, 60(2),
134-143.
Berita Minggu. (2003, September 28). Tabiat pemakanan tidak seimbang punca
kegemukan, msA.
Browne, 1. (1992). Reasons for the selection or nonsclection of physical education studies by
Year 12 girls. Journal of Teaching in Physical Education, 11, 402-410.
Corbin, C. B., Lindsey R., Welk, G. 1., & Corbin, W. R. (2002). Concepts a/fitness and
wellness. A comprehensive lifestyle approach (4th ed.). Boston: McGrawHill.
Cox, R, H. (1994). Sport psychology: Concepts and applications (3rd 00.). USA: Brown.
Cox, R. H. (1998). Sport psychology: Concepts and applications (4th ed.).
Boston: McGraw-Hill.
Crawford, S., & Eklund, R. C. (1994). Social physique anxiety, reason for exercise, and
attitudes towards exercise settings. Journal ofSport & Exercise Psychology. 16, 70-82.
Ford, E. S., Merritt, R. K., Heath, G. w., Rowell, K. E., Washburn, R. A., Kriska,
A., et al. (1991 ). Physical activity behaviors in lower and higher socio-economic
status populations. American Journal of Epidemiology. 133, 1246-1256.
Hall, A. E. (1998). Perceived barriers to and benefits of physical activity among black and
white women. TfOmen in Sport and Physical Activity Journal, 7(2), 1-32.
, Masalah Pendidikan Jilid 27 163

Hart, E. H., Leary, M. R., & Rejeksi, W. 1. (1989). The measurement of social
physique anxiety. Journal of Sport & Exercise Psychology, 11,94-104.
Jones, 0. L. (1996). Rahsia kesihatan. Shah Alam: Fajar Bakti.
Luke, M. D., & Sinclair, G. 0. (1991). Gender differences in adolescents' attitudes toward
school physical education. Journal of Teaching in Physical Education. 11. 31-46.
McAuley, E., & Burman, G. (1993). The social physique anxiety scale: Construct validity in
adolescent females. Medicine and Science in Sport and Exercise, 9, 1049-1053.
Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed). (2003). Sosio-psikologi: Sukan dan kegiatan fizikal. Kuala
Lumpur: Karisma.
Nadhratul Wardah Salman. (2000). Women and sport in Malaysia: Opportunities and barriers.
3M ICHPER.SD Asia Congress 23-26 November 2000.
Napolitano, M. A. (2000). Breaking barriers to increased physical activity. The Physician and
Sportsmedicine, 28(10).
NASPE (2003). Perceptions of physical education and physical activity. Journal of Physical
Education, Recreation & Dance. 74.
Noordin Darus. (1999). The art of total wellness. Kuala Lumpur: WorldWellness Network.
Plaisted, V. (1995). Gender and sport. Dalam T. Morris, & 1. Summer (Ed.), Sport psychology:
Theory. application and issues (pp. 538-574). Singapore: Wiley.
Ransdell, L. B., Oakland, D., & Taylor, A. (2003). Increasing physical education activity in
girls and women: Lessons learned from the DAMET project. Journal of Physical
Education, Recreation & Dance.
Renzetti, C. M., & Curran, D. 1. (1989). Women, men. and society: The sociology of gender.
Boston: Allyn and Bacon.
Rodgers, B., & Douglas, S. (1998). The complete idiot's guide to jogging and running. New
York: Simon & Schuster.
Roszilah Asmuti & Mohd Sofian (2003). Penentuan penyertaan sukan dan aktiviti fizikal di
kalangan atIit lelaki dan wanita, Dalam Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed), Sosio-
psikologi sukan dan kegiatan fizikal (ms. 106-116). Kuala Lumpur: Karisma.
Sherwood, N. E., & Jeffery, R. W. (2000). The behavioral determinants of exercise:
Implications for physical activity interventions. Annual Reviews in Nutrition, 20, 21-44.
U.S. Department of Health and Human Services. (1996). Physical activity and health: A report
of the Surgeon General. Atlanta, GA: Centers for Disease Control and Prevention.
U.S. Department of Health and Human Services. (2000). Healthy people 2010.
Washington, DC: USDHHS.

Wee, E. H. (1997). Kecergasan: Satu panduan hidup. Shah Alam: Fajar Bakti.
Zainun Ishak. (1994). Recreational activities of young adults in Malaysia. First ICHPER-SD
Asia Congress Proceedings. Kuala Lumpur, Malaysia.