Anda di halaman 1dari 14

“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

“Kata-kata hikmah penawar bagi hati”


(Edisi Kedua)

Oleh
Azam Ahmad

Copyright 1
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

ISI KANDUNGAN

Pendahuluan………………………………………………………..3
Himpunan kata-kata hikmah penawar bagi duka…………………4
Kesimpulan………………………………………………………..13
Website…………………………………………………………….14

Copyright 2
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Pendahuluan

snail_ori@yahoo.com
www.azamahmad.ws
www.domainanda.ws

Salam sejahtera,
Syukur ke hadrat Illahi dan terima kasih juga diucapkan pada rakan-rakan yang
sentiasa memberi dorongan dan nasihat yang berguna, maka terhasillah sebuah
ebook kedua yang tidak seberapa ini.

Harapan saya dengan terhasilnya ebook ini dapatlah membantu sedikit sebanyak
kepada mereka yang memerlukan.

Ebook ini adalah percuma dan anda dibenarkan untuk mencetak serta menyebarkan
kepada rakan-rakan yang lain, sebarang pengubahsuaian yang membawa kepada
makna lain adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak saya tidak akan
bertanggungjawab jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Harap
maklum.

Copyright 3
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Himpunan kata-kata hikmah penawar bagi duka

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.


( William J. Siegel)

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian
berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan
bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang
yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat
yang baik.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka
hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam
hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang
menumpahkan darah.

Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci.
Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-
undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia
tetap mempunyai sejuta makna

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar
dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya.
Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang
mengatakannya dengan sepenuh hati.

Copyright 4
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu
membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab

Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya.


Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas
kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan
adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk
memberi cita-cita itu bertumbuh.

Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka (Charles Cahier).

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula


bercakap kosong

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke
sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri (Said
Mustafa).

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang
dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka


nasihat dengan perbuatanmu.

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.


Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang
nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

Copyright 5
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.


Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu ( Peribahasa Cina ).

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah
dan bukan cuba untuk menyelesaikannya

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah
AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling
manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang
pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah
orang itu (Whittier).

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai
dengan keberanian.

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut,


tetapi mampu melantun kembali.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya


sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan
itulah anda.

Copyright 6
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan
jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya


kebijaksanaan atau kemahiran ( Flower A. Newhouse).

Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-
lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

Tawadhu’ ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia
menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina
di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.


Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi
diiringi dengan riak.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Seburuk-buruk buta adalah buta hati.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam
kaki.

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.

Copyright 7
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya
usia (Richard Brinsley Sheridan).

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan


satu kesalahan lagi (Confucius).

Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah
tua seperti menulis di air.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.


Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang
jika ianya digunakan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.


Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir
itu (Pepatah Arab ).

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah (Lao Tze).

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula
anda menambah dukanya.

Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.

Copyright 8
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu


sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan


hatimu serendah mutiara di lautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti
ia melihat.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi
hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan
sepotong pesanan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman
anda.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk
menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah
menyembah Tuhannya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah ,menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu
muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu

Copyright 9
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

akan menjadikannya muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana


beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang (Samuel Johnson).

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih


baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam
hati...

Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.

Kekecewaan mengajar kita arti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun


terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup

Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.

Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik,
kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai
hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat
mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama
pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan
selalu bersinar buat selamanya.

Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan
itulah yang kita rasai saat ini.

Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang
lainnya.

Copyright 10
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari
tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara

Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.


Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari
esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh


menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu
dgn baik berlandaskan kenyataan.

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.


(Marcus Aurelius)

Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.

Orang yang berkhianat selalu terhina.

Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain
tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya (Emerson).

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang,
melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah
mengukur dalamnya (Stahl P.J).

Copyright 11
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan
semalam tidak dijadikan teladan.

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit
pun.

Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus
menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan
muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan
begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti
dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat,
yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.

Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita
ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa
terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan.
Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

Copyright 12
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat saya rumuskan disini adalah dari pandangan saya sahaja.

Setiap insan dilahirkan dengan dengan tujuan yang sama, yang membeza-bezakan
kita ialah sikap kita sendiri. Sikap ialah yang menzahirkan akhlak...

Dalam kehidupan yang penuh beronak duri ini kita mesti tabah menghadapi
pelbagai dugaan. Orang-orang yang berjaya selalu dapat mengatasi dugaan dengan
mengatakan bahwa dugaan itulah penentu kejayaan mereka.

Belajar dari kesilapan, belajar dari pengalaman adalah guru terbaik...

Copyright 13
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi
“Kata-kata hikmah penawar bagi hati” (Edisi Kedua)

Panduan membina website percuma


http://www.domainanda.ws/AutoMLMAnda.html

Program affiliate
http://www.azamahmad.ws

snail_ori@yahoo.com
www.azamahmad.ws
www.domainanda.ws

p/s : Dapatkan tips bagaimana untuk membina perniagaan secara online dengan
percuma di http://www.domainanda.ws/index2.html

Copyright 14
Himpunan sebagai rujukan oleh Anna Abadi