Anda di halaman 1dari 3

Wirid Tidur

Waktu kecik-kecik dahulu, aku diajar dengan beberapa


bacaan untuk diamalkan sebelum tidur. Bacaan-bacaan tersebut dinukilkan
daripada kitab tok-nenek dahulu, kitab yang masyhur, di mana rata-rata
golongan tua dahulu mengenali dan memilikinya. Kitabnya tak lain tak
bukan kitab "Perukunan" dikenali juga sebagai "Perukunan Besar" karangan
Syaikh Abdur Rasyid Banjar. Dalam kitab itu disebut sekali akan kaifiat dan
kelebihannya, dan tidaklah aku ketahui akan sumber darjat riwayatnya itu.
Tetapi bagiku, bacaan-bacaan tersebut tidaklah menjadi kesalahan atau
bid`ah dholalah untuk diamalkan kerana semua bacaan - bacaan tersebut
adalah tsabit pada syarak, cuma kelebihan yang dinyatakan dan waktu atau
kaifiyat bacaannya sahaja yang mungkin kita yang jahil ini tidak tahu
samada ianya warid daripada Junjungan s.a.w. dalam rupa bentuknya
tersebut. Oleh itu jika kita dituntut untuk berhusnudz dzan, maka husnudz
dzan terhadap ulama terdahulu terlebihlah wajar. Tujuan aku nukilkan di
sini bukanlah untuk meninggalkan riwayat-riwayat yang shohih berkenaan
doa, wirid dan zikir tidur sebagaimana diketahui umum dalam banyak hadits
seperti riwayat Imam al-Bukhari berkenaan Ayatul Kursiy yang jika dibaca
tatkala hendak tidur dipelihara kita daripada syaitan hingga ke pagi atau
hadis berhubung tasbih Siti Fathimah r.anha atau hadits Imam at-Tirmidzi
yang menyatakan apabila seseorang hendak tidur lalu membaca istighfar 3
kali nescaya diampunkan akan dosa kesalahannya walaupun sebanyak
buih lautan, sebanyak bintang-bintang atau dedaun pohonan, sebanyak
pasir halus dan sebanyak bilangan hari dunia. Kunukilkan di sini sekadar
untuk dijadikan amalan tambahan bagi sesiapa yang berkehendak, sesiapa
yang tidak mahu maka tidaklah ada apa-apa paksaan, kerana kita Ahlus
Sunnah wal Jama`ah memang terkenal dengan sikap tasamuh yang tinggi
sesama ahli kalimah "La ilaha illa Allah". Oleh itu, harap jangan ada yang
nak bercekak ngan aku dalam apa yang hendak kusampaikan, kerana kalau
ada yang cekak, aku pun cekak, bila sama-sama cekak maka tidaklah boleh
berlawan lagi sebab satu perguruan, terpaksalah guna buah 6 tolak 6. Tapi la
ni dah timbul 2 cekak pulak, satu cekak Hanafi lagi satu cekak Syafi`i, kot.
Eh, melalut pulak aku dalam arena seni pertahanan diri cekak mencekak ni
(p/s - aku melawak je, jadi ahli cekak tak kiralah dari kumpulan mana,
jangan marah nooo sebab aku dulu pun cekak jugak).

Berbalik kepada kitab "Perukunan" maka tersebutlah pada mukasurat 25 -


26 demikian itu kitab begini bunyinya: "Sabda Rasulullah s.a.w. kepada
sahabat:-Barangsiapa hendak tidur, jika belum membaca Quran 30 juzuk,
jangan engkau tidur, maka baca olehmu akan Fatihah 3 kali maka serasa
membaca Quran 30 juzuk. Barangsiapa hendak tidur jika belum perang
sabilillah jangan engkau tidur, maka baca olehmu ‫( ققل هقو الله احقد‬al-
Ikhlash) 3 kali maka serasa perang sabilillah. Barangsiapa hendak tidur jika
belum memerdekakan hamba 40 orang jangan engkau tidur, maka baca
olehmu sholawat 3 kali maka serasa memerdekakan hamba 40 orang. Maka
barangsiapa hendak tidur jika belum memberi makanan segala mukminin
maka jangan engkau tidur, maka baca olehmu Allahummagh fir lil
mu`miniina wal mu`minaat wal muslimiina wal muslimaat 3 kali maka
serasa memberi makanan segala mukminin. Barangsiapa hendak tidur jika
belum naik haji jangan engkau tidur, maka baca olehmu akan SubhanAllah
walhamdulillah wa la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar 3 kali maka serasa
naik haji."

Begitulah, keterangan dalam kitab "Perukunan", dan pernah juga aku


terjumpa dalam kitab lain riwayat yang sedikit berbeza di mana Junjungan
s.a.w. diriwayatkan bersabda kepada Siti 'Aisyah r.anha ketika hendak tidur,
"Wahai 'Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengkhatamkan al-Quran,
menjadikan para nabi mensyafaatimu kelak di hari kiamat, menjadikan
semua orang Islam meredhaimu dan sebelum engkau mengerjakan haji dan
umrah." Siti Aisyah r.a. bertanya kepada Junjungan s.a.w.: "Ya RasulAllah,
ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, apa yang engkau perintahkan aku
lakukan empat perkara tersebut dalam waktu itu tidaklah dapat aku
laksanakan." Junjungan s.a.w. tersenyum dan menyatakan:- "Apabila engkau
membaca suratul Ikhlas 3 kali, maka seolah-olah engkau mengkhatamkan
al-Quran, apabila engkau membaca sholawat kepadaku dan ke atas para
nabi maka kami akan mensyafaatimu pada hari kiamat, apabila engkau
beristighfar untuk sekalian orang mukmin, maka telah redhalah mereka
akan dikau, dan apabila engkau membaca SubhanaAllah wal hamdulillah wa
la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar, maka seolah-olah engkau berhaji dan
berumrah.

Begitulah ikhwah, antara amalan yang disebut dalam kitab-kitab ulama


dahulu. Sekadar untuk tatapan kalian, dan jika yang hendak memakainya,
silalah, sesiapa yang tidak mahu, maka silalah jugak, yang penting jangan
sampai tidur bersila, karang lenguh pinggang dan lutut.

Anda mungkin juga menyukai