Anda di halaman 1dari 49

PENGENALAN MASYARAKAT

MALAYSIA

• Sebagai sebuah tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat


perdagangan Tanah Melayu tentunya pernah menjadi tempat
persinggahan dan penempatan bagi orang-orang daripada
pelbagai kebudayaan dan asal usul. Justeru konsep
percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena
baru dan asing di sini (Malaysia).
• Kebanyakan ahli sejarah dan anthropologi sosial bersetuju
bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan
penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman
perkembangan kolonial dan eksploitasi orang British di
Semenanjung Malaysia. Lim (1973) menyatakan bahawa tahun
1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam
menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di
Semenanjung Malaysia.
Definisi Masyarakat

• Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang


membentuk sebuah sistem interaksi sosial dimana sebahagian
besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu
adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok
tersebut. Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung
dan perlu memerlukan antara satu sama lain.
• Umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk
kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu
tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.
Masyarakat Majmuk

• Masyarakat majmuk (Plural society) yang bermaksud


masyarakat pelbagai kaum (Multi-racial society)
adalah merujuk kepada suasana kepelbagaian
bangsa yang sama-sama atau berkongsi hidup dan
tinggal dalam sebuah negara sama.
• Masyarakat majmuk dalam sesebuah negara seperti
Malaysia pada kebiasaannya terdiri daripada
beberapa kelompok majoriti (1-3), disusuli oleh sub-
sub etnik (kelompok minoriti) lain yang lebih kecil dan
kurang berpengaruh.
Kategori Masyarakat: Pengkelasan Baru

• Ada kalangan para pengkaji bidang anthroplogi dan


sosiologi moden yang cuba untuk mengklasifikasikan
masyarakat berdasarkan cara hidup mereka.
• Justeru lahir istilah seperti :
1. masyarakat petani.
2. masyarakat industri.
3. Masyarakat pasca-industri.
4. masyarakat maklumat.
Konsep Masyarakat Majmuk
• Menurut Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk
merupakan satu masyarakat yang muncul akibat
daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan
penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem
ekonominya. Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok
yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall
menambah bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam
dalam sebuah masyarakat majmuk itu “bercampur tetapi
tidak bergabung”. Setiap kelompok memegang kuat
kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan
cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam
masyarakat majmuk itu hidup secara berdekatan, tetapi
terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem
pembahagian buruh dalam bidang ekonomi pula adalah
berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu
mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan.
Ciri-ciri Masyarakat Majmuk
• J.S. Furnival (1956) dalam bukunya Colonial Policy and
Practice : A Comparative Study of Burma & Netherlands India
menggariskan ciri-ciri masyarakat majmuk sebagai berikut :

1. Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa, ras, etnik) seperti Eropah,


Cina, India dan penduduk asli (bumiputera).
2. Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu.
3. Hidup berdekatan tapi terpisah dalam sistem unit politik yang sama.
4. Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama, kebudayaan, bahasa,
idea dan kaedah sendiri.
5. Bertemu di pasar ketika membeli belah dan kemudian balik ke tempat
masing-masing.
6. Dalam sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara
mengikut kaum.
Ciri Masyarakat Majmuk (samb)

• Harry Eckstein (1966) dalam “Division and Cohesion in


Democracy” menulis bahawa masyarakat majmuk
adalah masyarakat yang terpisah kerana segmen-
segmen yang berasingan yang meliputi
– Ras/Kumpulan etnik
– Budaya
– Bahasa
– Kepercayaan agama
– Ideologi
Faktor Penghijrahan/
Kewujudan Masyarakat Majmuk
Push and Pull factor
1. Penolak (negara Asal)
– Tiada pekerjaan dan peluang ekonomi – kebuluran dan
kemiskinan
– Masalah politik seperti revolusi dsb.
– Masalah alam semulajadi seperti Kemarau, Banjir dan
Gempa Bumi
2. Penarik (Destinasi penghijrahan)
– Peluang ekonomi
– Dasar kerajaan Inggeris di TM
– Keamanan
– Masyarakat Malaysia yang dianggap baik.
3. Perkahwinan politik cth: Sultan Melaka + Hang Li Po
4. Faktor Umum seperti mengembara, hanyut dan sesat
Definisi Budaya
• Istilah Budaya (culture) secara amnya memberi maksud cara
hidup manusia. Budaya juga dilihat sebagai satu proses
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia
dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui
etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud "budi+daya";
yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi
akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah
manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada
kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala
penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk
sama ada yang dapat dilihat atau tidak.
• Budaya bermaksud cara hidup sesebuah masyarakat.
Budaya juga memberi maksud tamadun, peradaban dan
kemajuan
Definisi Budaya (samb)

• Modern Dictionary of Sociology mentafsirkan budaya


sebagai cara hidup manusia yang hidup berkelompok
sama ada yang berbentuk material (ciptaan manusia)
dan bukan material (adat resam, kepercayaan,
undang-undang dll)
• Edward B. Taylor pula menerangkan budaya sebagai
satu himpunan
– Ilmu pengetahuan
– Kesenian
– Adat resam
– Kemahiran yang dimiliki dan diamalkan oleh manusia dalam
sesuatu masyarakat.
Definisi Budaya (samb)

• A.L Kroebor & Clyde Kluckdan mendefinisikan budaya


sebagai segala amalan, peneimaan dan kepercayaan
oleh sesuatu masyarakat yang dipraktikkan secara
berterusan atau diulangi oleh generasi yang seterusnya.
• A.L Kroebor & Clyde Kluckdan juga turut menyenaraikan
elemen-elemen penting yang membentuk budaya iaitu
kelengkapan hidup, sistem ekonomi, keagamaan,
bahasa, kesenian dan ilmu pengetahuan
Struktur & Komposisi Masyarakat Malaysia

• Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk – terdiri


daripada pelbagai etnik/kaum/bangsa.
• Rumpun bangsa utama yang membentuk masyarakat Malaysia
ialah Melayu (termasuk Bumiputera), Cina dan India di
samping kaum-kaum minoriti yang lain.Di Sabah, etnik terbesar
ialah Kadazan, Dusun dan Bajau. Di Sarawak kelompok
terbesar ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kelabir dan juga Penan.
Hakikatnya ini bukan gambaran sebenar yang dapat
menerangkan struktur masyarakat kerana terdapat lebih 40
etnik berbeza di Sabah dan Sarawak.
• Mengikut statistik 2004, jumlah penduduk Malaysia adalah
seramai 25 juta orang. (Melayu 54%, Cina 30%, India 13% dan
lain-lain 2%) Kadar pertambahan penduduk Malaysia berada
pada kadar 2.4% setahun.
Penduduk Malaysia 2005
Penduduk Malaysia 2005 Mengikut Umur
Melayu, Cina, India 2005
Bumiputera, Lain-lain, Bukan Warganegara
2005
Melayu
• Perlembagaan Malaysia (Perkara 160) mendefinisikan
Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam
bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang
mengamalkan adat-istiadat Melayu.
• Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition),
Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di
Dunia Melayu (Nusantara), iaitu penduduk serumpun
tanpa mengira agama, bahasa, dan adat istiadat yang
masing-masing diikuti dan dipraktikkan oleh rumpun
masing-masing.
• Subetnik Melayu adalah terdiri daripada Melayu Bugis
(Sulawesi), Mendeling, Melayu Kampar, Jawa, Banjar,
Minang, keturunan syed termasuklah masyarakat
bumiputra.
Cina

• Kebanyakan masyarakat Cina di Malaysia berasal


dari sebelah selatan cina.
• Berhijrah sekitar abad ke 15 dan 19.
• Keturunan Hokkien yang berasal dari wilayah
Fujian, Hakka dan Kantonis yang berasal dari
Kwangtung, Teochew, Hailam termasuk
masyarakat Baba dan Nyonya.
• Kategori pengijrah terdiri daripada petani, pekerja
ladang, pekerja lombong, pelarian yang menuntut
suaka politik dan ahli kongsi gelap.
India

• Kebanyakan masyarakat India yang datang ke Tanah


Melayu adalah berasal dari sebelah pantai Timur India.
• Berhijrah sekitar abad ke 18 dan 19
• Golongan imigran terdiri dari keturunan Tamil (Tamil
Naidu) Malayali (Kerala/Pantai Malabar) Telegu
(Andhra Pradesh) Sikh (Punjab) Tamil Chettiar (Tamil
Naidu) Gujrati (India Utara)
• Kategori pengijrah terdiri daripada golongan pemodal
(chetty), golongan profesional, askar, pekerja ladang
dan landasan keretapi.
Kepelbagaian Etnik sebagai kesan asimilasi
budaya

• Melayu-Arab
• Peranakan Cina
• India Muslim (masyarakat india yang datang dari
India dan berkahwin dengan wanita tempatan.
Dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka.
• Peranakan Jawi (Hasil perkahwinan campur antara
golongan India–Muslim dengan wanita Melayu Pulau
Pinang. Dikenali sebagai anak mami)
• Serani
Masyarakat Bumiputera dan Orang Asli

• Terdiri daripada 3 kelompok utama iaitu


1. Negrito (Kensui di Baling, Kintak dan Lanoh di Hulu Perak,
Bateq di Kuala Lipis, Besut dan Kuala Krai)
2. Senoi (Temiar di Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Gua
Musang, Semai di Kuala Lipis, Raub, Hulu Selangor, Semaq
Beri di Jerantut dan Hulu Trengganu, Mehmeri di Kuala
Langat, Sepang dan Klang)
3. Orang Asli (Jakun di Johor dan Pahang, Orang Kanaq, Orang
Kuala dan Orang Selatar di sekitar Kota Tinggi, Batu Pahat
dan Pontian)
• Mereka terlibat dalam penjualan rotan, buluh dan
sebahagiannya mengusahakan tanaman getah.
Perubahan Masyarakat Majmuk

• Perubahan boleh berlaku dalam konteks masyarakat


majmuk jika berlaku perubahan dalam

1. Perubahan Sistem Pentabiran dan Kepimpinan dalam


negara seperti pada peristiwa Malayan Union.
2. Perlembagaan
3. Perundangan
4. Dasar Kerajaan
5. Tolak ansur budaya
6. Penyelarasan sistem pendidikan
7. Toleransi politik
Kesan Perubahan Masyarakat Majmuk

• Percampuran budaya
• Perubahan hak (Pertambahan/Pengurangan)
• Perubahan status sesuatu masyarakat atau bangsa.
• Satu bangsa satu negara
• Kehilangan budaya asal sesuatu kaum
Kebudayaan Malaysia

• Kebudayaan Masyarakat • Keagamaan


Melayu • Perayaan
• Kebudayaan Cina • Pakaian
• Makanan
• Kebudayaan India
• Seni bela diri
• Kebudayaan Masyarakat
• Tarian
Bumiputera dan Orang Asli
• Adat Pertunangan
• Kebudayaan Masyarakat
• Adat Perkahwinan
Sabah & Sarawak
• Adat Menyambut
• Kebudayaan kelompok Kelahiran
minoriti yang lain • Upacara Kematian
– Sikh
• Perubatan
– Serani
Hubungan Etnik di Malaysia
• Pada asasnya hubungan antara kaum adalah baik.
Bagaimanapun adakalanya hubungan antara kaum
dan etnik boleh menjadi tegang.
• Contoh peristiwa : 13 Mei 1969, Taman Medan 2000.
• Faktor penyumbang kepada masalah integrasi atau
faktor mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia
– Dasar Pecah dan Perintah
– Politik Perkauman (Communalism)
– Perbezaan fahaman dan orientasi politik.
– Perbezaan agama, sistem kepercayaan dan kebudayaan
– Penggunaan akhbar berbeza-beza
– Sistem persekolahan yang beraneka ragam
– Sikap prasangka
Konsep Perpaduan dan Integrasi
• Perpaduan dan Integrasi secara umum adalah merujuk kepada
proses menggabungkan bahagian-bahagian menjadi satu unit.
– Perpaduan – Merujuk kepada hubungan luaran. (Campur)
• Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik & latarbelang sosial
serta budaya yang berlainan ke dalam satu entiti fizikal yang
dilaksanakan melalui struktur dan peraturan yang diperkenalkan
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan sayangkan
tanah air.
– Integrasi – berlaku dalam konteks yang lebih luas dan dan lebih
kukuh kerana ia adalah hasil daripada hubungan dalaman
(Gaul)
• Proses penyatuan kumpulan yang pelbagai latarbelakang ke dalam
satu entiti yang diikuti norma, nilai dan kepentingan yang seragam.
Elemen terpenting dalam integrasi adalah perasaan sense of
belonging yang dimiliki oleh setiap individu yang akhirnya akan
mewujudkan ikatan dalaman yang lebih kukuh.
Tahap Hubungan Antara Kaum Secara Umum

1. Tinggal Bersama (Stage of co-existance)


2. Kekerapan kontak luaran (Stage of frequent external
contact) – sekerap mana mereka bertemu untuk suatu
keperluan dan kepentingan tertentu seperti berniaga
dan mendapatkan barang keperluan asas bagi
kehidupan seharian
3. Tahap Kompromi (Stage of Compromise)
4. Tahap Perpaduan (Stage of Unity)
5. Tahap Integrasi (Stage of Integration)
Teori & Tahap Hubungan Kaum

Proses Integrasi Mengikut Peringkat Rendah - Tinggi

Low Level of Integration High Level of Integration

(1) (4)
Acculturation (3)
Segregation Ab+B+C=Ab+Bb+Cb Assimilation Amalgamation
(2) Asimilasi Budaya A+B+C=D
A+B+C=A
Accomodation
Ai+B+C=Ai+Bi+Ci
A+B+C=A+B+C Asimilasi Struktur
(Pluralisme)
Hubungan Antara Etnik

• Hubungan etnik boleh dilihat dan diukur dari segi


tahap kedekatan atau darjah kehampiran.
• Di peringkat awal hubungan antara etnik pada
kebiasaannya bermula dengan satu bentuk
hubungan yang berasingan dan terpisah
(segregasi) sehinggalah kepada satu tahap
hubungan yang berbentuk kukuh dan sebati
(Amalgamasi) di peringkat akhir.
Tahap Segregasi
• Segregasi adalah merujuk kepada proses atau
suasana pengasingan dan juga pemisahan
antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik
yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan
berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari
segi kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan & kemudahan
awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh
undang-undang atau sebaliknya (seperti dasar
aparthied di Afrika).
Akomodasi
• Akomodasi adalah merupakan proses yang
menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma & nilai
kumpulan etnik yang lain tetapi pada masa
yang sama tetap mempertahankan budaya
hidup masing-masing (Pluralisme)
• Formula:
A+B+C=A+B+C
• dimana A, B & C adalah merujuk kepada
budaya
Akomodasi (samb)
• Proses Akomodasi berlaku apabila apabila kelompok-
kelompok yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan
atau mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi
secara aman dan damai sama ada untuk sementara atau
kekal. Suasana kompromi ini seterusnya membolehkan
kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta
sikap mereka yang berasingan.
• Diamalkan secara meluas di Malaysia kerana setiap
kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm
keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa,
pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas
bagi tiap-tiap kelompok etnik).
• Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk
menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. Kejayaan
atau berkesannya ‘penyesuaian’ sebagai satu dasar amat
bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan
kelompok-kelompok etnik berkenaan.
Pluralisme
• Formula :
A + B + C= A + B + C
• ABC kekalkan ciri kelompok dan budaya masing-masing
• Konsep ini mempertahankan kepelbagaian kumpulan
etnik dalam masyarakat.
• Bertentangan dengan konsep asimilasi & amalgamasi
• Berasaskan teori kepelbagaian punca kekuatan
• Percantuman pelbagai etnik akan mengayakan lagi
warisan sesebuah masyarakat
• 2 jenis : Pluralisme Kebudayaan & Pluralisme
Ubahsuaian
Pluralisme Kebudayaan
• Formula:
Ab + Bb + Cb= Ab + Bb + CAb
• Masih kekalkan kepelbagaian kump etnik tetapi serba sedikit
terpengaruh dengan budaya etnik lain hasil dari interaksi setempat
• Pengubahsuaian berlaku bila etnik yang mempertahankan
kepelbagaian menerima sedikit budaya etnik lain
• Proses integrasi yang menekankan pengekalan kebudayaan
pelbagai etnik termasuk etnik minoriti
• Integrasi masih boleh dicapai walaupun setiap etnik
cenderunguntuk mengekalkan identiti kehidupan masing-masing
• Andaian asas: setiap etnik punyai hak kekalkan warisan psikologi
masing-masing. Lebih-lebih lagi perbezaan & kepelbagaian budaya
dalam masyarakat adalah sesuatu yang lazim & susah dielak,
• Akhirnya kepelbagaian jadi pemangkin untuk kukuhkan negara
• Antara faedahnya adalah kepelbagaian budaya menyebabkan
Malaysia jadi tumpuan pelancong
Pluralisme Ubahsuaian
• Berdasarkan Formula :
A + B + C = A1 + B1+C1
• A1,B1 & C1 merupakan etnik asal yang sudah
mengubah amalan budaya asal kesan interaksi sosial
dengan masyarakat setempat
• Proses kepelbagaian cara hidup dimana sesuatu
kumpulan etnik terpengaruh dengan budaya lain
• Proses integrasi yang paling banyak dan meluas di Msia
• Contoh dapat dilihat melalui pertukaran budaya antara
bangsa Melyu, Cina dan India dalam soalan pilihan
makanan. Orang Melayu menerima roti canai, Orang
India dapat menerima Yong Tau Fu, manakala Orang
Cina dapat menerima nasi lemak
Asimilasi
• Proses Asimilasi adalah merupakan satu proses
percantuman dan penyatuan antara kelompok atau
individu yang datang dari etnik dan kebudayaan yang
berlainan supaya menjadi satu dengan etnik yang
dominan.
• Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok
yang berfikir, berperasaan secara berlainan, akhirnya
bersatu dlm kesatuan sosial serta budaya yang sama.
• Formula:
A+B+C=A
• A mewakili golongan dominan, B & C mewakili kumpulan
etnik minoriti.
• Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan & identiti
Asimilasi (samb)
• Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaks yang
erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi
suatu tempoh yg lama.
• Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa
faktor penting:
– Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti
mereka.
– Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain.
– Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik.
– Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan
minoriti, tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan
majoriti dan juga kadar imigrasi.
Asimilasi (samb)
• Umumnya - kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan
berbanding kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya besar.
• Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi
yg jauh berbeza daripada golongan majoriti
sukar diasimilasikan.
– Cth. Di Thailand, org Melayu mengalami proses
asimilasi yg menyebabkan nama, bahasa, cara hidup
(kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup
org Thai.
• Asimilasi terbahagi 2= Budaya & Struktur
Asimilasi Budaya
• Satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu
budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil
daripada hubungan yg berkesinambungan antara dua budaya
berbeza dalam satu jangka masa yg berterusan dan perubahan
tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya
tersebut.
• Formula :
Ab + B + C = Ab + Bb+ Cb
– ‘A’ mewakili kelompok etnik majoriti ;
– ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti;
– ‘b’ mewakili budaya
• Kelompok minoriti hanya pelajari & amal aspek budaya shj dr
kelompok majoriti. Cth adat resam, ilmu pengetahuan & bahasa
• Hasil daripada akulturasi ini, perubahan-perubahan yg bakal terjadi
terhadap individu atau kelompok adalah seperti perubahan fizikal,
biologikal, budaya, sosial dan psikologikal.
• Akulturasi lebih mudah dicapai dlm budaya yg bersifat kebendaan
Asimilasi Struktur
• Formula :
Ai + B + C= Ai + Bi + Ci
– ‘A’ mewakili kelompok majoriti
– ‘B + C’ mewakili kelompok etnik minoriti
– ‘i’ mewakili institusi
• Kelompok minoriti menyertai institusi utama;
Contohnya penyertaan dalam institusi politik,
sosial, ekonomi dan pendidikan.
• Kumpulan minoriti tidak kehilangan identiti asal
cuma mengalami perubahan dengan menyertai
struktur majoriti - DEB, sekolah kebangsaan, BN
Amalgamasi
• Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi.
Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan
dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya
mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa
yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi.
• Formula:
A+B+C=D
– A,B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan.
– D mewakili kumpulan baharu yang terhasil daripada penyatuan A, B dan
C.
• Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan
kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti
sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).
Arah Pergerakan Dalam Hubungan Kaum
Sorotan Sejarah dalam hubungan Kaum
di Malaysia antara 1500-2000
Halangan Integrasi Nasional
1. Sifat Prasangka
2. Fahaman perkauman – Perbezaan bangsa,
bahasa, agama, budaya, pendidikan, fahaman
dan orientasi politik.
3. Ethnosentrisme
Cabaran pembinaan negara bangsa

1. Mewujudkan Perpaduan
2. Kehilangan budaya dan identiti kaum
3. Cabaran mewujudkan identitit nasional
4. Kekuatan dan jati diri.
5. Agihan kekayaan secara adil
Kaedah Menyatupadukan Masyarakat
Malaysia

1. Strategi Perundangan
– Peruntukan Perlembagaan
– Penguatkuasaan undang-undang yang berperanan
mencegah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960, Akta Hasutan.
2. Strategi Politik
– Politik perikatan
– Rukunegara
3. Strategi Ekonomi
– Agihan kekayaan secara adil dan penghapusan jurang
kemiskinan relatif. Cth: DEB.
Kaedah Menyatupadukan Masyarakat
Malaysia (samb)
4. Strategi Sosial
– Satu bahasa
– Satu akhbar
– Sistem persekolahan dan kandungan silibus
yang seragam
– Pengenalan matapelajaran wajib LAN
– Garis panduan penyiaran yang seragam
Penutup
• Perbincangan berkenaan soal perpaduan dan
integrasi diikuti dengan pemahaman yang
mendalam betapa perlunya keamanan negara
dipelihara dan dikekalkan adalah amat penting
kerana secara umumnya tidak akan ada
kemajuan tanpa keamanan.
Rujukan

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan(1997).


Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit UPM.
Furnivall, J.S. (1948) Colonial Policy and Practices.
London : Cambridge University Press.
Nazaruddin Hj. Mohd Jali, et.al (2003). Malaysian
Studies : Nationhood and Citizenship. Edisi ke-1
Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai