LATAR BELAKANG
Bandura lahir pada tanggal 4 Desember 1925 di Mondare alberta berkebangsaan Kanada. Ia
seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri.
Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan anak
meniru secara persis perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.
“Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing
others and gradually acquire control over their own behaviour’
( Bandura 1986, 1997 )
Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’.
Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau
dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang
optimum kepada kefahaman pelajar.
Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan berbuat
demikian:
1) Tumpuan ('Attention')
Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model
untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek
memberi perhatian atau tumpuan tertakluk kepada nilai,
harga diri , sikap, dll yang dimiliki. m.s. seorang pemain
musik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku
pemain musik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya
yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social
Learning & Personality Development" menekankan
bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran
boleh berlaku. (baca eksperimen yang dijalankan disebelah).
2) Penyimpanan ('Retention')
Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu
dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan
peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.
3) Penghasilan ('Reproduction')
Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku,
subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau
menghasilkan apa yang disimpan dalam bentuk tingkahlaku.
m.s. memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah
tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan
komponen-komponen tingkahlaku yang telah
diperhatikan.
4) Motivasi
Juga penting ialah untuk sujek berkenaan mempunyai sebab
dan keinginan untuk meniru.
• Rumusan :
Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui peniruan/ permodelan.
Kumpulan A menunjukkan tingkah laku lebih agresif dari orang dewasa. B dan C tidak
menunjukkan tingkah laku agresif.
RUMUSAN :
Tingkah laku peniruan/permodelan adalah hasil dari peneguhan.
Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra sekolah. Subjek dalam kumpulan eksperimental
didedahkan kepada model manusia sebenar, katun atau model dalam filem yang terlibat dengan
tingkahlaku agresif terhadap patung (doll) plastik yang besar. Subjek-subjek itu mungkin
memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu. Manakala dalam
kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun
terhadap patung plastik. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan
eksperimental mempamerkan tingakahlaku agresif apabila dibiarkan bersama patung plastik
berkenaan.
JENIS-JENIS PENIRUAN
1. Peniruan langsung
- Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui proses perhatian.
3. Peniruan gabungan
• Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar.
• Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dpt meniru dengan cepat.
• Hasilan guru dpt kraftangan, lukisan atau ABM hendaklah bermutu tinggi.
• Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sbg model.
• Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan
simulasi.
• Memberi peneguhan yang positif selepas reproduksi
• Menyediakan situasi pembelajaran tanpa gangguan
• Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai