Anda di halaman 1dari 3

Kemalangan jalan 

raya
Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai
Daerah Taiping, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan
ceramah dalam majlis perasmian ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak
kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim
perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak
punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara
kita.

Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai
lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh
itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak
cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan dan
memnahayakan nyawa orang lain. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan
kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan
dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan
barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak
mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.

Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian
pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan
mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah
malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap
seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas
ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar
para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka
ataupun mengambil langkah berjaga-jaga ketika memandu malam. Sekiranya pemandu
mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan
perjalanan.

Para hadirin sekalian,

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk.


Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan
apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal.
Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga
menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan
kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-
kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda
malahan pengguna jalan raya yang lain.

Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu


kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu.
Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik.
Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan
kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus.
Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan
berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman
tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi
mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih
kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama
sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa
kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak
berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan
perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen
yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit
sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah
memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju
oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam,
justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya.
Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan
yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini
telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-
Selatan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini.
Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju
atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju,
mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah
dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar
bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.

Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap


pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi
berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan
terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini
menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya.

Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan
raya di negara ini dapat dikurangkan. Semuanya memerlukan kerjasa pihak tuan dan
puan.Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai