Anda di halaman 1dari 5

Bukit Kepong

SINOPSIS
Novel ini dikembangkan dengan pengutaraan peristiwa darurat pada tahun 1948. Sal
ah satu tindakan yang dibuat ialah pembesaran pasukan polis. Othman Yusof dan Ka
ssim Berjaya mengikuti latihan di Kuala Lumpur selama enam bulan sebelum dilanti
k menjadi konstabel polis. Sebelum menghadiri latihan, Othman ditunangkan dengan
Limah. Mereka dinikahkan setelah Othman tamat latihan. Limah menyertai suaminya
yang bertugas di Pagoh. Pada suatu hari, Limah, Leha, dan Mek Mah menaiki bas k
e Muar. Bas yang dinaiki mereka ditahan pengganas komunis. Harta benda penumpang
dirampas, kemudian penumpang-penumpang dipaksa menanggalkan pakaian; dan bas it
u dibakar. Mangsa-mangsa itu pergi ke Kampung Raja untuk mendapatkan bantuan. Le
ktuan di kawasan itu semakin agresif. Bukit Kepong tidak berkecuali. Penghulu Al
i Mustapha memohon anggota polis ditempatkan semula di Bukit Kepong. Permohonan
itu diluluskan. Sementara itu, Aziz Tompok, Saibun dan Harun Nuik berjaya membun
uh dua orang pengganas komunis yang cuba mengganggu mereka di dalam hutan. Ekora
n peristiwa itu, Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang ditub
uhkan di Bukit Kepong. Penghulu Ali berusaha keras menggagalkan dakyah komunis M
elayu pimpinan Madera. Sarjan Jamil mengetuai Balai Polis Bukit Kepong yang tela
h dinaikkan tarafnya. Wongli dan Tucksai serta orang-orang mereka telah mengugut
dan menyeksa ibu dan isteri Saibun. Rumah Saibun dibakar. Semua isi rumah itu t
erkorban. Tindakan komunis berlaku serentak dengan gerakan kemerdekaan dan usaha
Inggeris menyelamatkan kepentingan mereka. Banyak pembunuhan dilakukan. Lans Ko
peral Jidin dan Othman mematahkan percubaan Ahlam menghantar makanan kepada komu
nis. Sebagai akibatnya, isteri Ahlam diseksa oleh Kwanpin. Kwanpin bergabung den
gan Lektuan dan Chanfei untuk menyerang Balai Polis Labis. Usaha itu digagalkan
oleh Inspektor Chin, Inspektor Majid, dan Leftenan Brown. Lans Koperal Jidin, Ot
hman , Yusof, EPC Ahmad Khalid dan EPC Mohd Top ditukarkan ke Balai Polis Bukit
Kepong. Limah, yang sedang mengandung, dihantar ke kampung. Pada suatu petang, O
thman ternampak akan beberapa tanda pelik. Ketika sedang minum di sebuah kedai,
Othman melihat seorang pemuda Cina memerhatikan balai polis yang dilawati OCPD P
agoh, Inspektor J.J. Raj Jr. Pada masa itu, orang Cina sedang menyambut Tahun Ba
ru Cina. Lektuan kembali dari mengintip. Strategi serangan dibincangkan dengan C
hangfei, Lausan, dan Pengtuan. Tucksai dan Ahmeng dihantar ke balai polis untuk
mengintip. Waktu sudah tengah malam. Ahmeng mendakwa anaknya mati kerana terjatu
h ke dalam telaga. Suasana 2kecoh berlaku di tempat kawalan kampung. Isteri Awan
g Tui hendak bersalin. Bidan terpaksa dicari. Salakan anjing menimbulkan tanda t
anya pengawal kampung. EPC Jaafar ternampak akan lembaga manusia lalu menyuruhny
a memperkenalkan dirinya. Bunyi tembakan berlaku. Lebih kurang 180 orang komunis
menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang hanya mempunyai 18 anggota. Pihak polis
menentang musuh mereka dengan berani walaupun seorang demi seorang menemui ajal
mereka. Anak-anak buah Penghulu Ali gagal membantu kerana dipintas oleh penggan
as komunis. Apabila kekuatan polis berkurangan, pengganas komunis memgeluarkan i
steri-isteri dan anak-anak polis yang masih hidup. Kompleks polis itu dibakar. Y
usof Rono dan EPC Ahmad Khalid yang luka parah berjaya menyelamatkan diri mereka
daripada terbakar. Sebelum keluar dari bangunan yang terbakar itu, Othman memin
dahkan Lans Koperal Jidin ke tempat selamat. Kaki dan tangan Othman terkena akan
tembakan tetapi dia terselamat kerana sempat menyorok di bawah lubuk sungai. Se
telah pengganas komunis meninggalkan kawasan itu, mereka yang masih hidup mencar
i anggota keluarga masing-masing. Jamilah menjumpai ayahnya, Abu Bakar Daud yang
luka parah. Anak-anak buah Penghulu Ali tiba untuk memberikan pertolongan. Tida
k lama kemudian tiba pula anggota-anggota polis pimpinan Inspektor J.J. Raj Jr.
Othman, Abu Bakar, Yusof Rono, EPC Ahmad Khalid, Lans Koperal Jidin dibawa denga
n bot ke hospital Muar. Lans Koperal Jidin meninggal dunia dalam perjalanan. Lim
ah, yang telah melahirkan seorang anak lelaki, menjadi gila apabila diberitahu b
ahawa suaminya, Othman telah dibunuh. Kepulangan Othman tidak memberi kesan kepa
danya. Othman ditukarkan ke Alor Setar. Dia meletakkan jawatan dan menjadi penor
eh getah apabila penyakit Limah semakin buruk. Kaki Othman pula terpaksa dipoton
g apabila penyakit yang dideritai sebagai akibat serangan pengganas itu mula men
ular. Kekesalan terhadap layanan yang diberi kepada pejuang sepertinya daripada
pelbagai pihak mendorong Othman menjadi manusia yang tidak mahu bergantung pada
orang lain.
TEMA
Novel ini mengungkapkan tema perjuangan dan keberanian anggota polis berserta pe
nduduk kampung Mukim Bukit Kepong dalam mempertahankan kompleks polis serta Muki
m Bukit Kepong daripada serangan komunis sewaktu berlakunya darurat di Tanah Mel
ayu. Keistimewaan perjuangan dan keberanian mereka ini agak luar biasa. Keistime
waan ini bukan sahaja terpamer menerusi keberanian luar biasa 18 anggota polis d
an penduduk kampung Bukit Kepong, malah terpamer menerusi kekentalan semangat ju
ang mereka. Hal ini terbukti apabila mereka mampu bertahan sehingga empat jam da
lam usaha mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong.
PERSOALAN
1) Jasa yang tidak di hargai Jasa dan pengorbanan Othman seakan-seakan tidak dih
argai selepas peristiwa tragis itu. Semasa beliau berada di hospital, hanya pada
hari-hari permulaan sahaja beliau diziarahi, tetapi pada minggu kedua tiada ses
iapa yang melawatnya
2) Semangat kerjasama Ini terbukti apabila kerjasama yang diberikan oleh polis d
an penduduk Mukim Bukit Kepong dalam mendepani dakyah dan kejahatan pengganas ko
munis. Dalam hal ini, penduduk Mukim Bukit Kepong telah menubuhkan Unit Pengawal
Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang untuk mendepani karenah komunis. Me
reka juga telah berusaha membantu anggota polis semasa komunis menyerang Balai P
olis Bukit Kepong.
3) Sikap tidak prihatin Ini dapat dilihat menerusi kesukaran Othman mendapatkan
bantuan kaki palsu daripada pihak-pihak berwajib walaupun beliau telah memberika
n sumbangan yang besar terhadap keamanan negara. Othman juga mengalami kesukaran
dalam mendapatkan pekerjaan selepas berhenti daripada perkhidmatan polis. Permo
honannya tidak diendahkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan. Akhir sekali, wata
k ini hidup merempat sementara menunggu saat-saat kematian.
4) Keberanian Mereka bertempur selama hampir empat jam. Walaupun ada anggota pol
is yang terbunuh atau torcedera, perjuangan tetap diteruskan. Mereka lebih rela
mati berjuang daripada menyerah kalah kepada pengganas komunis.Othman Yusof dan
rakanrakannya yang berjumlah 18 orang tetap berani menghadapi serangan komunis y
ang berjumlah hampir 200 orang.
WATAK DAN PERWATAKAN
Othman Yusof
*Berasal dari Kulim, Kedah
*Anak kepada Pak Yusof dan Mak Piah
*tunang kepada Limah
*Bertubuh gempal
*tingginya sederhana
*berkulit cerah
*Bekerja sebagai penoreh getah sebelum berkhidmat sebagai seorang polis
*Seorang yang berdikari kerana dia tidak mengharapkan bantuan orang lain walaupu
n daripada anak kandungnya sendiri.
*Dia meneruskan hidupnya bersendirian sehingga akhir hayat.
*Sedia berkorban nyawa demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
*Dia pasrah walaupun sebelah kakinya kudung kerana terkena tembakan pengganas ko
munis dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong
*Memiliki semangat juang dan keberanian yang tinggi.
*Beliau bersama anggota polis serta warga Bukit Kepong telah menafikan kemenanga
n mutlak pengganas komunis kerana banyak juga pengganas yang terkorbandan cedera
.
*Seorang yang bertanggungjawab. Ini dapat dilihat apabila kesedarannya untuk men
ganggotai pasukan polis demi menjaga keharmonian negara. Malah beliau bersedia u
ntuk ditukarkan ke Bukit Kepong
*Othman juga seorang yang penyayang. Semasa berada di Bukit Kepong, beliau serin
g mengutus surat kepada isterinya, Limahyang berada di kampung. Beliau juga amat
mengambil berat tentang keadaan Limah ketika Limah sedang mengandung.
Limah
Limah merupakan anak kepada Mak Jah dan Lebai Karim.
*Dia isteri Othman Yusof dan memiliki seorang anak lelaki hasil daripada perkahw
inannya.
*Dia taat kepada suami. Contohnya, dia sanggup mengikut suaminya bertugas di Pag
oh, Johor dan meminta izin suaminya sebelum keluar dari rumah.
*Pandai mengaji. Buktinya, dia mengajar anak-anak polis di berek itu mengaji ket
ika tinggal di Pagoh.
*Dia juga seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjadi sasau dan menangis tida
k henti-henti setelah mengetahui tentang berita kematian suaminya.
Penghulu Ali Mustapha
*Wakil penduduk di Mukim Bukit Kepong
*Pemimpin yang dihormati di mukimnya dan juga oleh kakitangan pejabat kerajaan d
i Muar
*Seorang yang berani. Beliau mencabar pengganas komunis yang mahu mengembangkan
ideologi komunisme di Bukit Kepong Memiliki sifat yang tegas. Beliau mengarahk
an anak buahnya menurunkan semula bendera komunis yang berkibar megah dan mengga
ntikannya dengan bendera Johor. Beliau tidak mahu pengganas komunis bertapak dan
bermaharajalela di bumi JohorPintar dan bijak mengatur strategi. Beliau meminta
pelbagai bantuan semata-mata untuk mempertahankan kubu kuat Bukit Kepong Sarjan
Jamil Mohd Shah Merupakan seorang anggota polis yang taat. Dia tetap pergi ke
Bukit Kepong apabila menerima arahan walaupun ketika itu isterinya baru saja me
lahirkan anak bongsunya. Dia juga seorang yang penyayang. Buktinya, sebelum me
mulakan tugas di Bukit Kepong dia telah bermesra dan bergambar dengan anak-anakn
ya dan isterinya. Seorang yang cekal. Buktinya, dia tabah menghadapi pelbagai
masalah atau cabaran ketika bertugas di Rumah Pasung Bukit Kepong yang serba kek
urangan. Dia mempunyai sikap yang berani. Buktinya, dia memimpin sepasukan 18
orang anggota polis bertempur dengan 200 orang pengganas komunis. Seorang yang
peramah dan mudah bergaul. Buktinya, dia pergi menghadiri kenduri yang diadakan
oleh Penghulu Ali
BINAAN PLOT
Permulaan
Dimulakan dengan gambaran suasana majlis memperingati jasa anggota polis dan war
ga Bukit Kepongyang terlibat dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong semasa zam
an darurat di Tanah Melayu.
Perkembangan
Diteruskan dengan gambaran awal kesengsaraan hidup penduduk di Tanah Melayu pada
zaman darurat. Di sini, pengarang turut memaparkan tempat-tempat yang menjadi s
asaran pengganas komunis, antaranya termasuklah pekan kecil Kulim di Kedah. Peng
arang mengembangkan ceritanya dengan memasukkan watak utama dalam cerita ini, Ot
hman Yusof. Cerita terus berkembang dengan memaparkan Othman yang memohon untuk
menjadi anggota polis walaupun mendapat bantahan ibunya. Kemudian diteruskan den
gan majlis pertunangan antara Othman dan Limah dan meneruskan kehidupannya sebag
ai pelatih polis dan selepas habis berkursus sebagai polis. Kemudian Othman dan
isterinya berhijrah ke Pagoh, Johor.
Perumitan
Dimulakan dengan konflik keganasan komunis yang merampas wang, barang kemas, dan
barang-barang dari penumpang yang sedang dalam perjalanan pulang ke Pagoh. Mere
ka meminta semua penumpang berbogel lalu membakar bas tersebut.
Klimaks
Berlaku ketika pertempuran antara 18 anggota polis dan sebahagian warga Bukit Ke
pong dengan pengganas komunis yang menyerang kompleks polis di Mukim Bukit Kepon
g.
Peleraian
Pihak polis dan warga Bukit Kepong mengalami kekalahan. Kompleks polis di Bukit
Kepong musnah dan banyak anggota polis yang terkorban. Kekalahan itu dianggap se
bagai kekalahan dalam kemenangan kerana pengganas komunis terpaksa berhempas-pul
as untuk mengalahkan mereka. Malah, terdapat juga pengganas komunis yang cedera
dan terkorban. Cerita ini diakhiri dengan kisah kesengsaraan Othman Yusof yang h
idup melarat kerana mengalami kecacatan di kaki kirinya sebagai akibat terkena a
kan tembakan sewaktu menentang pengganas komunis di kampung Bukit Kepong.

TEKNIK PLOT
Unsur saspens
Unsur ini boleh diperhatikan ketika pertempuran antara 18 anggota polis berserta
warga Bukit Kepong dengan pengganas komunis. Peristiwa ini banyak mengundang ke
matian dan kecederaan di pihak anggota polis serta warga Bukit Kepong. Bahagian
ini dikatakan mengandungi unsur saspens kerana pembaca solah-olah tidak sabar un
tuk mengetahui pasukan yang menang dalam pertempuran itu dan bagaimanakah nasib
pejuang-pejuang yang terlibat dalam pertarungan itu

LATAR
Latar tempat
*Kampung Keladi, Kulim Iaitu tempat kelahiran Othman.
*Pagoh, Tempat Othman mula-mula berkhidmat
*Rumah Pasung Sungai Petani Tempat ketika Othman menjalani temu duga dan akhirny
a berjaya terpilih untuk mengikuti latihan kepolisian
*Sungai Muar Alat perhubungan utama penduduk mukim tersebut
Latar masyarakat
*Masyarakat yang memiliki semangat juang yang tinggi Mereka sanggup berjuang men
entang pengganas komunis walaupun sedar akan bahaya yang akan menimpa mereka
*Masyarakat yang bekerjasama Pasukan pengawal kampung dan penduduk kampung beker
jasama memadamkan api , merawat mangsa yang cedera, mencari mangsa yang terbakar
, di samping menyediakan makanan serta minuman.
*Masyarakat komunis yang terpengaruh dengan perjuanganKebanyakan anak muda Cina
terpengaruh dengan perjuangan yang sia-sia.
Latar masa
*Masa yang melatari novel ini ialah sekitar tahun 1948, iaitu pada zaman darurat
.
*Sepanjang Othman menjalani kursus polis
*Ketika bas yang dinaiki oleh Limah dari Pagoh di rompak oleh pengganas komunis
*Sewaktu peristiwa tragis berdarah berlaku di Balai Polis Bukit Kepong

GAYA BAHASA
Personafikasi
*Dia tidak jadi membunuh musuhnya yang sudah rebah mencium bumi itu
*Matahari sudah mahu membenamkan dirinya di ufuk barat Metafora
*ekor matanya ekor dan mata ialah suatu perbandingan yang tidak sama sifatnya.
Peribahasa
*bendera Merah bersimbolkan tukul dan sabit di tiang bendera
*Dia terbujur berhampiran dengan Muhamad Jaafar yang masih nyawa-nyawa ikan sete
lah mengalami cedera parah semenjak awal pertempuran tadi.
Hiperbola
*Mereka cua memerhatikan kedua-duanya terbujur di atas tanah bermandikan darah
*Masing-masing terpaku melihat marak api yang menjulang

NILAI DAN PENGAJARAN


Nilai
Pengajaran
*Kita mestilah mempunyai semangat juang dan keberanian yang tinggi Anggota polis
serta warga Bukit Kepong bertempur mati-matian walaupun terpaksa berdepan denga
n bilangan musuh yang berlipat ganda banyaknya
*Kita haruslah bersifat setiakawan Keserasian yang wujud antara mereka telah mel
ambatkan kemenangan komunis. Malah, pihak komunis juga gagal memproleh kemenanga
n mutlak kerana banyak juga antara pengganas tersebut yang tercedera dan terkorb
an
*Kita haruslah bersedia berkorban dalam segenap aspek demi mewujudkan keamanan d
an kesejahteraan Negara Sebagai contoh, Othman sanggup meninggalkan kampong hala
mannya dan berhijrah ke Pagoh dan seterusnya ke Bukit Kepong demi berkhidmat unt
uk negara
*Janganlah sesekali kita memperdagangkan tanah air kita untuk kepentingan periba
di. Perbuatan Madera dan Kandar yang telah memperdagangkan tanah air kita kepada
pengganas komunis semata-semata untuk memperoleh kepentingan peribadi adalah su
atu perbuatan yang tidak bermoral
*Kita mestilah menyuntik semangat nasionalisme yang tinggi ke dalam diri kita Wa
rga Bukit Kepong dan anggota polis memiliki semangat nasionalisme yang tinggi se
hingga sanggup mengetepikan kepentingan peribadi

Anda mungkin juga menyukai