Anda di halaman 1dari 8

TUNKU ABDUL RAHMAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah.
Ayahandanya Sultan Abdul Hamid adalah memerintah Negeri Kedah pada masa itu dan
mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Menjalara. Bonda yang
dicintai itu adalah seorang keturunan Thai anak kepada Luang Novaborirak (Kleb),
seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand.

Ini bermakna Tunku diiahirkan di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO yang lain.
Beliau putera raja yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang
besar jumlahnya,tetapi tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi tahkta kerajaan
negeri. Tuhan telah menentukannya menjadi pemimpin rakyat seluruh negara
Pemerintahnya itu tidak berdasarkan warisan tetapi atas pemilihan rakyat.

Pada waktu kecilnya belajar di salah sebuah sekolah Melayu di Alor Star sebelum belajar
di Bangkok dalam sebuah Sekolah Thai. Kemudiannya Tunku pulang ke Kedah dan
menyambung pelajaran di sekolah Melayu pada tahun 1916, sebelum memasuki Penang
Free School. Kemudiannya beliau dihantarkan oleh keluarganya ke seberang laut untuk
menuntut pelajaran di St. Catherine's College, Universiti Cambridge, England.

Walaupun rekod akademiknya tidak suatu yang boleh dibanggakan, beliau adalah orang
Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun
1925 dengan mendapat ijazah B.A dalam Sastera. Beliau pulang ke Tanah Melayu
dengan ijazah tetapi abang tuanya, menghantarnya kembali ke England supaya belajar
undang-undang di Inner Temple. Nampaknya kali ini beliau tidak begitu berminat dalam
pelajarannya; hasilnya Tunku gagal dalam peperiksaan dan pulang ke Tanah Melayu
pada tahun 1931.

Apabila kembali ke tanahair Tunku bertugas dalam perkhidmatan Awam Negeri Kedah
dan antara lainnya pemegang jawatan sebagai Pegawai Daerah di Kulim dan Sungai
Patani. Di waktu perang Jepun, Tunku memainkan peranan yang penting menyelamatkan
keluarganya. Apabila ayahandanya Sultan Abdul Hamid cuba dibawa oleh British ke
Pulau Pinang supaya terselamat dari serangan Jepun, Tunku menculiknya dan
membawanya ke Kulim. Di sanalah ayahandanya tinggal bersama-sama rakyat di waktu
pendudukan Jepun.
TUN ABDUL RAZAK
Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein dilahirkan pada 11hb. Mac, 1922 di Pulau Keladi,
Pekan, Pahang. Beliau dibesarkan oleh datuknya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan,
dalam suasana kampung yang penuh disiplin. Di Sekolah Melayu kampung inilah Abdul
Razak mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang-alik sejauh empat batu
dengan berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Semasa dari sekolah rendah lagi Tun Abdul
Razak telah menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Setiap
tahun beliau dapat menggondol hadiah-hadiah dalam kelas.

Sewajarnyalah beliau dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudiannya ke


Raftles College Singapura untuk melanjutkan pelajarannya. Semasa di Maktab Melayu
dan Raffles College itu, beliau aktif di dalam persatuan dan aktiviti sukan. Kecekapannya
terbukti lagi apabila beliau berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln's
Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan.

Semasa di London, Tun Abdul Razak tidak mensia-siakan peluang yang diberikan
kepadanya. Beliau menggunakan masa yang ada untuk mendalami bidang politik dan
memupuk konsep hidup dengan pemikiran yang luas. Aktif dalam kegiatan-kegiatan
pelajar, beliau kemudiannya menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oieh Parti
Buruh British untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak Persekutuan Tanah
Melayu. Beliau juga menganggotai Persatuan Fabian dan Malayan Student's Union.
Beliau terpaksa kembali ke tanahair dan memberhentikan pelajaran lanjutannya kerana
kematian ayahnya pada bulan April 1950. Sekembalinya ke tanahair, beliau berkhidmat
dengan Kerajaan Negeri Pahang sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan dan dua tahun
kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau
dalam perkhidmatan awam ini selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan
menuntut kemerdekaan.

Empat bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda
UMNO. Ini diikuti pula dengan perlantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis
Undangan Persekutuan pada Ihb. Februari, 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul
Rahman menjadi Yang Dipertua UMNO beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai
Timbalan Yang Dipertua Dari sini bermulalah satu percantuman tenaga yang bersejarah
dan begitu gigih dalam perjuangan mencapai kemerdekaan dan seterusnya membina
sebuah negara yang maju. Tun Abdul Razak juga menjawat jawatan Pemangku Menteri
Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun 1955.
Sebagai orang nombor dua kepada Tunku, beliau turut membuat draf-draf untuk
dimuatkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan menyertai rombongan menuntut
Kemerdekaan ke London pada tahun 1956. Setelah Kemerdekaan dicapai waktu umur
Tun 35 tahun bermulalah perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang
menjangkau lebih 13 tahun.
Dalam tempoh ini beliau telah memegang beberapa portfolio, termasuk Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian
Halehwal Dalam Negeri. Sebagai Menteri Pelajaran yang pertama, beliau telah
melahirkan Penyata Razak 1956 bertujuan menyatupadukan rakyat berbagai kaum. Dasar
Pelajaran Kebangsaan yang berasaskan Penyata ini adalah mendukung bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan Dengan menggunakan perantaraan Bahasa Kebangsaan dan
kandungan pelajaran yang sama di semua sekolah, semangat perpaduan dan kerjasama di
kalangan murid-murid dari berbagai kaum dapat disemai. Semangat dasar pelajaran inilah
yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang sihat dan berpelajaran sebagai
sumber tenaga pembangunan.

Konsep demokrasi Tun Razak berasaskan keseimbangan sosial dan ekonomi di mana
semua rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan negara. Pembangunan negara
sangat besar ertinya sebab menurut beliau benteng terbesar pertahanan kedaulatan negara
bukan sahaja terletak pada pertahanan tetapi yang lebih penting ialah pembangunan.
Gerakan pembangunan luar bandar dipelopori oleh beliau dengan langkah pertama ialah
merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap aspek keperluan negara. Ini
dikenali sebagai "Buku Merah" yang dilengkapi dengan "Bilik Gerakan" yang
mencatitkan butir-butir rancangan setiap daerah termasuk segala kemajuan dan kegagalan
rancangan-rancangan tersebut.

Tun telah berusaha dengan gigihnya untuk menjamin supaya pendapatan petani-petani
setimpal dengan usaha-usaha mereka. Beliau telah membentuk berbagai agensi Kerajaan
untuk mencapai matlamat ini, dan yang paling berkesan ialah Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan dan Negeri-Negeri. Kemajuan yang berlipat ganda jelas dari jumlah tanah
yang dibuka, jenis-jenis tanaman yang diusahakan, bilangan murid-murid yang
disekolahkan, berbagai perusahaan dan kemudahan-kemudahan bantuan kewangan dan
teknik yang disediakan. Di waktu Tun jugalah melihat penyertaan orang-orang Melayu
dan bumiputra secara lebih pesat dalam perniagaan khasnya dengan penubuhan agensi-
agensi seperti MARA, PERNAS dan lain-lain hasil dari cadangan-cadangan oleh
Kongres-Kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan.

Pendek kata, segala bentuk pembangunan yang dirasakan oleh rakyat masa kini adalah
sebahagian besarnya atas daya usaha dan kemahuan tegas dari Tun Abdul Razak.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan perkembangan politik yang
bersejarah di Malaysia walaupun ianya disambut dengan tentangan hebat oleh pihak-
pihak yang tertentu. Ketokohan Tun sebagai Menteri Pertahanan mendapat ujian.
Akhirnya krisis dapat diselesaikan secara damai. Memang wajarlah Tun dikenali bukan a
sahaja sebagai BapPembangunan tetapi juga sebagai Bapa Perdamaian.
TUN HUSSEIN ONN
Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah
anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai
lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran
menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940,
beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal
tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima
tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.

Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah. Setelah
peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas
Tentera, New Delhi. Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British
melantiknya menjadi jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi.
Ketika itu beliau berpangkat Kapten.

Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot,
Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di Malaya, beliau
memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di
Daerah Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang.
Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn
sendiri memainkan peranan penting menentang Malayan Union dengan menubuhkan
UMNO.

Berjuang di samping bapanya, Hussein Onn telah meletakkan jawatannya sebagai


Pegawai Daerah untuk turut serta dalam kegiatan politik UMNO. Datuk Onn telah
memberikannya tugas sebagai Ketua Pemuda UMNO yang dikenali sebagai Perikatan
Pemuda UMNO dan seterusnya dalam tahun 1950 beliau telah dilantik sebagai
Setiausaha Agung UMNO dan bertugas sepenuh masa. Beliau juga telah dilantik menjadi
Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan Majlis Undangan Persekutuan.

Semasa darurat beliau dilantik menjadi Pegawai Penjaga Pasukan Kawalan Kampung di
Johor. Tun Hussein keluar dari UMNO mengikut bapanya, setelah tercetus satu krisis
dalam parti pada bulan Ogos 1951. Seterusnya Datuk Onn menubuhkan Parti
Kemerdekaan Malaya, malangnya parti itu tidak mendapat sambutan. Sewaktu bersara
dari politik, beliau telah pergi ke London untuk belajar undang-undang di Lincoln's Inn,
England dan telah lulus sebagai seorang peguam pada tahun 1958.

Pada tahun 1968 atas desakan Tun Abdul Razak, Hussein Onn kembali menyertai
UMNO. Pada bulan Jun 1969 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi
UMNO, dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi pilihanraya umum di
kawasan Parlimen Johor Bahru Timur, dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 22
September, 1970. Sebagai Menteri Pelajaran beliau telah menghadapi beberapa isu
penting yang berkaitan dengan pelajaran, termasuk mengenai masalah keciciran di
kalangan penuntut-penuntut sekolah. Pada masa ini juga satu perjanjian antara Malaysia
dan Indonesia mengenai sistem ejaan baru telah diadakan di Kuala Lumpur. Pada tahun
1972, Tun Hussein telah dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO.

Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat
jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14
Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3
menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia. Berikutnya, beliau
mengumumkan satu Kabinet baru yang agak memeranjatkan, di mana peluang-peluang
yang luas diberi kepada tokoh-tokoh muda dalam UMNO untuk memegang jawatan-
jawatan penting. Beliau telah memilih Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
sebagaiTimbalannya.

Dalam soal luar negeri, seperti juga dengan pemimpin-pemimpin sebelumnya, Tun
Hussein Onn terus mengadakan perhubungan yang baik antara Malaysia dengan negara-
negara luar termasuklah negara- negara barat dan lain-lain anggota ASEAN. Pada akhir
tahun 1977, krisis melanda Kerajaan Kelantan, berikutan dengan penyingkiran Datuk
Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. UMNO telah menunjukkan jalan-
jalan kepada PAS bagaimana menyelesaikan krisis itu tetapi tidak dihiraukan oleh pucuk
pimpinan PAS. Kerana krisis itu mungkin membawa kepada keadaan huru hara, Tun
Hussein Onn telah mengistiharkan darurat di negeri tersebut. Dalam bulan Mac 1978,
satu pilihanraya diadakan bagi Negeri Kelantan, yang mengembalikan kerajaan Barisan
Nasional setelah 18 tahun berada di tangan parti pembangkang.

Dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1978, Barisan Nasional yang
bermanifesto "A man whom you can trust" (Tun Hussein) telah beroleh kejayaan yang
cemerlang dengan 131 kerusi daripada jumlah 154 kerusi Parlimen, di samping
menguasai semua kerajaan-kerajaan Negeri. Dalam pergerakan UMNO, Tun Hussein
Onn berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan perpaduan di kalangan ahli-ahli dan
pemimpin- pemimpin supaya parti dapat menghadapi cabaran-cabaran yang timbul.
Selaku seorang yang tegas pendiriannya, telah mengambil beberapa tindakan bagi
menghapuskan perbuatan rasuah dalam Kerajaan ataupun parti. Di samping itu beliau
telah menerima desakan dari ahli-ahli supaya menghapuskan elemen-elemen yang
disyaki terlibat dalam kegiatan-kegiatan pro-Komunis.
TUN DR. MAHATHIR

. Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20hb. Disember, 1925
bersamaan 4 Jamadilakhir 1344, di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor
Star, Kedah. Ayahnya, Mohamad bin Iskandar adalah guru bahasa bahasa Inggeris,
dikenali dengan panggilan "Master", juga adalah Guru Besar pertama Sekolah Inggeris di
Alor Star, sekarang dikenali sebagai Maktab Sultan Abdul Hamid. Antara murid-murid
ayahnya termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama.
Dr. Mahathir adalah anak bongsu dari sembilan adik beradik (lima lelaki dan tiga
perempuan) Ibunya, Wan Tempawan binti Wan Hanafi mempunyai kaitan keturunan
dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha
membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama 'Terusan
Wan Mohamad Saman' (Wan Mohamad Saman Canal atau Sungai Korok).

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan
kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star di mana beliau tamat pelajaran
menengah di peringkat Senior Cambridge. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan
pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Universiti
Malaya, Singapura dan lulus dengan Ijazah MBBS pada tahun 1953.

Setelah lulus, Dr. Mahathir bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau
Pinang. Pada tahun 1954, beliau dilantik menjadi pegawai perubatan dan pernah bertugas
di Hospital Besar Alor Star, Pulau Langkawi dan Perlis. Pada tahun 1957, beliau
meninggalkan perkhidmatan perubatan dan membuka kliniknya sendiri yang dikenali
sebagai MAHA Klinik, mula-mula di Jalan Tunku Ibrahim dan kemudian berpindah ke
Pekan Melayu, Alor Star. Ini merupakan klinik anak Melayu yang pertama di Alor Star.
Penglibatannya dalam politik bermula pada tahun 1945 apabila beliau bergerak cergas
dalam beberapa kesatuan, antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan
akhirnya dalam UMNO. Sewaktu di Universiti Malaya, Singapura beliau bersama dengan
beberapa orang pelajar Melayu yang sedar telah mengemukakan satu memorandum
menentang cadangan undang-undang kerakyatan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Perhubungan Kaum mengikut arahan British.

Dr. Mahathir buat pertama kalinya bertanding dalam pilihanraya umum sebagai calon
Perikatan bagi Kawasan Parlimen Kota Star Selatan pada tahun 1964. Dengan
kemenangannya dalam pilihanraya itu, beliau menjadi seorang 'back bencher' yang aktif
dalam mengemukakan berbagai pendapat dan syor untuk pertimbangan Kerajaan. Bagi
menghadapi propaganda Regim Sukarno terhadap Malaysia, beliau telah mengetuai
rombongan Malaysia ke Persidangan Afro-Asian Peoples Solidarity Organisation di
Ghana dan juga ke Persidangan World Assembly of Youth di Amherst, Amerika
Syarikat. Pada masa itu sudah ternampak kecenderungannya terhadap satu dasar luar
yang lebih bebas dan imaginatif supaya dapat menjamin keselamatan Malaysia serta
penerimaannya oleh negara-negara lain.

Dalam pilihanraya umum 1969 yang mencetuskan rusuhan kaum itu, Dr. Mahathir tewas
di tangan calon PAS. Beliau seterusnya dipecat dari UMNO kerana perselisihan pendapat
dengan pucuk pimpinan UMNO. Pada masa ini beliau telah menghasilkan bukunya The
Malay Dilemma bagi menerangkan masalah orang-orang Melayu dalam konteks
perpaduan negara. Beliau diterima semula menyertai UMNO pada 7hb. Mac 1972 dan
dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 1973. Dalam pilihanraya 1974, beliau
bertanding di Kawasan Parlimen Kubang Pasu atas tiket Barisan Nasional dan menang
tanpa bertanding. Berikutan dengan kemenangan itu, dilantik menjadi Menteri Pelajaran
oleh Tun Abdul Razak.
Perlantikan ini mengiktiraf minat Dr. Mahathir yang mendalam dalam bidang
pengetahuan dan pendidikan. Pada tahun 1966 lagi beliau telah dilantik sebagai Pengerusi
yang pertama Majlis Pelancaran Tinggi yang baru ditubuh.

Pada tahun 1972 beliau menjadi Ahli Majlis Penasihatan Pelajaran Tinggi dan juga
pernah menjadi Ahli Universiti Court, Universiti Malaya. Sebagai Menteri Pelajaran,
beliau telah membuat banyak perubahan-perubahan ke arah memesatkan lagi
perkembangan pelajaran termasuk menambah bilangan pelajar-pelajar Melayu di pusat-
pusat pengajian tinggi. Dr. Mahathir pada kemudian hari berusaha menubuhkan
Universiti ke 6, dikenali dengan Universiti Utara Malaysia.

Dengan kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdul Razak pada awal tahun
1976, Tun Hussein Onn yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru telah
melantik Dr. Mahathir sebagai timbalan Perdana Menteri. Ketika dilantik ke jawatan itu,
Dr. Mahathir merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO. Beliau mengekalkan
jawatannya sebagai Menteri Pelajaran. Dalam rombakan Kabinet pada 1hb. Januari,
1978, beliau berubah "portfolio" dari Kementerian Pelajaran kepada Kementerian
Perdagangan dan Perindustrian.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978, Dr. Mahathir memenangi jawatan Timbalan
Presiden UMNO tanpa bertanding dan dalam Perhimpunan Agung UMNO Jun 1981
menjadi Presiden, juga tanpa bertanding. Berikutan dengan keputusan Tun Hussein Onn
meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr. Mahathir secara
otomatis menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Anda mungkin juga menyukai