Anda di halaman 1dari 2

Revolusi Petua & Teknik Sunsilk

Bersama Pakar Rambut Dunia

Barisan Pakar:
1. Yuko Yamashita – Pakar Rambut Lembut Terurus, Tokyo
Beliau adalah pakar kecantikan rambut, pensyarah dan inspirasi di sebalik proses melurus
rambut yang dipatenkan di beberapa negara dan digunakan di beribu-ribu salun di seluruh
dunia. Yuko berusaha untuk mengurangkan geseran antara rambut supaya boleh
menggeluncur licin untuk rambut lembut terurus. Rangkaian produknya, Sunsilk Silky
Smooth & Manageable yang mengandungi Keratin Yoghurt Nutri Complex™ menjinakkan
rambut liar dari akar umbi hingga ke hujung untuk mengurangkan kekusutan.

2. Thomas Taw – Pakar Rambut Rosak, London


Seorang pakar dan pereka fesyen rambut dari London dengan senarai pelanggan yang
termasuk pemuzik, peragawati dan pelakon terkenal, begitu gigih dalam usahanya untuk
membaik pulih rambut yang rosak. Rumusannya untuk rangkaian Sunsilk Damaged Hair
Reconstruction mengandungi Olive Serum Nutri Complex™ untuk membaiki pulih rambut
secara dramatik dengan menembus jauh ke dalam helaian rambut dan mengisi rekahan setiap
helai rambut yang rosak, lapis demi lapis.

3. Teddy Charles – Pakar Rambut Lurus Beralun, Paris


Beliau seorang pereka fesyen rambut berpengaruh dari Paris, sering bekerjasama dengan
jurugambar terulung dalam industri seperti Mario Testino dan pereka fesyen seperti Karl
Lagerfield dan Marc Jacobs. Teddy menyeru supaya wanita tidak takut untuk melakukan
perubahan! Tugas saya ialah untuk memberi keyakinan kepada wanita untuk menampilkan
kecantikan rambut mereka. Rangkaian produk penjagaan rambutnya, Sunsilk Straight
Perfection, mengandungi Aqua-Lysine Complex untuk menjadikan rambut lebih lurus dan
tampak anggun sepanjang hari.

4. Dr. Francesca Fusco – Pakar Penjagaan Kulit Kepala, New York


Adalah salah seorang pakar dermatologi dan pakar penjagaan kulit kepala dari New York
yang paling dihormati, dan sumber kepakaran bagi CNN dan ramai selebriti Amerika. Beliau
berpegang kepada falsafah: Kulit kepala adalah sebahagian daripada kulit, dan anda perlu
menjaga dan merawat kulit kepala sama seperti anda menjaga muka! Rangkaian produknya,
Sunsilk Lively Clean & Fresh, diperkaya dengan Vitamin Citrus Complex, untuk menangani
pengumpulan berlebihan sebum kulit kepala agar kulit kepala sentiasa bersih dan sihat, dan
memberikan kesegaran sepanjang hari. Dua varian lain yang diciptainya termasuk Sunsilk
Hair Fall Solution dan Sunsilk Anti-Dandruff Solution.

5. Jamal Hammadi – Pakar Rambut Bersinar, Los Angeles


Beliau dari Los Angeles dan terkenal kerana sentuhan karismanya untuk gedung busana
anggun antarabangsa, seperti Chanel, Dior, Gaultier and Galliano. Kata Jamal – Rambut
kanak-kanak secara semula jadi sihat dan bersinar. Inilah yang boleh diharapkan oleh wanita
daripada rangkaian produk yang saya cipta bersama Sunsilk. Rangkaian Sunsilk Stunning
Black Shine mengandungi Henna Mica Complex, yang menyuburkan setiap serat rambut
dengan lembut untuk mengaktifkan ciri-ciri kilatan semula jadinya, agar rambut sihat bersinar
dari dalam ke luar.

6. Ouidad – Pakar Rambut Ikal Mayang, New York


Digelar ‘Ratu Keriting’ tersohor di dunia dan pemilik dua salun keriting eksklusif di Amerika
ini begitu berminat untuk memperkasakan wanita di seluruh dunia dengan mengeritingkan
rambut dengan sempurna. Beliau bercita-cita untuk mempengaruhi setiap gadis berambut
keriting di seluruh dunia supaya membuang alat pelurus rambut mereka dan menghormati
rambut mereka yang keriting. Rangkaian produknya, Sunsilk Defined Curls, mencantikkan
rambut keriting dengan mengawal ketebalan dan mengurangkan keriting halus yang
meremang. Ramuan tambahan Ouidad untuk menjinakkan rambut keriting ialah Hydro
Elastin. Sunsilk Defined Curls tidak dijual di Malaysia.

7. Rita Hazan – Pakar Penjagaan Rambut Berwarna, New York


Beliau adalah salah seorang pakar warna rambut yang paling disangguni di dunia, terkenal
sebagai pencetus trend kecantikan dan kepakaran mengubah wajah selebriti dengan sentuhan
warnanya yang menarik. Pelanggan profesional yang kaya raya terbang ke New York semata-
mata untuk meminta Rita mewarnakan rambut mereka. “Rita adalah artis zaman moden dan
kanvasnya adalah rambut pelanggannya yang sangat bertuah.” Rangkaian produknya, Sunsilk
Vibrant Colour Protection, mengandungi Teknologi Perisai Amnio dan penapis UV untuk
membaiki kerosakan permukaan rambut dan memulihkan serat rambut, menjadikan rambut
cukup sihat untuk menyerlahkan kecantikan warna. Sunsilk Defined Curls tidak dijual di
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai