Anda di halaman 1dari 52

1.

0 PENGENALAN

Pergerakan asas boleh didefinasikan sebagai satu proses yang memandu pelajar untuk
memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-tekinik menyelesaikan masalah
menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan,
penemuan dan kreativiti.

Merujuk pakar-pakar dalam pendidikan jasmani (Gallahue.D.L(1991);


Gabbard,C,LeBlanch,B dan Lowy,S.(1994) Burton, (1997) pergerakan asas terbahagi
kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan juga pergerakan
manipulatif.

Pergerakan lokomotor juga merujuk kepada pergerakan yang melibatkan otot-otot kasar.
Pergerakan ini juga berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor
digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah pergerakan dalam
persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor.
Gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Antara pergerakan yang memerlukan
kemahiran lokomotor ialah berlari, berjalan, melompat dan sebagainya.

Pergerakan bukan lokomotor pula melibatkan kebolehan bergerak dengan menggunakan


otot-otot kecil sahaja. Kemahiran ini juga memerlukan seseorang itu kekal pada tempat yang
sama atau statik. Di samping itu, keupayaan untuk berada dalam keadaan yang seimbang
amat penting dalam melakukan pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor
kebiasaanya memerlukan tenaga kurang berbanding pergerakan lokomotor. Antara contoh
pergerakan dalam kemahiran ini ialah meregang, membongkok, mengilas dan banyak lagi.

Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini merupakan
kemahiran asas yang depat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan
seterusnya menguasai kemahiran suka yang pelbagau. Kemahiran manipulasi alat
hendaklah dibina di peringkat umur awal kanak-kanak. Kemahiran ini memerlukan
penggunaan angota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek.
Dalam melaksanakan kemahiran ini. Seseoran perlu mengaplikasikan penggunaan alatan
seperti bola, riben, pundi kacang, tali dan sebagainya.
2.0 MATLAMAT

Pelaksanaan pengajaran kemahiran pergerakan asas mempunyai matlamat tertentu. Apabila


pelajar melakukan pergerakan-pergerakan dalam kategori pergerakan asas ini, mereka
secara tidak langsung dapat belajar kemahiran-kemahiran baru seterusnya dapat
diaplikasikan dalam belajar kemahiran-kemahiran baru seterusnya dapat diaplikasikan dalam
kehidupan. Pergerakan-pergerakan asas ini harus diketengahkan kepada murid-murid
sekolah rendah kerana pelaksanaannya mampu melahirkan murid yang sihat, aktif dan
berpengalaman asas pergerakan fizikal ini. Ini membantu mereka meningkatkan keyakinan
diri seterusnya mampu menyumbang kepada perkembangan mental dan psikososial pelajar.
Di samping itu, pelaksanaan pengajaran pendidikan asas juga selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara (FPK) untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari pelbagai
aspek termasuklah jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3.0 OBJEKTIF

Pendedahan kepada pergerakan asas kepada pelajar di peringkat sekolah rendah


mempunyai objektif yang tertentu, objektif-objektif ini perlu diberikan penekanan supaya apa
yang dihasratkan akan terlaksana.

Pergerakan asas diterapkan dalam kalangan pelajar bagi memandu mereka untuk
memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik yang tertentu. Selain itu, apa
yang lebih penting ialah pelajar dapat didedahkan dengan teknik yang betul dalam
melakukan pergerakan. Ini dapat membantu mereka menguasai kemahiran sukan yang
pelbagai.

Di samping itu, pengenalan kepada pergerakan asas adalah untuk melahirkan pelajar
yang mempunyai fikiran yang kreatif tanpa memandang sesuatu secara kebiasaan. Gardner
1993, kreativiti adalah aspek menerang dan menterjemahkan konsep-konsep abgstrak
dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu, penerokaan, penciptaan,
kekaguman dan minat. Elemen ini dapat didedahkan melalui kemahiran manipulatif alatan
yang memerlukan pelajar mengaplikasi alatan tangan dengan pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor.

Selain itu, antara objektif lain pergerakan asas ialah untuk meningkatkan koordinasi anggota
badan contohnya tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain. Menerusi kemahiran asas manipulasi
alatan, kemahiran koordinasi pelajar dapat ditingkatkan.
4.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI
4.1 PROSEDUR PELAKSANAAN DEMONSTRASI
4.1.1 JENIS-JENIS PERGERAKAN

Stesen 1 (lokomotor)

Berjalan langkah panjang

Fasa Permulaan

 Bersedia untuk memulakan langkah

 Tangan kanan memegang kayu dan


diluruskan ke sisi dan hujung kayu
diletakkan di atas kaki kanan.
Fasa Perlakuan

 Mula berjalan dengan langkah panjang


dengan hujung kayu di atas kaki kanan

 Teruskan berjalan ke hadapan.

Fasa pemulihan

 Kaki dirapatkan dan berdiri tegak.


Stesen 2 (bukan lokomotor)

Meringkuk Dan Meregangkan Badan Sambil Melutut

Fasa persediaan

 Berdiri tegak

 Melutut

Fasa Lakuan

 Kedua tapak tangan diletakkan di hadapan


badan.
 Badan diregangkan
 Kedua kaki diangkat ke atas

Fasa Pemulihan

 Berdiri di atas lutut

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya.
Stesen 3 (lokomotor)

Guling Balak

Fasa Persediaan

 Berdiri di sisi tilam


 Kayu dipegang di sisi badan

 Badan dibaringkan dan kayu dipegang


lurus di atas kepala.

Fasa lakuan

 Badan dipusingkan ke sisi


 Badan dipusingkan hingga sampai ke
hujung tilam.

Fasa pemulihan

 Badan berhenti berguling ke sisi.

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya.
Stesen 4 (Lokomotor)

Ketinting Sebelah Kaki

Fasa persediaan

 Berdiri tegak

 Kaki kiri diangkat sedikit

Fasa lakuan

 Badan condong ke hadapan


 Lutut kanan dibengkokkan
 Melonjak ke hadapan menggunakan kaki
kanan

 Kedua-dua kaki di udara untuk fasa


layangan

 Mendarat dengan kaki kanan


 Ulang hingga akhir
 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.
 Bersedia ke pergerakan seterusnya.
Stesen 5 (Bukan Lokomotor)

Mengilaskan Badan

Fasa persediaan

 Berdiri tegak
 Kayu disebelah sisi badan

 Kayu diletakkan di belakang dan dipegang


menggunakan kedua-dua tangan.

Fasa Lakuan

 Badan dikilaskan ke kanan sebanyak 90


darjah
 Kaki rapat ke tanah
 Badan dipusingkan balik ke hadapan

 Badan dikilaskan ke kiri sebanyak 90


darjah
 Kaki rapat ke tanah

 Badan dipusingkan balik ke hadapan


Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya.
Stesen 6 (Lokomotor)

Jalan Langkah Panjang

Fasa persediaan

 Berdiri tegak
 Kayu disebelah sisi badan

 Naik ke atas bangku.

Fasa Lakuan

 Kayu dipengang dengan kedua-dua


tangan di hadapan badan.
 Kaki melangkah ke hadapan

 Terus ke hadapan hingga sampai ke


hujung bangku.

 Berhenti di hujung bangku.


 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.
 Kayi dipegang di sisi badan.
Fasa Pemulihan

 Turun dari bangku


 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.
 Bersedia ke pergerakan seterusnya.
Stesen 7 (Bukan Lokomotor)

Melompat Dan Mendarat Setempat 180 Darjah

Fasa persediaan

 Berdiri dengan lutut sedikit dibengkokkan.

Fasa Lakuan

 Melompat 180 darjah

 Mendarat dengan kedua belah kaki


dengan kaki bengkok sedikit.
Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya.
Stesen 8 (Lokomotor)

Skip Lompat

Fasa persediaan

 Berdiri tegak

Fasa Lakuan

 Kaki kanan diangkat


 Lutut diangkat hingga paras pinggang
 Tangan diayunkan
 Lonjak ke hadapan dengan kaki kiri

 Kaki kiri diangkat


 Lutut diangkat hingga paras pinggang
 Tangan diayunkan
 Lonjak ke hadapan dengan kaki kanan
Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya.
Stesen 9 (Bukan Lokomotor)

Meleding

Fasa persediaan

 Berdiri tegak

Fasa Lakuan

 Melutut

 Meniarap dengan tapak tangan di sisi


 Kaki lurus
 Tolak badan ke atas dengan tangan

Fasa Pemulihan

 melutut

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya.
Stesen 10 (Lokomotor)

Lompat Dua Kaki

Fasa persediaan

 Berdiri tegak

Fasa Lakuan

 Lutut dibengkokkan

 Lonjak badan ke hadapan dengan


menggunakan kedua-dua kaki
 Mendarat dengan kedua belah kaki
 Lutut dibengkokkan sewaktu mendarat.

Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya
Stesen 11 (Bukan Lokomotor)

Imbangan Dengan Dua Tapak Sokongan

Fasa persediaan

 Berdiri tegak

Fasa Lakuan

 Kaki dikangkangkan seluas bahu.

 Tangan didepakan
 Kaki dienjekkan
 Berdiri menggunakan hujung kaki

Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya
Stesen 12 (Lokomotor)

Berlari Tendang Hadapan

Fasa persediaan

 Berdiri tegak

Fasa Lakuan

 Kaki kanan diangkat sedikit bagi memberi


lanjakan.

 Kaki kanan diturunkan


 kaki kiri dibawa ke hadapan seolah-olah
menendang.
 Badan condong sedikit ke belakang untuk
keseimbangan
 Kaki kiri diturunkan
 kaki kanan dibawa ke hadapan seolah-
olah menendang.
 Badan condong sedikit ke belakang untuk
keseimbangan

 Ulang hingga sampai ke penamat stesen

Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya
Stesen 13 (Bukan Lokomotor)

Alunan Badan

Fasa persediaan

 Berdiri tegak

 Melutut

Fasa Lakuan

 Tangan dibawa ke hadapan badan


 Gerakkan tangan kanan ke atas dan
tangan kiri ke bawah dengan lembut.

 Gerakkan tangan kiri ke atas dan tangan


kanan ke bawah dengan lembut.

 Tangan diletakkan di sisi badan


Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya
Stesen 14 (Lokomotor)

Jalan Langkah Pendek

Fasa persediaan

 Berdiri tegak
 Kayu berada di sisi badan

Fasa Lakuan

 Melangkah ke hadapan
 Kayu diputarkan menggunakan
pergelangan tangan
 Bergerak secara selang seli antara kon

 Melangkah ke hadapan
 Kayu diputarkan menggunakan
pergelangan tangan
 Bergerak secara selang seli antara kon
 Melangkah ke hadapan
 Kayu diputarkan menggunakan
pergelangan tangan
 Bergerak secara selang seli antara kon

Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya
 Kayu dipegang di sebelah sisi badan
Stesen 15 (Bukan Lokomotor)

Memusingkan Badan 360 Darjah

Fasa persediaan

 Berdiri tegak
 Kaki dirapatkan

Fasa Lakuan

 Tangan didepakan
 Lutut dibengkokkan
 Kemudian lonjak membuat putaran penuh

Fasa layangan

 Berpusing di udara 360 darjah


 Berpusing di udara 360 darjah

 Berpusing di udara 360 darjah

 Mendarat dengan kedua-dua belak kaki.


 Lutut dibengkokkan
Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya
Stesen 16 (Lokomotor)

Lompatan Layang

Fasa persediaan

 Berdiri tegak
 Kaki dirapatkan

Fasa Lakuan

 Berlari ke papan anjal


 Kayu di tangan kanan


 Berlari di atas papan anjal.
 Memegang kayu dengan kedua-dua belah
tangan
 Menegakkan kayu di atas tanah.
 Lutut sedikit bengkok.

 Melonjak menggunakan papan anjal.


 Gunakan kayu untuk pergi lebih jauh.

 Kayu dilepaskan sewaktu layangan


 Mendarat dengan dua belah kaki dengan
lutut bengkok.
Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya
Stesen 17 (Bukan Lokomotor)

Imbangan Atas Alatan Stabil

Fasa persediaan

 Berdiri tegak
 Kaki dirapatkan

 Naik dan melutut di hujung peti lombol


 Kayu di sisi badan

 Bawa kaki kiri kehadapan


 Letakkan kayu di atas bahu

 Seimbangkan kayu dia atas bahu.

 Turunkan kayu.
 Pegang kayu di sisi badan
 Melutut.
 Kayu di sisi badan

Fasa Pemulihan

 Turun dari peti lombol


 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.
 Bersedia ke pergerakan seterusnya
Stesen 18 (Lokomotor)

Gerakan Ke Sisi

Fasa persediaan

 Berdiri tegak
 Kaki dirapatkan

Fasa lakuan

 Depakan tangan

 Bergerak ke sisi
 Kaki kiri bergerak ke kiri
 Buka kaki seluas bahu
 Rapatkan kaki

 Bergerak ke sisi
 Kaki kiri bergerak ke kiri
 Buka kaki seluas bahu

 Rapatkan kaki
Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya
Stesen 19 (Bukan Lokomotor)

Dirian Bangau

Fasa persediaan

 Berdiri tegak
 Kaki dirapatkan

Fasa Lakuan

 Depakan tangan

 Tapak kaki kanan diletakkan di lutut


 Lutut kanan berada di sisi kanan
Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya
Stesen 20 (Bukan Lokomotor)

Membongkok ke hadapan

Fasa persediaan

 Berdiri tegak
 Kaki dirapatkan

Fasa Lakuan

 Kaki dikangkang seluas bahu

 Badan direndahkan ke hadapan


 Tangan didepakan
 Badan dibongkokkan 90 darjah selari
dengan kaki

 Badan dinaikkan semula ke atas

Fasa Pemulihan

 Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.


 Bersedia ke pergerakan seterusnya

Anda mungkin juga menyukai