Anda di halaman 1dari 6

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka surat

1. Tajuk kajian 1
2. Senarai kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Objektif kajian 4-5
5. Kaedah kajian 6
6. Hasil kajian
i. Perayaan tradisi 7
 Nama perayaan
 Pihak/etnik/kaum yang terlibat
 Tarikh/tempoh masa dirayakan
 Tujuan perayaan

ii. Latar belakang 9


 Sejarah/ asal usul perayaan
 Upacara khusus dalam perayaan
 Individu yang mengetuai upacara khusus
 Tempat khusus sambutan dijalankan
13
iii. Persiapan sambutan perayaan
 Sebelum
 Semasa
 Selepas
 Peraturan/pantang-larang/amalan
sampingan
20
iv. Kesan perayaan
 Kekeluargaan
 Perpaduan
 Pelancongan
 Peluang perniagaan

7. Rumusan 22
8. Lampiran 23
9. Rujukan 32
PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi - tinggi

penghargaan kepada Encik Fauzi bin Aziz, guru mata pelajaran Sejarah saya kerana telah

memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Sulaiman

Ahmad dan Faridah Khalil yang telah memberi sokongan dan galakan untuk mencari

maklumat sekali gus menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga telah bersusah payah

menghantar saya ke Perpustakaan Negara agar penyelidikan saya mengenai perayaan ini

lebih terperinci.

Selain itu, terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli kumpulan saya, rakan-

rakan rapat saya kerana telah sanggup meluangkan masa bersama-sama untuk mencari

bahan mengenai kerja kursus kami ini. Tanpa hasil usaha mereka, kerja kursus ini tidak

mungkin dapat dihasilkan dengan jayanya.

3
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini, saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang mengetahui dengan lebih

mendalam mengenai perayaan Hari Raya Aidilfitri ini walaupun perayaan ini disambut

oleh semua umat Islam di muka bumi ini. Namun, tidak ramai yang mengetahui dengan

lebih mendalam mengenai perayaan ini.

Objektif kajian yang saya dapati daripada penyelidikan ini adalah :

 Saya dapat mengenal pasti dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan tradisi

perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sebagai contoh, tidak semestinya kita sebagai umat

Islam tahu sepenuhnya mengenai perayaan yang kita sambut setiap tahun ini.

 Saya juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara satu sama lain. Sewaktu

melakukan kajian ini, ada sesetengah pelajar yang semasa di sekolah malu untuk

bercakap, tetapi semasa melakukan kajian ini, pelajar tersebut lebih berani untuk

menyuarakan pendapat mereka.

 Melalui kajian ini juga dapat mencetuskan minat terhadap budaya. Hal ini

menyebabkan murid berasa sangat seronok selain menambahkan ilmu mereka

mengenai perayaan yang dikaji

4
 Semangat 1Malaysia juga telah dapat diwujudkan di dalam diri pelajar kerana

kebanyakan daripada pelajar ini melakukan penyelidikan bersama dengan rakan yang

berbilang kaum dan agama. Sekali gus, telah menyokong kempen 1Malaysia yang

diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita ini.

5
KAEDAH KAJIAN
Antara kaedah kajian yang saya gunakan semasa melakukan kerja kursus ini ialah :

 Melayari internet

Selepas mendapat tajuk kajian ini, saya mula mencari maklumat mengenai perayaan ini

di internet. Internet mengandungi banyak maklumat mengenai perayaan Hari Raya

Aidilfitri ini. Antara laman web yang telah saya layari ialah www.wikipedia.org dan

www.kekkwa.com

 Penyelidikan di perpustakaan

Saya dan rakan sekumpulan saya telah mencari bahan-bahan mengenai kerja

kursus ini di Perpustakaan Negara. Semasa di Perpustakaan Negara itu, banyak

bahan yang telah kami jumpai. Semuanya amat berguna untuk penyelidikan kami. Setelah

menjumpai semua bahan tersebut kami mula untuk mengenal pasti bahan yang manakah

amat sesuai untuk penyelidikan kami.

• Pemerhatian

Saya telah mendengar dan memberi spenuh perhatian ketika guru Sejarah kami, En.

Fauzi memberi penerangan tentang bagaiman mahu menyiapkan kerja kursus ini.

Penerangan beliau amat membantu