Anda di halaman 1dari 6

[FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU] masda.

comp

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH

AL-GHAZALI

PENGENALAN

Nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad Al-Ghazali atau lebih

dikenali dengan nama Al-Ghazali(1058-1111) yang merupakan anak yatim piatu. Dia

dilahirkan di kota Khurasan pada tahun 450 H(1058 M) 22 tahun setelah Ibnu Sina

wafat. Ayahnya seorang Muslim Persia telah meninggal dunia sewaktu Al-Ghazali

masih kecil. Dia mula belajar dari seorang Sufi di negerinya sendiri iaitu di Thus,

kehidupan keagamaannya di mulai dengan tahap kehidupan ortodoks di lingkungan

kaum Asy’ariyah. Namun di usia remajanya dia berpaling pada kehidupan sufistik.

Kemudian dia ke Nasaibur dan belajar daripada seorang ulama besar yang masyhur

dalam ilmu pengetahuan agama iaitu Imam Al-Haramain Dliyauddin Al-Juwaini yang

pada waktu itu direktur dari sekolah di Nasaibur. Al-Ghazali telah mempelajari banyak

ilmu antaranya ilmu fikah, ushul-fekih, manthiq dan ilmu kalam.

Al-Ghazali telah menunjukkan keintelektualannya di hadapan tokoh teologi yang

terkenal pada masa itu iaitu Al-Juwaini. Sebagai seorang pelajar yang cerdas, dia

mendapat perhatian dari Nizam Al-Mulk seterusnya Al-Ghazali menjadi sebagai guru

besar di universiti Nizamiyah Baghdad pada usia 33 tahun.

Selepas itu, Al-Ghazali menjadi seorang ulama dari kalangan muslim ortodoks dengan

gelaran hujjatul islam. Al-Ghazali meninggal pada tanggal 14 Jamadilakhir tahun 505

Hijrah bersamaan 9 Januari 1111 Masihi di Thus.


[FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU] masda.comp

“…Tuhan mungkin tidak akan menerima keimanan seorang makhluk, sepanjang ia

tidak mempercayai apa yang disabdakan nabi-Nya tentang akhirat…dia hendaknya

percaya pada keseimbangan…segala amal perbuatan diperhitungkan di hadapan

Tuhan Yang Maha Tinggi. Pada saat itu, beratnya akan sama dengan berat biji

sawi.”

Al-Ghazali seringkali diakui sebagai muslim terbesar selepas Muhammad.

Kebesarannya terletak pada dua aspek iaitu yang pertama dia adalah pemimpin islam

yang berhasil mempertemukan prinsip-prinsip islam dengan filsafat Yunani. Dengan

berbekal filsafat Yunani, teologi islam dapat tampil sebagai teologi yang rasionalistik

dan acceptable. Begitu juga dengan filsafat Yunani, Neoplatonik Arab mendapatkan

kritikan yang belum pernah diperoleh sebelumnya.

Selain itu, Al-Ghazali dapat membawa ortodoksi dan mistisisme ke dalam hubungan

yang lebih dekat. Pada saat itu, teologi tradisional masih mandiri seperti halnya dengan

mistisisme. Para teologi lebih menerima mistik sepenuhnya berbeza dengan kaum

mistisisme, mereka lebih berhati-hati agar tetap bertahan dalam batas-batas

ortodoksinya.

Al-Ghazali telah dianggap berhasil membela kemurnian agama islam dari dua serangan

iaitu serangan dari dunia filsafat yang telah menjadikan ilmu tentang ketuhanan itu

berupa pengetahuan yang akali semata-mata dan mereka memberikan gambaran tentang

ketuhanan yang membingungkan kepercayaan umat islam umumnya. Dia juga dianggap
[FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU] masda.comp

telah berhasil memberikan tuntunan yang sesuai dengan syariat umat agama islam

terhadap perkembangan mistik (tasawuf) dan kebatinan (batiniah) yang keterlaluan dan

membahayakan amal syariat Islam. Persoalannya telah dinyatakan dalam bukunya iaitu

Tahafatul Falasifah, Al-Munqiz minadl dan Dlalal Ihya Ulumuddin.

Al-Ghazali dalam bukunya Tahafatul Falasifah (Distorsi Filsafat) dia menolak doktrin

Aristotle yang difahami dari tulisan Ibnu Sina dan Al-Farabi. Kritikannya tidak hanya

merupakan serangan pada bidang filsafat tetapi jaga sebuah usaha rasional untuk

menunjukkan hal-hal yang dapat dan tidak dapat dijangkau oleh filsafat. Al-Ghazali

selalu menempatkan pengetahuan alam, logika, dan matematika pada posisi yang tinggi.

Dari dua puluh dalil yang dia gunakan untuk menentang Aristotle, hampir semuanya

berkenaan dengan metafisika, sebuah bidang yang tidak dapat dijangkau dengan baik

oleh para filosof. Yang paling tidak dapat diterima adalah penolakan terhadap takdir

Tuhan dan Tuhan hanya mengetahui secara global. Para filosof juga menolak adanya

Hari Kiamat, jiwa itu abadi dan proses penciptaan alam berjalan dengan teori emanasi

serta dunia itu abadi. Pada saat dia mengakui bahawa logika bukan hak prerogratif

filosof, tetapi berguna bagi setiap orang, itu bererti dia kalah dalam polemiknya

melawan kaum filosof terutama serangannya terhadap falasifah yang digunakan Ibnu

Sina dan Al-Farabi sebagai figure yang representatif dalam kajian metafisika mengenai

hukum agama adalah konvensi tradisional bukan hukum Tuhan. Al-Ghazali menyerang

dalil-dalil filsafat (Aristotle) tentang azalinya alam dan dunia. Di sini dia berpendapat

bahawa alam (dunia) berasal dari tidak ada menjadi ada sebab diciptakan oleh Tuhan.

Dia juga berpendapat bahawa soal keabadian alam itu terserah kepada Tuhan semata-

mata. Mungkin saja alam itu terus-menerus tanpa akhir andaikata Tuhanlah yang
[FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU] masda.comp

mengkehendakinya. Al-Ghazali juga menyerang pendapat kaum filsafat bahawa Tuhan

itu hanya mengetahui soal-soal yang besar sahaja tetapi tidak mengetahui soal-soal yang

kecil (juz-iyat) dan menentang pendapat filsafat bahawa segala sesuatu terjadi dengan

kepastian hukum sebab dan akibat semata-mata dan mustahil ada penyelewengan dari

akibat itu hanyalah berupa kebiasaan (adat) semata-mata dan bukan berupa hukum

kepastian.

Mengenai kejadian alam dan dunia, Al-Ghazali berpendapat bahawa dunia ini adalah

berasal dari iradat (Kemahuan) Tuhan semata-mata dan tidak boleh terjadi dengan

sendirinya. Iradat Tuhan itulah yang diertikan penciptaan. Iradat itu menghasilkan

ciptaan yang terbahagi dua iaitu di satu pihak merupakan undang-undang dan di satu

pihak merupakan zarah-zarah (atom-atom) yang masih abstrak. Penyesuaian yang

konkrit antara zarah-zarah abstrak dengan undang-undang itulah yang merupakan

“dunia”. Iradat Tuhan itu sendiri adalah mutlak dan bebas dari ikatan waktu dan ruang.

Tetapi dunia yang diciptakan itu seperti yang dapat ditangkap dan dikesankan pada akal

(intelek) manusia terbatas dalam pengertian ruang dan waktu dan telah masuk dalam

pengertian materialis. Al-Ghazali menganggap bahawa Tuhan adalah transcendent, akan

tetapi kemahuan (iradat)-Nya adalah immanet di atas dunia ini dan merupakan sebab

hakiki dari segala kejadian.Al-Ghazali menamakannya sebagai ijra-ul-adat iaitu Tuhan

tetap berkuasa mutlak untuk menyimpang dari kebiasaan sebab dan akibat itu. Tuhan

bukan memindahkan soal yang satu (faktor sebab) kepada faktor lain (faktor akibat)

tetapi Tuhan menciptakan dan menghancurkan dan akhirnya menciptakan hal yang baru

sama sekali dalam pengertian sebab kepada akibat itu.


[FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU] masda.comp

Dalam ihya-ulumiddin Al-Ghazali mengupas rahsia ibadat dari segi tasawuf dengan

mendalam sekali. Baginya semua amal ibadat yang wajib itu merupakan pangkal dari

segala jalan pembersihan rohani. Dia melihat sumber kebaikan manusia itu terletak pada

kebersihan rohaninya dan rasa akrabnya (taqarruub) terhadap Tuhan. Al-Ghazali

menganggap Tuhan sebagai pencipta yang berkuasa yang sangat memelihara dan

menyebarkan rahmat bagi sekalian alam serta mengakui kebaikan tersebar dimana-

mana. Menurut Al-Ghazali kesenangan itu ada dua tingkat iaitu kepuasan dan

kebahagiaan (lazzat dan sa’adah). Kepuasan ialah apabila mengetahui sesuatu.

Bertambah banyak mengetahui kebenaran itu bertambah banyak orang merasakan

kebahagiaan akhirnya kebahagiaan yang tertinggi ialah bila mengetahui kebenaran,

Itulah yang dinamakan ma’rifatullah iaitu mengenai adanya Allah dengan tanpa syak

sedikit juga dan dengan penyaksian hati yang sangat yakin (musyahadatul-qalb).

Apabila sampai kepada penyaksian itu manusia akan merasakan suatu kebahagiaan

yang begitu memuaskan hingga sukar dilukiskan.

KESIMPULAN

Dapatlah disimpulkan bahawa filsafat Al-Ghazali menentang filsafat yang

dikemukakan oleh Aristotle dan Al-Farabi. Pandangan filsafat Al-Ghazali jelas berbeza

dengan pendapat para filsafat lain. Dia menyangkal pendapat ahli filsafat lain melalui

karyanya seperti Tahafatul Falasifah dan Ihya Ulumiddin. Dia dikenali sebagai hujjatul

islam dari dunia islam kerana umat islam mengakui bahawa amal dan ilmu Al-Ghazali

selama hidupnya merupakan suatu hujah pembelaan yang berhasil menentang anasir-

anasir luar yang membahayakan kepercayaan umat islam.


[FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU] masda.comp

BIBLIOGRAFI

Imam Al-Ghazali, Intisari Falsafah Al-Ghazali. Siri Ihya Ulumuddin: Thinkers Library

Sdn Bhd.

Al-Ghazali, Kimia Kebahagiaan: Thinkers Library Sdn Bhd.

Al-Ghazali, 1993. Tahafatul al-Ghaz Falasifah Kekacauan Para Filsuf. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Ghazali, Penyelamat dari Kesesatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kontribusi Filosof Muslim. Paradigma Filsafat Pendidikan Islam.

Al-Ghazali, 1903. Misykat al-Anwar. Terjemahan Gairdner, Cairo.

Al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din.

Anda mungkin juga menyukai