Anda di halaman 1dari 2

Hikayat Khoja Maimun

Sinopsis
Khoja Mamiun hidup bahagia bersama-sama dengan isterinya, Bibi Zainab. Dia adalah saudagar yang
sangat kaya di negeri Ajam. Khoja Maimun diberitahu oleh Bayan bahawa tiga hari lagi ada saudagar
ingin membeli sanbal. Terbukti tiga hari kemudian datanglah saudagar mencari sanbal. Oleh sebab
semua sanbal sudah dibeli oleh Khoja Maiman, maka saudagar itu membeli sanbal daripada Khoja
Maimun. Hasil keuntungan perniagaan itu digunakan untuk membayar harga burung bayan. Khoja
Maimun juga membeli burung tiung betina. Burung tersebut diletakkan di dalam satu sangkar bersama-
sama burung bayan. Pada suatu hari, ketika Khoja Maimun belayar untuk berdagang, Bibi Zainab
termenung di tingkap. Tiba-tiba dia terpandang akan seorang anak raja yang kacak sedang menunggu
kuda. Mereka saling berpandangan dan berbalas senyuman. Anak raja itu memintas jasa baik
perempuan tua untuk mendapatkan Bibi Zainab dengan apa cara sekali pun. Bibi Zainab pula tidak
menolak sebaliknya berpesan kepada perempuan tua yang dia akan berjumpa dengan anak raja pada
sebelah malam. Burung tiung menasihati Bibi Zainab agar tidak curang kepada suami kerana azab
perempuan menduakan suami akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam selama seribu tahun. Burung
tiung itu dihempas oleh Bibi Zainab lalu mati. Burung Bayan melengah-lengah Bibi Zainab daripada
berjumpa dengan anak raja itu dengan bercerita tentang Hikayat Bayan. Bibi Zainab mendesak burung
bayan agar bercerita dahulu sebelum dia berjumpa dengan anak raja itu. Setelah habis bercerita, bayan
itu menyuruh Bibi Zainab berjumpa dengan anak raja itu. Tetapi malangnya hari sudah jadi siang. Pada
hari yang berikutnya ketika Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja itum burung
Bayan mula bercerita tentang Hikayat Taif. Bibi Zainab mendesak Burung Bayan agar terus bercerita
tentang hikayat tersebut. Setelah habis bercerita, Bayan menyuruh Bibi Zainab pergi berjumpa dengan
anak raja itu tetapi malangnya hari sudah siang. Begitulah juga pada hari-hari yang berikutnya, apabila
Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa anak raja itu, burung Bayan mula bercerita tentang pelbagai
hikayat. Kebijaksanaan burung Bayan berjaya menghalang Bibi Zainab bertemu dengan anak raja.
Akhirnya Bibi Zainab terhindar daripada perbuatan menduakan suaminya yang tiada di rumah pada
ketika itu.

Tema
 Ketaatan dan tanggungjawab seorang isteri ketika ketiadaan suami di rumah.

Persoalan
 Kebijaksanaan membuat helah untuk menghindarkan sseorang daripada melakukan
perbuatan keji.
- burung bayan berjaya menyelamatkan Bibi
Zainab daripada berlaku curang dengan tipu
muslihatnya.
 Kepercayaan seoramg suami kepada isteri
- Khoja Maimun sangat percaya akan
kesetiaan isterinya, Bibi Zainab.
 Seorang isteri haruslah menjaga maruah diri.
- Bibi Zainab haruslah menjaga maruah dirinya
sebagai isteri kepada Khoja Maimun.
 Cabaran yang dihadapi menguji kesetiaan isteri kepada suami.
- Bibi Zainab terpiakt oleh ketampanan dan
senyuman anak raja itu sehingga sanggup
menduakan suaminya.

Watak dan Perwatakan


Bibi Zainab
 Isteri Khoja Maimun.
 Cantik dan penyayang.
 Panas baran atau cepat marah membunuh tiung peliharaannya hingga mati.
 Mudah tergoda oleh lelaki lain ketika ketiadaan suaminya hingga berniat untuk berlaku curang
terhadap suaminya.
 Suka mendengar cerita dan hikayat.

Khoja Maimun
 Suami Bibi Zainab.
 Merupakan ahli perniagaan yang ternama.
 Pandai mencari keuntungan dalam perniagaan.
 Bersifat penyayang kerana dia amat menyayangi isterinya.

Burung Bayan
 Dapat bercakap dengan manusia.
 Dapat meramalkan perkara yang akan berlaku kelak.
 Memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap tuannya, Khoja Maimun.
 Pandai bercerita dan berhikayat.
 Bijak menyelesaikan sesuatu masalah.
Latar

Latar Tempat
 Di negeri Ajam.
 Di pekan.
 Di rumah Khoja Mainmun.

Latar Masyarakat
 Masyarakat pedagang – Khoja Maimun pergi belayar untuk menjalankan perniagaannya.
 Masyarakat yang dipengaruhi oleh budaya arab – Cerita yang dicerita oleh burung bayan
kesemuanya berlatarbelakangkan negeri Tanah Arab.
 Masyarakat isteri curang terhadap suami – Bibi Zainab berjanji untuk bertemu dengan anak
raja ketika suaminya tiada di rumah.
 Burung yang petah bercerita – Burung Bayan pandai bercerita tentang kisah burung bayan
dicabut bulunya oleh isteri saudagar, Hikayat Taif, dan kisah suami yang sangat cemburu.

Latar Masa
 Pada waktu malam – Sewaktu Bibi Zainab bersiap-siap untuk berjumpa dengan anak raja.
 Pada waktu pagi – Sewaktu setiap cerita bayan tamat dan Bibi Zainab tidak jadi bertemu
dengan anak raja.

Gaya Bahasa
 Bahasa istana – beta, patik, tuanku.
 Bahasa Melayu Kuno ( arkaik ) – sanbal (minyak wangi), hubaya – hubaya (mudah-mudahan).
 Bahasa Arab – dirham, syafaat.
 Simile – seperti gusi dengan gigi.
 Metafora – buah hatiku, cahaya mataku.

Nilai
 Bijaksana – Burung Bayan bijak mencari akal untuk menanguhkan niat Bibi Zainab yang
ingin berjumpa dengan anak raja melalui cerita yang menarik.
 Kasih sayang – Khoja Maimun yang menyayangi isterinya.
 Taat setia – Bibi Zainab sebagai isteri haruslah jujur dan setia sepanjang ketiadaan suaminya
yang keluar untuk berdagang.
 Kesederhanaan – Bibi Zainab sebagai seorang isteri saudagar sewajarnya mengamalkan nilai
kesederhanaan.
Pengajaran
 Kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bertindak.
- Bibi Zainabharuslah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan
Berjumpa dengan anak raja.
 Kita haruslah sayang akan anggota keluarga.
- Khoja Maimun sangat sayang akan isterinya.
 Janganlah kita menyeksa haiwan.
- Bibi Zainab telah membunuh burung tiung disebabkab berasa marah.