Anda di halaman 1dari 7

Zikir 

Munajat
Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangka
menghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikian  pada dasarnya mendatangkan
banyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telah
dirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini.

Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secara
istiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetangga
dan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab
dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidak terjebak dalam
aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapat menjadi sumber
keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam
dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.

*(Boleh di zikir sebanyak mana yang mampu)

—————————————————————

ZIKIR 1

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain
melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba
bertaubat kepada Engkau ya Allah.

ZIKIR 2

Ertinya: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang
menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala
pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atas
segalanya.
ZIKIR 3

Erti: Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka

ZIKIR 4

Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, dan kepada Engkaulah
jua kembalinya kesejahteraan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan
kesejahteraan dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. Maka berkat Engkau
ya Allah, Tuhan kami dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan yang memiliki Kehebatan dan
Kemuliaan.

ZIKIR 5

Ertinya: Hamba meminta perlindungan dari-Mu ya Allah, dari syaitan yang kena rejam

ZIKIR 6

Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap pujian untuk
Tuhan Pemimpin alam semesta. Yang Pemurah dan Penyayang. Yang Memiliki- Memerintah
hari akhirat. Hanya Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
Pimpinlah kami ke jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada
mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.

ZIKIR 7

Erti: Maha Suci Allah dan Pujian itu bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. Dialah
Allah Tuhan Yang Maha Besar – (33 kali)

ZIKIR 8

Erti: Allah- Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah- Allah ya Allah- Allah ya Allah, Allah-
Allah-Allah- ya Allah, Allah-Allah-Allah ya Allah, Allah ya Allah-Allah ya Allah-Allah ya Allah.

ZIKIR 9

Erti: Maha Suci Tuhan (Allah). Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrah kekuasaan-Nya, Dialah
Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arasy, dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di
atas Arasy langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya semua wajah-wajah
sujud dan tunduk kepada-Nya.

ZIKIR 10
 

Erti: Cukuplah perhitunganku dengan Tuhanku yang Maha Mulia. Tiada sesuatu yang lain di
hatiku selain daripada Allah, nur Muhammad s.a.w. - (5 kali)

ZIKIR 11

Erti: Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah – (10 kali)

ZIKIR 12

Erti: Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki. Tuhan yang hak. Tuhan yang benar
(nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai – (5 kali)

ZIKIR 13

Erti: Hamba memohon keampunan kepada-Mu ya Allah, sesungguhnya Engkau yg Allah Maha
Penerima Taubat – (10 kali)

ZIKIR 14

 
Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah - (3 kali). Muhammad Pesuruh Allah – (3kali).

ZIKIR 15

Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah – (3 kali)

ZIKIR 16

Erti: Ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allah yang Maha Pelembut – (8 kali)

ZIKIR 17

Erti: Wahai Tuhan yang Maha Pembuka. Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui – (3 kali)

ZIKIR 18

Erti: Ya Allah – (8 kali)

ZIKIR 19
 

Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah –
(3 kali). Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang pernah kami lakukan – (3
kali).

ZIKIR 20

Erti: Kami memohon taubat kepada-Mu ya Allah – (3 kali). Kami kembali kepada-Mu ya Allah –
(3 kali). Kami menyesal ya Allah – (3 kali).

ZIKIR 21

Erti: Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah – (3 kali).

ZIKIR 22

Erti: Ya Allah. Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan. Matikan kami ya Allah
atas agama Islam – (3 kali)

ZIKIR 23
 

Erti: Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya dan penghulu
rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami
dan tuan kami Nabi Muhammad. Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan
sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuangnya.

ZIKIR 24

Erti: Telah pun muncullah bulan purnama atas kami. Dengan puji-pujian (sanjungan) kami
mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan. Seruan Allah kami serukan.

 ZIKIR 25 (terakhir)

Erti: Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya berserta salam – (2 kali)

Anda mungkin juga menyukai