Anda di halaman 1dari 4

Untuk Sampai Hajat

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:

"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang maghrib,
jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang
tersebut."

Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makhbulkan.

Pendinding Masa Tidor


Sesiapa membaca Fathihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak
tidor,kemudian ia membaca Qulhuallah 3 kali, surah alFalaq sekali, dah surah anNas
sekali, terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari hantu
syaitan dan segala makhluk yang akan merasuksemasa tidor.

Hikmat Surah al-Fathihah


BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM

Sesiapa yang mengekalkan mambaca AlFathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu
Subuh sebanyak 41 kali, makan fazilatnya ialah:

• Meminta pangkat melainkan dapat.


• Ia miskin melainkan kaya.
• Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya
• Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
• Ia lemah malainkan dikuatkan Allah.
• Ia berdagang di negeri orang,melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.

Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan:

“Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana
itu beberapa bayak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari.”

“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang
dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut.”

“Maka kami pun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat
orang sakit itu pun sembuh dang penyakitnya berkurangan.”

Begitulah Fazilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fathihah keatas seorang yang sakit setelah itu
dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat.

Hikmat Surah al-Fathihah 2


Mengembalikan Pangkat

Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia
kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali diantara Sunat
Subuh dan Fardhunya selama 40 hari.

Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.

Insayallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah
kepada khudrat Allah.

Mendapat Zuriat

Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat
zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fathihah sebagaimana kaedah
peraturan seperti ini:

Hendaklah membaca Fathihah sebanyak 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak
kurang bilangannya.
Masanya ialah diantara Sunat Subih dan Fardhu Subuh.

Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang salleh lagi baik.

Fathihah di atas kapas.

Sesiapa membaca Fathihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan
ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum
lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah.

Bacaan untuk pelayar

Jika di baca Fathihah sebanyak 41 kali di belakang orang yang hendak belayar, Inyaallah di
selamatkan ia dalam pelayarannya dan di kembalikan semula ke tanah air dalam keadaan sihat
afiat.

Jika hendak membereskan sesuatu pekerjaan

Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu denga baik, bacalah
Fathihah di tengah malam sebanyak 41 kali.

Insyaallah dimudahkan allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja
pekerjaanya dengan izin allah semuanya beres.

Jika berasa dahaga

Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar,
hendaklah ia membaca Fathihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak
tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya.

Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.

Mengubat sakit telinga.

Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fathihah dalam satu bekas
ekmudian dihapuskan tulisan itu dengan minya mawar dan titikkan kedalam telinga, insayaallh
afiat.

Minyak Fathihah.

Jika di bacakan 70 kali Fathihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan unutk
persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi
penyakit belakang dan pinggang. Insyaallah afiat apabila di gosokkan.
Menjadi Penawar.

Jika disengat binantang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air
masuk kan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali.

Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.

Anda mungkin juga menyukai