Anda di halaman 1dari 8

c

UCAPAN HARI ANUGERAH CEMERLANG


SEKOLAH

Yang Saya Hormati Pn.Pengacara Majlis,

Yang dihormati …………………………………………

Yang DiPertua Persatuan Ibubapa Dan Guru Sekolah


Kebangsan Pendidikan Khas Kuantan. Tuan-tuan dan
Puan-puan , Guru-guru rakan seperjuangan
seterusnya anak-anak yang dikasihin sekelian.

Assalamualaikum Warahmatullahitaala wabarakatuh.

Syukur Alhamdulillah / kita diberi kesempatan


untuk bersama pada pagi ini / untuk sama-sama
meraikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah
Pendidikan Khas Kuantan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati


sekelian,

Terlebih dahulu ingin saya sampaikan salam dari


Guru Besar,Pn.Hjh.Naemah / kerana tidak dapat
bersama kita pada hari ini./ Beliau sedang berkursus
di IAB (Genting Highland) selama 2 minggu.
Tuan-tuan dan puan-puan ,

Setiap penghujung tahun, majlis anugerah cemerlang


pasti menjelang / yang cemerlang akan membawa
pulang habuan setelah penat berjuang untuk
mencapai kecemerlangan. / Syabas kepada yang
berjaya./ cuba lagi kepada yang kurang memuaskan.

Pada hari ini jugalah / tuan-tuan dan puan-puan


ingin tahu sedikit sebanyak / program-program dan
laporan sekolah sepanjang tahun ini.

Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan ketahui /


sekolah ini telah menjalankan pelbagai program /
untuk memberi ilmu dan pendidikan / sebaik mungkin
kepada anak-anak di sekolah ini.
Selain daripada pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas / guru-guru mengadakan kelas tambahan
kepada murid-murid yang akan mengambil
peperiksaan UPSR /
Murid-murid tahun 4 & 5 pula akan diajar melalui
program mentor-mentee /Semua guru terlibat dalam
program ini. Kelas ini berjalan dari hari Isnin hingga
Khamis / dan di ikuti dengan aktiviti kokurikulum./
Pada sebelah malamnya pula / anak-anak yang
tinggal di asrama akan mengikuti program asrama /
yang juga merupakan program akademik / bagi
membantu pelajaran anak-anak ini.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan / pihak
sekolah juga telah menjemput / guru-guru pakar dari
sekolah arus perdana untuk memberi tip-tips dan
teknik-teknik terkini bagi membantu guru dan murid
kita.
Selain dari itu pihak Jabatan Pendidikan Khas juga
mengadakan berbagai program kecemerlangan
akademik di peringkat Jabatan sendiri / dalam
membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan
murid-murid pendidikan khas kita.

Dalam bidang kokurikulum pula / murid-murid kita


tidak ketinggalan dan sering mewakili negeri ke
peringkat Kebangsaan. Contohnya olahraga / tilawah
dan pertandingan bercerita. Semalam murid kita baru
saja pulang dari camping / yang dianjurkan oleh
Jabatan Pendidikan Khas sendiri.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

Sepanjang tahun 2007 ini beberapa kejayaan telah


sekolah perolehi / antaranya;
1: Berjaya mendapat Johan dalam

………………………………………………..

2. Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan


Servival Kids (peringkat negeri)
3. ………………………………………………….

Harapan kita agar/ program-program ini dapat


membantu anak-anak kita / ke arah pendidikan yang
lebih cemerlang.

Jika kita lihat pencapaian UPSR pada tahun


2005 ia itu dengan kelulusan 11.6% tetapi pada tahun
lepas / kita mendapat kelulusan 0% . Walaupun
begitu kita mencapai peningkatan yang baik dalam
mata pelajaran/ contohnya B.Inggeris sebanyak
………%
Dan matematik mencapai hingga 61%.
Yang menjadi penghalangnya adalah / pelajaran
penulisan yang memang kita tahu murid kita tidak
mempunyai bahasa./ Insyaalah pihak sekolah akan
cuba / mencari jalan dengan program-program yang
lebih strategic dengan bantuan tuan-tuan dan puan-
puan semasa anak-anak bersama tuan-puan.

Semoga pencapaian UPSR pada tahun ini mencapai


kejayaan seperti yang kita harapkan./ sama-samalah
kita berdoa.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati
sekelian,

Saya faham dan akur akan kekangan masa / dan


jarak tempat tinggal tuan-puan dengan sekolah /
tetapi saya juga guru-guru sekolah ini memohon agar
setiap kali tuan-puan berpeluang bertemu dengan
guru-guru / ambillah peluang dan kesempatan begini
untuk bertemu dengan guru / Bertanya kabar
mengenai pelajaran dan masalah anak-anak / supaya
kita lebih memahami dan dapat membantu mereka
terutama dalam pelajaran mereka.

Semoga tahun 2008 nanti akan memberi


kejayaan dan kecemerlangan yang berganda dengan
adanya bantuan dari pihak ibubapa semua.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan sekelian


pada tahun 2008 kita tidak ada calon UPSR / Ini
disebabkan murid tahun 5 sekarang yang mengikuti
PPSMI atau(ETeMs) akan berada di tahun 6 rendah
dan mereka hanya akan menduduki UPSR pada
tahun 2009 nanti.
Tuan-tuan sekelian:

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini /


untuk menyampaikan beberapa perkara / yang
penting perlua tuan-tuan dan puan-puan ambil
perhatian:
Pertama: Berkenaan yuran sekolah:

Sebagaimana yang telah diumumkan


bahawa yuran sekolah telah dimansuhkan / tetapi
bayaran-bayaran lain masih ada dan perlu dijelaskan.

Kedua: Berkenaan dengan pakaian sukan atau P.J/

Harap sangatlah jika seluar anak-anak ini telah koyak


atau dalam keadaan yang tidak boleh dipakai lagi /
Pihak sekolah mohon supaya dapat dibeli yang baru./
Tuan-tuan boleh beli di mana-mana kedai asalkan
seluar itu bewarna biru gelap dan baju t berkolar.

Satu perkara lagi ye/ tuan-tuan dan puan-puan /


sekiranya ada sumbangan baju atau seluar sukan
dari mana-mana ejensi pihak sekolah berharap agar
pakaian tersebut tidak disimpan di rumah / harap
dapat di tinggalkan di asrama. / kerana jika ada
sesuatu acara yang memerlukan anak-anak ini
keluar/ bolehlah dipakai seragam.
Tuan-tuan dan Puan-puan.

Perkara yang ketiga ialah / berkenaan dengan


pendaftaran murid asrama.

Pendaftaran murid asrama pada tahun 2008. Pihak


sekolah telah mengambil keputusan bahawa / murid
yang ingin mendaftar sebagai ahli asrama / tidak akan
dibenarkan berulang seperti tahun ini. Maksudnya/
ibubapa tidak boleh lagi mengambil anak pada waktu
petang / atau ambil anak pada hujung minggu.
Anak boleh diambil / mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh pihak asrama nanti.

Pihak sekolah akan merancang program-


program asrama dengan lebih kemas lagi pada tahun
hadapan dan murid-murid yang tinggal di asrama
akan dapat mengikuti program dengan lebih berkesan
dan teratur.

Semoga apa juga perancangan yang akan di


buat nanti / berjalan dengan sempurna dan di redhai
oleh Allah Subhanahuwataala. Hendaknya . Amin .

Dengan itu saya sudahi dengan wassalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh.