Anda di halaman 1dari 13

Faktor-faktor kejatuhan sesebuah Tamadun

Setiap tamadun sememangnya akan mengalami kemerosotan dan ada pula yang runtuh
secara mendadak. Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibn Khaldun. Menurut beliau,
sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui
tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.

Beliau turut membahagikan kadar tempoh sesebuah peradaban kepada empat generasi
iaitu:
a. Generasi pengamal
b. Generasi pengikut
c. Generasi pemelihara tradisi
d. Generasi pemusnah tradisi

1. Keruntuhan akhlak
Keruntuhan akhlak dalam masyarakat khususnya di kalangan pemimpin adalah factor
kemerosotan sesebuah tamadun. Penghayatan nilai-nilai murni tidak dipedulikan lagi. Sikap
berfoya-foya, amalan rasuah, tamakkan kuasa berlaku secara berleluasa. Contohnya
empayar moghul dan kesultanan Delhi.

2. Perpecahan di kalangan masyarakat


Perpecahan di kalangan masyarakat turut membantutkan perkembangan tamadun.
Contohnya pertentangan antara kaum mawali berbangsa Parsi dengan Bani Umaiyah
menyebabkan kerajaan Bani Umaiyah merosot.

3. Ketidakadilan
Ketidakadilan yang berlaku seperti wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan
kaya dan miskin juga menjadi punca kemerosotan sesebuah tamadun. Contohnya di Yunani
terdapat golongan hamba abdi yang hidup melarat yang ditindas dan dikerah untuk
mengusahakan tanah golongan berharta telah menyebabkan pemberontakan di kalangan
masyarakat bawahan.

4. Ketidakstabilan politik
Perpecahan dikalangan negara kota dan wilayah-wilayah yang dijajah.

5. Bencana alam atau malapetaka


Menyebabkan berlaku kerosakan harta benda secara besar-besaran seperti banjir, wabak
penyakit dan sebagainya. Contoh Athens – serangan wabak penyakit yang mengakibat
kematian penduduk dan pemerintahnya iaitu Pericles.

6. Penerimaan perubahan
sikap tidak mahu menerima perubahan juga boleh membantutkan perkembangan tamadun.
Sikap seperti ini merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang
seterusnya membawa kepada masyarakat berkeadaan beku atau static berpanjangan.
Contohnya kerajaan Turki Uthmaniyyah.
IktibarDari Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah

Pengenalan

Pembentukan kerajaan Turki merupakan proses sejarah yang panjang dan tidak terjadi dengan
tiba-tiba. Dalam sejarahnya selama lima abad iaitu bermula pada akhir abad ke-13 hingga awal
abad ke-19 kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengalami pasang surut. Pada satu sudut, dapat
dilihat sebuah sistem politik yang diwarisi dari Kerajaan Turki Saljuk dan mengalami
perkembangan yang gemilang dan akhirnya mengalami kemerosotan.

Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan
wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan
Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa
pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada
tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini
adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah
membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan.

Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks
bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses
keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan,
Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang
akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniyah sehingga memberi kesan kepada
negara-negara Islam di sekitarnya yang turut terkena tempias akibat kemerosotan Turki
Uthmaniyah.

2.0 Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah


Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Antara
faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik,
ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan. Justeru kelemahan-
kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

2.1 Politik
Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah
mengalami kemerosotan. Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan
pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah. Hal ini merupakan pendorong ke
arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.
Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan
kemunduran. Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta
yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan
itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral.
Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga
mempunyai 118 orang anak. Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100 000 orang dan
menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000 orang daripadanya. Kehidupan sultan yang hidup
bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa
kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.

Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti. Namun,
tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah
kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah. Sistem syura tidak
diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan. Keadaan ini
telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan
ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan
kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu dalam istana. Kelemahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas
kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.
Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh Bonda dan tiga orang
isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara
Mustafa. Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara. Oleh itu, kelemahan
dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai
atasan. Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya telah ditinggalkan
yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan dan memilih putera
sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai. Hal ini dapat dibuktikan
dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilh bukan berdasarkan kemampuan yang unggul.
Di samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui penghapusan aristokrasi tentera
lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera
hamba mejadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah
membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam
tentera. Jelaslah bahawa faktor politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar
Turki Uthmaniyah.

2.2 Ekonomi
Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam
kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan
didasari oleh kebolehan. Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada
sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada
perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan
membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah.

Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kegiatan


perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah.
Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang
perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing dengan
Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. Dalam pada itu, sistem
kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan
menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki. Selain itu, kemunduran dalam ekonomi
Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti. Pendapatan yang semakin
berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan
perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah. Kesannya, kegemilangan
Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan.

2.3 Sosial
Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah
menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor
terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara
golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan
dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan
Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera
empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah
dalaman yang teruk sehingga membawa kepad kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada
kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan
menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini
dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak
dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat
bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah menimbulkan kekacauan dalam
pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan
Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik
untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh
jawatan berkenaan. Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah.

Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan
empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan
tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan
menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Di samping itu, golongan istana juga
terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras,
dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara. Jelaslah bahawa
permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyah.

2.4 Pengaruh Luar


Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.
Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong
perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan
perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran
kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah
akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.
Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar
tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan
bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah
Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan
Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan. Penyatuan Prince
Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden
pada tahun 1716. Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah.

Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan
kerajaan Turki Uthmaniyah. Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah
yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit
yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgrad,
sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin telah ditandatangani
selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki terpaksa menyerahkan
Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah
mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran merupakan punca kepada
kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas
berlakunya zaman gelap.

3.0 Kesan Terhadap Negara-Negara Islam


Kejatuhan Turki Uthmaniyah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada negara-negara
Islam dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Hal ini merupakan petunjuk kepada pengakhiran
kegemilangan kerajaan Islam yang dahulunya telah berkembang pesat. Rentetan kejatuhan ini
menyerlah ketika Mustafa Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai negara republik.

3.1 Politik
Kejatuhan Turki Uthamniyah telah memberi kesan kepada negara Islam yang lain dari aspek
politik. Antaranya ialah kehilangan institusi khilafah dalam kerajaan Islam dan perpecahan
negara-negara Islam di bawah satu pemerintahan. Hal ini telah memberi kesan yang buruk dalam
politik negara Islam. Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah, setelah bertukar menjadi negara
republik menyebabkan institusi khalifah telah hilang dan membawa kesan yang buruk kepada
suasana politik negara Islam. Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal menggantikan Kesultanan
Uthmaniyah dan menjadi Pemoden Turki muda dan membawa perubahan dalam sistem politik
Turki. Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di bawah pemerintahan Reza
Shah yang memperkenalkan sebuah parti sahaja, sama dengan Parti Republikan Rakyat
Antartuk. Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah di negara-negara
Islam.

Kesan yang jelas kelihatan adalah perpecahan wilayah umat Islam yang dulunya di bawah
pemerintahan Turki Uthamaniyah. Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naungannya
telah membebaskan diri dan di takluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti
Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia, Herzegovina dan di tempat-tempat lain
membebaskan diri menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Hal ini dibuktikan lagi dengan
perpecahan wilayah Turki Uthamaniyah. Raja Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari
bumi Hijaz. Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki.
Jelaslah bahawa kejatuhan Turki memberi implikasi kepada negara-negara Islam yang lain.

3.2 Ekonomi
Ekonomi negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki
Uthmaniyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang kerana negara terpaksa membuat
perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah menyebabkan negara Islam yang
dahulunya di bawah pengaruh seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan
ekonomi. Negara Islam semakin teruk terjejas ekonominya apabila selepas tamat Perang Dunia 1
kerana dengan persetujuan Sykes-Picot 1916 wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan
kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Hal ini menyebabkan ekonomi negara Islam yang
dibahagikan telah terjejas akibat daripada penguasaan orang Eropah.

Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai
perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediternean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain.
Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai ekonomi negara Islam. Contohnya,
Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir
memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran
saham. Selain itu, penguasaan Soviet Union yang menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah
perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah
melemahkan ekonomi negara Islam.

3.3 Sosial
Kesan yang paling ketara yang menimpa negara Islam adalah aspek sosial akibat kejatuhan Turki
Uthmaniyah. Kemerosotan tindak tanduk sosial hasil daripada kejatuhan Turki telah
mempengaruhi negara Islam yang lain. Permodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam
yang lain. Hal ini dapat dibuktikan kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran yang
berpendapat bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci kepada reformasi sosial. Kebudayaan
Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam. Kejatuhan
Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa
kepada perpecahan umat Islam. Contohnya, Inggeris menggalakkan pemisahan kaum Assyria
dengan menubuhkan tentera khas untuk menindas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara
Iraq. Jelaslah bahawa perpaduan umat Islam mula retak selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah.

4.0 Penutup
Turki Uthmaniyah mempunyai sorotan sejarahnya yang tersendiri yang telah melalui era
kegemilangan, kemerosotan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan. Kedudukan kuasa Turki
Uthmaniyah yang besar dan luas pada suatu ketika dahulu telah hilang sama sekali pada
penghujung abad ke-18 dan yang tinggal hanya beberapa daerah kecil yang masih berada di
bawah taklukan Sultan Turki. Pengakhiran kerajaan Turki Uthmaniyah bermula selepas Mustafa
Kamal Antartuk mengisytiharkan Turki sebagai kerajaan Republik.

Sejarah telah memperlihatkan kejatuhan Turki akibat masalah dalaman dan luaran yang tidak
dapat diselesaikan secara sistematik. Antara masalah tersebut adalah kelemahan Sultan Turki,
pemberontakan, penyelewengan seperti rasuah, ekonomi yang tidak teratur, tentera yang lemah
dan pengaruh luaran akibat daripada kebangkitan Eropah. Masalah ini telah menyebabkan
kejatuhan Turki Uthmaniyah dan memberi tempias kepada negara Islam yang lain sama ada dari
aspek ekonomi, sosial dan politik. Di samping itu, kejatuhan Turki sering dikaitkan dengan
permasalahan pemimpinnya yang mementingkan hiburan dan keseniaan. Hal ini dibuktikan
dengan kenyataan orientalis barat yang mengatakan bahawa salah satu faktor kejatuhan Turki
Uthmaniyah adalah disebabkan oleh pemimpin dan sehingga rakyat golongan yang
mementingkan hiburan dan keseronakkan. Oleh itu, sewajarnya keadaan ini dijadikan iktibar dan
sehingga kebangkitan semula institusi Khilafah seterusnya Islam kembali terbilang.
HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA
PENENTANGAB GOLONGAN QURAISY DAN LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL
OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W UNTUK MENGATASINYA

A. PENGENALAN ( 3m)

1. Pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi, Nabi Muhammad s.a.w menerima
wahyu yang pertama Surah Al – Alaq ayat 1- 5 daripada Malaikan Jibrail, ini
bermakna dengan rasminya Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul dan era Islam
akan bermula yang seterusnya akan menghancurkan era zaman jahiliah.
2. Turunnya wahyu ke dua surah Al Muddathir ayat 1-7 menjadi permulaan episod
dakwah Nabi Muhammad s.a.w, kepada penduduk Makkah bagi memberi peringatan
kepada manusia tentang azab Allah bagi mereka yang ingkar dan syurga bagi
mereka yang taat kepada perintah Allah.
3. Dakwah secara sulit disampaikan kepada mereka yang karib dan kenalan rapat
dengan baginda selama 3 tahun dengan penuh waspada agar matlamat dakwah
tercapai terutamanya apabila umat Islam belum ada kekuatan disamping bilangan
anggotanya amat sedikit. Rumah Al – Arqam bin Abi Al – Arqam dijadikan markan
untuk Nabi Muhammad s.a.w memberi penerangan, tunjuk ajar serta bimbingan
kepada orang Islam. Hasilnya lebih kurang 40 orang telah menerima Islam.
Seterusnya apabila Nabi Muhammad menerima wahyu Allah dalam Surah Al – Hijr
ayat 94 yang bermaksud “ sampaikanlah oleh mu secara terang – terangan segala
apa yang diterangkan dan berpalinglah oleh mu secara terang – terangan. Dermulalh
dakwah secara berterangan yang disampaikan oleh Rasullah kepada kaum kerabatnya
Bani Hashim dan mengumpulkan orang ramai di Bukit Safa yang terdiri daripada
bani Fihr dan Bani Adi. Rasullah telah menyeru orang Arab supaya menyembah
Allah yang esa dan meninggalkan penyembahan berhala dan tegas mengingatkan
bahawa azab Allah s.a.w sangat hebat dan dahsyat bagi orang yang tidak beriman.
4. Latar-belakang Kota Makkah

B. ISI-ISI PENTING ( 5 isi x 2m = 10 m )

Pihak Quraisy mula menentang

1. Ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh. Sebelum kepimpinan Kota Mekah terletak di tangan
Hashim, moyang Nabi Muhammad dan Abd. Mutalib. Setelah itu berpindah ke tangan Abu
Talib, bapa saudara baginda. Besar kemungkinan kepimpinan itu akan diwarisi oleh Nabi
Muhammad kerana keupayaannya yang luar biasa itu. Jika mereka memeluk Islam dan mengikut
baginda bermakna kepimpinan itu akan terus berada di tangan Bani Hashim.
2. Kerana persamaan taraf, agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ialah agama
tauhid yang menyeru kepada keadilan sosial dan persamaan taraf sesama manusia. Hal ini sangat
bertentangan dengan system sosial jahiliyah yang masih dikuasai oleh kaum bangsawan Quraisy.
Mereka ini masih berpegang dengan taraf dan kedudukan sosial yang berbeza. Dengan terlaksana
ajaran Islam maka bermakna tidak ada beza antara ketua dan pengikut antara yang kaya dan yang
miskin dan antara tuan dengan hamba. Semua manusia pada pandangan Islam adalah sama
kecuali bagi orang bertaqwa.

3. Kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah kerana mahu pertahankan pusaka nenek
moyang. Mereka akan kehilangan kedudukan dari sudut sosial dan politik serta ekonomi seperti
amalan sembah berhala yang tidak lagi dibenarkan dalam Islam. Kaum Quraisy hilang punca
rezeki daripada penjualan berhala dan patung berhala akan pupus. Amalan buat dan jual patung
berhala adalah warisan nenek moyang dan ini sebabkan ajaran Nabi Muhammad ditentang
kerana dianggap mencela agama berhala.

4. Kaum Quraisy takut hari pembalasan seperti yang dibawa oleh ajaran Islam. Konsep dosa
pahala dan seksa neraka dan hari kiamat begitu menakutkan kaum Quraisy Mekah kerana
mereka sedar telah banyak lakukan perkara keji dalam Islam seperti rompak dan zina. Keadaan
ini berbeza dalam amalan sembah berhala kerana segala dosa dapat dihapuskan menerusi
pengorbanan terhadap berhala.

5. Kaum Quraisy Mekah tentang Rasulullah kerana irihati kedudukan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai nabi dan rasul.

Langkah – langkah Yang Diambil Oleh baginda Untuk Mengatasinya.


( 5 isi x 2 m = 10 m )

1. Di peringkat awal penentangan rasullah dan penganut Islam lebih bersikap


sabar menghadapi segala tindakan kaum Quraisy sehingga tawaran para
Malaikat untuk membantu baginda untuk mengangkat bukit Safa untuk
ditimpakan ke atas orang – orang Taif yang menyakiti baginda pun ditolak.
Baginda terus berdoa ‘Ya Allah berilah petunjuk kepada kaumku kerana
mereka tidak tahu”.

2. Menebus hamba yang diseksa oleh tuanya dan memberikan bantuan kepada
orang – orang yang lemah yang dizalimi dan ditindas. Misalnya Bilal yang
diseksa oleh tuannya Umayyah bin Khalaf telah dibeli oleh Saidina Abu
Bakar lalu dimerdekakannya. Saidina Uthaman bin Affan dan Saidaitina
Khadijah juga banyak mengorbankan harta benda mereka untuk membantu
orang – orang Islam masa itu.

3. Melakukan hijrah ke Habsyah untuk meringankan beban kezaliman yang


dilakukan oleh orang – orang Makkah. Rasullah mencadangkan agar umat
Islam berhijrah ke Habsyah ( Ethopia ) kerana rajanya pada masa itu
beragama Nasrani dan bersikap adil. Hijrah ke Habsyah berlaku sebanyak 2
kali. Kali pertama pada tahun ke – 5 kersaulan nabi Muhammad yang terdiri
daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Pada kali ke dua pada tahun
ke – 7 kerasulan nabi Muhammad terdiri daripada 83 lelaki dan 18 orang
perempuan yang diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Turut serta ialah Sadina
Uthman bersama isterinya Ruqaiyah puteri Rasullah, Abu Huzaifah dan isteri,
Zubir bin Al – Awwam, Mus’ab bin Umair, Abdul Rahman bin Auf dan
ramai lagi.

4. Berlindung di bawah perlindungan orang – orang Makkah yang


mempunyai kedudukan terutamanya daripada Bani Hashim sendiri ( konsep
jiwar ) Nabi dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib. Para hamba yang
telah dibeli dan dimerdekakan diberi perlindungan di bawah orang – orang
yang mempunyai kedudukan. Menerusi undang – undang tetamu atau Jiran (
qanun al – Jiran ) orang – orang Islam ketika itu terjamin keselamatan
mereka.

5. Hijrah Rasullah s.a.w, bersama Saidina Abu Bakar ke Madinah telah


diberitahu oleh Allah ketika kaum Quraisy bersepakat mengambil tindakan
mengepung rumahnya dan hendak membunuh baginda. Hijrah yang berlaku
pada 16 julai 622 Masihi ini telah membawa sinar baru kepada seluruh umat
islam ketika itu. Kejayaan hijrah ini adalah daripada pancaran yang teliti dan
strategi yang berkesan. Kumpulan demi kumpulan umat Islam tiba di
Madinah. Dan menumpang tinggal dan kasih sayang bersama para sahabat
golongan Ansar. Akhirnya sebuah negara Islam yang kuat dan mantap dibina
dibawah pimpinan Rasullah dengan bantuan para sahabat.

6. Nabi mencari tapak yang baru dengan pergi ke Taif

7. Nabi sentiasa berdoa kepada kaumnya terutama dengan pengislaman Saidina


Umar Al-Khattab

C. KESIMPULAN ( 2m )

Kesabaran dan kekuatan iman umat Islan dalam mengadapi penentangan di samping
perancangan strategik yang berkesan pasti akan membuahkan kejayaan dengan izin Allah.
BAB 1 TAMADUN ISLAM
MAKSUD JAHILIAH

Masyarakat arab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan PANDANGAN AL -
QURAAN Surah – Suarah Yang Menceritakan Tentang Jahiliah:- Surah Al – Hijr Ayat 25.
Surah Al – Rum Ayat 20 Al – Quraan Merumuskan Tiada Nabi. Tiada Mempunyai Peradaban.
Tidak Berakhlak. Tidak Boleh Membaca & Menulis. BiLA Mula ? Dengan Keruntuhan Zaman
Jahiliah Bermula Empangan Maarib Hingga Turunnya Al - Quraan CIRI – CIRI JAHILIAH “
AGAMA : Wathani Majusi. Yahudi. Nasrani.Hunafa. Animisme

Faktor perkembangan agama Pengaruh asing melalui:- hubungan perdagangan. kegiatan


diplomatik. kegiatan aktiviti agama. Pengaruh kuasa asing. kuasa rom ( nasrani ) kuasa parsi.
( majusi )

AGAMA MAJUSI Punca Berlakunya: Umar Bin Luai. Sikap Mengagongkan Kaabah. Hajar Al
– Aswad. Berhala Diperbuat Daripada Batu.Emas,Perak,Makanan.

Berhala – Berhala Yang Terdapat Di Kota Makkah. Al – Latt.Al – Manat.Al – Uzza.Al – Manar
Hubal. Makkah Pusat Agama Berhala. Musin Haji, Ada Kegiatan Jual Beli Berhala Di Pasar
Ukaz. Ada 360 Jenis Berhala Di Kaabah. Berasal dari parsi. Api lambang agama ini. Tiada nabi
& rasul. Mengikut nabi – nabi palsu.

3 mazhab:- Kayumarthian Zarwaniyah. Zaradustiyah Banyak di anuti di :- yaman. oman bahrin.


Mereka memuja api. Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari.
Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

ANIMISME Mempercayaai roh. Roh. Penunggu. Kuasa ghaib. Menyembah matahari.


Menyembah cakrawala. Kepercayaan karut & tahyul

AGAMA YAHUDI • Dibawa oleh nabi musa. • Kitab taurat. • Kaum bani israiel. • Mengubah
kitab suci taurat. • Yusuf dhu nuwas – pemerintah kerajaan himyar.

AGAMA NASRANI • Dibawa oleh nabi isa. • Kitab injil. • Bani israil – penganut utama. • Ubah
suai. • Ahl – kitab – penganut tulen. • Disebarkan ke sta melalui oleh penduduk ghasan dan
hirrah

SOSIAL

2 jenis masyarakat arab arab hadari ( (bandar ). arab badwi ( luar bandar )
Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang. Tawanan menjadi hamba. Berpuak –
puak Hidup secara berkelompok atau bersendirian. Mengamalkan sistem kabilah. Tujuan mereka
sering berperang: Mendapatkan makanan & air. Dendam. Meluaskan pengaruh. Perselisihan
faham

2 GOLONGAN :- Badwi. Hadari. Semangat assabiyyah. Sistem kabilah. Sering berperang


sesama sendiri. Tawanan dijadikan hamba.

Wanita golongan paling hina Hanya alat memuaskan nafsu. Sanggup membunuh bayi
perempuan. Berkahwin tanpa had & batasan. Hamba – golong paling hina. Corak kehidupan
yang bertentangan dengan tamadun

EKONOMI : • Keruntuhan empangan maarib. • Pendudk di selatan sta berhijrah ke utara. •


Perdagangan. • Rompakan. Mengenakan ‘riba’ • Bentuk penindasan. • Kegiatan penternakan -
badwi

ILMU PENGETAHUAN : • Tidak mempunyai ilmu. • Tidak mewarisi kegemilangan imu


kerajaan saba. • Penyebaran ilmu yang terbatas. • Hanya 17 orang yang celik huruf. • Buta huruf
begitu meluas. • Tumpukan bidang hafalan & ingatan. • Mahir dalam bidang syair & khutbah. •
Tidak tahu membaca & menulis. • Perubahan berlaku selepas kehadiran islam & nabi
muhammad. • Sinar baru selepas kedatangan islam.

RUMUSAN :

Kehidupan masyarakatarab jahiliah bercirikan unsur gasar yang berlawanan denga ketamadunan
namun kedatangan islam membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.