Anda di halaman 1dari 18

Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

PENGENALAN

Personaliti bermakna sahsiah atau akhlak yang tertonjol pada diri seseorang. Akhlak
ini terbahagi kepada dua iaitu akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela. Ia merangkumi
dua dimemsi iaitu yang zahir dan batin.

Persoalannya, bagaimanakah manusia ingin melapaskan diri daripada kongkongan


akhlak yang tercela? Justeru, lahirlah pelbagai teori yang cuba merungkai permasalahan ini
seperti Sigmund Freud, Carl jung, Alfred Adler dan ramai lagi termasuk personaliti dari
sudut pandangan Islam.

Namun ahli-ahli teori personaliti mengemukakan pandangan yang berlainan tentang


teori personality mempunyai pengalaman yang berlainan dalam kehidupan mereka. Oleh itu
teori-teori mereka telah dipengaruhi oleh faktor peribadi sendiri, aliran pemikiran pada
zaman dan ciri-ciri ahli dalam kelompok. Teori personaliti yang dikemukakan oleh ahli
psikologi banyak bergantung kepada peristiwa penting dalam kehidupan peribadi dan
budaya yang ada di persekitaran mereka.

Walau bangaimanapun, sekurang-kurangnya ada tokoh yang berani memperkatakan


tentang personaliti dengan tujuan untuk mengubah personaliti yang tidak sihat.

SEJARAH HIDUP ALFRED ADLER

1
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Adler dilahirkan pada 7 Februari 1870 di Viena. Merupakan anak ke dua daripada
enam adik beradik. Beliau merupakan seorang Yahudi yang berasal daripada keluarga
berstatus sosial ekonomi kelas menengah. Semasa Adler berusia lima tahun, beliau mengidap
penyakit pneumonia (radang paru-paru) yang hampir meragut nyawanya. Adler bertekad
untuk menjadi seorang doktor perubatan setelah sembuh daripada penyakit tersebut. Cita-cita
tersebut tidak berganjak sepanjang tempoh persekolahan dan zaman remajanya sehingga
beliau mempunyai ijazah kedoktoran dari Universiti of Vienna.

Di sekolah, beliau tergolong dikalangan pelajar-pelajar yang bermasalah. Gurunya


pernah sarankan supaya Adler berhenti daripada persekolahan kerana beliau tidak
menunjukkan prstasi yang baik dalam bidang akademik. Semasa berusia 28 tahun, Adler
telah menerbitkan karyanya yang pertama. Karya tersebut berkaitan dengan isu kesihatan
tukang jahit.

Buku itu menghuraikan kepentingan keperluan seseorang untuk melihat seseorang


individu itu secara keseluruhannya sebagai suatu entiti. Keinginan nafsu dan naluri tidak
mencukupi untuk menghuraikan tindak balas seseorang itu terhadap konsep tafsiran mimpi
yang dikemukakan oleh Frued dan mengambil kira pendapat mengenai tindak balas organik
terhadap aspek psikologi manusia. Adler menolak pendapat Freud yang mengatakan
pengaruh seks zaman kanak-kanak mempengaruhi tingkah laku seseorang.

Mimpi tidak dianggap sebagai satu usaha pemenuhan seks. Perbezaan itu merupakan
tanda-tanda perpecahan pendapat di antara Freud dan Adler. Adler telah menerbitkan buku
yang berjudul Understanding Human Nature(1912). Buku ini memusatkan intisari syarahan
beliau yang dijadikan rujukan wajib di kebanyakkan pusat pendidikan tinggi di Amerika
Syarikat. Pada tahun 1937, beliau meninggal dunia pada 1937 akibat sakit jantung.

2
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

LATAR BELAKANG TEORI ALFRED ADLER

Afred Adler mengemukakan beberapa perkara penting yang terdapat dalam teori
personaliti Freud. Antaranya mimpi dan pengalaman kanak-kanak mempengaruhi tingkah
laku seorang dewasa, sistem. Sistem personaliti merupakan sistem yang berkembang serta
pernyataan luaran berkait dengan masalah-masalah yang terpendam di alam bawah sedar.

Manusia sebagai makhluk sosial berkeinginan untuk berhubungan dengan ahli


masyarakat yang lain untuk memperolehi matlamat tertentu. Keinginan tersebut bukan
semata-mata didorong oleh keperluan ataupun esakan seks semata-mata. Keinginan tersebut
menampilkan seseorang itu sebagai individu yang berbeza dengan orang lain atau unik. Bagi
Adler, tujuan utama seseorang itu bertingkah laku adalah untuk memperoleh rasa selamat
dan mengatasi masalah inferioriti.

Pusat personaliti seseorang itu berasal dari alam sedar. Apabala menyedari dengan
jelas, seseorang itu akan mengarahkan dirinya untuk bertingkah laku. Antara usaha untuk
mengatasi masalah rendah diri ialah dengan mendorong diri ke arah kreativiti. Usaha yang
ditunjukkan ini memberi tafsiran kepada kita bahawa manusia bukanlah suatu makhluk yang
pasif ataupun menyerah kepada nasib semata-mata seperti yang diterapkan dalam teori
personaliti Freud.

Perkembangan personaliti berpusat kepada aspek-aspek dalaman individu. Kelebihan


yang terdapat dalam aspek ini ialah kendiri kreatif yang berfungsi untuk mentafsir semua
pengalaman yang dipunyai oleh individu. Apabila dibandingkan dengan teori personaliti

3
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

yang dikemukakan oleh Freud, teori personaliti yang dikemukakan oleh Adler tidak
mengandungi sebarang konsep yang agak kontroversial.

Matlamat teori ini agak jelas untuk menggalakkan perkembangan individu, keluarga
dan masyarakat ke arah kehidupan demokrasi yang berlandaskan kerjasama dan persamaan
sosial. Pendekatan ini mengimbangkan keperluan individu secara optima dan tanggung
jawab sosial kepada masyarakat. Oleh itu, teori personaliti yang dikemukakan oleh Adler
merupakan teori personaliti yang pertama menyentuh aspek kesihatan mental.

KONSEP-KONSEP ASAS TEORI PERSONALITI ALFRED ADLER

Terdapat enam konsep utama dalam teori personality Alfred Adler iaitu :
I. Kendiri kreatif
II. Gaya hidup
III. Minat sosial
IV. Perasaan Inferio dan pampasan
V. Superioriti
VI. Fictional Finalism

Kendiri Kreatif

4
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Penemuan Alfred Adler adalah sangat besar dalam bidang psikologi. Kemuncak
huraiannya ialah Teori Personaliti iaitu kendiri kreatif yang dipunyai oleh setiap manusia
yang normal. Kendiri kreatif menjadikan seseoarang mempunyai personaliti yang teragung
dan ia juga merupakan pengantara di antara ransangan dan gerak balas. Perantara kendiri
kreatif boleh diaktifkan seoptima yang mungkin. Kendiri kreatif mewarnai seluruh
kehidupan seseorang individu serta ia juga menjadi penentu utama masa depan kepada
seseorang individu dalam usahanya untuk mencapai sesuatu yang dihajatinya.

Gaya Hidup

Matlamat utama kehidupan seseorang individu ialah nirwana kendiri ataupun


kesempurnaan. Seserang individu akan berusaha untuk mencapai cita-cita melalui tingkah
laku yang spesifik. Setiap individu mempunyai perwatakan,perangai dan tabiat spesifik yang
berbeza. Perbezaan ini digelar sebagai gaya hidup. Untuk memahami perbezaan gaya hidup
ia hendaklah dirujuk kembali kepada konsep Inferioriti dan keseimbangan. Contohnya bayi
mengalami inferiority dengan memberi perangsang untuk menjadi seorang yang ringan
tulang dan tidak bergantung kepada orang lain. Bagi memperolehi keseimbangan tersebut,
seseorang kanak-kanak memerlukan satu set tingkag laku.

Set tingkah laku terbentuk dengan memberi keseimbangan terhadap inferiority yang
dialami. Aktiviti ataupun kegiatan yang dilakukan dikenali sebagai pasti ataupun dipengaruhi
oleh gaya hidup seseorang. Gaya hidup juga boleh dipelajari daripada interaksi sosial pada
masa kanak-kanak. Gaya hidup terbentuk dengan nyata dan kekal pada semasa kanak-kanak
berumur empat ataupun lima tahun, gaya hidup yang terbentuk ini amat sukar untuk diubah.

5
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Interaksi sosial sangat penting dilalui oleh kanak-kanak ialah interaksi penghubung
kanak-kanak, ibu bapa dan urutan kelahiran. Contonya ialah kealpaan ibu bapa gagal
memberikan masa secukupnya kepada anak-anak akan membentuk Inferioriti dalam diri
kanak-kanak tersebut. Kesannya kanak-kanak sukar meniru dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat sekeliling.Kanak-kanak tersebut juga mudah mempinyai perasaan balas dendam
dan hasad dengki terhadap kejayaan orang lain dan merasakan apa yang difikirkan
bersesuaian dengan perkara-perkara yang dilakukannya.

Dalam konteks ini,Adler telah menganggapn manusia sebagai deterministic iaitu


bersamaan dengan anggapan Sigmund Freud. Namun begitu menurut Adler manusia
bukanlah mangsa yang sepenuhnya interaksi ataupun ransangan yang diwujudkan semasa
interaksi sosial.Beliau juga mengaitkan tanggapan ini dengan konseo-konsep kendiri kreatif.

Minat Sosial

Konsep merujuk kepada potensi dalaman individu untuk bekerjasama dengan orang
lain bagi mencapai matlamat peribadi dan masyarakat (Ansbacher dan Ausbacher,1956).
Adler mempercayai hidup bersama orang lain ataupun bermasyarakat merupakan perkara
utama yang harus dicapai dalam kehidupan.

Tahap penyesuaian sosial merupakan sebahagian gaya hidup seseoarang


mempengaruhi cara-cara kita untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Menurut Adler,
seseorang lebih dipengaruhi unsur sosial berbanding dengan unsur-unsur biologi. Potensi
minat sosial terdapat dalam diri setiap individu. Untuk membangkitkan dan melebarkan
minat sosial yang sedia ada dalam diri individu ia bergantung kepada pengalaman sosial
semasa kana-kanak.

6
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Awal kehidupan manusia tidak hidup bersendirian. Seseorang manusia mempunyai


keluarga,puak ataupun kaum dan yang seterunya ialah negeri ataupun negara. Ahli komuniti
bergantung kepada ahli-ahli yang lain bagi tijuan keselamatan dan kehidupan. Tujuan
tersebut menuntut seseorang individu supaya memberi kerjasama dan membenarkan individu
mengamalkan minat sosial yang dipunyai untuk menerima dan mencapai matlamat diri dan
komuniti.

Adler telah menegaskan bahawa perlunya dipupuk hubungan yang baik diantara si
ibu dengan si anak yang baru dilahirkan. Begiti juga dengan hubungan yang konstruktif
mengenai kanak-kanak dengan ahli keluarga dan guru-guru ataupun penjaganya.Ibu adalah
orang yang pertama berhubung dengan bayi dan boleh mempengaruhi serta
mempertingkatkan minat sosial ataupun merencatkan minat tersebut. Walaubagaimanapun,
proses ini bergantung kepada cara bayi menginterprestasikan tingkah laku ibu mereka.
Kaedah ini mengingatkan kita kepada konsep kendiri kreatifyang kita huraikan.

Perasaan Inferrior dan Pampasan

Inferioriti merupakan salahsatu istilah psikologi yang berasal daripada kaedah-kaedah


yang diperkenalkan oleh Alfred Adler untuk mendalami aspek personality manusia. Adler
percaya bahawa perasaan inferiority sentiasa wujud dan memberi motivasi kepada
perkembangan personality manusia. Inferioriti merupakan perkara umum yang berlaku
dikalangan manusia yang tidak menunjukkan tanda kelemahan dan abnormal kepada
seseorang individu. Perasaan inferiority juga merupakan sumber kepada perjuangan manusia
dan mewarnakan keseluruhan tingkah laku individu. Perkembangan individu merupakan
hasil daripada usaha kita untuk mengimbangi perasaan inferioriti.

7
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Proses inferioriti bermula sejak bayi lagi. Bayi kecil ( fizikalnya ) adalah bergantung
sepenuhnya kepada orang dewasa khususnya ibu bapa mereka.Seorang bayi mula menyedari
kekuatan yang dipunyai oleh penjaga mereka disamping kelemahan yang menghantui
dirinya.Adalah sukar bagi seorang bayi untuk mencabar sumber kekuasaan orang
dewasa.Kesannya, seseorang bayi mula mengembangkan perasaan inferioriti yang relatifnya
bergantung kepada kekuatan orang dewasa yang ada disekelilingnya.
Pengalaman ini dilalui oleh setiap individu yang tidak boleh diwarisi secara genetic.
Pengalaman ini adalah hasil daripada interaksi dengan persekitaran. Inferioriti bukan sahaja
merupakan jalan keluar daripada tekanan yang dihadapi oleh bayi tetapi juga merupakan satu
bekalan semangat untuk berjuang dan berkembang di kemudian hari .

Kadang kala proses inferioriti tidak berlaku dengan begitu mudah seperti yang
diterangkan. Terdapat beberapa masalah bagi seseorang bayi yang tidak berjaya
mengimbangi masalah inferioriti tentang dirinya sendiri. Kegagalan untun mengimbangi
perasaan inferioriti menghasilkan inferioriti kompleks. Inferioriti kompleks merupakan
seseorang yang mempunyai pandangan yang sempit terhadap dirinya sendiri dan sukar untuk
menyahut cabaran kehidupan,tidak berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah kehidupan.
Menurut Adler, inferioriti kompleks bermula melalui tiga cara :

a. Inferioriti Organik

Disebabkan oleh kekurangan yang terdapat pada struktur fizikal seseorang yang
mengalami kecacatan. Biasanya individu yang mengalami kecacatan fizikal akan
bersungguh-sungguh untuk membuktikan bahawa kecacatan fizikal bukanlah penyebab
kepada kegagalan termasuklah mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan, aktivis masyarakat
ataupun penghibur .

8
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

b. Kemanjaan ataupun tabiat buruk

Kanak-kanak mempunyai tabiat buruk ataupun kemanjaan yang dikatakan menjadi


pusat perhatian di rumah. Semua kehendak mereka diikuti oleh orang dewasa, hanya sedikit
sahaja kehendak yang tidak dilayan. Akibatnya golongan ini merasakan mereka merupakan
individu penting dalam sebarang situasi.

Mereka beranggapan bahawa orang lain yang ada disekeliling mereka memberi
perhatian yang sepenuhnya kepada mereka. Masalah inferioriti kompleks mula timbul di
sekolah ( mungkin pada hari pertama persekolahan ). Apabila kanak-kanak tersebut tidak lagi
menjadi pusat perhatian utama seperti di rumah, situasi ini merupakan suatu kejutan yang
tidak disangkakan oleh kanak-kanak tersebut kerana kanak-kanak tersebut tidak bersedia lagi
untuk menerima keadaan ini.

Kanak-kanak yang mempunyai tabiat buruk ataupun kemanjaan seperti mempunyai


perasaan sosial yang minima. Kana-kanak tidak sabar dalam menghadapi sesuatu masalah
ataupun desakan apabila berinteraksi dengan orang lain. Dalam erti kata lain, mereka tidak
mahu belajar untuk bersabar bagi mendapatkan sesuatu yang mereka mahu.

Kanak-kanak yang tidak belajar cara menghadapi dan menyelesaikan masalah


ataupun menyesuaikan diri dengan kehendak orang lain lain. Apabila berhadapan dengan
suasana ini, dalam konteks penghargaan diri kanak-kanak mempunyai sifat kemanjaan atau
tabiat buruk yang merasakan mereka mempunyai beberapa bentuk kekurangan diri yang

9
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

menyebabkan mereka seperti terbuang apabila berhadapan dengan masyarakat. Kesannya


inferioriti kompleks akan terbentuk.

c. Kanak-kanak yang tidak diterima

Kanak-kanak yang tidak diterima atau dilupakan kehadiran mereka akan mudah
membentuk inferioriti kompleks dalam diri mereka. Kehidupan semasa bayi dan kanak-
kanak diwatakkan oleh kekurangan kasih saying dan keselamatan kerana ibu bapa kerana ibu
bapa tidak memainkan peranan yang sepenuhnya. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan
merasakan dirinya tidak berguna,pemarah dan tidak mempercayai kepada sesiapa.

Alfred Adler tidak meninggalkan hujah beliau mengenai inferioriti kompleks begitu
sahaja. Sebaliknya beliau mengemukakan konsep superiority kompleks. Konsep ini merujuk
kepada kebolehan seseorang untuk mengendalikan dirinya sama ada dalam bentuk dalaman
ataupun luaran .

Superioriti

Konsep asas adalah dikatakan sangat penting dalam teori personaliti yang
dikemukakan oleh Alfred Adler. Superioriti ini merupakan hala tuju atau cita-cita yang
hendak dicapai dalam kehidupan kita. Ianya bukan bermaksud satu usaha yang menandingi
orang lain dan ianya tidak merujuk ataupun menunjukkan perkaitan lansung dengan konsep
superiority kompleks. Superioriti bukannya memberi implikasi seseorang itu berusaha untuk
mendominasikan orang lain dari segi idea ataupun kebolehan yang bertujuan menonojolkan
diri. Jadi apakah yang dimaksudkan oleh Adler mengenai istilah superioriti tersebut ?

10
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Menurut Adler, istilah superioriti ataupun kesempurnaan berasal daripada istilah


Latin yang bermaksud ‘lengkap’ ataupun ‘selesai’. Jadi beruasaha kearah kesempurnaan
bermaksud berikhtiar untuk melengkapkan diri secara keseluruhannya. Tujuan kehidupan
manusia dalam mengejar dan mencapai keseluruhan potensi diri dan melengkapkan diri kita
dengan potensi-potensi tersebut.

Tujuan murni ini menorientasikan sikap dan tingkah laku kearah masa depan.
Harapan kita pada masa hadapan ialah memotivasikan manusia.Hanya cita-cita manusia
untuk mencapai superiority ataupun kesempurnaan mampu dan berupaya menerangkan
dengan lebih panjang lebar mengenai tingkah laku dan sikap seseorang. Bertentangan dengan
huraian oleh Sigmund Freud telah menegaskan tingkah laku dan sikap manusia dipengaruhi
dan ditentukan masa yang lalu. Masa yang yang dimaksudkan ialah pengalaman pada zaman
kanak-kanak.

Fictional Finalism

Alfred Adler telah menghuraikan dengan lebih mendalam konsep superiority ataupun
kesempurnaan. Ia telah memperkenalkan istilah dan konsep Fictional Finalism. Tujuannya
ialah ingin mencapai bentuk-bentuk potensi bukannya sesuatu yang reality dan dipercayai
sepenuhnya. Hala tuju merupakan bayangan semata-mata dan ianya sukar bagi diri kita
ataupun orang lain yang mengujinya. Hala tuju bersifat subjektif iaitu kehidupan manusia
berpaksikan idea-idea yang terdapat dalam fictional finalism.

Manusia pada asasnya membina dan mengikuti idea-idea tersebut. Kepercayaan


kepada cita-cita sebegini bukan sahaja mempengaruhi diri sendiri tetapi orang lain.
Umpamanya seseorang manusia mempercayai ada syurga, oleh itu mereka bertindak dan
bertingkah laku serta berfikir kearah idea dan kepercayaan tersebut.

11
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Menurut Alfred Adler, kepercayaan kewujudan syurga bukanlah sesuatu yang reality.
Namun begitu, bagi mereka kepercayaan tersebut merupakan sesuatu perkara yang pasti dan
tidak dapat dapat dipertikaikan. Kehidupan manusia yang sebenar dilingkungi oleh tujuan-
tujuan dan kepercayaan yang mempunyai cirri-ciri fiksyen. Fiksyen yang utama ialah
dominant dalam diri seseorang individu. Konsep atau pun fiksyen mengenai ketuhanan
merupakan contoh utama yang dipegang oleh Alfrd Adler dalam menghuraikan konsep
fictional finalism.

PUNCA MASALAH MENURUT AFRED ADLER

Adler tidak mengganggap seseorang individu (klien) bermasalah apatah lagi sakit
mental tetapi

i) Kekurangan galakan dan matlamat tentang cara mendapat kesejahteraan hidup

Seseorang individu akan mengalami masalah dalam hidupnya apabila dia tidak dapat
menentukan cara dan kaedah tertentu sebagai panduan untuk mencapai kesejahteraan

12
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

hidupnya. Oleh itu, individu tersebut amat memerlukan segala unsure yang boleh
mengalakkan bagi mengubahsuaikan persepsi yang silap terhadap pandangan gaya
hidupnya. Seterusnya dapat menguntungkan dirinya dalam masyarakat bagi
memupuk minat sosial.

ii) Wujud matlamat yang salah dalam diri individu

Matlamat yang salah dalam diri individu perlu diterokai bagi mengenalpasti segala
andaian yang tersilap terhadap dirinya. Ini kerana andaian-andaian yang salah
menyebabkan individu salah meletak matlamat dan boleh merosakan dirinya. Oleh itu
ia memerlukan kepada pendidikan, tunjuk ajar, maklumat dan galakan agar perasaan
rendah diri diperbetulkan.

iii) Perasaan rendah diri yang keterlaluan di samping


masyarakat

Menurut Adler, perasaan itu wujud sejak kecil lagi kerana seseorang individu lahir
dalam serba kekurangan dibandingkan dengan orang disekitarnya. Namun seseorang
individu sentiasa bergerak ke arah sesuatu matlamat tertentu untuk mencapai
keunggulan diri. Apa yang dimaksudkan dengan keunggulan diri bukan semata-mata
untuk kepentingan diri tetapi bahkan sentiasaan bergerak untuk mendapatkan
perasaan kekitaan dengan mesyarakat.

PROSES YANG DILALUI

13
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Terdapat beberapa peringkat proses yang perlu dilalui semasa sesi kaunseling. Antaranya
ialah :

 Mengalakkan minat sosial.


 Menolong klien mengatasi perasaan rendah diri.
 Mengubah pandangan dan matlamat klien atau mengubah cara hidup sebelumnya.
 Mengubah dorongan yang salah.
 Membantu dan menolong klien merasakan dirinya sama dengan orang lain.
 Menolong klien menyumbang kepada masyarakat.

Menurut Adler, proses terapi ini mirip kepada penerokaan matlamat salah yang wujud
dalam diri klien itu sendiri, di samping mengenal pasti semua andaian yang tersilap yang
wujud. Proses terapi dalam keadaan ini menumpukan kepada beberapa unsur yang penting
iaitu:
a. Pendidikan
b. Tunjuk ajar
c. Memberi matlamat dan
d. Memberi galakkan kepada klien yang merasa rendah diri

Selain itu, proses terapi ini juga bertujuan untuk mewujudkan gaya hidupyang lebih
sejahtera iaitu dengan menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan yang
setaraf dengan ahli keluarga yang lain.

Sehubungan dengqn itujuga, proses terapi ini memberi perhatian kepada beberapa
aspek yang dianggap penting dalam usaha kita untuk memulihkan diri seorang klien.
Antara aspek yang diangap penting itu ialah:

14
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

a. Perhubungan – perlu wujud perhubungan yang mesra antara kaunselor dengan


klien agar segala permasalahan yang dialami oleh klien dapat diselesaikan dengan
baik.
b. Analisis – iaitu kaunselor mengenal pasti sejauh mana diri klien dipengaruhi
oleh gaya hidupnya.
c. Wawasan – mentafs perkara yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan pada
diri klien.
d. Orientasi – mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang
bernas untuk klien.

MATLAMAT TERAPI DAN KAUNSELING MENURUT ALFRED ADLER

1. Mengatasi Perasaan Rendah Diri


Perasaan rendah diri akan mendorong individu untuk lebih berusaha
mengatasinya bagi mencapai rasa superiority dan kesempurnaan. Ia menumpukan
perhatiannya kepada inferioriti anggota. Selain itu ia juga telah memasukkan
perasaan inferior yang muncul lantaran psikologi,sosial dan fizikal ke dalam konsep
inferioriti ini.

2. Berusaha Kearah Superioriti


Alfred berpendapat manusia agresif semasa bertindak untuk mencapai
matlamat hidupnya. Adler telah mengesyorkan konsep berusaha untuk mencapai
kedudukan yang tertinggi bagi menjadi pemimpin dan sebagainya.

3. Mendidik Klien Untuk Bersosial

15
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Minat bersosial perlu dipupuk dalam diri seseoarang klien sejak lahir lagi.
Minat untuk bermasyarakat ini wujud bukan sahaja sekadar untuk memenuhi hasrat
untuk bermasyarakat.

4. Membantu Klien Untuk Berfikir Dengan Matang Dan berkualit


Berfikiran matang dapat menjadikan komponen personality yang teragung
bagi seseorang klien. Berfikiran matang dan berkualiti ini terdapat diantara ransangan
yang bertindak balas keatas individu (organisma ) dan gerak balas yang dilakukannya
.

5. Gaya Hidup
Setiap individu akan berusaha ke arah memaksimakan potensi atau
keupayaannya,bakatnya dan sebagainya yang ada pada diri seseorang klien.Tidak ada
seoarang pun individu yang akan mempunyai gaya hidup yang sama dengan orang
lain.Kaunselor juga akan membantu seseorang klien untuk mewujudkan gaya hidup
yang lebih sejahtera.

6. Menggalakkan klien supaya dapat hidup dalam keadaan yang setaraf dengan
ahli lain dalam masyarakatnya
 Perhubungan – mewujudkan perhubungan yang mesra antara kaunselor dengan
klien.
 Analisis – mengenal pasti sejauhmana klien dipengaruhi oleh gaya hidup serta
matlamat hidupnya.
 Wawasan – mentafsir wawasan yang diluahkan bagi mewujudkan wawasan.
 Orientasi – mengalihkan kefahaman yang tercapai kepada tindakan yang bernas
untuk klien.

16
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

7. Mewujudkan perhubungan melalui empati.

8. Membantu klien untukmemahami kepercayaannya,motivasinya dan matlamat


yang telah menentukan gaya hidupnya.

9. Meneroka dan mentafsir huraian serta laporan yang diberikan oleh klien agar
klien ‘ celik akal’.
10. Klien memahami dan menyedari sebab-sebab mengapa matlamatnya tida kena,
mengapa tingakah lakunya tidak sesuai dan mengapa gaya hidunya tidak wajar.

KESIMPULAN

Afred Adler atau teorinya yang lebih dikenali sebagai ‘Adlerian’ membawa beberapa
konsep yang jelas berbeza dengan aliran Freudian. Beliau memberikan fokus utama terhadap
keunikan seseorang individu. Beliau membentangkan kepada pengaruh kesedaran dan realiti
yang membentuk personaliti manusia. Manusia juga dipengruhi oleh faktor-faktor sosial dan
bukan sepenuhnya dipengaruhi oleh faktor biologi terutamanya pada zaman kanak-kanak
dahulu.

Sebaliknya, perasaan inferioriti merupakan sumber kepada kehidupan dan perjuangan


manusia. Perasaan tersebut harus diseimbangkan. Perasaan tersebut adalah akibat daripada
sikap tidak mahu menolong dan pergantungan semasa seseorang itu masih kanak-kanak.
Kehidupan seseorang individu berlandaskan kepada matlamat yang tertentu. Beliau
menamakan matlamat sebagai ‘Superioriti’ ataupun kesempurnaan.

Manakala ‘Fictional Finalism’ merujuk kepada idea-idea yang berbentuk fiksyen


yang terdapat dalam cita-cita ataupun matlamat hidup seseorang iaitu kesempurnaan.

17
Teori-Teori Kaunseling & Psikoterapi Kaunseling Pengurusan

Begitulah seterusnya idea beliau berkenaan ‘gaya hidup’ yang mana ia akan dipengaruhi oleh
‘oder kelahiran’ iaitu beliau

BIBLIOGRAFI

Amir awang (1987) “Teori dan Amalan Psikoterapi”. Penerbitan Universiti Sains Malaysia.
Pulau Pinang

Gerald Corey ( ). “Theory and Pracytive of Counseling and Psychatherapi.

Shahabuddin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub (2002). “Teori Personaliti Dari Perseptif
Islam, Timur & Barat. PTS Publication & Discributors Sdn. Bhd. Pahang

WWW. Yahoo. Com, “Teori Personaliti Afred Adler” Page 1, No 2

18

Anda mungkin juga menyukai