Anda di halaman 1dari 3

7.

PENTADBIRAN ORGANISASI DALAM PENGURUSAN KEMENTERIAN


KESIHATAN MALAYSIA
a. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam bidang:
i. Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
ii.Misi Kementerian Kesihatan Malaysia.
iii.Fungsi asas Bahagian dan Jabatan di Kementerian Kesihatan
Malaysia.
iv.Struktur Organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

RANGKA NOTA :
VISI
Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan
masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu
disedia dan diperolehi berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan
persekitaran.
Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada
kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan
masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.

MISI
Misi Kementerian Kesihatan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat
untuk kesihatan bagi meransang dan memudahkan rakyat untuk :-
• Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka
• Menghargai kesihatan sebagai aset bernilai
• Mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan
bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu
PIAGAM PELANGGAN
Teras piagam
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN


a. Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya
daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama
atau taraf sosial-ekonomi.
1 | Page
b. Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan
akan diberi perkhidmatan dengan segera.
2. TARAF PERKHIDMATAN
a. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa,
hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
b. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara
profesional.
c. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran
yang bersih dan sempurna.
3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN
a. Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai
perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
b. Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang
diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut
peraturan yang ditetapkan.
4. PENDIDIKAN KESIHATAN
a. Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek
penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan
berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
1. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
2. Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup
yang sihat dan
3. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara
bertanggungjawab.

Struktur organisasi kementerian Kesihatan Malaysia

2 | Page
3 | Page

Anda mungkin juga menyukai