Anda di halaman 1dari 6

Objektif-objektif Pembelajaran

Diakhir pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar diharap akan dapat :

1. Menyatakan Kata Sendi Nama secara lisan sekurang-kurangnya 10 dari 16 jenis Kata
Sendi dengan betul,
2. Mempraktikkan penggunaan Kata Sendi yang betul melalui aktiviti lisan,
3. Mempraktikkan penggunaan Kata Sendi yang betul melalui aktiviti penulisan ayat
dan pembentukkan satu perenggan.

Langkah-langkah Pengajaran

Bil. Langkah-langkah Aktiviti Guru/Pelajar

1 Induksi Set (5 minit): 1.1 Guru menerangkan mengenai slaid


Guru menayangkan slaid mengenai ‘Berapakah Sebenarnya Umur
‘Berapakah Sebenarnya Umur BULAN?’. BULAN?’ kepada para pelajar.
Be r a pa kah
se be na r nya u mu r
BU L A N ?
1.2 Guru akan bersoal jawab dengan para
pelajar.
Bulan boleh dilihat pada waktu
malam. Saiz bulan ¼ lebih kecil
daripada bumi. Kamu dapat
melihatnya dengan jelas walaupun
jaraknya kira-kira 384,000
kilometer.
Neil Armstrong adalah manusia pertama yang
menjejakkan kakinya ke permukaan bulan pada 20
Julai 1969. Menurut kajian ahli geologi Barat ke
atas seketul batu yang berasal dari bulan bahawa
ia telah wujud kira-kira 4.5 bilion tahun. Ini
bermakna bulan sudah berumur 4.5 bilion tahun
atau lebih.

2 Arahan / Panduan 10 minit):

Langkah 1 2.1 Guru menerangkan mengenai slaid


ke-dua.
1. Guru menayangkan slaid ke-dua. 2.2 Guru bersoal jawab dengan para
SUBJEK PREDIKAT pelajar mengenai binaan ayat.

Langkah 2 2.3 Guru menerangkan slaid ke-tiga.


2.4 Pelajar diminta untuk membina
1. Guru menayangkan slaid ke-tiga. predikat dengan awalan kata :
SUBJEK PREDIKAT

- Pada
Bulan boleh dilihat pada waktu malam
Saiz bulan ¼ lebih kecil daripada bumi.

Neil Armstrong adalah ke permukaan bulan


manusia pertama yang pada 20 Julai 1969.
telah menjejakkan

- Daripada
kakinya ke permukaan
bulan

- Ke
2. Guru mengadakan aktiviti lisan. 2.5 Guru membetulkan mana-mana
3. Penapisan predikat-predikat. predikat yang salah.

1
Langkah 3 2.5 Guru menerangkan slaid ke-empat.
2.6 Guru memperkenalkan Kata Sendi
melalui slaid-ke empat.
1. Guru menayangkan slaid ke-
empat.
pada

daripada
=
ke

2. Pengenalan Kata Sendi

Langkah 4 2.7 Guru menerangkan slaid ke-lima.


2.8 Pelajar-pelajar diminta untuk
1. Guru menayangkan slaid ke-lima. menyatakan Kata Sendi yang mereka
tahu.
2.9 Guru memperkenalkan beberapa
jenis Kata Sendi serta tujuan
2. Guru mengadakan aktiviti lisan. penggunaannya.
3. Guru menunjukkan bahan 2.10 Pelajar-pelajar diminta untuk
bercetak yang menyenaraikan Kata memberi contoh bagi setiap Kata
Sendi. Sendi yang diterangkan.

3 Penilaian (10 minit): 3.1 Guru meminta pelajar-pelajar mengisi


ruang kosong dengan menggunakan
1. Guru mengadakan aktiviti dalam Kata Sendi yang sesuai.
kelas berpandukan bahan
bercetak. Isi ruang kosong dengan menggunakan
Kata Sendi Nama yang sesuai.

1. Pertandingan itu diadakan


_______ Taiping.
2. Kami menunggu ________ pukul
8.00 pagi.
3. Pensel ini lebih panjang
_________ pensel itu.
4. Hasilnya tidak setimpal _________
usahanya.
5. Bukit yang tinggi itu terdaki
________ nya.
6. Za’im berlagak __________ orang
kuat.
7. Nurul sentiasa gembira _________

2
suaminya pulang dari perantauan.
8. Rakyat Brunei mesti bersatu
_______ kesejahteraan negara.
9. Bengkel ini diadakan ________
menjelaskan penggunaan Bahasa
Melayu yang betul.
10. Lif itu rosak di tengah-tengah
________ tingkat tiga dengan
tingkat empat.

2. Guru mengadakan aktiviti lisan 3.2 Guru menyuruh pelajar-pelajar yang


iaitu : lain membetulkan jawapan yang tidak
tepat. (Melalui kaedah perbincangan)
i. Berpandu bahan cetak

3.3 Pelajar-pelajar diminta untuk


membina ayat berdasarkan Kata
Sendi yang disediakan.

Buat ayat dengan menggunakan Kata


Sendi berikut:

i. dari
ii. untuk
iii. daripada
iv. kepada
v. di
vi. tentang
vii. dengan

Ulang kaji A. 3a.1 Jika selepas penilaian guru


3a (Pemulihan) mendapati bahawa ada kelompok
pelajar yang masih lemah dan belum
memahami penggunaan Kata Sendi
yang betul, maka aktiviti pemulihan
dijalankan oleh guru adalah dengan
menyediakan latihan yang mudah :

3
Buat ayat dengan menggunakan frasa
sendi nama yang berikut sebagai predikat:

i. dari Thailand
ii. untuk kekasih saya
iii. daripada sahabat pena yang
baru
iv. ke tepi sungai
v. kepada Awang Tommy
vi. di majlis hari jadi anak sepupuh
Zaimah
vii. tentang masalah pencemaran
udara global
viii. dengan mata yang tajam

3b Ulang kaji B berpandukan bahan bercetak. 3b.1 Ulangkaji B diberikan oleh guru
(Pemulihan) sekiranya didapati masih ada lagi
pelajar-pelajar yang tidak memahami
apa-apa yang diajar berpandukan
aktiviti yang awal.

Isi ruang kosong dengan menggunakan


Kata Sendi Nama yang sesuai.

1. Pertandingan itu diadakan


_______ Taiping.
2. Kami menunggu ________ pukul
8.00 pagi.
3. Pensel ini lebih panjang _________
pensel itu.
4. Hasilnya tidak setimpal _________
usahanya.
5. Bukit yang tinggi itu terdaki
________ nya.
6. Za’im berlagak __________ orang
kuat.
7. Nurul sentiasa gembira _________
suaminya pulang dari perantauan.
8. Rakyat Brunei mesti bersatu
_______ kesejahteraan negara.
9. Bengkel ini diadakan ________
menjelaskan penggunaan Bahasa
4
Melayu yang betul.
10. Lif itu rosak di tengah-tengah
________ tingkat tiga dengan
tingkat empat.

4 Pengayaan. 4.1 Sekiranya guru telah mencapai


Langkah 3 dan mendapati bahawa
sekumpulan pelajar yang cerdas telah
menguasai pengajaran guru, maka
guru akan memberikan kumpulan ini
latihan tambahan.

Hal demikian kerana kumpulan ini


akan berasa bosan sekiranya mereka
diberikan aktiviti yang sama.

4.2 Latihan Pengayaan :

Buat satu perenggan yang mengandungi


sekurang-kurangnya 10 ayat dengan
menggunakan Kata Sendi yang betul.

5 Kesimpulan (5 Minit) 5.1 Pelajar-pelajar diminta menyenaraikan


sekurang-kurangnya 10 Kata Sendi
secara lisan.
5.2 Guru bersoal jawab dengan para
pelajar mengenai Kata Sendi secara
ringkas.
5.3 Nota akan diberi kepada para pelajar.

Jawapan Latihan

5
Jawapan 3.1

1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.


2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.
4. Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
5. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
6. Za’im berlagak umpama orang kuat.
7. Nurul sentiasa gembira semenjak suaminya pulang dari perantauan.
8. Rakyat Brunei mesti bersatu demi kesejahteraan negara.
9. Bengkel ini diadakan untuk menjelaskan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.
10. Lif itu rosak di tengah-tengah antara tingkat tiga dengan tingkat empat.

Anda mungkin juga menyukai