2010
2 jam
TINGKATAN 2
MASA : 2 JAM
ARAHAN :
1. Kertas soalan ini mengandungi lima soalan. Pilih satu soalan sahaja.
1. Lukiskan setangkai bunga raya atau bunga orkid. Dengan menggunakan media pensel,
timbulkan kesan bentuk dan jalinan melalui penggunaan pelbagai unsur jalinan.
Media: Pensel
2. Hasilkan sederet lukisan perspektif landasan kereta api atau susunan sederet rumah.
Gunakan lakaran ton terang dan gelap untuk menunjukkan ruang hadasan dan ruang
belakang dalam lukisan tersebut.
3. Lukis lakaran kawasan padang pasir. Warnakan dengan warna harmoni iaitu ton-ton satu
warna untuk memperlihatkan perspektif warna. Gunakan media warna air untuk lukisan
anda.
4. Hasilkan satu catan bertajuk ”Pertunjukan Bunga Api di Bandaraya”. Gunakan prinsip
penegasan dalam gubahan anda. Anda bebas menggunakan media warna air ataupun kayu
untuk menimbulkan penegasan dalam lukisan.
5. Hasilkan satu reka bentuk wau dengan ciri-ciri imbangan dari segi rupa, bentuk dan
coraknya. Prinsip imbangan simetri haruslah diterapkan dalam rekaan anda.