Anda di halaman 1dari 11

KONSEP PENDIDIKAN ISLAM

Konsep pendidikan Islam adalah berasaskan kepada keseimbangan dan interaksi natara
roh,akal dan jasad. Ia penting bagi menggunakan seluruh potensi fitrah manusia agar dapat
melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Perkembangan seluruh potensi
fitrah diri akan mewujudkan keseimbangan dalam diri manusia dan dalam realiti kehidupan
manusia. Konsep ini adalah berbeza dengan konsep pendidikan sekularisme yang memberi
perhatian terhadap aspek akal dan jasad semata-mata. Malahan falsafah pendidikannya lebih
menekankan suatu aspek tertentu sifat manusia yang diambil sebagai unut keseluruhannya,
mungkin ia hanya aspek sosial, kebendaan, individu, biologi atau psikologi. Justeru itu, ia
membentuk teori pendidikan yang tidak memberi perhatian kepada keesaan dan watak
komprehensif sifat manusia. Hal inilah yang menyebabkan berlakunya krisis nilai dalam
pendidikan sekular.

Konsep pendidikan Islam adalah melibatkan pendidikan sepanjang usia sebagaimana


Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda : “tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.
Puncak prosesnya ialah kesatuan pengetahuan dengan tindakan, tetapi jika berlaku pemisahan
antara kedua-duanya akan mewujudkan masakah kepada individu dan masyarakat. Selain itu,
pendidikan Islam memberikan kebebasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan bagi semua
lelaki dan perempuan tanpa mengira golongan, warna dan kekayaan. Setiap individu
menyumbangkan bahagiannya kapada aliran ilmu pengetahuan manusia yang semakin luas dan
maju. Akhir sekali, Islam melihat pendidikan sebagai proses sarwajagat yang mesti dibiarkan
mengalir tanpa sekatan oleh batasan geografi.

Konsep pengetahuan dalam pendidikan Islam adalah mengetahui segala sesuatu dengan
pengetahuan yang pasti kerana lebih tinggi darjatnya daripada sekadar mempunyai fikiran sahaja.
Fikiran hanyalah mengulangi sesuatu yang dihafal sehingga menjadikan tidak terlalu jelas, tidak
menyeluruh dan tidak tetap. Kadangkala fikiran tunduk pada kelemahan kemahuan manusia yang
boleh membawa ketidakbenaran. Prinsip ini dapat disimpulkan bahawa teori pengetahuan dalam
falsafah Islam berada di tengah-tengah mazhab realisme dan mazhab idealisme.
Semulia-mulia pengetahuan dalam Islam adalah pengetahuan yang mentauhidkan Allah
Ta’ala. Pengetahuan tersebut goleh dicapai sekiranya manusia menggunakan pengetahuan lain
serta mengaitkannya dengan akal dan perasaan. Punca-punca pengetahuan adalah hasil daripada
deria, pengalaman, akal, intuisi, ilham dan wahyu. Dr. Said Ismail Ali berpendapat, terdapat
enam punca pendidikan Islam iaitu Al-quran,hadith, sahabat-sahabat Rasulallah S.A.W,
permasalahan sosial, adapt istiadat dan etika masyarakat ( sejarah ), dan pemikir-pemikir Islam.
Semua pengetahuan dalam Islam boleh didasarkan pada tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah.
Ini bermaksud bahawa Islam menghormati segala punca yang membawa kepada pengetahuan
untuk memenuhi fungsinnya dalam pendidikan. Asma Hasan Fahmi telah membuat ulasan
tentang fungsi ilmu dalam Pendidikan Islam nerdasarkan Al-Quran dan beberapa ahli falsafah
pendidikan seperti Ibn Khaldun, Imam Al-Ghazali, Plato dan golongan Ikhwanusafa. Beliau
merumuskan bahawa fungsi pendidikan bukan sahaja untuk melaksanakan tujuan pendidikan,
tetapi yang lebih penting ialah pelaksanaan ilmu pengetahuan secara praktikal. Islam juga
memandang tinggi dan menghormati orang yang berilmu sebagaimana firman Allah Ta’ala yang
bermaksud “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang berilmu
beberapa darjat.”

Konsep pengetahuan dalam Islam tersebut berbeza dengan pendekatan sekularisme.


Pendidikan secular hanya mendewa-dewakan soal keduniaan saja dan mengenepikan sama sekali
soal yang berkaitan dengan agama. Jika ada pun pengetahuan agama hanya dihuraikan mengikut
cara yang sama dengan pengetahuan bukan agama. Pendekatan ilmunya boleh dikatakan bersifat
skeptikal iaitu mempersoalkan kebenaran sesuatu terhadap pengetahuan dan menegaskan aspek
rasional manusia sahaja. Oleh itu, masyarakat yang ingin dilahirkan melalui pendidikan sekular
adalah bersifat pragmatisme.

Pada hakikatnya, Isalam tidak dapat menerima konsep pengetahuan dalam pendidikan
sekular kerana menyalahi daripada sifat semulajadi manusia. Semua kandungan yang terdapat
dalan pendidikan Islam adalah untuk membentuk masyarakat yang sempurna dengan
mengabdikan diri kepada Allah. Hal inilah yang hendak diserapkan dan disampaikan di semua
institusi pendidikan islam samada berbentuk formal atau tidak formal.
TUJUAN DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Matlamat boleh diertikan sebagai tujuan atau objektif terhadap sesuatu perkara yang

ingin dicapai. Ia merupakan satu ahdaf dalam pendidikan Islam. Ini kerana, sesuatu system yang

akan dilaksanakan itu mesti memenuhi matlamat yang telah dirancang. Perancangan yang

disusun perlu ada matlamat untuk mencapainya.

Matlamat pendidikan dalam Islam juga membawa mafhum sebagai "suatu hasil" atau

“dapatan” yang dikehendaki pada akhir sesuatu program yang direncanakan. Sebelum sesuatu

dasar atau sistem itu dikendalikan, hala tuju (matlamat) perlu difikrkan supaya destinasi yang

ingin dituju sampai pada arahnya.

Dr. Abdul Halim (1988) telah menyenaraikan matlamat pendidikan Islam dengan

mengungkapkan pendapat daripada beberapa tokoh pendidikan timur seperti berikut :

1. Prof. Saleh Abdul Aziz dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid (1968)

-Tujuan pendidikan Islam adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan

mengusahakan penghidupannya.

2. Prof. Dr. Muhammad Naquib Al-Attas (1979)

-The aim of education in Islam is to produce a good man

(matlamat pendidikan Islam ialah untuk melahirkan manusia yang baik iaitu insan

kamil yang memiliki keperibadian yang universal).

3. Ali Khalil Abul Ainain (1980)


-tujuan pendidikan Islam ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam

erti yang luas merangkumi pelaksanaan syiar agama dan di seluruh aktiviti

kehidupan dan berusaha pula untuk menegakkan syariat Allah sesuai dengan

fungsi sebagai khalifah Allah di muka bumi.

4. Ahmad Saleh Jamjaan dalam Naquib Al-Attas (1984)

-matlamat pendidikan Islam ialah untuk memperbaiki hidup seseorang itu di dunia

menggikut tujuan hukum syariat. Ini kerana Islam itu sendiri bertujuan untuk

menuju kepada kesempurnaan hidup.

Sementara itu, tujuan pendidikan Islam adalah untuk mencapai matlamat yang lebih luas

serta syumul bukan sekadar menyediakan warga yang baik sahaja tetapi mencakupi pembinaan

insan yang sempurna dari segi ibadah dan keduniaannya. Secara umumnya dapat dikatakan

bahawa insan yang soleh yang hendak dibentuk melalui pendidikan Islam ialah yang dapat

memenuhi segala keperluan tugasnya di muka bumi sebagai khalifah Allah, iaiyu tugas yang

mencakupi dua aspek iaitu :

Pertama : mengatur kehidupan di dunia sesuai dengan iradat dan petunjuk Allahmelalui

pengetahuan tentang ilmu naqli. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Kemudian jika datang petunjuk – Ku kepadamu maka barang siapa yang mengikut - Ku

nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.
Kedua : Mengambil manfaat daripada apa yang dipertaruhkan Allah dalam alam bumi ini

melalui pengetahuan ilmu naqli. Segala apa yang dijadikan oleh Allah di dunia ini untuk

kepentingan manusia. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dialah

berkehendak (menciptakan) langit, lain dijadikannya tujuh lapis langit. Dan Dia

mengetahui segala sesuatu.

Manakala, menurut Nik Aziz (1986) pula, mengikut Islam tujuan akhir pendidikan ialah

membentuk insan yang bersih kognitif, bersih personalitinya, bersih corak hidupnya, bersih

emosinya, suci budi pekertinya dan murni pergaulan sosialnya daripada sebarang unsure yang

lain daripada landasan Illahi yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis. Pendidikan mesti

berasaskan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T secara sepenuhnya dalam semua urusan hidup

dan bukan mengabdikan diri kepada hawa nafsu atau sesama manusia.

Al-Jundi (1975) pula menyatakan bahawa Islam memahami pendidikan sebagai satu

persediaan roh dan jiwa seseorang untuk menerima pelajaran dan pengetahuan melalui cara yang

dirancang. Oleh itu, tujuan pendidikan Islam yang lebih luas dan syumul menjadikan

warganegara yang baik untuk melahirkan insan soleh, yang tidak mengenal batas masa, negeri

dan bangsa malah menuju kepada Allah dan alam akhirat.

Pelbagai pendapat mengenai tujuan pendidikan Islam yang dikemukakan oleh pakar-

pakar pendidiakn moden, bahkan para pemikir Islam zaman silam seperti Ibn Khaldun, Al-
Ghazali, Al-Farabi dan lain-lain. Walaupun kelihatan berbeza tetapi pada hakikatnya pendapat-

pendapat tersebut tidak bertentangan antara satu sama lain kerana masih berlandaskan kepada

Al-Quran dan Hadis. Perbezaan barangkali terletak dari segi penekanan tujuan mengikut

kecenderungan dan personality seseorang pakar pendidikan, di samping aspek formal dan tidak

formal dalam pendidikan. Walau bagaimanapun, tujuan sebagai alat untuk menentukan haluan

untuk pendidikan Islam dapat dirumuskan melalui tiga peringkat mengikut kepentingan iaitu

tujuan akhir, tujuan am, dan tujuan khas.

Tujuan akhir pendidikan Islam ialah perwujudan diri(sempurna kendiri) iaitu berusaha

meningkatkan jiwa atau roh supaya sampai ke alam malakutagar ia dapat berhubung dengan

Penciptanya iaitu Allah Ta’ala. Tujuan perwujudan diri ialah untuk perkembangan menyeluruh

personality manusia dalam aspek-aspek rohaniah, psikologikal, intelektual dan jasmaniah.

Pelaksanaan tujuan akhir tidak terhad kepada institusi-institusi khas seperti sekolah, pondok dan

masjid, tetapi juga dilaksanakan di semua institusi masyarakat seperti akhbar, radio,

perpustakaan dan sebagainya. Ini akan mengimbangi kehidupan di dunia dan di akhirat.

Tujuan am telah dikemukan oleh para penyelidik untuk menentukannya dengan

disesuaikan mengikut fahaman daripada nas-nas Al-Quran dan hadis, dan daripada sejarah

pemikiran dan pendidikan Islam. Antara penyelidik yang membuat kesimpulan tujuan am ialah

Al-Abrashi, Nahlawi, Al-Jammali dan beberapa penyelidik moden dalam bidang pendidikan.

Melalui penyelidikan mereka, dapat disimpulkan lima tujuan pendidikan Islam iaitu :
1) Untuk mendapat keredhaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan seksaan-Nya serta

mengabdikan diri tulus kepada-Nya. Tujuan ini dianggap sebagai induk daripada semua

tujuan pendidikan Islam.

2) Untuk membentuk akhlak yang mulia. Pendidikan akhlak ini adalah intipati pendidikan

Islam dan menjadi tujuan sebenar pendidikan.

3) Mempekenalkan kepada manusia tentang hubungan sosial dan tanggungjawab dalam

rangka suatu sistem sosial.

4) Meningkatkan semangat ilmiah dan memperlengkapkan ilmu pengetahuan dalam

pelbagai bidang supaya dapat menguasai kerjaya hidup.

5) Persiapan untuk kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat.

Maksud tujuan khas ialah perubahan-perubahan yang diingini melalui proses pendidikan

seperti gabungan pengetahuan, kemahiran, pola-pola tingakhlaku, sikap, nilai-nilai dan kebiasaan

yang terkandung dalam tujuan akhir dan tujuan am pendidikan. Tujuan khas penting yang perlu

disempurnakan terlebih dahulu bagi melaksanakan tujuan akhir dan tujuan am. Pelaksanaan ini

boleh dilakukan di dalam kelas atau dalam konteks persekolahan.


ASAS-ASAS PENDIDIKAN ISLAM

Asas pendidikan berteraskan kepada akidah,akhlak, ibadah dan tasryik

 AKIDAH

Pendidikan Islam dibina berteraskan akidah Islam iaitu menanamkan kepercayaan

tentang wujudnya Allah, menyata dan menjelaskan tentang rukun iman yang menjadi teras

akidah yang sahih kepada muslimin.

Muhammad Baisar (1973) menyatakan bahaea akidah sahih ialah akidah yang

berteraskan sumber wahyu as-samawi yang datang dari Allah samada tentang iktikad,

perundangan atau akhlak. Akidah inilah yang menyelamat manusia dari kesesatan,member

petunjuk dan mengeluarkan manusia dari kegelapan.

Al-Baaz (1986) menyatakan bahawa akidah adalah semua perbuatan dan perkataan

muslimin yang menepati dalil syarak. Ia diterima oleh Allah dan merupakan kemuncak asas

pegangan hidup muslimin

Pendidikan islam yang berteraskan akidah islam akan melahirkan individu yang

dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan, antara hak dan batil. Mereka membuat

pilihan berpandukan akal yang berlandaskan ilmu. Mereka juga dapat mengharungi dan

menepis segala cabaran.


 IBADAT

Ibadat ialah tujuan utama dalam hidup umat islam. Mengabdikan diri kepada

Allah dan hanya kepada Allah melalui pengaturan segala aspek kehidupan iaitu aspek

rohani dan jasmani, zahir dan batin mengikut kehendak Allah sebagai hambanya atau

hubungan sesame manusia sebaga anggota masyarakat. Oleh yang demikian, dapat

disimpulkan bahawa ibadat merupakan asas yang terpenting dalam mencapai tijuan hidup

ini, tidak kira samada ibadat umum atau khusus.

Mohammad Kamal Hassan (1985) manusia mengikut akidah tauhid yang dijadikan

Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam satu rangka pengabdian yang unik.

Al-Quran dan As-Sunnah menegaskan bahawa ibadat yang dilakukan

berteraskan keikhlasan niat yang jitu tanpa mengharap pemmbalasan baik atau

menghindarkan pembalasan buruk. Asas ibadat dalam pendidikan islam adalah kombinasi

antara rukun iman dan rukun islam . tujuan utamanya ialah untuk membentuk

keperibadian manusia dan keperibadian itu dibina atas taqwa kepada Allah

Taqwa ialah menjaga hubungan dengan Allah sebaiknya bengan melaksanakan

segala kaedah yang ditentukan oleh Allah. Dalam taqwa pula iman yang akan melahirkan

individu yang beramal soleh, berkeperibadian yang lengkap dan terdidik dari segi

kerohanian, akal, dan fizikalnya.


 TASRYIK

Aliah Othman (1986) menyatakan tasryik ialah undang-undang. Undang-undang

pula ialah hukum-hukum untuk mengatur hubungan sesame manusia. Islam telah

mengatur hukum-hukum bagi mereka yang melanggar undang-undang tersebut, samada

hukuman yang bersifat sivil iaitu hukuman ke atas harta penjenayah atau hukuman balas

balik ke atas perbuatan yang dilakukan

Assyahid Hassan Al-Banna menyatakan bahawa undang-undang islam ialah

syumul islam merupakan suatu risalah yang berkembang luas ke seluruh pelusuk

duniadan ajarannya merangkumi dunia dan akhirat

Syariat islam yang syumul ini diasaskan kepada rukun iman yang lima . oleh itu

manusia perlu menjalani kehidupan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Allah.

Garis panduan itulah syariat.

Mohammad Kamal Hassan (1985) menyatakan bahawa jiak syariat islam dipatuhi

maka kehidupan manusia akan aman dan bahagia dunia dan akhirat. Ia mengatur semua

aspek kehidupan untuk menjamin kedamaian dalam hubungan dengan Allah atau sesame

manusia.

Pelaksanaan syariat islam dalam kehidupan akan melahirkan individu yang

berakhlak mulia dan dapat memenuhi pelbagai etika dalam kehidupan. Syariat islam itu

adalah dari Allah. Kandungannya tidak terhad kepada ibadat semata-mata tetapi

merangkumi semua aspek kehidupan sepanjang zaman.


 AKHLAK

Miqdad Yakhin menyatakan akhlak ialah prinsip-prinsip atau dasar-dasar atau

kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk merealisasikan etika dalam perlakuan dan

membatasi bentuk hubungan dengan orang lain untuk mencapai matlamat kewujudan

dunia dengan sempurna

Mohd Jawad Ridha (1972) menghuraikan akhlak dlam konteks akhlak dalam ilmu

berdasarkan pendapat Profesor Dr Omar Al-Toumy Asyaibani yang menyatakan bahawa

ilmu akhlak merungkai sifat perbauatan akhlak, mengkaji kebaikan dan keburukan,

tanggungjawab, kebahagiaan, hati nurani manusi, penilaian akhlak, motf kelakuan, asas

teori keyakinan akhlak serta kaedah atau prinsi umum yang menjadi landasan kelakuan

manusia.

Akhlak dalam pendidikan islam bermatlamat untuk melahirkan insan yang

berkeperibadiian tinggi dan bermaruah sesuai keperibadian islam. Al-Qardawi

menegaskan bahawa antara aspek pendidikan yang penting di sisi ikhwan al-muslimin

ialah aspek akhlak. Pendidikan akhlak merupakan agen yang mampu mengubah

kehidupan masyarakat

Oleh itu, Imam Assyahid Hassan Al-Banna menamakan pendidikan akhlak

sebagai asas yang boleh menentukan perkembangan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai