Anda di halaman 1dari 8

PAK KADUK

. SINOPSIS
Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang bernama Indera
Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab itu, banyaklah rakyat dalam
Negara baginda yang yang suka membuang masa untuk berjudi dan menyabung ayam.
Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama Pak Kaduk
dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan ayam sabungnya
dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Oleh
sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkan bahagian-bahagian baju itu
saja.
Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani, ayam sabung kepunyaan
Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk Pak Kaduk untuk bertukar ayam Si Kunani
yang dikatakan kurang bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaan baginda. Tanpa
berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga menggadaikan kampong halamannya
kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai wang pertaruhan.

Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat ketangkasan Si Kunani. Si Kunani
akhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa bahawa Si Kunani yang bukan miliknya, melompat-
lompat kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah terkoyak-rabak. Pak Kaduk
akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah, Pak Kaduk dimarahi isterinya.
TEMA
Cerita ini bertemakan sikap manusia yang suka mengambil tindakan secara
terburu-buru atau tidak berfikir secara rasional sebelum mengambil sesuatu
tindakan. Sebagai akibatnya, diri sendiri menanggung kerugian seperti Pak
Kaduk yang mempercayai cakap raja yang sebenarnya bertujuan menipunya.
PERSOALAN
a. Sikap tamak membawa mudarat. Contohnya, Pak Kaduk yang tamak
sanggup menggadaikan kampong halamannya dengan nilai 50 rial semata-
mata untuk mendapat wang pertaruhan raja. Sebagai akibatnya, kampong
halamannya tergadai.
b. Pemerintahan yang tidak bertanggung jawab akan menyusahkan kehidupan
rakyat. Raja Indera Seri bukan saja tidak mentadbirkan Negara dengan baik,
bahkan baginda mengambil kesempatan pula untuk mencari keuntungan atas
rakyat yang daif seperti Pak Kaduk. Perlakuan baginda yang sedemikian
menyebabkan kehidupan rakyat seperti Pak Kaduk bertambah susah.
WATAK &PERWATAKAN
a. Watak utama: Pak Kaduk.
b. Watak sampingan: Raja Indera dan Mak Siti.
Pak Kaduk
· Mempunyai isteri bernama Mak Siti.
· Sifat bodoh, lurus, tidak berfikir panjang, dan tergopoh-gopoh. Buktinya, dia
sanggup menukarkan ayamnya yang handal dengan ayam sabungan raja.
· Mempunyai cita-cita yang tinggi tapi tidak kesampaian.
Raja Indera Sari
· Raja negari Chempaka Seri.
· Raja yang tidak bertanggungjawab. Baginda mengabaikan syariat Islam dan suka
berjudi.
· Suka menipu. Baginda mengambil kesempatan atas kebodohan Pak Kaduk untuk
kepentingan diri sendiri.
Mak Siti
· Isteri kepada Pak Kaduk.
· Membuat baju kertas untuk Pak Kaduk ke pertandingan ayam sabung.
PLOT
a. Raja Indera sangat suka bersabung ayam. Baginda ingin menyabung
ayam di kampong Pak Kaduk.
b. Pak Kaduk menyuruh Mak Siti menyediakan baju kertas untuknya.
Pak Kaduk membawa Si Kunani kegelanggang untuk menyabung
ayam. Pak Kaduk mempertaruhkan kampong halamannya.
c. Raja Indera Sari bertukar ayam sabung dengan Pak Kaduk. Raja dan
Pak Kaduk bersetuju ntuk mempertaruhkan dengan nilai 50 rial.
d. Pertaruhan bermula. Si Kunani menang. Pak Kaduk sangat gembira
sehingga tidak perasan bahawa baju kertasnya telah terkoyak. Orang
ramai ketawa melihat Pak Kaduk yang bertelanjang bulat.
e. Pak Kaduk Berlari pulang ke rumah. Di rumah, Pak Kaduk dimarahi
oleh Mak Siti.
GAYA BAHASA
GAYA BAHASA
 Diksi

Penggunaan kata bahasa Melayu lama.


· Bulang yang bermaksud pengikat Melayu Lama.
· Bena yang bermaksud hirau atau peduli.
· Bangat yang bermaksud cepat, lekas, dan segera.
 Simile

Perumpamaan
· Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yang maha faham pada sabung menyabung.
 Ayat

· Laras bahasa klasik


· Hatta demi melihat baginda dengan sekalian orang-orang besar dan rakyat tentera yang
hina-dina sekalian akan hal Pak Kadukitu, semuanya tertawa serta bertepuk tangan
dengan tempik soraknya kesukaan melihatkan temasya Pak Kaduk itu.
· Laras bahasa istana
· “Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik ini tiadalah apa harta yang ada, hanya
kampong sebuah itu sahaja:....”
LATAR
Tempat
· Negeri Chempaka Seri.
· Gelanggan tempat menyabung ayam.
· Rumah Pak Kaduk di tepi sungai.
Masa
· Zaman feudal, iaitu zaman pemerintahan beraja.
· Raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat.
Masyarakat
· Rakyat.
o Mereka mengabaikan syariat agama.
o Mereka suka berjudi dan membuang masa.
o Mereka bertindak membuta tuli.
· Raja.
o Raja tidak bertanggungjawab dan tiada wawasan dalam pemerintahan.
o Raja zalim, memperalat rakyat yang lemah.
o Raja mesti dihormati. Kata-kata dan suruhan raja mesti ditaati oleh rakyat.
 
NILAI DAN PENGAJARAN
a. Manusia perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak
supaya tidak rugi atau menanggung malu.
b. Raja yang memerintah mesti bersikap adil dan tidak
memperalatkan rakyat untuk kepentingan diri sendiri.
c. Jangan berjudi kerana permainan tersebut tidak
mendatangkan keuntungan. Orang yang berjudi telah
melakukan dosa di sisi Tuhan juga.
 

Anda mungkin juga menyukai