Anda di halaman 1dari 10

Surah Al Ikhlas

Mohammad Nazmi Haniff Bin


Mohd Raffit
Muhamad Izzuddin Bin Zainal
‫ُ ق ْل ُه َو ُهَّللا َأ َحد )‪(1‬‬
‫(‪ُ )2‬هَّللا ال َّ‬
‫ص َم ُد‬
‫(‪ْ َ )3‬لم َ يلِ ْد َولَ ْم ُ يولَ ْد‬
‫َ‬
‫(‪َ )4‬ولَ ْم َ ي ُكن َّ ل ُه ُكفُ ًوا أ َح ٌد‬
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku)
ialah Allah Yang Maha Esa(1).
Sesungguhnya Allah kekal(2).
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak
diperanakkan(3).
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa
denganNya(4).
Dan Dia, Allah itu, tidak pula diperanakkan. Tegasnya tidaklah Dia
berbapa. Kerana kalau Dia berbapa, teranglah bahawa si anak
kemudian lahir ke dunia daripasa ayahnya, dan kemudian ayah itu
pun mati. Si anak menyambung kuasa. Kalau seperti orang Nasrani
yang mengatakan bahwa Allah itu beranak dan anak itu ialah Nabi
Isa Al-Masih, yang menurut susunan kepercayaan mereka sama
dahulu tidak berpermulaan dan sama akhir yang tidak berkesudahan
di antara sang bapa dengan sang anak, maka bersamaanlah wujud di
antara si ayah dengan si anak, sehingga tidak perlu ada yang
bernama bapa dan ada pula yang bernama anak. Dan kalau anak itu
kemudian baru lahir, nyatalah anak itu suatu kekuasaan atau
ketuhanan yang tidak perlu, kalau diakui bahawa si bapa kekal dan
tidak mati-mati, sedang si anak tiba kemudian.
Surah Al-Ikhlas (‫ ) سوـرـة اـإلخالص‬adalah
surah ke 112 dalam Al Quran, ayat
pendek 4-versa deklarasi yang
berkesatuan mutlak dari Allah
(tauhid), menolak fahaman
politheisme dan trinitarianisme. Al-
Ikhlas bermaksud "ketulenan" atau
"menghalusikan", bermakna untuk
tetap suci dan beriman atau dalam
keadaan menangkis ketidaksucian.
Sebab Nuzul Al-Quran
Sebab Diturunkan
 
Tersebutlah di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli
tafsir bahawa asal mula surah ini turun ialah kerana pernah orang
musyrikin itu meminta kepada Nabi: ‫ صف لنا ربك‬: ‘Shif lanaa
rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu,
emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?). Menurut hadis yang
diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada
orang musyrikin meminta kepada Nabi s.a.w supaya dihuraikannya
nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah
surah yang tegas ini tentang Tuhan. Abus Su’ud berkata dalam
tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2)
dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah
pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak
mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan.
Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskan
bersihNya Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan
menjelaskan bahawa Dialah pergantungan segala makhluk,
jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifat Kesempurnaan
Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang
mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal
dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang. Dengan
penegasan "Tidak beranak", ditolaklah kepercayaan setengah
manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau Isa Al-
Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu tidak ada
timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun
yang mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman
hidupnya’, yang daripada pergaulan berdua timbullah anak”-
Sekian Abus Su’ud.
Pengajaran Ayat
Ketahuilah bahawasanya Allah menyifatkan diriNya dengan Esa,
baginya 3 makna. Pertama; Bahawasanya Dia itu Esa dan tiada
dua baginya, maka Dia menafikan sifat ramai atau berbilan-
bilang. Kedua; adalah Dia itu Esa yang tiada penyerupaan atau
perkongsian bagiNya. Ketiga; bahawasanay Dia itu Esa dan tida
terbahagi-bahagi.
Sesungguhnya Allah subhanahu wata’ala telah menegakkan di
dalam al-Quran hujjah-hujjah yang jelas di atas ke`Esa’anNya.
Dan yang demikian itu, banyak jumlahnya. Dan yang paling
terangnya adalah empat hujjah.
 
(1)   Firman Allah;
‫أفمن يخلق كمنال يخلق‬
“Apakah Yang menciptakan itu, sama dengan yang tidak
menciptakan?”.
  Apabila sabit Allah subhanahu wa ta’ala menciptakan seluruh
yang ada di dalam ini, maka tidaklah benar jika satupun dari
ciptaanNya itu dapat bersekutu denganNya.
 
(2)   Firman Allah ta’ala;
‫لو كان فيهما الهة إالهللا لفسدتا‬
“Jika sekiranya adalah pada kedua-duanya (langit dan bumi) itu
tuhan-tuhan selain Allah, nescaya binasalah”.
  Ayat ini adalah dalil bahawa Allah swt itu bersifat Maha
Bijaksana, sehingga layaklah Dia menjadi Hakim Agung dan juga
dalil yang menunjukkan bahawa Allah swt itu menciptakan
sesuatu tanpa contoh.
 
(3)   Firman Allah ta’ala;
‫لو كانمعه آلهة كما يقولونإذا البتغوا إلىذى العرش سبيال‬
“Jika adalah bersamanya tuhan-tuhan lain sebagaimana yang
mereka perkatakan, nescaya tentulah tuhan-tuhan itu akan
mencari jalan-jalan ke `Arasy”.
  Ayat ini adalah dalil bahawa Allah swt itu Yang Maha
Berkuasa.
 
(4)   Firman Allah ta’ala;
‫ما اتخذ هللا منولد و ما كانمعه من إله‬
“ِTidak mengambil Allah swt itu akan anak dan tidak adalah
bersamanya tuhan-tuhan yang lain”.
  Ayat ini adalah dalil tentang ke`Maha Tinggi’an ketuhananNya

Anda mungkin juga menyukai