Anda di halaman 1dari 1

Bagaimanakah Sambutan Perayaan Tradisi Pelbagai Kaum Dapat Memperkukuh Dan Mengekalkan

Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia ?

Malaysia adalah sebuah Negara yang demokrasi. Setiap kaum mempunyai sambutan perayaan
tradisi yang berbeza-beza. Bagi masyarakat Melayu, menyambut Hari Raya Aidilfitri, manakala
masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina, masyarakat India menyambut perayaan Deepavali dan
juga, disambut Hari Gawai oleh masyarakat Dayak di Sarawak.

Dengan perayaan tradisi ini, kita dapat mengukuhkan tradisi kita sejak turun-temurun. Kita
seharusnya bersyukur sebagi warganegara Malaysia, kerana setiap perayaan dapat disambut dengan
meriah dalam situasi aman dan harmoni. Sebagai seorang warganegara Malaysia, kita patut bangga akan
Negara dan perlu bangga dengan sejarah Negara kita.

Perayaan tradisi sememangnya dapat mengukuhkan perpaduan kaum sebagi contoh amalan
kunjung-mengunjungi. Amalan ini menghormati semua masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa dan
melahirkan perasaan masyarakat yang bersatu padu akan turut serta dalam meraikan perayaan sesuatu
kaum dan mewujudkan sifat hormat-menghormati antara kaum.

Semangat setia akan Negara merupakan perasaan cinta akan Negara yang mendalam harus
ditanam dalam hati pada setiap warganegara Malaysia. Semua warganegara Malaysia sanggup
berkorban nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Semangat kekitaan memberi keadaan harmoni dan aman di Negara kita. Melalui perayaan
tradisi sesuatu kaum. Perayaan ini juga dapat tolong-menolong antara satu sama lain dan meningkatkan
semangat kerjasama di dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Kita perlu memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam rakyat Malaysia melalui perayaan
tradisi kaum Negara kita.

Anda mungkin juga menyukai