Anda di halaman 1dari 21

KAJIAN KES :

STEALING TIME

DISEDIAKAN OLEH:
NORFAIZAH BINTI PAIMIN
880313-01-5296
3 PISMP KS/PJ/BM 1

1
Watak & Perwatakan
 Robert
› Seorang guru kelas gred 4
› Guru yang berdedikasi
› Prihatin terhadap murid-muridnya

 David
› Salah seorang murid Robert
› Merupakan murid yang berkeperluan khas
› Sentiasa inginkan perhatian guru
› Berada di dalam dunia sendiri
› Sentiasa beranggapan dirinya yang terbaik
2
Sinopsis Kes
 Mengisahkan Robert, seorang guru yang
ditugaskan untuk mengajar di kelas tahun 4.
Beliau merupakan seorang guru yang sangat
berdedikasi dan komited terhadap murid-
muridnya. Beliau telah menggunakan pendekatan
‘menang, menang’ kepada murid-murid di kelas
itu bagi mendekati serta menjalinkan komunikasi
bersama mereka. Namun begitu, beliau tetap
bertegas dalam hal-hal yang berkaitan dengan
peraturan sekolah.
3
 Pedekatan yang diaplikasikan oleh Robert telah
berjaya mengurangkan masalah disiplin yang
dilakukan oleh sebilangan murid dalam kelas
tersebut, sekaligus merubah mereka menjadi
lebih positif dan meransang kepada penaikkan
prestasi mereka dalam proses P&P.

4
 Pada masa yang sama, Robert turut mengajar
David, seorang murid yang berkeperluan khas
dalam mata pelajaran seni, muzik dan pendidikan
jasmani. Setelah beberapa ketika, David telah
dinilai oleh tiga kumpulan pemerhati mengenai
perkembangan prestasi pembelajarannya. Hasil
penilaian yang dijalankan, David telah layak
memasuki kelas normal seperti rakan yang lain
dengan syarat peratusan kehadiran sekurang-
kurangnya 51% sehari.
5
 David telah ditempatkan di kelas Robert. Robert
telah menyedari akan kecenderungan yang
ditunjukkan oleh David terhadap subjek
matematik, sains dan pendidikan jasmani dan
kesihatan. Pada awalnya David telah mengikuti
kelas ini seperti murid normal yang lain.

6
 Namun begitu selang beberapa minggu, Robert telah mula
menyedari akan perubahan sikap yang ditonjolkan oleh David.
David mula tidak melakukan tugasan yang diberikan oleh
Robert mengikut masa yang ditetapkan. Malah dia juga sering
mengganggu proses P&P dengan menjawap setiap persoalan
yang belum sempat ditamatkan selain kerap menggangu rakan
sekelas. Selain itu, david juga turut bertindak mencampak
pensel serta beberapa alat tulis miiknya ke lantai dengan kasar.
Tindakan yang dilakukan oleh David ini telah diterima oleh
Robert dengan anggapan bahawa David berasal dari kelas
pendidikan khas, maka sebab itu, dia memerlukan sedikit
masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang baru.
7
 Masa terus berlalu, namun sikap yang ditonjolkan oleh
David masih berlarutan. Dia hanya akan melakukan sesuatu
yang dirasakan perlu dan mengganggu perjalanan P&P.
Disebabkan sikapnya yang berterusan itu, akhirnya dia telah
membenci Robert dan meminta untuk ditempatkan di ‘kelas’
yang sebenar bersama ‘guru’ yang sebenar. Robert juga telah
gagal mendapat penghormatan sebagai seorang guru oleh
David serta berasa gagal untuk menjelaskan kepada David
akan mengapa dia harus melakukan tugasan yang diberikan.
Selain itu, David juga turut berhadapan dengan masalah
komunikasi dan interaksi sosial bersama rakan sekelasnya.

8
 Bagi subjek matematik, Robert telah menggunakan kaedah
pembelajran secara koperatif dengan membentuk beberapa
kumpulan kecil. Kejayaan kumpulan ini dinilai melalui
sumbangan yang produktif dari setiap ahli kumpulan.
Walaubagaimanapun, David merupakan murid yang paling
lambat menyiapkan tugasannya dalam kumpulannya. Walaupun
terdapat beberapa orang rakan yang cuba membantu, David
membantah serta menolak pertolongan mereka. Situasi ini
menyebabkan ramai ahli kumpulannya yang membuat aduan
kepada Robert sehingga memaksa Robert menahan David
daripada keluar rehat bagi memastikan dia menyiapkan
tugasaan yang diberikan tetapi telah diabaikan oleh David.
9
 Pada suatu hari, David mengambil tugasan yang telah diberikan
oleh Robert lalu menghempasnya ke atas meja. Tindakan David ini
sekaligus menunjukkan bahawa dia tidak menyiapkan tugasan
yang diminta oleh Robert. Lalu Robert menegurnya bahawa
tindakan yang dilakukan oleh David itu tidak sepatutnya dilakukan
di dalam kelas tersebut dan beliau telah letih unuk melayan
kerenah David. Namun teguran Robert ini telah mendapat reaksi
David yang menyatakan bahawa dia tidak suka cara murid-murid
lain memandangnya di dalam kelas. Robert kemudiannya
menambah bahawa murid-murid lain memandang David sebegitu
disebabkan sikap dan kelakuan David sepanjang proses P&P
berlangsung yang bertentangan dengan peraturan kelas.

10
 Selepas rehat, sikap David semakin keterlaluan, dia telah bertindak
membaling barang ke dinding, membuat bising, bermain daun
tingkap serta menjerit kepada rakan kelasnya yang lain. Pada waktu
itu, robert telah bercadang untuk mengadakan latihan sebagai
persediaan sebelum menghadapai penilaian sebenar. Disebabkan
sikap David yang tidak mahu mengambil ujian bersama murid lain,
maka Robert terpaksa menempatkannya ke bilik lain. Semasa David
hendak keluar dari kelas, dia telah membaling alat tulis ke mejanya.
Tindakan ini telah ditegur oleh Robert dengan menyatakan bahawa
dia tidak seharusnya membaling barang sesuka hati, namun dibidas
oleh David dengan menjawab tindakan itu tidak mencederakan
sesiapa. Lantaran itu, Robert telah membawa David untuk
mengambil ujian di bilik guru besar.
11
 Selepas mengarahkan David agar menyiapkan latihan
yang diberi, Robert kembali ke kelas semula. David
berada di bilik guru besar sehingga lewat petang,
namun disebabkan peraturan sekolah yang mewajibkan
setiap murid mengikuti kelas pendidikan jasmani, maka
David terpaksa menghadirinya. Sewaktu di dalam kelas,
David telah menyampaikan pesan kepada Robert
bahawa dia ingin berbicara bersama Robert. Robert
kemudiannya mengarahkan agar David menunggu
sehingga semua murid keluar dari kelas sebaik sahaja
tamat sesi P&P.
12
 Sebaik sahaja murid-murid beredar dari kelas,
Robert pergi mendapatkan David. David bertanya
kepada Robert mengapa beliau ingin berjumpa
dengannya. Robert menyatakan bahawa dia tidak
memahami kemahuan sebenar David dan
berharap agar David mahu berbincang
mengenainya, namun kesudian robert ini ditolak
oleh David dengan meminta Robert untuk
melupakannya.
13
 Pada waktu ini juga David menyatakan perasaan kesal
dan bersalahnya kepada Robert mengenai kelauannya
terhadap Robert selama ini. David menjelaskan
bahawa dia tidak suka cara murid lain memandangnya.
Robert kemudiannya menjelaskan punca mengapa
murid lain memandangnya sebegitu lalu meminta agar
David lebih komited terhadap tugasan yang diberikan
agar murid lain tidak memandangnya dengan perasaan
rendah. David mengakui bahawa ia dapat membantu
dia melakukan tugas dengan lebih baik.
14
 Malah Robert turut menanyakan sama ada dia atau
murid lain dapat membantu David. David menyatakan
bahawa mereka hanya akan membantu sekiranya Kevin
berhenti memberikannya tekanan semasa berada dalam
kumpulan matematik. Namun Robert membalas dengan
menyatakan bahawa Kevin bertindak sedemikian adalah
ingin memberikan kesedaran kepada David agar
menyiapkan tugasan yang diberikan sekaligus
menyumbang kepada kejayaan kumpulan. David
berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya Kevin
berdiam diri serta tidak mengganggu David.
15
 Akhirnya, David bersetuju untuk membawa
semua barangnya ke kelas serta kembali
memberikan layanan yang baik kepada Robert
dan rakan sekelasnya dengan penuh hormat serta
menyiapkan latihan yang telah diberikan. Selepas
perbincangan dilakukan, akhirnya David telah
mula menunjukkan keperibadian yang positif
sama ada dari segi kelakuan dan lembaran kerja
yang positif dalam masa beberapa hari kemudian.
16
 Walau bagaimanapun, beberapa minggu kemudiannya David
kembali ke tingkah lakunya sebelum ini. Malah beliau telah
menjadi seorang pemarah kepada semua orang. Suatu hari,
David tidak menyiapkan latihgan yang diberikan lalu Robert
telah bertindak menahannya dari keluar rehat serta
meletakkannya di bilik guru besar. Lalu menjelaskan kepada
guru besar bahawa David selalu marah tidak kira apa jua
keadaan. Malah murid-murid lain dan dirinya juga berasa
marah dengan tindakan David. Malah dia sering mendesak
saya bagaikan ada perlawanan kuasa di antara mereka berdua
lantaran perbezaan kehendak serta cara mereka.

17
 Robert turut menambah sebagai seorang yang paling
dewasa dalam kelas tersebut, beliau tahu apa yang
perlu dilakukan dengan mengambil kira kebaikkan
kepada semua murid dengan tidak membiarkan David
mengganggu tumpuan murid lain dalam menyiapkan
kerja mereka hanya disebabkan David seorang yang
‘istimewa’. Selain itu Robert turut menjelaskan beliau
mempunyai 25orang murid lagi yang perlu diberikan
perhatian serta menunujukkan sikap ingin belajar tidak
seperti David yang berubah mengikut kehendak.
18
 Suatu hari semasa ketiadaan David di kelasnya, salah seorang dari
rakannya telah bertanya kepada Robert berkaitan sikap dan kelakuan
David sewaktu di dalam kelas. Antara soalan yang diajukan ialah mengapa
David mengganggu kelas, mengapa David tidak membuat latihan serta
tidakkah David sedar bahawa David akan gagal sekiranya dia tidak
menyiapkan latihannya. Malah mereka turut menyatakan pada hari Robert
mencengkam lengan David, kesemua mereka mentertawakan David dari
dalam kelas. Mereka turut bertanya kepada Robert mengapa Robert
bertindak sebegitu kepada David. Maka Robert menjawab kepada murid-
muridnya bahaw adalh tidak adil sekiranya dia tidak mengambil sebarang
tindakan kepada David kerana mengganggu rakan sekelasnya. Malah
Robert melihat bahawa kesemua murid di dalan kelas terbabit telah mula
tidak menyukai David serta bertindak untuk memulaukan David dengan
membuat kesimpulan bahawa kami tidak memerlukan David di sini.
19
 Pada suatu tengah hari, Robert tidak membenarkan David
keluar rehat kerana tidak menyiapkan latihan yang telah
diberikan. Sewaktu David membuat latihan di kelas yang
kosong, Robert telah keluar seketika untuk membuat salinan
helaian latihan David selama tiga hingga empat minit.
Apabila sekembalinya Robert ke kelas, Bob, seorang murid
yang duduk berhampiran meja David telah mengadu bahawa
dia telah kehilangan jam tangan yang diletakkan di dalam laci
mejanya. Robert telah mengarahkan agar Bob bersama murid
yang lain mencari jam tersebut di seluruh kelas dan almari
berkunci milik Bob, namun jam tersebut tidak dapat dijumpai.

20
 Pada keesokkan harinya, David datang ke meja
Robert secara mengejut dan menunjukkan kepada
Robert akan jam barunya yang diberikan oleh
ayahnya. Robert telah meminta kebenaran David
untuk menangggalkan jam tersebut bagi melihat
dan memeriksa jam tersebut. Setelah puas
membelek jam itu, maka Robert telah mebuat
kesimpulan bahawa jam yang dipakai oleh David
sememangnya adalah jam kepunyaan Bob yang
hilang semalam.
21

Anda mungkin juga menyukai