Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN KHAT KUFI

Khat Kufi merupakan sejenis khat yang popular selain khat Nasakh. Nama Kufi diambil bersempena dengan
nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada
bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus
dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan
seumpamanya.

Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus
dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan-
tumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi
ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga
alat jangka lukis.

Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan al-Qur'an di peringkat awal. Khat Kufi mempunyai identitinya tersendiri
kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Huruf-huruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya
mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat
mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.

Khat Kufi telah melalui empat peringkat perkembangan zaman sehingga sampai ke puncaknya. Pertama, Kufi
Andalusi yang lahir di sepanjang zaman pemerintahan orang Arab di Andalusia pada tahun 752 Masihi. Kedua,
Kufi Fatimi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang memerintah Mesir dari tahun 909
sehingga 1171 Masihi. Ketiga, Kufi Ayyubi yang lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Ayyubi yang
memerintah Mesir, Syria, dan Yaman dari tahun 1169 sehingga 1360 Masihi. Keempat, Kufi Mamluki yang lahir
pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik yang memerintah Mesir dari tahun 1250 sehingga 1517 Masihi.

Diantara jenis-jenis khat Kufi yang lain adalah khat Kufi Basit, khat Kufi Murabba', khat Kufi Musattar, khat
Kufi Mutalasiq, khat Kufi Muwarraq, khat Kufi Muzakhraf, khat Kufi Madhfur, khat Kufi Muzayyin Nafsah, khat
Kufi Muta’assir bil Rasm, dan khat Kufi Musyakkal. Kesimpulannya, dalam penulisan khat Kufi terdapat
kepelbagaian dan pelbagai bentuk reka cipta. Penggunaan elemen hias dan kreativiti penulis semakin
meningkat, tahap demi tahap sebagaimana yang dizahirkan melalui karya-karya agung mereka. Antara khattat
yang terkenal dalam penulisan khat Kufi adalah Mahmud al-Hawari, Badawi, dan Muhammad 'Abdul Kadir. Di
Malaysia, Ustaz Muhammad Asrak Hj Mohd Osman terkenal dengan penulisan khat Kufi melalui karya-
karyanya yang tersergam indah di bangunan-bangunan sepertimana yang ada didalam Masjid Putra, Putrajaya
ketika ini.

PENGENALAN KHAT DIWANI JALI

Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan 'Utmaniyyah.
Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat ini dinamakan
Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan
penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing.

Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri
yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa bentuk hasil
karya penulis-penulis khat yang mahir.

Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali
Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis
dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan
yang indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula
biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan.
Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan
penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan
perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar
untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam
menghasilkan sesebuah karya.

Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan
huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.

PENGENALAN KHAT DIWANI

Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis khat pada zaman
pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah. Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah dan
menentukan ukuran tulisan khat Diwani. Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas negeri
Qostantinopal ditawan oleh Sultan ‘Uthmaniyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857 Hijrah.

Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan. Seterusnya, tulisan
ini mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat. Kebiasannya tulisan khat Diwani ini
digunakan untuk menulis semua pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta surat
menyurat rasmi dan pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil dan
untuk hiasan.
Khat Diwani terbahagi kepada 2 jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum).
Akan tetapi, khat Diwani biasa yang banyak digunakan dan diamalkan oleh penulis-penulis
khat terkenal berbanding khat Diwani Mutarabit. Asas bentuk bagi kedua-dua jenis khat
Diwani ini adalah berbentuk bulat dan melengkung. Ianya ditulis dengan cara yang lembut
dan mudah dibentuk mengikut kehendak penulis. Keistimewaan khat Diwani dapat dilihat
pada kesenian bentuk hurufnya yang melengkung dan memerlukan kemahiran penulis khat
itu menulisnya dengan lembut dan menepati kaedah. Hashim Muhammad al-Baghdadi dan
Syed Ibrahim merupakan antara penulis khat yang terkenal dengan khat Diwani.

Daripada Abu Zar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

ٍ ‫خُل‬
‫ق‬ ُ‫سب‬
َ ‫ق الّنا‬
ِ ‫ َوخَاِل‬،‫حهَا‬
ُ ‫سَنَة َتْم‬
َ ‫سّيَئَة الح‬
َ ‫ وَأْتِبِع ال‬،‫ت‬
َ ‫حْيُثمَا ُكْن‬
َ َ‫ق ال‬
ِ ‫ِإّت‬
ٍ‫س‬
‫ن‬ َ‫ح‬
َ
Maksudnya:

“Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan
mengerjakan kebaikan, nescaya menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai
kepada manusia dengan perangai yang baik”

PENGENALAN KHAT FARSI

Masyarakat Iran terutamanya dari golongan Samaniyah, sejak dahulu lagi amat berminat
dengan kesenian yang merupakan warisan turun-temurun datuk nenek mereka. Mereka
menulis menggunakan sejenis khat yang dinamakan khat Bahlawi sebelum kedatangan Islam
ke Parsi. Nama khat ini diambil daripada perkataan Bahla sebuah tempat antara Asfahan dan
Azerbaijan.

Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung Arab ke Parsi dan pemerintahan Islam
telah kukuh, masyarakat Iran pada masa itu telah menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan
Arab dan dinamakan dengan khat Ta’liq. Hakikatnya, orang Iran telah mengambil khat al-
Qirmuz, iaitu khat yang digunakan untuk penulisan al-Qur’an pada masa itu dan kemudian
menamakannya khat Ta’liq. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kaedah tulisannya yang
asal diambil daripada khat al-Tahrir, khat Riq’ah dan khat Thuluth.

Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik,
kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta
memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik
serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan
kelembutan kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang
penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya.

Khat Farsi terbahagi kepada 5 jenis iaitu khat Nasta’liq, khat Syekestah, khat Farsi
Mutanazir, khat Farsi Mukhtazil, dan khat Farsi Mi’rat. Antara penulis khat yang terkenal
dalam penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As’ad al-Yasari, dan
penulis buku kaedah khat Qawa’idul Khat ‘Arabi, Hasyim Mohammad al-Baghdadi.

abda Rasulullah S.A.W:

‫خَرِة‬
ِ ‫ل ِفى الّدْنَيا َوال‬
ُّ ‫سَتَرُه ا‬
َ ‫سِلًما‬
ْ ‫سَتَر ُم‬
َ ‫ن‬
ْ ‫َوَم‬
Hadis diriwayatkan oleh Muslim

Makna hadith:

“Sesiapa yang melindungi maruah saudaranya yang Muslim, Allah akan melindungi
maruahnya di dunia dan akhirat”.

Daripada Anas bin Malik .a., sabda Rasulullah S.A.W.:

َ
ُ َ ‫ن ل َ عهْد َ ل‬
‫ه‬ ْ ‫م‬
َ ِ‫ن ل‬ ُ َ‫ة ل‬
َ ْ ‫ وَل َ د ِي‬،‫ه‬ َ ‫ن لَ أ‬
َ َ ‫مان‬ ْ ‫م‬
َ ِ‫ن ل‬ َ ْ ‫ل َ إي‬
َ ‫ما‬
Maksudnya :
“Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi
orang yang tidak menepati janji”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Hibban dan al-Baihaqi

PENGENALAN KHAT THULUTH

Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf
menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar
mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi
pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut
(Ibu tulisan) dan jarang digunakan dalam penyalinan al-Quran lengkap kerana mempunyai
banyak kaedah, menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf,
agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Biasanya khat ini
ditulis dengan pena yang lebar matanya diantara 2 hingga 3 mm.

Jika ia lebih lebar daripada itu maka orang-orang Turki memanggilnya tuqechah thuluth
yakni thuluth yang dibesarkan. Kemudian ia dikenali dengan nama thuluth jali (sumber-
sumber arab silam mensifatkan dengan panggilan jalil al-thuluth). Apabila mata pena lebih
besar daripada saiz yang tetap pada pena yang biasa maka dibuat untuknya pena daripada
kayu. Saiz-saiz tulisan jali berada pada kadar yang tangan manusia mampu memegang
penanya (Qadi al-Askar Mustafa ’Izat Afandi dalam menulis loh-loh di masjid Aya Sufia
menggunakan mata pena yang luasnya mencapai 35sm). Jika keadaan memerlukan tulisan-
tulisan itu melebihi saiz tersebut atau bersaiz besar, maka ia ditulis mengikut saiz thuluth jali
yang biasa kemudian dilakukan pembesaran (enlargement) mengikut kaedah empat segi atau
menggunakan pelbagai peralatan teknologi yang terdapat pada hari ini seperti photocopy,
komputer dan sebagainya.

Bentuk thuluth yang lebar mata penanya melebihi 6mm dinamakan Thuluth Jali, manakala
yang melebihi 2mm ialah Thuluth Aadi. Ia diperkenalkan oleh Ibrahim al- Sajzi dan banyak
digunakan sebagai seni hiasan di dalam masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. Seseorang
penulis khat tidak dianggap penulis yang mahir dalam seni ini sekiranya tidak benar – benar
berkemahiran dalam bentuk Khat Thuluth.

Perhatian berat para ahli khat terhadap khat thuluth, khususnya khat thuluth jali sepanjang
sejarah khat bukanlah merupakan satu perkara yang lahir secara mendadak. Khat ini dikenali
dengan tulisan yang agak cantik. memandangkan ia tidak dapat ditulis secepat khat nasakh
maka ia biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan seni yang khusus, bukan untuk tujuan
penulisan biasa. Oleh itu kita sering dapati khat ini dalam kepingan-kepingan seni,
muraqqa’at dan loh-loh serta hasil kerja seni yang lain. Khat ini menyebabkan orang yang
memandangnya akan membiasakan diri mereka dengan unsur keindahan dan gerakan yang
tersusun.

Keistimewaan thuluth (khususnya thuluth jali) daripada segala jenis khat yang lain ialah ia
boleh di letakkan dalam struktur-struktur dan rupa bentuk yang cantik seperti bulat, segi
empat, bujur dan sebaginya. Para jurukhat yang menitikberatkan khat ini sering melakukan
pembaharuan struktur (olahan) dengan khat ini yang merangkumi dua lapisan huruf atau lebih
yang sebahagiannya diletakkan di atas sebahagian yang lain mengikut susunan bacaan. Ini
merupakan kerja yang sangat sukar, hanya mampu dilakukan oleh jurukhat yang mahir dan
berkaliber. kadangkala satu ungkapan ditulis dalam beberapa struktur yang mengandungi
pelbagai bentuk dan tulisan. Peniruan sesetengah jurukhat terhadap struktur-struktur para
jurukhat silam dan digunakan secara komersial tanpa menerangkan sumber yang beliau
dapati sebenarnya merupakan pancabulan terhadap hak-hak mereka dan satu amalan yang
tidak wajar.

PENGENALAN KHAT NASAKH

Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya.
Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat
Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya
berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca
tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia
lantaran keindahan gaya serta lengkokan bentuk huruf-hurufnya.

Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara
keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu keduniaan dan
keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis
wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni
dan ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri.
Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam dunia
Islam, walaupun di sana terdapat pelbagai jenis gaya Khat sebelum dan selepas
kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta keindahan khat ini telah mampu menarik
perhatian masyarakat Islam lantas mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama
ini dipelopori oleh gaya Kufi.

Sejarah Khat Nasakh

Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia
bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum
kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui
proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat
Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama
saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang
dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya
menamakan khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin
lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun
kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas.
Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang
dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada
yang menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.

Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di
zaman ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang
bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an.
Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di
timur dan barat dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media,
menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau kurang diminati.

Mengapa Dipanggil Nasakh

Ada beberapa pandangan mengenai nama Khat Nasakh. Ada yang mengatakan ia dinamakan
Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan - atau dalam kata lain-
membukukan al-Qur'an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama
Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di
dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-
Qur'an. Bagi tujuan penulisan bahan-bahan ilmiah ini, terdapat dua aliran yang jelas iaitu

Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar

• Nasakh Klasik

Nasakh jenis ini merupakan gaya yang sampai kepada kita hasil tinggalan penulis-penulis
khat terdahulu termasuklah tokoh yang terkenal iaitu Thnu Muqlah. Mereka telah
membekalkan kaedah-kaedah penulisan khat jenis ini dengan begitu jelas dan terpeinci.
Mungkin di sana terdapat beberapa perbezaan kecil antara penulis-penulis khat namun
mereka tetap menjaga kaedah yang telah ditetapkan. Perbezaan kecil itu adalah dianggap
sebagai lumrah manusia yang cenderong kepada bawaan atau kemahirannya. (AI-Bahi
Ahmad Muhammad, 1993)
• Nasakh Akhbar

Nasakh Akhbar merupakan gaya Nasakh yang bentuk asalnya ditebal dan diperjelaskan
sesuai dengan tujuan pembacaan umum. Tulisan ini diriamakan tulisan Nasakh Akhbar
kerana penggunaannya yang meluas dalam lapangan persurat khabaran (Haji lainal Sakiban,
1998). la juga digunakan dalam pelbagai media cetak yang lain termasuk majalah, juga di
dalam media elektronik sebagaimana ia digunakan dalam mesin taip atau komputer..

Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan
sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. 1a telah me'nasakhkan yang beerti
menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu
al-Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-
Qur'an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.

Khat Nasakh Dalam Pertandingan

Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering
menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke
peringkat lebih dewasa. Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan apabila menulis
gaya ini apatah lagi jika dipertandingkan. Perkara yang perlu diberikan perhatian
tennasuklah:

1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.


Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari
penggunaan rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya
Khat Nasakh disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah
tulisan merupakan perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur
adukkan dengan khat yang lain.

2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan


Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan
dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.

3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal.
Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang
kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban,
2000)

Penutup

Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-
Qur'an. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah
dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur'an. Seharusnya Umat Islam tidak
mencari keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga
melengkapkan keperluan kehidupan umatnya. Umat Islam juga seharusnya sentiasa merujuk
kepada panduan al-Qur'an dan pimpinan Nabi agar membuat pertimbangan yang tepat dalam
segala jurusan hidup mereka termasuk dalam bidang seni. Dengan menghalusi seni ini
diharapkan akan menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan pula berIaku sebaliknya,
mengkaji Islam hanya kerana minatkan seni. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan
sukakan keindahan.

Rujukan

• Ibrahim Damrah, 1987, ai-Khat al-Arabiy, Jordan: Maktabah al-Manar

• Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, 1986, The Cultural Atlas of Islam, New York: Macmillan
Publishing Company.

• Maarof Zuraiq, 1985, Kaifa Nu'allimu ai-Khat al-Arabiy, Damsyiq: Dar aI-Fila

• Kertas kerja al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993, AI-Khat al-Arabiy, Madrasah Tahsin al-
Khutut, Bab al-Sya'riyyah, Kaherah.

• Kertas kerja Haji Jainal Sakiban AI-Jauhari, 1998-2000, Seni Khat: Sejarah dan
Perkembangannya, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.

• Ahmad Sabri,1999, Tarikh ai-Khat al-Arabiy, Kaherah: Dar al-Fadilah

"Dinamakan khat ini sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk
menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain
sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan
ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan
sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an.

Ada juga pendapat yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat
Nasakh ialah kerana peranannya menasakhkan yang beerti menghapuskan atau
menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur’an.
Setelah kemunculan khat Nasah, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur’an tetapi
tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.

PENGENALAN KHAT RIQ'AH

Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman
pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini
ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan
kakitangan kerajaan.

Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah
bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat
Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan
nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam
penerbitan buku, majalah dan akhbar.

Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-
murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat,
urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam
akhbar.