Anda di halaman 1dari 14

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KM 10, JALAN PADANG TENGKU,

26700 KUALA LIPIS,PAHANG.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JANUARI 2010

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TARIKH : 10 APRIL 2010

MASA : 8.00PG – 9.00PG

TEMPAT : GYMNASIUM

NAMA KUMPULAN : FAIZNUR HANEM BINTI ISMAIL

UNIT : PJ/PK/BM AMBILAN JANUARI 2010

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI

KOMPONEN : PERGERAKAN ASAS

PENSYARAH : ENCIK BAHAROM BAHARI BIN MUDA


PENGAKUAN

“Kami akui bahawa karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ........................................

Nama Penulis : FAIZNUR HANEM BINTI ISMAIL

Tarikh : 07 APRIL 2010


BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI (PJM3102)

PERGERAKAN ASAS

PENSYARAH PEMBIMBING : EN. BAHAROM BAHARI BIN MUDA

PERKARA YANG
TARIKH CATATAN TANDA TANGAN
DIBINCANGKAN

Menerima soalan tugasan dan Tugasan hendaklah


taklimat daripada pensyarah dihantar selewat-
mata pelajaran EN. BAHARUM lewatnya
BAHARI BIN MUDA
05.04.2010 12 APRIL 2010 EN.BAHARUM
BAHARI BIN
MUDA

Memahami kehendak soalan Membuat draf tugasan


tugasan – perbincangan dengan
rakan-rakan FAIZNUR HANEM
07.04.2010

Mencari bahan daripada internet Berdasarkan sukatan


dan pusat sumber dan pelajaran
09.04.2010 dikumpulkan
FAIZNUR HANEM

Menghantar tugasan lengkap Diterima dan


kepada pensyarah pembimbing direkodkan
EN.BAHARUM
12.04.2010
BAHARI BIN MUDA
PENGHARGAAN

A ssalamualaikum. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha


penyayang, selawat dan salam ke atas Rasul junjungan serta para sahabat
baginda. Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran saya panjatkan kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia dan InayahNya, dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dalam masa dan panduan yang telah ditetapkan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah


pembimbing, Encik Baharom, kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
input yang bernilai dalam proses menyiapkan tugasan ini. Budi dan sikap tolak
ansur beliau amat saya hargai.

Tidak lupa juga buat ibu bapa dan keluarga serta rakan seperjuangan dan
sesiapa sahaja yang terlibat atau turut membantu dalam masa saya menyiapkan
tugasan sama ada secara langsung ataupun tidak. Budi kalian tidak akan
mampu dinilai oleh apa jua yang wujud di dunia ini. Semoga Allah mencucuri
rahmatNya keatas kalian. amin...
PENGENALAN

Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang


utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan
Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada
tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor
dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan.

Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke


tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan
setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup,
naik-turun dan pusing-putar.

Lokomotor

Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.


Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor
Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu
lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-

1. Berjalan

2. Berlari

3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki )

4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )

5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan


kaki berselang seli )

Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :


1. Skip

2. Galop

3. Melongsor

Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau


setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti
seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa
menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-

1. Meregang

2. Memusing

3. Membongkok

4. Menghayun

5. Menolak

6. Menarik

7. Mengilas

8. Bangkit

9. Rebah

10. Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya


Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan merupakan
variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya, pergerakan-
pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan di atas :-

1. Merangkak = membongkok + berjalan

2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih

langkah berjalan atau berlari

3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong

4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan

2.3 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid


sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting
bagi murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku,
mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk
dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi
kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa
manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-

i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak,


memukul, mengumpan dan merejam

ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut

iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul

Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid sekolah
rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih
bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-
kemahiran asas sukan.
RASIONAL
Melalui aktiviti luar guru akan menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang lebih mendalam. Elemen yang dipelajari dan pengalaman yang
diperolehi merupakan subjek yang penting dan perlu didalami oleh guru major
pendidikan jasmani untuk memberi tunjuk ajar dan mengurus dan mengendalikan
sesuatu aktiviti pergerakan asas apabila bertugas di sekolah sebagai pendidik
kelak. Selain itu, pergerakan asas ini memberi pengajaran awal kepada kami
bakal guru untuk membiasakan keadaan dengan kanak-kanak yang bakal kami
ajari nanti.

Selain itu, pergerakan asas adalah permulaan kepada setiap pergerakan


berdasarkan kemahiran dalam sesuatu pergerakan. Sebagai contoh pergerakan
melompat terdapat juga dalam kemahiran permainan bola baling semasa
menjaringkan gol, lompat tinggi, lompat jauh dan sebagainya. Cuma ianya
berbeza dalam cara lompatannya tetapi kaedahnya adalah sama.
MATLAMAT
1) Kertas kerja ini disediakan dengan matlamat untuk mendapatkan
bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah berkenaan dengan
kemahiran pergerakan asas.

2) Perkara yang ingin dilihat secara dekat dalam aktiviti ini adalah kesesuaian
pergerakan asas yang dilaksanakan kepada kanak-kanak. Secara tidak
langsung, semua kelemahan dan kekurangan dalam aktiviti yang
dijalankan dapat diperbaiki dan dijadikan sebagai pemangkin dan panduan
untuk melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.

3) Aktiviti pergerakan asas yang dilakukan ini dapat membentuk para pelajar
mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas.

4) Para pelajar akan mendapat kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan


kecergasan tubuh badan yang sememangnya membawa manfaat kepada
diri mereka.

5) Selain itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menyediakan satu rancangan
pengajaran dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
dengan memanipulasikan alatan secara betul dan selamat.
OBJEKTIF
Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :-

1. Membantu kanak-kanak membina pergerakan asas.

2. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang jenis-jenis pergerakan


yang sedia ada.

3. Membentuk kemahiran pergerakan asas, kreativiti dan menarik minat para


pelajar terhadap aktiviti fizikal yang berfaedah.

4. Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi


melaksanakan pergerakan asas dalam pelbagai jenis pergerakan.

5. Membolehkan pelajar menggunakan seluruh anggota badan dalam


melakukan suatu pergerakan dengan menggabungkan unsur kreatif dan
seterusnya memperkembang aplikasi kemahiran tersebut.

6. Memupuk imej kendiri, kesungguhan , keyakinan dan sikap optimis dalam


diri pelajar.

7. Mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang sihat.

8. Para pelajar dapat mengaplikasi pergerakan asas dalam kehidupan


seharian dengan berkesan.

9. Para pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam


melakukan pelbagai jenis pergerakan.
KUMPULAN SASARAN

 Guru pelatih PISMP PJ SEMESTER 1 IPGMKTAA

TARIKH

 10 April 2010

TEMPAT

 Gymnasium IPGMKTAA

SENARAI ALATAN

 Bola,

 skippping,

 gelung rotan.

PANDUAN PELAKSANAAN
Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 20 stesen yang perlu
dilalui oleh setiap pelajar di mana mereka memerlukan perlakuan yang
berbeza untuk setiap stesen. Sebanyak 10 stesen telah ditetapkan untuk
pergerakan lokomotor manakala 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan
lokomotor. Aktiviti ini turut melibatkan manipulasi alatan dalam setiap
pergerakan yang ingin dilakukan oleh para pelajar di mana mereka boleh
menggunakan kreativiti tersendiri untuk mengawal dan menggayakan
pergerakan mereka tersebut.
PENUTUP

Melalui kertas kerja yang telah dihasilkan ini, saya telah dapat mempelajari dan

menguasai pelbagai kemahiran berkaitan dengan pergerakan asas. Selain

daripada itu, saya mula memahami dengan lebih mendalam lagi tentang

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor bersama alatan dengan memberi

penekanan kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika melaksanakan

aktiviti ini. Secara tidak langsung juga, saya telah digalakkan berfikir secara

kreatif dan inovatif serta menjana idea baru untuk menghasilkan kertas kerja yang

lebih kemas, teratur, berkualiti serta menarik perhatian rakan-rakan mahu pun

pensyarah pembimbing.
MULA
1)MERINGKUK DAN 2) MELUNSUR 3 )MEMUSING 4 ) MENGGULING
MEREGANG SAMBIL
-duduk di atas kerusi -duduk sambil -guling balak sambil
MEMEGANG BOLA
dan melunsur sambil memusingkan badan dan memegang bola
memegang bola. kepit bola dengan kaki.

8) KETINTING
9) MEMBONGKOK 7) MENGHAYUN 6) BERJALAN 5)BANGKIT
-ketinting sebelah kaki
-membongkok sambil di dalam gelung rotan -menghayunkan kaki -berjalan sambil -bangun dari tempat.
bermain dengan bola. sambil memegang kanan dan kaki kiri. melakukan kemahiran
bola. pada bola.

10 ) MELOMPAT 11) MENGILAS 12) GALOP 13) MENOLAK 14) SKIP

-lompat kaki mencapai -berdiri sambil -galop ke hadapan -menolak dinding -skip sambil memegang
ke dada sambil mengilas,tangan sambil tangan menggunakan bola. bola dan terdapat
memegang bola.
memegang bola. memegang bola. halangan.

18) LAYANG
19) REBAH 17) BERBUAI-BUAI 16) BERLARI 15) MENARIK
-berlari dan melakukan
-rebah di atas tilam -Berbuai-buai di -berlari sambil sambil -menarik menggunakan
layang sambil
parallel bar sambil melantun bola. tali skipping. Tali
melambung bola dan
mengepit bola di kaki. skipping di kaki dan tarik
menangkap kembali.
tali tersebut.

20 )MERANGKAK

-merangkak melepasi
halangan sambil
mengepit bola di kaki.

Anda mungkin juga menyukai