Anda di halaman 1dari 51

PENGAPLIKASIAN

MORFOLOGI
BAHASA MELAYU
1.
1. KONSEP
KONSEP

MORFEM
MORFEM PERKATAAN
PERKATAAN

BEBAS
BEBAS TERIKAT
TERIKAT AKAR
AKAR DASAR
DASAR
2.
2. BENTUK
BENTUK KATA
KATA

TUNGGAL
TUNGGAL TERBITAN
TERBITAN MAJMUK
MAJMUK GANDA
GANDA
3.
3. PROSES
PROSES PEMBENTUKAN
PEMBENTUKAN KATA
KATA

PENGIMBUHAN
PENGIMBUHAN PEMAJMUKAN
PEMAJMUKAN PENGGANDAAN
PENGGANDAAN
4.GOLONGAN
4.GOLONGAN KATA
KATA

KATA
KATA KATA
KATA KATA
KATA KATA
KATA
NAMA
NAMA KERJA
KERJA ADJEKTIF
ADJEKTIF TUGAS
TUGAS
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolong kata.

Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau


lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna.

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada


bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan


perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan
latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang
sama.
Akronim

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan


menggabungkan huruf awal, suku kata atau gabungan
kombinasi awal dan suku kata daripada satu rangkai kata.

Ditulis serta dilafazkan sebagai satu kesatuan yang wajar.


Akronim tergolong ke dalam kata tunggal,
seperti dalam contoh-contoh di bawah:

LUTH MARA ABIM Tabika


cerpen purata Bernama Pernas
Intan
Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh
hadir secara bersendirian dalam ayat.
Ia harus diimbuhkan pada bentuk yang lain,
iaitu dengan kata dasar.
Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis.
Imbuhan Awalan

Hadir sebelum kata dasar.

1. Menunjukkan perbuatan - Shita berjalan di tepi tasik


bagi diri sendiri untuk melapangkan fikirannya
2. Menunjukkan perbuatan bagi - Soalan Ani belum berjawab
ayat pasif
3. Menunjukkan mempunyai - Setiap pelajar berhasrat
untuk melanjutkan pelajaran
hingga ke peringkat Ph.D.
4. Menunjukkan mengeluarkan - Pokok rambutan itu telah
berputik
5. Menunjukkan bilangan yang - Mereka berdua berkelah di
sedia ada Pantai Cherating
Imbuhan Akhiran
Hadir sesudah kata dasar.

1. Hasil perbuatan - Pukulan Razif telah


menumpaskan lawannya
2. Besar - Angin itu bertiup dari
daratan ke lautan
3. Alat / perkakas - Acuan agar-agar itu terlalu
kecil
4. Keadaan / rupa sesuatu - Perompak itu dalam
lingkungan umur 20-an
5. Tempat - Sebuah empangan baru akan
dibina di kawasan itu
6. Tempoh / waktu - Majalah mingguan itu
sangat laris dijual
Imbuhan Sisipan
Hadir di celah kata dasar.

-el- -er- -em-


1. telapak keruping kemuning
2. telunjuk seruling gemuruh
3. gelanggang gerigi kemuncup
Imbuhan Apitan
Hadir secara mengapit kata dasar secara serentak.
Maksud Contoh
1. Kena oleh perbuatan asalnya - Pelantikan Zahir sebagai
ketua pengarah syarikat itu
telah mendapat sokongan
ramai.
2. Menamai zat perbuatan - Pertandingan Menulis
Cerpen itu medapat sambutan
hangat daripada para remaja.
3. Tempat perbuatan - Banyak bot yang berlabuh di
pelabuhan itu.
4. Hasil perbuatan - Ayah tidak berpuas hati
dengan penjelasan adik.
5. Alat - Barang-barang perhiasan di
kedai itu sangat cantik.
Imbuhan Pinjaman
Imbuhan Maksud Contoh
maha- teragung maharaja
tata- suatu susunan tatacara
pra- sebelum praperakaunan
swa- sendiri swatenaga
tuna- tiada tunakarya
eka- satu ekafungsi
dwi- dua dwibahasa
tri- tiga tribulan
panca lima pancasila
-man pelaku lelaki seniman
-wati pelaku wanita peragawati
..sambungan

-nita tidak pranita


bi- mencirikan sifat biadab
i- yang terkandung abadi
-wi dalam kata dasar sejarawi
-iah sifat alamiah
-in kata nama lelaki dan mukminin
-at perempuan muslimat
hadirat
pro- setuju probarat
..sambungan

anti- tanda melawan antisosial


poli- banyak poliklinik
auto- secara bersendirian automatik
sub- sebahagian subsistem
supra melebihi suprasegmen
-isme ajaran komunisme
-ik kajian linguistik
-si proses / keadaan klasifikasi
-al keadaan kritikal
-is ahli cerpenis
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan
dua kata atau lebih, dan bentuk baru yang terhasil
akan membawa makna yang tertentu.
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu
unit.
Bentuk kata majmuk tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain.Kata majmuk terbahagi kepada
tiga jenis.
Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas
Contohnya: alat tulis nasi minyak
kerusi malas

Kata Majmuk Istilah Khusus


Contohnya:batu kapur carta pai
KATA kanta tangan
MAJMUK

Kata Majmuk Maksud Kiasan


Contohnya:kaki ayam duit kopi
berat tangan
Terdapat juga sebilangan bentuk kata majmuk
yang disebut sebagai kata majmuk mantap
iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh
berikut:

antarabangsa
apabila
padahal
Olahraga
warganegara
Proses penggandaaan dalam Bahasa Melayu ialah
proses yang menggandakan kata dasar.
Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga
boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan
bunyi tertentu.
Terdapat tiga jenis penggandaan dalam Bahasa
Melayu.
KATA GANDA

PENGGANDAAN PENGGANDAAN PENGGANDAAN


PENUH SEPARA BERENTAK

contoh: contoh: contoh:

pulau-pulau jejari sayur-mayur


buku-buku sesisir lauk-pauk
cantik-cantik lelangit gunung-ganang
Kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama
bagi sesuatu seperti orang, benda, binatang, tempat,
konsep, dan sebagainya.
Kata nama dapat diikuti dengan frasa
yang atau yang sangat.
Penanda bagi kata nama ialah setiap kata nama
dapat didahului oleh kata bilangan,
penjodoh bilangan dan kata penentu ini / itu.
JENIS KATA NAMA

KATA NAMA AM KATA NAMA KHAS KATA NAMA GANTI

Contoh: Contoh: Contoh:

adik Ahmad Faizal saya


sayur Amerika Syarikat awak
sekolah Malaysia dia
lorong Proton Saga baginda
Keindahan Jalan Abdul Aziz Patik
FUNGSI KATA NAMA

1. Subjek ayat: Amir tiba.


2. Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru.
3. Objek langsung kata kerja: Bapa menulis surat.
4. Objek tak langsung: Abang membacakan ibu surat itu.
5. Objek kata depan: Surat daripada Kamal.
6. Kata nama juga dapat berada pada kedudukan kepunyaan:
Itu beg Aishah.
KATA GANTI NAMA

Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan


bagi menggantikan nama benda atau orang yang tidak
disebutkan secara khusus.

Ganti
Nama
Ganti Nama Ganti Nama
Tunjuk Diri

Ganti Nama Ganti Nama


Diri Tanya Diri Orang
Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada


perkataan ini dan itu,
bagi merujuk perkara-perkara atau
benda-benda yang dekat dan jauh.
Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda


atau orang dalam bentuk pertanyaan, dan biasanya
menggunakan perkataan apa, siapa, dan mana.
Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri orang digunakan bagi


menggantikan nama orang dan terbahagi kepada
ganti nama diri orang pertama,
ganti nama diri orang kedua,
dan ganti nama diri orang ketiga,
seperti yang berikut:

Kata ganti diri orang Kata ganti diri orang Kata ganti diri orang
pertama kedua ketiga
saya saudara dia
aku awak beliau
beta kamu mereka
kami engkau ia
kita anda baginda
Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk
menunjukkan perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu.
Jenis Kata Kerja

Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu


(sudah, telah, belum) atau diperluas dengan perkataan
dengan (berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).
Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek.


Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek.
Kata kerja transitif seperti menendang bola,
menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi.
Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat
seperti dalam contoh ayat:

Subjek Kata Kerja Objek


Transitif
1. Ammar membaca buku setiap pagi
2. Ibu menanak nasi
3. Penjaja menjual ikan
4. Bapa membasuh kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai


kata kerja transitif perlu mempunyai objek untuk
menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan
yang dilakukan.
Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna


maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan
tidak memerlukan objek.
Kata kerja tak transitif seperti menangis, berenang,
berdering, dan mendarat.
Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti
objek kerana maknanya sudah sempurna.

Contoh:
Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
Air sungai itu mengalir (deras).
Pesawat itu mendarat (di landasan).
Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat,


ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif.

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau


beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif
dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat.
Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti
berikut:

Ahmad Abas sangat pandai bermain muzik.

Lelaki itu baik sungguh.

Buah durian itu enak sekali.


Jenis-jenis Kata Adjektif

Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara,


tetapi berdasar kriteria makna, kata adjektif dapat
dibahagikan sekurang-kurangnya sembilan kriteria.
1.Kata adjektif sifat / keadaan

Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang


digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai
unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:

Contoh perkataan:
kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat

Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah.


2. Kata adjektif warna

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada


kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian
warna, seperti contoh berikut:

Contoh perkataan: jingga perang hitam


putih biru kelabu

Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau.


3. Kata adjektif ukuran

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada


kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian
ukuran, seperti contoh yang berikut:

Contoh perkataan: tebal gemuk


panjang nipis
pendek kurus
tinggi rendah
kecil

Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca.


4. Kata adjektif bentuk

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada


kata nama ialah perkataan yang memberi maksud
rupa bentuk, seperti contoh berikut:

Contoh perkataan: lurus bulat bujur


bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam

Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui.


5. Kata adjektif waktu

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada


kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian
konsep masa, seperti contoh yang berikut:

Contoh perkataan: kerap awal sering


jarang lewat silam
baharu dahululampau

Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.


6. Kata adjektif jarak

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada


kata nama ialah perkataan yang memberi makna
konsep ruang seperti contoh yang berikut:

Contoh perkataan: nyaris dekat


hampir jauh

Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.


7. Kata adjektif cara

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada


kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian
keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang
berikut:

Contoh perkataan: pantas deras ligat


lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat

Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju.


8. Kata adjektif perasaan

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan


sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang
memberi pengertian atau konsep perasaan,
seperti contoh yang berikut:

Contoh perkataan: kasih takut malu


sayang hendak geram
cinta rindu marah

Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya.


9. Kata adjektif pancaindera

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan


kepada kata nama ialah perkataan yang membawa
konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa.
Indera pandang Indera dengar
Contoh perkataan: Contoh perkataan:
comel nyaring
hodoh lembu
molek mersik

Contoh kata adjektif pancaindera

Indera bau Indera rasa


Contoh perkataan: Contoh perkataan:
wangi manis
hanyir kelat
harum masam
Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan)


yakni terkandung dalamnya golongan-golongan kecil
yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama
iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama,
frasa kerja, dan frasa adjektif.

Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa


untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu.
FUNGSI KATA
TUGAS
kata hubung : dan, atau, tetapi
kata seru : wah,amboi, ci
kata tanya : apa, berapa, siapa
kata perintah : sila, tolong, harap
kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
kata bantu : akan, sudah, pernah
kata penguat : sangat, amat, paling
kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi : tidak, bukan
kata pemeri : ialah, adalah
kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada
kata pembenar : ya, betul, benar
kata bilangan : dua, segala, banyak
kata arah : atas, bawah, tepi
ZURAIDA BINTI OTHMAN
PGSR/BM/2008

Anda mungkin juga menyukai