Anda di halaman 1dari 1

PASAR PAGI

Pada hari Ahad yang lalu, saya dan ibu pergi ke pasar pagi. Pasar pagi berdekatan
di tempat saya biasanya diadakan seminggu sekali. Laluan yang dijadikan lokasi
pasar pagi akan ditutup untuk para peniaga menyusun barang jualan.

Suasana pasar pagi riuh-rendah dengan aktiviti tawar-menawar dan laungan suara
peniaga yang berebut-rebut untuk mempromosikan barang jualan. Pelbagai
barangan dijual di pasar malam seperti makanan mentah, minum-minuman,
perkakas dapur barang-barang mainan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, tidak semua pengunjung berhasrat untuk berbelanja. Ada


yang hanya menjamu mata, ada yang mundar-mandir memperagakan penampilan
dan juga yang menjadikan pasar pagi sebagai medan pertemuan peribadi.

Gerai yang sering dikunjungi ialah gerai yang menggunakan kemudahan audio
untuk mempromosikan barang jualan. Pembesar suara untuk mempropagandakan
jualan lelong, memperkenalkan ubat-ubatan atau teks ceramah, lagu-lagu terkini
dan filem.

Ibu membeli sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan di gerai-gerai kebiasaannya.


Pasar pagi beransur lengan selepas pukul 10:30 pagi. Pada waktu ini, para peniaga
mula berkemas dan kemudiannya akan membersihkan tapak gerai masing-masing.

Kami pulang ke rumah dengan membawa barangan pembelian pada pukul 10.35
pagi. Walaupun letih, tetapi saya berasa sangat gembira kerana dapat
mengunjungi pasar pagi pada Ahad yang lalu.