Anda di halaman 1dari 15

ABU B AKAR 69 .BL OGS P OT .

C OM
REAL X BABE......COPY N PASTE JAK X HAL.....

Blog Ini

 
 
 

 
Dipautkan Dari Sini

 
Senarai Blog Saya

 
Web

JUMAAT, 2010 JANUARI 22

Alat Artikulasi

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat
penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah
terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang
lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.

Kesemua alat-alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa (
vokal, konsonan, dan diftong ) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran
yang terlibat. Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam
pertuturan.

Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur
( artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu
bahasa di dunia ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi
siulan, bunyi orang berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa,
mendengkur, bunyi orang kedinginan ( menggigil ) dan sebagainya.

1.2 Objektif

Kajian kertas kerja ini akan memperincikan beberapa objektif seperti berikut :
a) Mengetahui alat-alat tutur ( artikulasi ).
b) Menyatakan peranan alat-alat tutur ( artikulasi ) dan gambar rajah dalam
menghasilkan bunyi bahasa Melayu dari segi vokal dan konsonannya dan yang
dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat.

1.3 Kaedah

Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan kertas kerja ini ialah dengan
menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, majalah, jurnal, artikel
telah digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan semasa menyusun atur tugasan
yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber telah
dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelaskan serta dikategorikan
di bawah sub-topik.

1.4 Batasan Kajian


Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan,
untuk memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah
ditetapkan. Dalam hal ini penulis menumpukan kajian tentang alat tutur ( artikulasi )
dan peranannya dalam mengeluarkan bunyi bahasa terutamanya dari segi pengeluaran
bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu.

1.5 Definisi Konsep

Dalam kertas kerja ini, penulis ingin menjelaskan pengertian definisi berkaitan
dengan tajuk yang dikaji. Menurut Kamus Dewan, alat membawa maksud bahagian
tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti
apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala
peranannya menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan
sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian
atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu ( 1998 : 264 ).
Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan, usaha ( proses )
menghasilkan, atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan merupakan
sesuatu yang kedengaran atau dapat di dengar ( 1998 : 191 ).

Manakala bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu
dengan individu yang lain ( 1998 : 87 ). Melayu pula menjelaskan maksud nama suatu
bangsa dan bahasa ( terutama di Semenanjung Malaysia ) ( 1998 : 874 )
Jelaslah sudah bahawa definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian-
bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-
alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa.
2.0 ALAT TUTUR ( ARTIKULASI )

Seperti mana yang kita ketahui bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami
halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci bahagian-
bahagian tubuh yang ikut menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung
dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu adalah alat artikulasi. Alat tutur ( artikulasi )
atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa
terdiri daripada alat-alat yang berikut:

i. Paru-paru ( lungs ).
ii. Batang tenggorok ( trachea ).
iii. Pangkal tenggorok ( larynkx ).
iv. Pita-pita suara ( vocal cord ).
v. krikoid ( cricoid ).
vi. Tiroid ( throid ) atau halekum.
vii. Aritenoid ( arythenoids ).
viii. Dinding rongga kerongkong ( wall of pharynx ).
ix. Epiglotis ( epiglottis ).
x. Akar lidah ( root of the tongue ).
xi. Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back of tongue, dorsum ).
xii. Tengah lidah ( middle of the tongue, medium ).
xiii. Daun lidah ( blade of the tongue, lamina ).
xiv. Hujung lidah ( tip of the tongue, apex ).
xv. Anak tekak ( uvula ).
xvi. Langit-langit lembut ( soft palate, velum ).
xvii. Langit-langit keras ( hard palate, palatum ).
xviii. Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi alveola, ( alveolum ).
xix. Gigi atas ( upper teeth, deria ).
xx. Gigi bawah ( lower teeth, denta ).
xxi. Bibir atas ( upper lip, labia ).
xxii. Bibir bawah ( lower lip, labia ).
xxiii. mulut ( mouth ).
xxiv. Rongga mulut ( oral cavity, mouth cavity ).
xxv. Rongga hidung ( nose cavity, nasal cavity ).
xxvi.
Rajah 1 : Alat-alat yang Mengeluarkan Bunyi Bahasa Melayu
2.1 PERANAN ALAT TUTUR DALAM PENGELUARAN BUNYI BAHASA

Manusia yang dilahirkan ke dunia biasanya amat sempurna kejadiannya. Salah satu
anugerah yang ada pada manusia ialah mereka dilengkapi dengan alat-alat yang
berkaitan dengan penghasilan bunyi. Dalam hal ini, ia melibatkan aspek alat tutur dan
peranannya dalam pengeluaran bunyi yang mana kita boleh bahagikan kepada tiga,
iaitu :
1) alat bahagian dalam tubuh
2) alat artikulasi
3) daerah artikulasi

3.1. Alat Bahagian Dalam Tubuh

3.1.1. Paru-paru

Paru-paru adalah organ yang bertanggungjawab menyedut udara dan mengepam


udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Kebanyakan bunyi
yang dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru.
Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung pada proses pengembangan dan pengucupan
paru-paru. Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang disedut masuk ke dalam paru-
paru tidaklah sama banyak seperti kita bernafas biasa.

3.1.2 Trakea
Ia merupakan saluran udara di antara larinks dan paru-paru. Alat ini
membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk paru-paru, dan keluar
kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang dimanipulasi oleh alat dan
daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi.
3.1.3 Larinks

Organ ini pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu yang dinamakan pita
suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara.

3.1.4 Pita Suara

Organ ini terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua
keping ini dapat dirapatkan menjadi tertutup rapat dan direnggangkan menjadi
terbuka luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan
cepat. Apabila pita suara ini dirapatkan, saluran udara menyempit. Ini menyebabkan
udara keluar menghasilkan bunyi seperti apabila kita melafazkan bunyi awal kata
habis dalam bahasa Melayu. Manakala apabila dirapatkan hingga tertutup, iaitu
sehingga tisu pita suara ini menyentuh satu sama lain, maka udara yang melaluinya
menyebabkan ia bergetar.
Tinggi rendah kelangsingan bergantung pada bagaiman pita suara ini diubah suai.
Ruang di antara pita-pita suara ini dinamakan glottis. Di kawasan inilah terhasilnya
bunyi hentian glottis.
3.1.5 Kotak suara

Kotak suara merupakan tempat letaknya pita suara. Ia terdiri daripada beberapa
Keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini juga dikenali sebagai
halkum. Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi biologi dan
fungsi bahasa. Fungsi biologinya ialah bagi melindungi paru-paru dengan menahan
butir-butir makanan dan juga cecair daripada memasuki trakea. Sementara fungsi
bahasa, ia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang
diubah suai.

3.1.6 Epiglotis

Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke
larinks. Ia tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan
laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain.
3.1.7 Farinks
Alat ini adalah pipa yang membentuk kerongkong yang menghubungkan larinks
dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak, dan rongga hidung.

3.2 Alat-alat Artikulasi

Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat
ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi,
batas gusi, lelangit keras, lelalangit lembut, dan pita suara. Alat ini dapat kita bahagi
kepada dua, iaitu yang aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh
digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi aktif
ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah.

3.2.1 Lidah

Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah
terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah dan belakang lidah. Hujung lidah dapat
digerakkan ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan lidah pula
boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras, dan belakang lidah ( akar lidah )
boleh diangkat menyentuh lelangit lembut.

3.2.2 Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang
boleh berfungsi menyekat perjalanan udara. Ia terdiri daripada otot-otot yang kenyal
yang boleh dihampar dan dibundarkan.

Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, sebaliknya


apabila membunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam
membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Untuk
membunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir.
3.2.3 Gigi

Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi


peranannya tidaklah begitu aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan
fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut.
Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ ө ], [ ĵ ], [ č ] dan [ Õ ] gigi turut sama berperanan ,
iaitu sebagai daerah penyebutan.

3.2.4 Lelangit

Lelangit dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras ini
juga berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara
lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan
sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunnaikkan. Apabila ia diturunkan,
rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Dengan
demikian alat ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan
itu bunyi sengau atau tidak.
Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau
dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

3.2.5 Gusi

Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaannya cembung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah
penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ l ]
dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

3.2.6 Rongga

Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah, rongga terbahagi kepada


tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan
bahagian lapang yang menjadi tempat lalunya udara yang keluar dari paru-paru.
Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah
ke bahagian anak tekak.

Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada
bahagian bibir ( sebelah dalam ) sementara rongga hidung bermula dari bahagian di
belakang anak tekak hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh di
buka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan ataupun diturunkan.

3.2.7 Rahang

Rahang tidaklah begitu memainkan peranan yang teramat penting di dalam proses
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa . Walau bagaimanapun kedudukannya adalah penting
di dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka di antara kedua rahang
( rahang atas dan rahang bawah ) adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [ i
] dan [ u ] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [ a ] dan [ э ].

3.3 Daerah Artikulasi

Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa


menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah
sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi
bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.

Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu
dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut.
Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit
lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah
bunyi [ t ]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tak bersuara kerana udara yang
tersekat di belakang lidah dilepaskan secara serta-merta dengan tidak menggetarkan
pita suara. Dalam hal ini pita suara menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu
diklasifikasikan sebagai bersuara ataupun sebaliknya.
Jikalau pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara sebaliknya
pula jika tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai tak
bersuara.

Apabila pada masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku, maka
bunyi tersebut diklasifikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh
dilakukan ialah meletakkan jari di dalam telinga, kemudian lafazkan bunyi bersuara,
maka yang akan kedengaran nanti adalah bunyi berdesir, atau dalam bahasa Inggeris
dikatakan hissing dan buzzing. Ini menunjukkan bahawa pita suara sedang bergetar.

4.0 Pengeluaran Bunyi Bahasa Melayu Dan Peranan Alat Tutur

Setelah membuat kajian penulis kertas kerja ini mendapati terdapat enam alat tutur
penting di dalam penghasilan bunyi bahasa iaitu paru-paru, larings, farings, epiglotis,
rongga hidung dan rongga mulut. Berikut dihuraikan organ-organ atau alat tutur bagi
penghasilan bunyi bahasa terutamanya bahasa Melayu dan peranananya dalam
pengeluaran bunyi bahasa tersebut Melayu.

4.0.1 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut berlaku:


I. Bibir dihamparkan.
II. Depan lidah dinaikkan tinggi [setinggi mungkin kena gusi]
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita suara.
V. Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan dalam perkataan ialah :
Awal perkataan [ibu]
Tengah perkataan [bila]
Akhir perkataan [tali]
Rajah 2 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal [ i ] dalam Bahasa Melayu

4.0.2 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Separuh Sempit


(Separuh Tinggi) [ e ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit proses berikut berlaku:
I. Bibir dihamparkan separuh sempit.
II. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung.
IV. Bunyi yang dihasilkan ialah [e] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [ekor]
Tengah perkataan [leper]
Akhir perkataan [sate]
Rajah 3 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal [ e ] dalam Bahasa
Melayu
4.0.3 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Luas (Rendah) [ a ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas proses berikut berlaku:


I. Bibir dalam keadaan hampar.
II. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.
V. Bunyi yang dihasilkan ialah [a] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [ajar]
Tengah perkataan [paku]
Akhir perkataan [kuda]

Rajah 4 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal [ e ] dalam Bahasa
Melayu.
4.0.4 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Bahasa Melayu letupan dua
bibir [ p ] dan [ b ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas proses berikut berlaku:


I. Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut
merapat ke dinding belakang rongga tekak.
II. Keadaan ini menyebabkan udara dari paru – paru tertahan di dalam rongga mulut
dan saluran suara. Kemudian udara yang ditahan ini dilepaskan dengan serta – merta.
III. Apabila udara tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara
maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tak bersuara
[ p ]. Apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yang
dihasilkan itu adalah letupan bersuara [ b ].
Contoh bunyi konsonan dalam bahasa Melayu :
Letupan dua bibir tak bersuara [ p ]
Awal perkataan [panjat]
Tengah perkataan [sepak]
Akhir perkataan [sedap]
Letupan dua bibir bersuara [ b ]
Awal perkataan [buku]
Tengah perkataan [tiba]
Akhir perkataan [sebab]

Rajah 5 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi bunyi konsonan


[ p ] dan [ b ]
4.0.5 Konsonan letupan pita suara / glotis [ ]
I. Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan, dan keadaan ini
menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan.
II. Apabila secara serta – merta pita suara ini terbuka dan membebaskan udara, bunyi
yang dihasilkan itu dinamakan letupan pita suara [ ].
III. Oleh sebab bunyi ini berlaku pada pita suara, bunyi ini tidak dapat dikatakan bunyi
bersuara atau tak bersuara.
Bunyi tersebut dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Awal perkataan [ribut ]


Tengah perkataan [sa at]
Akhir perkataan [gala ]

Rajah 6 : Peranan Alat Tutu Dalam Pengeluaran bunyi konsonan


letupan pita suara[ ]
4.0.5 Sengau lelangit keras gusi bersuara [ ]
Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dirapatkan kepada
lelangit keras gusi.
Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan rongga melalui hidung .
Semasa melafazkan bunyi ini pita suara digetarkan.
Lihat contoh dibawah ini :
Awal perkataan [nyanyi]
Tengah perkataan [minyak]

Rajah 7 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi konsonan[ ]


4.0 Penutup
4.1 Kesimpulan
Berdasarkan isi yang telah dihuraikan di atas, dapatlah dibuat satu kesimpulan
bahawa alat-alat tutur ( alat artikulasi ) atau organ-organ yang berfungsi di dalam
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa memainkan peranan utama dalam kehidupan kita
seharian untuk berinteraksi antara individu dengan individu yang lain. Secara
terperinci bahagian-bahagian tubuh yang ikut menentukan baik secara langsung
ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu ialah alat tutur ( alat
artikulasi ).

Kesemua alat artikulasi yang telah dihuraikan di atas memang memainkan peranan
yang amat penting dalam pengeluaran bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan bergantung pada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang terlibat.

Untuk menghasilkan pengeluaran bunyi konsonan dan vokal Melayu kita perlu
mengambil kira tentang keadaan pita suara bagi menentukan sama ada bunyi yang
dihasilkan itu bersuara atau pun tidak. Disamping itu kita perlu mengetahui tentang
alat dan daerah artikulasi yang diperlukan semasa pengeluaran bunyi ini, dengan cara
ini kita akan mengetahui bunyi apakah yang didengar oleh kita itu.

DICATAT OLEH ABUBAKAR DI 08:24

Anda mungkin juga menyukai