Anda di halaman 1dari 6

TAJUK: Gengsterisme di sekolah menengah harian

Sinopsis Isu
 Hasil kajian ‘Gengsterisme di sekolah menengah harian’ oleh Bahagian dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan,Kementerian Pendidikan amat membimbangkan. Angka 459 daripada 1560 sekolah
menengah harian sebagai berisiko tinggi, iaitu terdedah kepada pelbagai masalah gengsterisme.
Di antaranya termasuklah salah laku yang serius seperti peras ugut, salah guna dadah,
mencabul kehormatan, pelacuran, mencuri ,berjudi menceroboh dan membawa senjata. 
 Pada keseluruhannya tahap gengsterisme di kalangan pelajar  masih boleh dikawal sekiranya
tindakan tegas secara bersepadu dilaksanakan. Masalah gengsterisme bukan masalah pelajar
sahaja  tetapi juga masalah  masyarakat dan perlu ditangani  oleh semua pihak termasuk ibu
bapa. Berikutan dengan hasil kajian itu, usaha bersepadu perlu dilaksanakan segera untuk
menghapuskan sama sekali masalah samseng dari terus menular.Ia mesti dilakukan secara
serius dan berkekalan kerana memberi kesan kepada  keharmonian persekolahan kepada
semua warga sekolah.
 Kementerian Pendidikan perlu mewujudkan sebuah pasukan bertindak bagi merangka strategi
menangani ini dengan segera. Di samping itu cadangan beberapa pihak lain seperti polis dan
pihak berkuasa tempatan  perlu diambil kira.Kita harap dengan berbuat demikian barulah
tindakan pada peringkat sekolah lebih berkesan, menyeluruh dan seragam. Salah satu sebab
kenapa semakin ramai ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak mereka bersekolah di
sekolah aliran perdana  adalah kerana masalah  disiplin, terutamanya berkaitan
gengsterisme.Mereka berminat menghantar anak ke sekolah aliran agama yang pada
tanggapan lebih selamat.Mereka dikatakan tidak banyak terbabit dalam kancah masalah sosial.
 Para guru terutamanya guru besar juga mempunyai peranan yang amat penting dalam usaha
menangani gejala buruk ini.Mereka seharusnya tidak menyembunyikan kegiatan gengsterissme
dan samseng di kalangan pelajarnya.Sekolah-sekolah  yang terbabit dengan masalah
gengsterisme diminta memberikan kerjasama penuh kepada polis. Kesimpulanya,kita perlu
mencipta formula baru bagi membendung  virus disiplin yang semakin membimbangkan.
Semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama tanpa saling menuduh antara satu sama
lain.

Disiplin pelajar dari  perspektif Teori Struktural – Fungsional


 Gejala gensterisme di kalangan para pelajar boleh dikaitkan dengan  tahap disiplin seseorang
individu. Menurut Kamus Dewan ,” Disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan
kelakuan supaya  ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri,peraturan-peraturan yang
ditetapkan  untuk melatih seseorang berkelakuan baik. Manakala dari sudut agama Islam
disiplin dapat disimpulkan satu tatacara larangan atau satu sistem hukuman yang dikenakan ke
atas seseorang.Selain itu ia adalah satu proses latihan dan pembelajaran yang bertjuan untuk
membetul, menguat dan menyuburkan unsur-unsur kawalan diri serta kepatuhan kepada
peraturan  dan norma-norma kebudayaan.
 

Definisi  dan  konsep  Teori  Fungsionalisme

  Teori  ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Mengikut
teori  ini  bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan
perubahan semasa. Masyarakat sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan
yang tersendiri. Teori  ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau
aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Para ahli fungsionalisme selalu
menyatakan bahawa setiap bahagian masyarakat mempunyai tujuan-tujuan  dan keperluan-
keperluan tersendiri.
 Teori ini menekankan kepentingan persefahaman setiap ahli masyarakat untuk mencapai
keharmonian dan kestabilan masyarakat.Mengikut pemikiran ahli fungsional, kita harus
memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial.Teori ini akan
mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi.Kemudian mereka akan menilai sejauh manakah
perjalanan sistem  tersebut membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan
ikatan masyarakat.Idea fungsionalisme ialah masyarakat adalah berasaskan konsesus. Maksud
konsesus ialah manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan
mengiktiraf kebaikan-kebaikkanya. Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus
berterusan wujud supaya masyarakat dapat berjalan lancar.
Fungsi nyata ialah seperti tugas guru atau sekolah yang dirancangkan iaitu memberi
pengajaran.Manakala fungsi tidak nyata ialah bermaksud tidak dirancang. Di mana pada waktu
rehat murid tidak berkeliaran tetapi mereka dapat mengsisi masa itu dengan berfaedah.
 Kelemahan teori fungsional secara keseluruhan ialah mereka menolak perubahan sosial yang
menjejaskan kestabilan sistem sosial. Alasanya mahu ke arah peraturan sosial.Misalnya dalam
masyarakat yang sedang membangun masih lagi terdapat golongan yang miskin, tercicir dan
tidak mendapat kerjasama dengan kumpulan masyarakat yang kaya. Oleh itu masih wujud lagi
jurang susun lapis dalam sesebuah masyarakat.

Faktor yang mempengaruhi  wujudnya masalah disiplin


 .1)Institusi Keluarga
    Ibu bapa  adalah  orang yang terpenting  dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan
peranan  utama dalam mencorak masa depan keluarga. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu
bapa yang menjadi pengarahnya. Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak
sekali.Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukan teladan yang baik kepada anak-
anak. Ini menyebabkan anak-anak teriku-ikut dengan sikap dan perbuatan  ibu bapa mereka .
Ada ibu bapa yang tidak sehaluan atau sefahaman di rumah,anak-anak berasa tidak aman dan
cuba mencari jalan keluar dari masalah ini.Dengan ini timbul golongan anak-anak yang tidak
mendengar nasihat keluarga dan banyak menghabiskan masa bersama-sama raakan sebaya
untuk berkongsi masalah dan menghilangkan rasa bosan.Punca pendapatan ibu bapa juga
mempengaruhi masalah disiplin. Ibu bapa yang berpendapatan rendah menyebabkan  anak-
anak tidak mampu membayar yuran persekolahan. Pelajar berasa malu untuk ke sekolah.Oleh
itu mereka melencong atau melepak di kompleks-kompleks  membeli belah.
James Becker mengatakan ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebakan
anak-anak tidak dapat menwujudkan pengawalan diri yang baik.

.2)Rakan Sebaya
 Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar.Pengaruh rakan sebaya
mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar,lebih-lebih lagi mereka yang tercicir
dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Pelajar menganggap peraturan dan
undang-undang sekola sebagai sesuatu yan  remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan
membentuk kumpulan sendiri yang akan mengadakan peraturan  tertentu. Ahli kumpulan
tersebut hendaklah mematuhinya.Dari sini mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut
dan pergaduhan.

.3)Pihak Sekolah
   Sekolah  adalah  rumah  kedua para pelajar, begitu juga dengan para pendidik yang menjadi
ibu bapa semasa di sekolah.Tugas guru semakin mencabar dalam  era globalisasi. Di samping
menjadi pendidik, mereka juga menjadi ‘role model’  kepada pelajar.Kegagalan guru mendidik
akan menjurus ke arah masalah pelajar. Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang
diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak sepatutnya
dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran pilihan. ia boleh menjejaskan prestasi pelajar
tersebut. Ini menyebabkan berlakunya konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak    puas
hati di jiwa pelajar.Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang
mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata  pelajaran
berat seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu sekolah di negara ini
kebanyakkannya berorentasikan kepada peperiksaan.Pelajar menghadapi tekanan mental dan
sosial.

.4) Pengaruh Media massa dan Siber


Media massa dapat di kategori kepada  dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik.
Kedua-dua media ini banyak mempengaruhi para pelajar ketika ini. Golongan remaja khususnya
para pelajar mudah meniru dan mengikut pelbagai
adegan dan perlakuan negatif yang ditayang  dalam pelbagai media.Mereka ingin tahu dan
mencuba sendiri apa yang dilihat. Dalam era globalisasi ini juga menyebabkan para pelajar
dapat mencapai    pelbagai maklumat  dengan melayari internet.Dengan wujudnya cyber cafe
telah   memudahkan para pelajar mendapat bahan dan maklumat mengikut citarasa.
 

.1)  Definisi  Modenisasi


     Semenjak kemerdekaan hinggalah ke alaf baru ini, pendidikan di negara kita telah mengalami
banyak  perubahan  dan modenisasi. Modenisasi adalah   satu proses  transformasi ekonomi
dan sosial dalam masyarakat sebagai kesan 
daripada  bermulanya  revolusi perindustrian. Modenisasi juga diterima sebagai keadaan di
mana  masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan
nilai-nilai lama kepada gaya hidup moden.
Modenisasi  pendidikan yang diteruskan pada awal kemerdekaan  adalah warisan sistem
penjajahan.Selepas kemerdekaan bentuk organisasi birokrasi Inggeris telah dikekalkan 
sebagaimana yang terdapat dalam pasukan tentera, polis, pegawai tadbir, pendidikan dan lain-
lain. Pihak Inggeris telah memainkan peranan dalam menasihati perkembangan sistem
pendidikan negara  pada awal kemerdekaan.

Menganalisis  isu  berdasarkan  tiga konsep  sosiologi


.1) Modenisasi Pendidikan juga turut mengalami modenisasi secara beransur-ansur akibat
pertembungan sains dan teknologi.Pertemuan pelbagai modenisasi ini telah menjadi alasan
utama yang menjerumus kepada masalah disiplin di kalangan pelajar. Corak dan gaya hidup
masyarakat telah berubah selari dengan era globalisasi  masa kini.Terdapat perubahan nilai 
dan norma-norma ibu bapa disebabkan oleh proses-proses modenisasi, perbandaran dan   
birokrasi. Ibu bapa lebih memanjakan anak-anak dan sering memenangkan anak sekiranya ada
masalah dengan guru. Ibu bapa kini sering bertolak ansur dengan anak-anak mereka dan kurang
mengambil tahu hal anaknya di sekolah. Mereka lebih sibuk mencari nafkah.Oleh itu anak-anak
yang kurang perhatian   ibu bapa akan mudah terpengaruh dengan gejala ini.
       Media Elektronik  dan media cetak turut memainkan peranan penting terhadap perubahan
sikap dan nilai hidup. Kedua-dua media ini sering mencabar peranan tradisi guru sebagai satu-
satunya penyalur atau penyampai ilmu.Anak-anak mudah  terikut-ikut dan terpengaruh dengan
pelbagai iklan yang disiarkan.Untuk mencapai apa yang dihajati itu bagi sesetengah pelajar yang
tidak mampu, mereka  akan melanggar peraturan disiplin.
 Menurut Ron Cocking ( 1973 ), kanak-kanak hari ini dididik dengan penuh kesabaran sehingga
menolak pihak-pihak yang teratas. Hujah ini menerangkan perubahan-perubahan yang telah
berlaku dari segi kawalan dirumah dan implikasi-implikasi disiplin sekolah. Kanak-kanak yang
diasuh dengan manja akan medapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan permintaan pihak
sekolah. Apabila terdapat situasi  yang  berlawanan dengan struktur pihak sekolah dengan
 rumah, pelajar-pelajar akan menggunakan tingkahlaku yang negatif untuk menyelesaikan
masalah itu.
.2) Budaya Sekolah
     Menurut Tylor (1871), budaya ialah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,undang-undang, adat dan sebarang bentuk
keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.Budaya
merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil dari pengalaman interaksi sosial
dengan masyarakat sekeliling.Budaya sebagai proses sosial telah memberi peluang kepada para
guru untuk membentuk budaya melalui interaksi dengan pelajarnya.
  Manakala budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir
daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai,
simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang
dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti
pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan
menerusi kurikulum formal dan  kurikulum tidak formal.
 Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan
kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah.
Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya ini menyebabkan pelajar
ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk
melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh
rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka
akan  wujudlah masalah sosial.

.3) Pendidikan  dan Meritokrasi


 Tanpa  kita sedari dasar meritokrasi telah lama wujud dalam sistem pendidikan negara
kita.Tidak semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi persekolahan Malaysia
yang layak masuk ke universiti. Hal demikian telah dilakukan untuk memilih yang yang terbaik
layak menyambung pelajaran ke menara gading. Proses penapisan inilah yang membuktikan
betapa dasar meritrokasi sudah diamalkan  sebelum ini.
Selaras dengan dasar fungsionalisme, pendidikan di Malaysia memberi ruang persaingan dalam
kesamaan peluang yang diberikan. Ini bermakna  sungguhpun semua murid mempunyai
peluang masuk yang sama ke sekolah, sistem pendidikan Malaysia modem meneruskan dasar-
dasar meriktrokasi dalam pendidikan melalui  pengaliran Kebiasaan sekolah ialah mengasingkan
murid-murid mengikut tahap ‘inteligen’ dalam bilik darjah berlainan. Perlaksanaan sistem ini
boleh mewujudkan masalah disiplin. Melalui sistem ini pelajar yang kurang pintar akan
ditempatkan dalam satu kelas. Biasanya pelajar-pelajar ini datang dari golongan kelas sosial 
rendah. Guru pula kurang memberi perhatian dalam kelas ini. Oleh itu murid merasa tidak
dipedulikan. Pelajar ini kurang motivasi dan tidak berminat untuk belajar. Mereka sering
ponteng sekolah dan melakukan pelbagai  perkara yang melanggar disiplin.
\
Cadangan &  Kesimpulan
 Sudah sekian  lama masalah sosial menular di kawasan sekolah dan melanda kebanyakkan
pelajar kita. Sama ada disedari atau tidak kebanyakkan masalah yang melanda masa kini adalah
disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud  disekeliling kita.dengan publisiti
meluas di dalam media massa, masalah sosial di kalangan pelajar sebenarnya sudah berada
pada tahap yang mencemaskan.
 Salah siapa gejala ini wujud? Ada setengah pihak yang dengan cepat menunding jari kepada 
para guru.Memang benar ada segelintir guru yang tidak bertanggungjawab dan tidak
profesional. Tetapi bilangan guru seperti ini adalah kecil. Tentulah tidak adil menunding jari
hanya hanya kepada guru sebagai faktor utama merebaknya masalah ini di sekolah.Ini
seandainya kita megambil kira masa murid bersama guru hanya kira-kira enam jam sehari.Masa
selebihnya termasuk hari sabtu,ahad dan cuti umum, anak-anak tersebut adalah di bawah
tanggungjawab ibu bapa penjaga. Ibu bapa sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang  lebih
besar terhadap anak-anak. Mereka perlu mengambil berat dan memerhatikan setiap
pergerakkan anak-anak di luar waktu sekolah. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan
membiarkan anak-anak untuk melakukan apa saja tanpa kawalan. Malangnya ramai ibu bapa
sekarang terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan harian, menyebabkan masa untuk bersama
anak terhad. Atas alasan  perlu bekerja lebih untuk mendapat banyak wang, ibu bapa telah
meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru.
 Pihak kerajaan perlu menggubal undang-undang yang dapat menghukum ibu bapa yang cuai
mendidik anak-anak. Jika  guru yang tidak bertanggungjawab boleh dihukum mengikut
peraturan yang sedia ada.Tetapi apa pula tindakan terhadap ibu bapa yang cuai, lepas tangan
dan tidak bertanggungjawab sehingga anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak sihat. Ibu
bapa seperti inilah sebenarnya faktor utama yang meningkatkan masalah disiplin di kalangan
pelajar sekolah.
 Kurikulum Pendidikan perlu dikaji dan dikemaskini selalu megikut peredaran masa.Ini bagi
memastikan input yang diberi kepada pelajar bertepatan dengan hasrat masyarakat dari segi
agama, akhlak dan budaya negara yang positif.

Pihak kerajaan juga mempunyai peranan yang paling penting dalam hal ini. Akta pencegahan
jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubahsuai selaras dengan zaman globalisasi.
Setiap pelajar tanpa  mengira kaum dan kelas sosial perlu didekati supaya mereka menghayati
keunggulan disiplin. Keunggulannya dapat diterapkan melaui kerjasama semua pihak sperti
pentadbir sekolah, para guru, ibu bapa dan sebagainya.Secara tidak langsung masalah disiplin
yang semakin serius dapat dikurangkan peratusannya. Sesungguhnya kuatkuasa disiplin adalah
untuk kebaikan semua pihak.

 http://tuanmat.tripod.com/gengsterisme.html 9/8/10