Anda di halaman 1dari 30

Folio Pendidikan Jasmani

Kesihatan

Kemahiran dalam Sukan dan


Rekreasi

Nama : Yasmin bt. Zahir Hussain

Tingkatan : 4Syukur

Nama Guru : Pn. Haliza


2.1 Permainan Hoki
Pemegang

Faktor penting kepada kualiti permainan yang baik adalah


dengan menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam permainan
hoki. Kayu Hoki

Kemahiran-kemahiran tersebut adalah :


Shaft
1. memukul
2. menolak
3. menyerkap
4. menggelecek
5. menguis
6. mencedok
7. menjaga gol Kepala Kayu

- diperbuat daripada
Terdapat 3 kategori kayu hoki yang selalu digunakan kayu ash atau
mulberry yang
• ringan memepunyai
INFO SUKAN
permukaan yang rata
• sederhana Permaina hoki mula diperkenalkan
pada sebelah kiri.
• berat secara demonstrasi di Sukan Olimpik
tahun 1900, tetapi ia mula
dipertandingkan pada Sukan Olimpik
tahun 1928 hinggalah sekarang.

2.2 Asas Permainan


1. Setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain termasuk seorang penjaga
gol.
2. Permaina system yang popular di Malaysia ialah pyramid.
- 5 forward
- 3 hafbek
- 2 bek
- 1 penjaga gol
3. Terdapat juga system 3-3-3-1 dan 4-4-2.
4. Pemian hanya dibenarkan menggunakan kayu hoki untuk memainkan bola.
Hanya penjaga gol dibenarkan menggunakan tangan, kaki, dn anggota badan
untuk mengawal gol selagi ia berada di kawasan D.
5. Perlawana rasmi berlangsung selama 35 minit untuk separuh masa pertama
dan pemain diberi masa berehat selama 10 minit dan permainan disambung
lagi selama 35 minit untuk separuh masa kedua.

2.1.2 Kemahiran Menolak


1. Kemahiran ini digunakan untuk :
- hantaran
- clearance
- menjaring gol.
2. Kemahiran menolak digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut
penalti.
Teknik Menolak......
1. Berdiri dalam keadaan bersedia.
2. Pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian pemegang dan tangan kanan di
bahagian tengah kayu, mengikut keselesan.
3. Bola berada di hadapan badan di antara kaki kiri dengan kaki kanan.
4. Rapatkan permukan kayu supaya berada di belakang bola. Kayu hoki dipegeng
bersusut 45° dengan permukaan padang.
5. Gunakan kekuatan tangan kanan untuk menolak bola dan tangan kiri untuk
menekan kayu ke belakang untuk memberi kuasa tolakan.
6. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke hadapan.
7. Siku kana diluruskan dan kayu dihalakan ke arah sasaran .
8. Ikut ajak. Kesilapan Biasa ketika menahan
bola.

 Kuramg memberi tumpuan


pada bola.
 Permukaan kayu tidak
menghadap bola.
 Kayu hoki terlalu tegak dan
tidak condong ke arah bola.
 Kayu tidak menyerap daya
kelajuan bola.
 Menahan bola dengan
mengunjurkan kayu hoki ke
hadapan dan pemain tidak
melakukan pergerakan.
2.1.3 Kemahiran Menahan atau Menyerkap Bola

1. Kemahiran tersebut bermakna mengawal dengan memberhentikan bola yang


bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan.
2. Terdapat 3 teknik menahan atau menyerkap bola :
Teknik menahan bola dari arah hadapan
- Mata sentiasa memandang bola yang datang.
- Pegang kayu dengan tangan kiri sementara tangan kanan di tengah kayu
bagi membantu pergerakan tangan kiri.
- Muka kayu menghadap arah bola yang datng. Kayu dicondongkan ke
hadapan sedikit ketika menahan untuk mengelakkkan bola daripada
melantun ke atas.
- Bergerak ke hadapan untuk memudahkan menahan atau menyerkap bola
apabila perlu. Serap daya semasa bola menyentuh kayu.
Teknik menahan bola di sebelah kanan
- Mata memandang bola yang datang dari arah kita.
- Pegangan kayu berjarak seperti dari arah hadapan .
- Dalam keadaan diri sedia.
- Badan dibongkokkan dan berpusing ke kanan untuk bergerak ke arah
bola datang. Bahu kiri menghadap bola dan lutut dibengkokkan sedikit.
- Kayu hoki digerakkan ke arh bola untuk menahan bola. Kepala kayu
berada di atas tanah di sebelah kaki kanan. Apabila bola menyentuh
kayu hoki, tukar posisi untuk tindakan selanjutnya.
Teknik menahan bola kilas kayu
- Mata memandang bola yang datang ke arah kita.
- Pegang kayu seperti teknik menahan bola dari arah hadapan.
- Dalam keadaan diri sedia.
- Badan dibengkokkan ke kiri dan kilas kayu untuk menahan bola.
2.1.4 Kemahiran Memukul

1. Kemahiran ini penting dalam permainan hoki karana melalui kamahiran ini
bola boleh dihantar dengan cepat dan jauh kepada raka sepasukan.
2. Pukulan yang tepat ke sasaran melancarkan pergerakan serangan ketika
bermain.

Teknik memukul
 Berdiri dalam keadaan sedia.
 Pegang kayu di bahagian atas dengan kedua-dua tangan dirapatkan.
Tangan kanan berada di sebelah bawah tangan kiri.
 Berdiri mengiring dengan bahagian bahu kiri mengarak ke sasaran
bola, sambil badan dalam keadaan seimbang. Buka kaki seluas bahu.
 Ayun kayu ke belakang, kontak dan ikut lajak.
2.1.5 Kemahiran Menguis

1. Kemahiran ini membolehkan bola dihantar melalui udara.


2. Ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol.

Teknik Menguis
 Berdiri dalam keadaan sedia dengan bahu menghadap ke arah sasaran.
Cara pegangan kayu lebih kurangsama dengan pegangan menolak.
 Jarsk kaki dilebarkan sedikit daripada keluasan bahu. Bengkokkan
lutut dan rendahkan badan. Bola berada dekat di kaki kiri.
 Condongkan kayu dengan permukaannya menghadap ke atas.
 Kuis bola dengan berat badan dipindahkan daripada kaki kanan ke
kaki kiri. Ikut lajak.

2.1.6 Kemahiran Mencedok

1. Kemahiran ini hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecondongan
permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh.
2. Kegunaanya adalah untuk menghantar bola lebih jauh melalui udara.
3. Mencedok boleh dilakukan dengan 2 cara:

Teknik mencedok lurus


 Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis.
 Pastikan kedudukan bola dan badan seperti lakukan menguis.
 Condongkan kayu lebih daripada lakukan menguis untuk mendapatkan
cedokan yang lebih tinggi.
2.1.7 Kemahiran Menggelecek

1. Menggelecek ialah caramengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk


melepaskan diri dengan bola daripada kawalan pihak lawan .
2. Terdapat 3 kemahiran menggelecek :
 Kelecek longgar
 Kelecek rapat
 Kelecek cara ‘india’.

Teknik menggelecek
 Bola sentiasa di hadapan pemain.
 Tangan kiri dicekak kemas di bahagian pemegang kayu manakala
tangan kanan di bahagina temgah kayu.

Kelecek longgar
- Digunakan apabila pemain hendak mengerakkan bola dengan cepat dan
pihak lawan berada jauh dari bola.

Kelecek rapat
- Perlu apabila seorang pemain hendak mengawl bola dengan rapi. Teknik ini
digunakan jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk
menghantar bola kepada rakan.
Kelecek India
- Kelecek ini adalah asas bagi semua gerakan dengan bola dalam permainan
hoki.Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di
hadapan badan dengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti
menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan
kayu menakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk
mengerakkan bola.

2.1.8 Kemahiran Menjaga Gol


1. Kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan kepada 5 bahagian :
 Kemahiran asa berdiri dan pergerakkan melintasi gol.
 Kemahiran menggunkan kaki dan pad.
 Kemahiran menggunakan tangan dan glov.
 Kemahiran menggunakan kayu hoki.

2. Penjaga gol penting bagi sesuatu pasukan.


3. Penjaga gol perlu :
 Berani
 Mempunyai konsentrasi yang baik
 Kepantasan
 Masa tindak balas yang baik
 Fleksibiliti yang baik
Diri Sedia ( Stance )
 Buka kaki sel;uas bahu, lutut dibengkokkan sedikit dan berat badandi
atas bebola kaki.
 Badan dibongkokkan sedikit dan mata memandang bola.
 Hulurkan tangan kiri ke tepi dengan siku bengkok sedikit tapak
tangan menghala ke hadapan.
 Tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki pada paras
pinggang.
4. Penjaga gol harus mahir dan cekap ketika menahan menggunakan :
 Double padding
- melibatkan penggunaan kedua-dua kaki sebagai benteng
penahan bola .
 Single padding
- menahan menggunakan sebelah kaki

2.1.9 Faul
1. Faul yang biasa yang dilakukan :
 Menggunakan belakang kayu untuk menahan bola.
 Memainkan bola melebihi paras bahu.
 Menggunakan tubuh untuk menghalang pihak lawan daripada memainkan
bola.
 Menyerang, menyepak atau menolak pihak lawan dan memegang
pakaiannnya dengan tujuan menggangu atau mencederakannya.

Hukuman terhadap faul


1. Sekiranya faul dilakukan di luar kawasan D :
a) Pasukan penyerang mendapat pukulan percuma.
b) Pasukan penyerang mendapat pukulan sudut penalti, jika
pesukan bertahan dengan sengaja membuat sebarang jenis faul
dalam kawasan 25 ela (22.9m).
2. Sekiranya faul dilakukan dalam kawasan D :
a) Pasukan bertahan mendapat pukulan percuma jika penyerang
melakukan faul.
b) Pasukan penyerang mendapat sudut penalti jikla pasukan
bertahan melakukan faul.
c) Pasukan penyerang mendapat strok penalti jika pihak bertahan
melakukan faul dengan sengaja.
Aspek Keselamatan
Sebelum latihan atau pertandingan hoki, lakukan aktiviti
memanaskan badan, kelonggaran sendi dan regangan otot-
otot penting. Regang otot-otot biceps, triceps, deltoid, dan
trapezius serta hamstring, gestrocnemius dan quadriceps.
Ikut arahan dan tunjuk ajar guru.
Penggunaan kayu yang patah atau yang disambung dengan
paku atau tali adalah tidak benar.
Pstikan kawasan permainan sesuai dan selamat.
Gunakan kayu mengikut peraturan dan disiplin permainan.
Elakkan bermain ketika hujan dan kilat.

2.2 Permainan Tenis


1. Boleh dimainkan secara perseorangan ( satu lawan satu ) atau beregu
( dua pemain melawan dua pemain yang lain ).
2. Acara beregu boleh dilakukan bercampur iaitu :
 setiap passukan mesti terdiri daripd 2 orang pemain yang
berlainan jantina.
3. Permainan ini biasanya dimainkan di :
 Gelanggang rumput
Info sukan
 Permukaan keras Orang perancis mula bermain
 Sintetik permainan yang mirip dengan tennis
pada tahun 1300 selepas Masihi dan
 Tanahy liat memanggilnya sebagai ‘Jeu de Paume’.
Nama tennis mungkin berasal dari
 Di dalam dawan perkataan Perancis ‘Tenez’ yang
bermakna ‘ambil main’.

2.2.1 Gelanggang Tenis


1. Saiz gelanggang permainan untuk perseorangan ialah 8.23m lebar dan
23.77m panjang.
2. Gelanggang untuk permainan beregu ialah 10.97m lebar dan 23.77m
panjang.
3. Tebal garisan adalah 5cm kecuali dibahagia belakang garisan terdapat 10cm.

2.2.2 Kemahiran Asas dalam Tenis.


Cekak
 Grip / cekak raket amat penting.
 3 cekak utama
 Cekak timuran ( eastern grip )
- dikenali cekak ’berjabat tangan’.
- Dibuat seolah-olah berjabat tangan, dengan ibu jari dan jari
telunjuk akan membentuk V di atas raket, manakala jari-jari
lain akan menggenggam dengan kemas.

Pukulan pepat
1. Terdapat 4 peringkat dalam kemahiran ini :
 Ayunan balik ( backswing )
 Ayunan hadapan ( forward swing )
 Kontak dangan bola
 Ikut lajak

• Diri sedia ( stance )


• Ayun balik dan tangan pem,ukul berada di paras pinggang.
• Lakukan ayunan ke hadapan
• Semasa membuat ayunan ke hadapan, raket akan ke atas dan kehadapan
dengan membuat dengan membuat kontak pada bola
• Semasa membuat kontak, pastikan bahawa lengan adalah lurus
sepenuhnya, pergelangan tangan hendaklah tegap apabila berlakunya
kontak dengan bola.
• Apabila kontak telah dibuat, raket akan berada pada paras bahu.
• Ikut lajak. Ketika ini raket akan terus menyilang bahu supaya bola akan
bergerak ke arah hadapan atau ke atas.

* Otot utama yang digunakan dalam pukulan pepat ialah:


• Pectoralis major
• Latissimus dorsi
• Otot-otot obdique.

Pukulan kilas
1. Pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat belakang raket yang
dilakukan pada bahagian tangan tidak dominan.
2. 2 kaedah pukulan kilas :
 Pukulan kilas satu tangan
 Terdapat 4 fasa dalam pukulan ini iaitu :
 Ayun belakang
 Ayun hadapan
 Kontak
 Ikut lajak
• Semasa ayunan ke belakang , bengkokkan lutut dan pastikan
bahu menghala ke arah bola yang hendak dipukul.
• Semasa ayunan ke hadapan pastikan mata memandang bola.
• Semasa kontak, tangan diayun ke atas dan lutut diluruskan
untuk mendapatkan lebih tenaga.
• Selepas kontak, ikut lajak.
 Pukulan kilas 2 tangan
• Lebih cepat dan laju
• Ketika pukulan ini, cekak pertama ( tangan bawah ) ialah
tangan dominan dan cekak kedua ( tangan atas ) ialah
tangan tidak dominan.
• Ketika membuat pukulan ini, terdapat 4 pergerakan utama
terlibat :
 Diri sedia
 Ayunan belakang
 Kontak
 Ikut lajak
• Diri sedia
• Raket diayunkan ke belakang dan kedua-dua tangan berada
pada paras pinggang dengan lutut dibengkokkan.
• Bahu menghala ke arah yang hendak dituju.
• Raket diayunkan ke hadapan dengan lutut diluruskan sedikit
untuk mendapatkan daya.
• Semasa kontak dengan bola, lengan dan lutut diluruskan dan
raket diayunkan ke atas.
• Selepas kontak, ikut lajak.
* Otot-otot utama yang digunakan ketika membuat pukulan kilas 2
tangan ialah :
 Triceps
 Deltoid
 Latissimus dorsi
Voli
1. Menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi mematikan
bola.
2. Tidak memerlukan ayunan belakang.
3. Terdapat 3 fasa :
 Diri sedia
 Ayunan hadapan
 Kontak

• Diri sedia
• Bengkokkan lutut dengan kedudukan kaki seluas bahu dan berat badan ke
atas kaki hadapan.
• Ayunan hadapan dengan membawa raket kehadapan.
• Kontak, membuat ’punch’ pada bola dengan ketinggian bahu.
* Otot-otot utama yang digunakan ketuka membuat pukulan voli ialah :
 Triceps
 Deltoid
 Latissimus dorsi

Batal dalam servis


• Memijak garisan semasa
membuat servis.
• Berada dalam kawasan
Servis gelanggang semasa membuat
servis.
1. Digunakan untuk memulakan permainan. • Berlari atau berjalan semasa
2. Terdapat 3 jenis servis : membuat servis.
• Tidak memasukkan bola ke dalam
kawasan gelanggang yang
sepatutnya.
• Bola yang dipukul terkena kawan
beregu.
 Servis cantas
 American twist
 Servis rata
2. Sekiranya menggunakan tangan kanan , letakkan kaki kiri ke hadapan dan
kaki kanan berada 30 hingga 35cm di belakang kaki kiri dan bagi yang kidal
adalh sebaliknya.
3. Terdapat 4 fasa utamasemasa melakukan servis :
 Lambungan
 Ayun belakang
 Kontak
 Ikut lajak
• Bola dilambung ke udara dengan tangan yang tidak memegang raket ( bola
hendaklah dilambung secara lurus dan ke hadapan sedikit daripada bahu
kiri).
• Setelah bola dilambung, ayunan belakang dilakukan. Raket ditarik ke
belakang di sebelah kanan badan.
• Ayunan hadapan dengan melakukan kontak bola pada ketinggian
maksimum bola menurun dan berada pada paras aras kontak tertinggi.
• Ikut lajak.

Smesy
1. Pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di hadapan
jaring.
2. Terdapat 4 fasa melakukan smesy :
 Ayunan belakang
 Ayunan hadapan
 Kontak
 Ikut lajak
• Raket diayunkan ke belakang. Tangan yang tidak memegang raket
mengimbangi badan. Mata fokus kepada bola.
• Ayun raket ke hadapan, badan dan lengan diluruskan dengan berat badan
dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan sehingga bola kontak
• Semasa kontak, kekuatan pergelangan tangan digunakan untuk memukul
bola dengan kuat masuk ke gelanggang lawan.
• Ikut lajak.
* Otot utama yang terlibat ketika melakukan smesy ialah :
 Deltoid
 Pectoralis major
 Latissimus dorsi

Lob
1. Hantaran tinggi yang bertujuan untuk melepasi pemain lawan yang berada di
kawasan jaring dan sebagai pukulan bertahan bagi memboleh pemukul
mendapatkan semula posisi mengawal gelanggang.
 Ayun belakang dengan bahu kiri menghadap jaring.
 Raket diayun ke hadapan untuk melakukan kontak dengan bola. Ayunan
raket bermula dari bawah ke atas bagi membolehkan bola naik ke atas.
 Selepas kontak, pastikan raket diayun ke atas dengan aksi ikut lajak.
* Otot utama yang digunakan ketika membuat lob ialah :
- Biceps
- Deltoid

2.2.3 Memulakan Perlawanan


1. Penservis akan berdiri di belakang garisan belakang dan memukul bola secara
menyilang. Penservis dibenarkan membuat servis semula sekiranya servis
yang pertama gagal.
2. Sekiranya bola yang dipukul terkena jaring dan jatuh di kawasan servis lawan,
ini dinamakan ’let’.
3. Dalam permainan tenis tiada had bagi jumlah let.
4. Pemain dibenarkan membuat servis sekali lagi tanpa kehilangan servis.
5. Sekiranya kedua-dua servis yang dibuat tidak melepasi jaring atau terkeluar
gelanggang, mata diberikan kepada penerima servis.
6. Bola hendaklah melepasi jaring dan tidak menyentuh sebarang objek sebelum
masuk ke gelanggang lawan.
7. Penerima akan membuat pukulan balas dengan membalas pukulan bola yang
masuk ke dalam gelanggangnya ke gelanggang lawan.
8. Semasa membalas servis hanya sekali lantunan bola dibenarkan. Bola yang
tidak melantun atau melantun beberapa kali akan dikira faul.
9. Perlawanan akan terus berlangsung sehingga salah seorang pemain gagal
untuk menghantar semula bola masuk ke gelanggang lawan atau pemain
melakukan faul.

Persediaan Sebelum
Perlawanan
 Berfikir secara positif .
 Bawa kelengkapan dan
alatan yang mencukupi.
 Datang awal ke
gelanggang.
 Lakukan aktiviti
memanaskan badan.
 Berfikiran terbuka.
 Rancang strategi
permainan untuk setiap
perlawanan.

Kiraan Mata
• Bermula dengan kiraan 0,15,30,40 dan tamat.
• Sekiranya kiraan mata seri iaitu 40-40, dius akan berlaku dan permainan
diteruskan sehingga salah seorang pemain mendapat 2 mata kemenangan
berturut-turut.

Pemain A Pemain B
Servis
0
0
15
0
30
0
40
0
Menang
• Satu set perlawanan tenis memerlukan 6 mata permainan untuk ditamatkan.bagi
memenangi perlawanan tenis, pemain hendaklah manang 2 daripada 3 set
permainan bagi wanita dan 3 daripada 5set bagi lelaki.
• Peraturan kejohanan bergantung kepada pihak penganjur pertandingan.

Situasi yang memberi mata kepada pihak lawan


1. Memukul bola yang sudah melantun 2 kali dalam kawasannya.
2. Membuat voli sebelum bola melepasi jaring.
3. Bola terkena badan atau pakaian pemain kecuali raket yang dipegang.
4. Bola tidak dihantar balik ke kawasan geloanggang lawan.

2.2.4 Etika di Gelanggang


 Melintas gelanggang hanya sesuatu permainan atau rali tamat.
 Memulakan permainan dengan sekurang-kurangnya 2 biji bola dalam
posisi simpanan pemain.
 Tunggu sehingga penerima sudah bersedia, baru memulakan servis.
 Diam apabila bola masuk dalam gelanggang. Sekiranya terkeluar
gelanggang katakan ‘keluar’ atau ‘out’.
 Jangan berkata-kata semasa dalam permainan.
 Jangan membuat hantaran balas sekiranya servis yang dibuat adalah
faul.
 Sekiranya bola daripada luar tiba-tiba masuk ke dalam gelanggang minta
permainan dimulakan semula.
 Berjabat tangan selepas bermain.
 Jangan mengeluarkan kata-kata kurang sopan.
 Pakai pakaina sukan, kasut serta stukin yang sesuai semasa bermain.
Memakai baju putih dan seluar putih adalah digalakkan.
2.2.5 Aspek Keselamatan
 Jangan bermain ketika hujan dan kilat.
 Lap gelanggang jiika ada takungan air.
 Minum lebih air jika cuaca panas.
 Pakai kasut dan pakaian sesuai.
 Jangan bergurau di dalam gelanggang.
 Jangan membawa makanan dan minuman ke gelanggang.
2.3 Permainan Sepak Takraw
1. Permainan gelanggang yang boleh dimainkan : Info
Nama sepak takraw ialah
 Di dalam dewan gabungan daripada bahasa
Melayu dan bahasa
 Di luar dewan Thailand. Sepak bermakna
tendang dalam bahasa
2. Pemain dikenali sebagai: Melayu manakala takraw
 Tekong pula bermaksud bola
dalam bahasa Thailand.
 Apit kiri
 Apit kanan
3. Permainan bermula apabila apit kiri atau apit kanan melambung bola
kepada tekong untuk memulakan servis.
4. Apit kiri atau kanan boleh juga menjadi feeder atau killer bagi sesuatu
regu.
5. Pemilihan feeder bergantung pada keupayaan kepada seseorang mengawal
dan mengumpan bola kepada killer.
6. Killer pula bergantung pada keupayaan seseorang melakukan rejaman ke
gelanggang dengan pelbagai versi.

2.3.1 Gelangang Sepak Takraw

Bola
Takraw
Bola Takraw
 Bola takraw diperbuat daripada bahan sintetik.
 Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang pertemuan bola.
 Ukur lilit adalah 0.42m hingga 0.44m dan berat antara 170g hingga 180g.

Tiang
 Mempunyai ketinggian 1.55m dari permukaan gelanggang.
 Boleh menampung serta mengekalkan keteganggan jaring.
 Diperbuat daripada bahan teguh seperti besi dengan jejari tidak boleh melebihi
0.04m.
 Kedudukan tiang hendaklah didirikan 0.31m dari garisan tepi dan sebaris dengan
garisan teras.

Jaring
 Mempunyai kelebaran seluas 0.7m dan tidakmelebihi 6.10m panjang.
 Pada kedua-dua hujung diletakkan pula pita sempadan berukuran 0.05m dari
bahagian atas hingga ke bawah.
 Berada dalam kedudukan sebaris serta menegak dengan garisan tepi.
 Setelah direntang, bahagian atas jaring hendaklah berukuran 1.25m di bahagian
tengah gelanggang dan 1.55m di bahagian yang berhampiran tiang.

Etika ketika bermain Sepak Takraw


Pemain dilarang menyepak bola semasa permainan
terhenti.
Pemain hendaklah berjabat tangan dengan pemain
lawan dan pengadil sebelum dan selepas permainan.
Pemain hendaklah meleretkan bola kepad pihak lawan
semasa pertukaran servis.
Sekiranya bola luar tiba-tiba masuk ke dalam
gelanggang, mintalah permainan dihentikan.
Patuhilah peraturan gelanggang yang ditetapkan.
2.3.2 Kemahiran Asas dalam Sepak Takraw
Melambung Bola
 Servis dimulakan dengan lembungan bola oleh apit kepada tekong.
 Apit perlu mengetahui kedudukan bola yang dikehendaki oleh tekong.
 Terdapat 4 fasa dalam membuat lambungan iaitu :
 Memegang bola
 Membengkokkan lutut
 Melempar bola
 Ikut lajak
* Otot-otot yang terlibat semasa melakukan lambungan ialah :
• Triceps di bahagian lengan
• Deltoids di bahagian bahu
• Quadriceps di bahagian kaki.
Info Sukan
Faul dalam servis
Tekong atau apit memijak garisan semasa
membuat servis.
Tekong tidak berada dalam bulatan servis.
Pemain apit menyentuh jaring semasa
servis dibuat.
Mengangkat kaki yang menyokong.
Servis
1. Sepakan yang dilakukan oleh tekong untuk memulakan permainan.
2. Tekong yang berkemampuan membuat servis deras, kuat, dan pelbagai
variasi memberi kelebihan kepada sesebuah pasukan mendapatkan mata.
3. Servis yang mengelirukan ,e,bolehkan pasukan memperolah mata dalam
masa yang cepat.
4. Cara sepak mula dalam permainan sepak talraw adalah :
 Sepak sila
 Sepak cangkuk
 Sepak kuda
 Sepak telapak
5. Servis yang kencang dan pantas adalah sepak mula yang dilakukan oleh
tekopng dengan sentuhan bola seberapa tinggiyang mungkin oleh kaki
utama ( kiri atau kanan ) tekong.
6. Terdapat 3 asa dalam melakukan servis oleh tekong iaitu :
 Diri sedia
 Lakuan
 Ikut lajak
• Beri isyarat kepada apit tentang ketinggian bola yang dikehendaki.
• Dala posisi sedia, tekong akan menjengketkan kaki kanannya sebelum
melakukan ayunan.
• Sepak bola dengan menggunakan bahagian dalam kaki.
• Ikut lajak
• Kembali dalam keadaan bersedia untuk menerima hantaran balas pihak
lawan.
* Otot utama yang terlibat dalam melakukan servis ialah :
• Quadriceps
• Rectus femoris
• Sartorius Info Sukan
Servis kuda menggunakan tapak kekura
kaki. Servis kuda ini mempunyai
kelebihan daripada servis sepak sila dari
segi :
Halaju bola
Kesukaran penerima membuat jangkaan
dan hantaran balik.
Mengumpan bola
1. Pemain akan mengunakan kemahiran sepak sila untuk mengawal dan
menimang bola bagi melakukan umpanan.
2. Umpanan yang kemas dan tepat bolah membantu killer membuat rejaman
yang tajam.
3. 3 fasa terlibat dalam melakukan umpanan iaitu :
• Bersedia untuk mengawal bola
• Bengkokkan lutut kiri bagi mendapatkan kastabilan.
• Gunakan sepak sila untuk melakukan umpanan.
• Imbangkan badan dengan tangan.
* Otot utama yang digunakan dalam membuat hantaran dan umpanan ialah :
 Adductor
 Qudriceps
 Rectus femoris
Menahan bola
1. Kemahiran yang menggunakan kepala untuk menghantar, mengumpan, mengawal
dan merejam bola.
2. Umpanan dengan kepala akan menggunakan teknik berikut :
• Dongakkan muka
• Gunakan dahi untuk menolak bola ke atas.
* Otot utama yang terlibat ialah :
 Sternocleidomastoid
Merejam bola
1. Sepakan kencang yang dibuat bagi mematikan bola.
2. Terdapat pelbagai jenis rejaman boleh dilakukan iaitu :
 Rejaman gunting
 Rejaman sisi
 Rejaman menapak
3. Untuk menguasai rejaman mesti mampunyai :
 Fleksibiliti
 Kuasa
 Ketangkasan
 Kekuatan yang tinggi
4. Terdapat 3 fasa dalam membuat rejaman iaitu :
o Diri sedia
o Mata memandang bola dan sesuaikan kedudukan diri dengan arah
bola.
o Lonjakkan kaki kanan dan gunakan bahagian luar kaki untuk rejaman.
* Otot –otot utama yang terlibat ialah :
• Hip adductor
• Gluteus medius
• External oblique
• Soleus
• Gastrocnemius
Menghadang Bola
1. Satu kemahiran bagi memastikan rejaman yang dibuat oleh pihak lawan ditangkis.
2. Menghadang bola boleh dilakukan dengan kaki atau badan.
3. Terdapat 3 fasa utama :
• Diri sedia
• Lompatan
• Hadangan
• Diri sedia
• Lonjak dengan tinggi sehingga punggung melepasi 0.5m daripada jaring.
Semakin tinggi lompatan yang dibuat semakin luas kawasan hadangan.
• Pastikan hadangan kaki yang digunakan tepat menghadang bola yang direjam.
• Faul jika menghadang dengan tangan.
*Otot utama yang terlibat dalm menghadang bola ialah :
 Adductor
 Hip flexor
 Gluteus medius Aspek keselamatan
Lakukan regangan terlebih
 External oblique dahulu sebelum memulakan
permainan bagi mengelakkan
berlakunya kecederaan otot.
Gelanggang permainan mesti
selamat dan tidak berlubang-
lubang untuk mengelakkan
kecederaan.
2.3.3 Kiraan Mata
1. Bermula dengan kiraan 0-0, dan pasukan yang mendapat 15 matya terlebih dahulu
akan memenangi satu set permainan.
2. Mata diberi kepada pasukan yang membuat servis dan berjaya mematikan bola ke
kawasan lawan.
3. Tidak ada dius, walaupun mata terikat 14-14.
4. Pemenang permainan ditentukan dalam 3 set.
5. Pada set 3, kiraan mata diubah suai dan pasukan yang mencapai 6 mata terlebih
dahulu dikira pemenang.

Beri Nilai