Anda di halaman 1dari 1

KANUN TANAH NEGARA

BAHAGIAN SEMBILAN (A) – SURAT KUASA WAKIL

157A. Permohonan oleh pemegang surat kuasa wakil

(1) Permohonan di bawah Penggal III boleh dibuat oleh pemegang surat
kuasa wakil dari tuanpunya tanah bermilik yang mana tuanpunya memberi
kuasa kepada pemegang membuat permohonan bagi pihak tuanpunyanya.

(2) Permohonan oleh pemegang surat kuasa wakil di bawah subseksyen (1)
hendaklah disertai dengan –

(a) salinan pejabat surat kuasa itu dalam erti kata seksyen 10 Akta
Surat Kuasa Wakil, 1949, atau dalam hal kuasa kepadanya
subseksyen 4 Akta tersebut terpakai, salinan asalnya; dan

(3) Pemegang surat kuasa wakil di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau
apapun terkandung dalam surat kuasa wakil, mempunyai kuasa untuk
membuat semua tindakan atau perkara mengikut mana yang mustahak atau
diperlukan di bawah Akta ini berhubungan dengan permohonan, dan
tuanpunya akan terikat dengan semua tindakan atau perkara tersebut yang
dilakukan oleh pemegang surat kuasa wakil dalam cara yang sama
sebagaimana tuanpunya akan terikat jika dilakukan sendiri oleh tuanpunya.

(4) Pentadbir Tanah akan memerlukan dari pemegang surat kuasa wakil di
bawah subseksyen (1) atau pemberinya suatu akuan berkanun atau
keterangan lain dengan sumpah atau ikrar, bahawa surat kuasa wakil itu
adalah dalam masa yang matan, masih berkuatkuasa.

157B. Prosedur berhubung dengan tindakan memfailkan salinan surat kuasa


wakil

Jika, menurut perenggan (b) subseksyen (2) seksyen 157A, suatu permohonan disertai
dengan salinan surat kuasa wakil untuk difailkan oleh Pendaftar. Pendaftar hendaklah:

(a) bandingkan salinan itu dengan pejabat atau, mengikut mana yang
berkenaan, surat kuasa wakil asal yang telah dihantar menurut
perenggan (a) subseksyen tersebut; dan

(b) (i) fail salinan yang telah dibandingkan;

(ii) ambil ingatan adanya salinan yang telah dibandingkan, dan rujukan
di bawah mana salinan itu difailkan, kedua-dua di atas permohonan
dan di atas salinan pejabat atau salinan asal surat kuasa wakil; dan

(iii) kembalikan salinan pejabat atau surat kuasa wakil asal kepada orang
atau badan yang telah menghantarnya.