Anda di halaman 1dari 10

FLORA

FLORA DAN
DAN FAUNA
FAUNA
• Lebih kurang 70% daripada Malaysia adalah dalam
zon hijau. Malaysia adalah sebuah negara yang
begitu mengambil berat tentang persekitaran dan
alam semulajadinya. Ini membuatkan Flora dan
Fauna tumbuh sumbur dialam persekitaran
Malaysia. Kini Malaysia telah meningkatkan lagi
penjagaan mereka tentang pencemaran dan kualiti
alam sekitarnya untuk memastikan alam
semulajadinya yang tulen dan alam sekitarnya yang
bersih tidak dimusnahkan.
• Tempat yang terkenal dengan Flora dan Faunanya di Malaysia
adalah seperti Taman Negara dimana kecantikan Flora dan
keindahan Fauna boleh didapati di sini, hutan simpan Endau
rompin dimana hutan hujan tropika tumbuh subur di sini,
hutan tropika Sepilok Sabah yang terkenal di dunia dengan
spesies Orang Utan, Hutan Tropika Sarawak, Cameron
Highland pula terkenal dengan keindahan bunga-bungaan,
buah-buahan, sayur- sayuran dan ladang teh, Rantau Abang
yang terkenal dengan tempat penyu bertelur, Pulau Sibu,
Pulau Rawa, Pulau Tioman dan pulau Langkawi yang mana
keindahan dan ketulenan batu karangnya dijaga rapi.
• DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio)
keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di
sesuatu daerah atau pada sesuatu masa.
Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang
yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan
pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang
lenyap, binasa semuanya, punah.
• Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar
atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan.
Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di
semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh –
tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya
ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia ,
115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak
telah disenaraikan.
Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora
dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti
sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air.
• Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini
kita lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilapurkan
hampir pupus, faktor ini mungkin disebebkan oleh keadaan
bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan
alam. Hidupan seperti penyu dilautan juga kian terancam,
menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang,
Terengganu melalui kajian mereka menunjukan bahawa pada
tahun 1986 terdapat 5665 ekor penyu mentarut tetapi pada
tahun 1994 hanya tingga 2247 ekor sahaja. Ini jelas
menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika
tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang
tidak lagi mengenali speisi penyu ini
• Malaysia merupakan salah sebuah daripada dua belas negara
di dunia yang dikenali sebagai pusat megadiversiti flora dan
fauna berdasarkan kekayaan dan kepelbagaian sumber asli.
Flora dan fauna memberikan sumbangan yang besar terhadap
nilai kepelbagaian yang tinggi ini. Kepelbagaian tumbuhan di
negara ini adalah dianggarkan sebanyak 15,000 spesies
tumbuhan bervaskular peringkat tinggi.  Bagi kepelbagaian
hidupan liar pula, Malaysia mempunyai kira-kira 286 spesies
mamalia, lebih daripada 150,000 spesies invertebrata, 1,000
spesies kupu-kupu (butterflies) dan 12,000 spesies rama-
rama (moths) dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut
(marine fishes).
• Selain dari tumbuhan bervaskular peringkat tinggi, kesemua
bilangan ini hanya merupakan anggaran kasar sahaja kerana
sehingga kini masih tiada maklumat terperinci bagi sebilangan
besar spesies yang terdapat di Malaysia. Kumpulan flora yang amat
kekurangan maklumat tentang kepelbagaiannya adalah tumbuhan
peringkat rendah seperti kulat, briofit, liken dan alga. Bagi
kumpulan fauna pula, julat kepelbagaian serangga dan herpetofauna
adalah tidak diketahui. Sebahagian besar daripada maklumat yang
ada sehingga kini adalah tertumpu kepada Semenanjung Malaysia;
untuk Sabah dan Sarawak maklumat tumbuhan terkini hanya boleh
didapati daripada projek ‘Tree Flora of Sabah and Sarawak’
sementara untuk kumpulan fauna seperti serangga dan
herpetofauna ia terhad kepada sub-kumpulan tertentu sahaja dan
maklumat ini adalah bertaburan
• TAMAT
• Disediakan oleh
• Najiy (4 gigih)
• Ezzat(4 gigih)
• Daniel(4 gigih)
• Izzat(4 gigih)
• Haziq(4 gigih)