Anda di halaman 1dari 36

KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/1

UNIT 4 KESELAMATAN KEBAKARAN

OBJEKTIF

Objektif am :

Mengetahui konsep asas kebakaran


Mengetahui bagaimana api merebak dan kaedah untuk
memadam
kebakaran.
Memahami kegunaan Alat Pemadam Api.
Mengetahui tentang pencegahan kebakaran dan alat-alat
pencegahan kebakaran.
Menyatakan kaedah membaca pelan tindakan keselamatan
dan lokasi kebakaran

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

 Menyatakan bagaimana api terhasil, cara api merebak dan kaedah


memadam kebakaran.
 Membezakan kelas-kelas kebakaran dan alat memadam api.
 Menggunakan Alat Pemadam Api.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/2

 Menyatakan risiko pengurusan kebakaran dan menggunakan


peralatan pencegahan kebakaran.
 Menyatakan kaedah membaca pelan tindakan keselamatan dan
menyatakan lokasi kebakaran.

INPUT 4a

4.0 PENGENALAN KEBAKARAN

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan
kata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam
kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan
harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.
Kebakaran adalah satu tindak balas kimia dimana tenaga haba dan
cahaya yang terhasil akan menghasilkan asap.

SAINS KEBAKARAN

Pepatah ada menyataka “Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Mengubat”.


Persoalan sekarang ialah “ Bagaimana Anda Hendak Menghalang
Sesuatu Jika Anda Tidak Tahu Penyebabnya”. Justeru itu adalah wajar
untuk memahami bagaimana punca kebakaran boleh berlaku.

4.1.1 Punca Kebakaran

Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur


yang bergabung iaitu bahan api untuk membantu
nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/3

membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi


untuk menghasilkan api atau nyalaan. Rajah 4.1
menunjukkan segitiga kebakaran di mana ketiga-
tiga unsur yang bergabung akan menghasilkan kebakaran.

HABA
OKSIGEN

BAHAN API

Rajah 4.1 - Segitiga Kebakaran

Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan


kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah
penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan
berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat
di tempat kerja adalah seperti berikut:

1. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya.


2. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.
3. Kebocoran atau mampatan gas.
4. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/4

Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti


berikut:

1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.


2. Lebihan beban aliran kuasa
3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang
longgar.
4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan
fius.
5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau
penebat.

4.1.2 Bagaimana dan sebab berlakunya kebakaran

Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti


berikut;

a) Faktor Semulajadi
Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau,
letupan gunung berapi.
b) Faktor Kemalangan
Kejadian kebakaran kerana kelalaian , kecuaian atau
kesilapan manusia itu sendiri.
c) Faktor Sengaja Dibakar
Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada
sengaja dibakar atau perbuatan khianat.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/5

4.1.3 Kelas Kebakaran

Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada


punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan
mengenai jenis kebakaran adalah penting kerana ia dapat
menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk
memadamkan kebakaran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual
4.1. Kelas kebakaran dapat dikenalpasti melalui simbol pada
Rajah 4.2.

Jadual 4.1 - Kelas Kebakaran

KELAS ALAT PEMADAM API


BAHAN API
KEBAKARAN PERMULAAN

JENIS PEPEJAL- kertas, kayu ABC(Serbuk Kering)


A
habuk, kain Air
Buih

ABC
B JENIS CECAIR - minyak,
Buih
gasolin,
CO2
alkohol
Air Semburan
Halon
ABC
JENIS GAS - acetylene,
C Air Semburan
ammonia, butane
Halon (BCF)

JENIS LOGAM - aluminium,


D ABC
kalsium, magnesium

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/6

A B C D

Rajah 4.2 - Simbol kelas-kelas api yang biasa digunakan

4.1.4 Cara Kemerebakan Kebakaran

Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu


dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus
menerus.

a. Olakan haba.
• Pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir
seperti secair atau gas.
• Cecair atau gas yang panas akan naik ke atas dan gas
yang sejuk akan turun ke bahagian bawah secara pusingan.
• Jika kebakaran di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini
akan naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan
sebagainya.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/7

Rajah 4.3 – Kemerebakan api secara olak haba

b. Pengaliran.
• Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam,
batu, simen dinding bangunan dan lantai.
• Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api
yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan naik dan
sampai ke suhu nyalaan, ia terbakar dengan sendirinya.

Rajah 4.4 – Kemerebakan api secara pengaliran

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/8

c. Bahangan.
• Pemindahan haba yang mengikut gelombang cahaya
daripada kebakaran tersebut. Kepanasan akan berkurangan
apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan.
• Boleh bergerak melalui kaca tingkap dan apabila bahan api
mendapat haba secara bahangan, suhunya akan naik dan
jika sampai suhu nyalaan, ia akan terbakar.

Rajah 4.5 – Kemerebakan api secara bahangan

d) Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api
merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah
merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama
ain.

4.1.5 Cara memadam kebakaran

Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan
suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu untuk
memisahkan gabungan tersebut.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/9

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam


kebakaran iaitu:

a. Melaparkan.
Ini dilakukan dengan:
i. Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat
lain.
ii. Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain
iii. Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar
supaya mudah dipadamkan.

b. Melemaskan.
Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara
menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat
membantu kebakaran.

c. Menyejukkan.
Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan
perpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan
suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi
rendah maka nyalaan akan terpadam.

d. Memutuskan Rantai Tindakbalas.


Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan
alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/10

AKTIVITI 4a

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

Jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Senaraikan tiga unsur yang menyebabkan terjadinya api.

2. Senaraikan tiga kaedah untuk memadamkan api.

3. Senaraikan tiga kaedah api merebak.

4. Nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh.

5. Senaraikan tiga punca kebakaran yang disebabkab oleh elektrik.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/11

MAKLUMBALAS 4a

Jawapan :

1. Udara, haba dan bahan.

2. Melaparkan, melemaskan dan menyejukan.

3. Olakan haba, pengaliran , bahangan dan terus menerus.

4. Kelas A- terdiri dari bahan perpejal seperti kertas, kayu dan kain
Kelas B – terdiri dari jenis cecair seperti telaga minyak, gasolin dan
alkohol.
Kelas c – terdiri dari jenis gas seperti kebakaran amonia, butane dan
acetylene.
Kelas D – terdiri dari jenis logam seperti aluminium, kalsium dan
magnesium.

5. a) Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.


b) Lebihan beban aliran kuasa
Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang
longgar.
Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan
fius.
Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau
penebat.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/12

INPUT 4b

4.2 Alat Pemadam Api

Ramai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang
mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini merupakan satu alat
pencegahan kebakaran mudah alih yang penting. Setiap alat pemadam
api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh
dipadamkan.

4.2.1 Kategori Alat Pemadam Api


Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan
diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Rajah 4.3 menunjukkan
gambarajah berlabel bagi alat pemadam api. Di antara alat pemadam api
yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal
ialah:-

i. Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water co2

ii. Jenis yang mengeluarkan buih


• Memadam kebakaran minyak
• Kebakaran bahan alkohol (Pola)
• Tabungnya berwarna krim

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/13

iii. Jenis yang mengeluarkan debu kering (Jenis ABC)


• Debu kering mengandungi bahan sodium bikarbonat.
• Terbukti selamat.
• Untuk Kelas A,B, C.
• Tabungnya berwarna biru.

iv. Jenis yang mengeluarkan gas


• Mengandungi gas karbon dioksida
• Agen pemadam yang bersih.
• Tidak merosakkan komponen elektrik
• Tabungnya berwarna hitam.

Pedal penekan
Pin Keselamatan

Pemegang

Hos

Nozel Tabung

Rajah 4.6 - Gambarajah alat pemadam api berlabel

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/14

Jadual 4.2- Jenis alat pemadam api

MASA
JARAK
JENIS WARNA KESELURUHAN CATATAN
PANCUTAN
PANCUTAN
Tidak
AIR MERAH 4 meter 120 saat sesuai jenis
B,E
Boleh beku.
KUNING Tidak
BUIH 6 meter 30 - 90 saat
LANGSAT sesuai jenis
E

Tiada
GAS HITAM 3 meter 120 saat
kesan

DEBU
BIRU MUDA 3 – 6 meter 120 saat Kesan kotor
KERING

4.4.2 Cara Mengguna Alat Pemadam Api

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan


adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan
alat pemadaman adalah berdasarkan Rajah 4.4.

P- Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api


A- Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca
api (bahan)
S- Squeeze - Pusing atau tekan pemegang
S- Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada
jarak 3 meter sehingga api padam.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/15

* Pancutan hendaklah dilakukan mengikut arah angin.

Rajah 4.7 - Cara menghalakan pancutan ke punca api

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/16

AKTIVITI 4b

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

Jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Sekiranya anda ingin memadam api yang terbakar disebabkan oleh:


i. ranting-ranting kayu.
ii. Tumpuhan minyak tanah di kedai

Nyatakan jenis-jenis alat pemadam api permulaan yang sesuai


digunakan.

Lengkapkan jadual di bawah


MASA
JARAK
JENIS WARNA KESELURUHAN
PANCUTAN
PANCUTAN
AIR i 4 meter 120 saat
KUNING
BUIH ii 30 - 90 saat
LANGSAT

HITAM 3 meter 120 saat


iii

iv Biru v 120 saat

MAKLUMBALAS 4b
ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/17

Jawapan :

1. Jenis ABC (serbuk kering), air atau buih.


Jenis ABC, buih, CO2, dan air semburan.

2.
i. Merah
ii. 6 meter
iii. Gas
iv. Debu Kering
v. 3-6 meter

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/18

INPUT 4c

4.3 PENCEGAHAN KEBAKARAN

Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang


mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga
langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant
stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi
(uncontrollable stage )

4.3.1 Pengurusan risiko kebakaran

Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di


tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah
keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi
sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
i. Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk
menyelamatkan diri (mean of escape).
ii. Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
iii. Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
iv. Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
v. Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
vi. Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi
vii. Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang
bagus.
viii. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara
berkala.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/19

4.3.2 Peralatan Pencegahan Kebakaran

Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem


amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara
automatik dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga
bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk
memberi amaran kebakaran.

Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang


siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:

i. Perlindungan aktif.
• Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di
bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam
kebakaran secara manual atau automatik.

ii. Perlindungan pasif.


• Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur
sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan
asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung,
menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang
selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika
melawan kebakaran

a. Jenis Perlindungan Aktif

i. Alat pecah kaca.


Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara
memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh
orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia
melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/20

amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana


kaca tersebut dipecahkan.

ii. Alat pengesan haba.


Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan
sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba
atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran

iii. Alat pengesan asap.


Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga
berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran
kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang
tertentu.

iv. Sistem pemasangan sprinkler.


Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat
awal dengan cara semburan air yang bertekanan
khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini
dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak
secara automatik.

v. Sistem pemasangan pancur ( riser).


Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur
kering.

vi. Sistem pili bomba (hyderant)


Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran
halaman dan hydran kota. Hydran gedung ditempatkan
dalam gedung, untuk hydran halaman ditempatkan di
halaman, sedangkan hydran kota biasanya ditempatkan

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/21

pada beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam


Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air.

vii. Sistem salur Bantu mula (hosereel)

viii. Sistem gas CO2.

ix. Sistem pemasangan tetap buih (foam)

b. Jenis Perlindungan pasif.

i. Tangga terlindung.
ii. Koridor terlindung
iii. Pintu rintangan api
iv. Ruang akses menentang kebakaran
v. Lif Bomba

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/22

AKTIVITI 4c

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

Jawab soalan-
1A

soalan yang 3

berikut:
2
A

Ke bawah

1. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk


mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau
automatik ialah ________________________.

3. Satu tindakan awal yang diambil bagi mengelakkan api kebakaran


daripada berlaku dan langkah awal bagi mengelak kebakaran yang baru

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/23

bermula daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi


dikenali sebagai pencegahan __________________.

Melintang

1. Beroperasi secara automatik dan akan aktifkan sistem amaran kebakaran


apabila kesan sejumlah ___________________ yang berkepul naik
memenuhi ruang bilik atau persekitaran.

2. Tangga terlindung, koridor terlindung, pintu rintangan api, ruang akses


menentang kebakaran dan lif bomba adalah untuk perlindungan
______________________.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/24

MAKLUMBALAS 4c

Jawapan :

Ke bawah
1. Aktif
3. Kebakaran

Melintang
1. Asap
2. Pasif

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/25

INPUT 4d

4.4 Pelan tindakan keselamatan

Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila


adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk
mencegah kemalangan. Salah satu faktor pencegahan adalah untuk
menghadapi pelan tindakan kecemasan.

Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang


dan organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan
kerosakan harta benda.

Objektif PTK:-
i. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat
semasa berlakunya kecemasan.
ii. Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk
menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan.
iii. Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan betul.
iv. Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan
selamat apabila berlaku kecemasan.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/26

Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan


keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana alam,
keracunan, kebocoran toksid, bangunan runtuh dan lain-lain.

4.4.1 Prosedur keselamatan

Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan


keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:-

Pencegahan
Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara
pengendalian bahan berbahaya serta peralatan yang digunakan.

Kesediaan
Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang
dapat bertindak apabila berlaku kecemasan.

Tindakan
Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak
dengan pantas dan efisien berserta kelangkapan yang mencukupi
apabila terjadinya kecemasan.

Pemulihan
Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi
cemas kepada keadaan normal seperti menilai kerosakan,
mengganti atau membaiki peralatan yang rosak.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/27

4.4.2 Membaca pelan tindakan kecemasan.


a. Berdasarkan carta alir

Jadual 4.3 Carta Alir Pelan Tindakan Keselamatan

API
YA

LIHAT API
YA

BUNYIKAN PENGGERA
YA

PANGGIL BOMBA
BESAR
SAIZ KEBAKARAN SEMASA LARI
YA
TIDAK
ALAT PEMADAM API ADA LARI
YA
CEPAT
KEMEREBAKAN LARI
YA BAHAYA
KEADAAN ASAP LARI

DAPATKAN ALAT PEMADAM API


TIDAK
ALAT PEMADAM API ITU SESUAI LARI
TIDAK
TAHU GUNA LARI
YA
BAWA ALAT PEMADAM API KE TEMPAT KEBAKARAN
DALAM LUAR
PINTU ANGIN
API DALAM BANGUNAN ATAU LUAR BANGUNAN
DI BELAKANG DI BELAKANG
YA
BERDIRI 10 KAKI DARI API
ZBB/SAB/KKA/2005

YA
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/28

YA TIDAK
UJI ALAT PEMADAM API
LARI

PADAM KEBAKARAN BERFUNGSI

b. Laluan keselamatan

Konsep ini merupakan kemudahan struktur dalam bangunan yang


memudahkan penghuni melarikan atau menyelamatkan diri daripada
bahaya kebakaran dengan sendiri tanpa sebarang bantuan.
Jalan keluar ini terbahagi kepada tiga iaitu:

i. jalan keluar mendatar – struktur yang terdapat pada bangunan


yang melibatkan bahagian seperti ‘protected lobby’ dan
‘protected corridor’
ii. jalan keluar menegak – elemen struktur bagi membolehkan
penghuni melarikan atau menyelamatkan diri keluar dari
tingkat atas ke tingkat bawah terus ke tempat selamat.
Contoh seperti tangga keselamatan.
iii. Jalan keluar terakhir – tempat keluar bagi jalan terus daripada
sesuatu bangunan yang mengadakan akses terus ke laluan
atau tangga terbuka.

4.5 Mengenalpasti lokasi kebakaran

Terdapat beberapa lokasi di sekitar anda yang mungkin berisiko tinggi untuk
menyebabkan berlakunya kebakaran dan kemerebakan api. Antaranya ialah:-
• Makmal sains/tempat simpanan bahan kimia
• Tempat memasak/makmal penyediaan makanan
• Struktur bangunan lama yang mudah terbakar
• Bahan binaan bangunan seperti kayu, batu-bata dan ‘building board’.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/29

AKTIVITI 4d

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA…!
• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

Jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Berikan maksud pelan tindakan kecemasan.

2. Senaraikan objektif pelan tindakan keselamatan.

3. Nyatakan faktor-faktor prosedur keselamatan bagi sesebuah organisasi.

4. Nyatakan 2 cara untuk membaca pelan tindakan kecemasan.

5. Berikan maksud laluan keselamatan.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/30

MAKLUMBALAS 4d

Jawapan :

1. Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan


organisasi terhadap kecemasan untuk mencegah kecederaan dan
kerosakan harta benda.

2.
Objektif PTK:-
a. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan
selamat semasa berlakunya kecemasan.
b. Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang
dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya
kecemasan.
c. Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan
betul.
d. Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur
dan selamat apabila berlaku kecemasan

3. Faktor-faktor prosedur keselamatan bagi sesebuah organisasi.


a. Pencegahan

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/31

b. Kesediaan
c. Tindakan
d. Pemulihan

4. 2 cara membaca pelan tindakan kecemasan


a. berdasarkan carta alir
b. laluan keselamatan

5. Laluan keselamatan merupakan kemudahan struktur dalam bangunan


yang memudahkan penghuni melarikan atau menyelamatkan diri daripada
bahaya kebakaran dengan sendiri tanpa sebarang bantuan.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/32

FAKTA KUNCI

Kebakaran adalah satu tindak balas kimia dimana tenaga haba dan cahaya
yang terhasil akan menghasilkan asap sekiranya terdapat tiga unsur yang
bergabung iaitu bahan api, udara dan haba.

Punca-punca kebakaran di tempat kerja adalah seperti percikan api kimpalan,


bunga api, api ubat nyamuk, mancis, putung rokok, kebocoran atau mampatan
gas dan haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.

Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran ialah faktor semulajadi,


faktor kemalangan dan faktor sengaja dibakar.

Kemerebakan api boleh melalui 4 cara iaitu pengaliran, bahangan, olak haba
dan kebakaran terus menerus.

Terdapat 3 kaedah pemadaman kebakaran iaitu melaparkan, menyejukkan dan


melamaskan.

Alat pemadam api (APA) dapat dikelaskan kepada 4 kategori iaitu yang
berasaskan air, buih,gas dan debu kering.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/33

Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti


diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah
awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula.
Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di
bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual
atau automatik.

Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada


struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari
merebak.

Jenis perlindungan aktif ialah alat pecah kaca, alat pengesan haba, alat
pengesan asap, sistem pemasangan sprinkler, sistem pemasangan pancuran,
pili bomba dan salur bantu mula.

Jenis perlindungan pasif ialah tangga terlindung, koridor terlindung, pintu


rintangan api, ruang akses menentang kebakaran dan lif bomba.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/34

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri


kejayaan! Sila cuba soalan
dalam penilaian kendiri ini.

Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!`

1. Api terhasil daripada tiga unsur. Nyatakan ketiga-tiga unsur tersebut.

2. Dengan bantuan gambarajah yang sesuai, terangkan bagaimana


menggunakan menggunakan Alat Pemadam Api.

3. Anda ingin membeli sebuah alat pemadam api permulaan untuk


kenderaan anda. Alat pemadam tersebut mestilah tidak mengotorkan
kenderaan anda apabila digunakan. Apakah jenis alat pemadam api yang
sesuai.

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/35

Maklumbalas kepada penilaian


kendiri

1. Bahan Api, Haba dan Udara(oksigen)


2.
Pedal penekan
Pin Keselamatan

Pemegang

Hos

Nozel Tabung

Gambarajah alat pemadam api berlabel

P- Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api


A- Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan)
S- Squeeze - Pusing atau tekan pemegang
S- Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter
sehingga api padam.
3. CO2 (Gas)

ZBB/SAB/KKA/2005
KESELAMATAN INDUSTRI ETE101 UNIT 4/36

ZBB/SAB/KKA/2005