Anda di halaman 1dari 5

Sukan dalam Islam

Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-

1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:

³Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan
kekuatan«´ (60 : al-Anfal)

2. Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu
kelebihan. Firman Allah swt:

³Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.´ (247 :
al-Baqarah)

3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:

ήϴΧ Ϟϛ ϲϓϭ ˬ ϒϴόπϟ΍ ϦϣΆϤϟ΍ Ϧϣ Ϳ΍ ϰϟ· ΐΣ΃ϭ ήϴΧ ϱϮϘϟ΍ ϦϣΆϤϟ΍

Maksudnya: ³Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang
beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.´ (Hr Muslim ±sahih)

4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini
jelas dari hadis berikut:
ϲΒϨϟ΍ ϝΎϘϓ ˬ ϥϮϠπΘϨϳ ϢϠγ΃ Ϧϣ ήϔϧ ϰϠϋ ϢϠγϭ ϪϴϠϋ Ϳ΍ ϰϠλ ϲΒϨϟ΍ ήϣ
΍Ϯϣέ΍ ˬ Ύϴϣ΍έ ϥΎϛ ϢϛΎΑ΃ ϥΈϓ ϞϴϋΎϤγ· ϲϨΑ ΍Ϯϣέ΍ : ϢϠγϭ ϪϴϠϋ Ϳ΍ ϰϠλ
ϰϠλ Ϳ΍ ϝϮγέ ϝΎϘϓ ˬ ϢϬϳΪϳ΄Α ϦϴϘϳήϘϟ΍ ΪΣ΃ Ϛδϣ΄ϓ ϝΎϗ .ϥϼϓ ϲϨΑ ϊϣ Ύϧ΃ϭ
ϝΎϘϓ ˮϢϬόϣ Ζϧ΃ϭ ϰϣήϧ ϒϴϛ :΍ϮϟΎϗ ˮϥϮϣήΗ ϻ ϢϜϟ Ύϣ :ϢϠγϭ ϪϴϠϋ Ϳ΍
.ϢϜϠϛ ϢϜόϣ Ύϧ΄ϓ ΍Ϯϣέ΍ : Ϳ΍ ϰϠλ ϲΒϨϟ΍

Maksudnya:

³Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda ³
Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah.
Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu
kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya ³ Kenapa kamu
tidak memanah?´ Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?´
Nabi saw menjawab ³Memanahlah, aku bersama kamu semua.´
(Hr Bukhari ± sahih)

5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan
hadis berikut:

ϝΎϘϓ .ϲϨϘΒδϓ ϪΘϘΑΎγ ϢΤϠϟ΍ ΖϠϤΣ ΎϤϠϓ ˬ ϲϠΟέ ϰϠϋ ϪΘϘΒδϓ ϪΘϘΑΎδϓ : ΖϟΎϗ ήϔγ ϲϓ ϢϠγϭ ϪϴϠϋ Ϳ΍ ϰϠλ ϲΒϨϟ΍ ϊϣ ΖϧΎϛ ΎϬϧ΃
.ΔϘΒδϟ΍ ϚϠΘΑ ϩάϫ :

Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata
³Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi,
aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.´ Nabi saw bersabda
³Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.´(Hr Abu Daud)

6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka


bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:

ΔθΒΤϟ΍ ϰϟ· ήψϧ΃ Ύϧ΃ϭ Ϫ΋΍ΩήΑ ϲϧήΘδϳ ϢϠγϭ ϪϴϠϋ Ϳ΍ ϰϠλ ϲΒϨϟ΍ Ζϳ΃έ ΪϘϟ
ϪϣΎγ΃ ϱάϟ΍ ϥϮϛ΃ ϰΘΣ ΪΠδϤϟ΍ ϲϓ ϥϮΒόϠϳ

Maksudnya: ³Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain
selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid
sehingga aku membuatnya jemu.´ (Hr Bukhari dan Muslim)

Etika sukan dalam Islam

1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara¶. Permainan yang haram adalah
seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu
Daud ± daif).

2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian
tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang.

3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi
hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan.
4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti
kewajipan solat. Firman Allah swt:

³Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar
waktu.´ (4 : al-Ma¶un)

5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah
bersabda:

έ΍ήο ϻϭ έήο ϻ

Maksudnya: ³Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang
lain.´ (Hr Ibnu Majah dan ahmad ± sahih)

6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang
adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:

ϞΤΗ ϻ Γ΃ήϣ΃ βϤϳ ϥ΃ Ϧϣ Ϫϟ ήϴΧ ΪϳΪΣ Ϧϣ ςϴΨϤΑ ϢϛΪΣ΃ α΃έ Ϧότϳ ϥϷ


Ϫϟ

Maksudnya: ³Dicucukkepala seseorang dengan jarum besi lebih baik


dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.´ (Hr Tabrani)
7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah
tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi
menyatakan:

³Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian
ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan
syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini.
Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama
dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.´

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh sobuni, Mausu¶ah at-Tibbiah al-Feqhian oleh Dr Ahmad
Kan3an, Feqhul Lahwi Wat Tarwih dan al-Halal wal Haram oleh Dr Yusuf Qardawi dan
al-Al¶ab ar-Riadiah ahkamuha wa dawabituha fil Feghil Islami oleh Ali Husein Amin.

g         
              g  
|