Anda di halaman 1dari 5

SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA

LEMBARAN KERJA PENILAIAN BERTERUSAN AMALI


BPS 102 – CADD

Amali : A6
Tajuk : PERSEDIAAN UNTUK MENGGUNAKAN CADD SEBAGAI
ALAT MELUKIS
Objektif : Di akhir amali pelajar akan
1. Dapat menetapkan ruang kerja mengikut unit ukuran
dan ketepatan yang diperlukan.
2. Dapat menetapkan saiz dan had ruang kerja yang
diperlukan.
3. Dapat menetapkan skala yang sesuai sebelum melukis
Alatan dan Bahan : 1. Set komputer
2. LCD projector
3. Papan putih
Jangkamasa : 9 jam

ARAHAN KERJA BAGI FAKTOR ASAS

Nota kepada Pensyarah Modul:

Pensyarah Modul bolehlah memberi salinan fotokopi bagi arahan Persediaan


kepada pelajar sebelum kelas amali diadakan bagi membolehkan pelajar membuat
persediaan awal.

1
PERSEDIAAN (5%)

Kriteria Langkah-langkah

Menghidupkan Pelajar diminta untuk menghidupkan komputer masing-


komputer masing dengan:
1. Memastikan ada bekalan kuasa.
2. Menghidupkan punca kuasa
3. Menghidupkan komputer
4. Memastikan komputer dapat berfungsi dengan baik

Memulakan program Pelajar diminta untuk memulakan program AutoCAD dengan


AutoCAD dengan fail fail baru dengan:
baru 1. double click pada ikon program AutoCAD
2. memastikan program AutoCAD dapat berfungsi dengan
baik

Menyimpan fail Pelajar diminta untuk menyimpan fail dengan nama Amali
Metrik A4.

2
PROSES (40%)

Kriteria Langkah-langkah

Units 1. Aktifkan perintah Units di dalam pull


down menu Format.
2. Pilih unit Decimal dalam parameter
Length > Type bagi menunjukkan
ruang kerja adalah dalam ukuran
Metrik
3. Pilih nilai 0 dalam parameter Length
> Precision bagi menetapkan
ketepatan ukuran kepada angka
bulat.
4. Klik Ok

Drawing 1. Aktifkan perintah Drawing Limits di


Limits dalam pull down menu Format.
2. Pada Command line
Specify lower left corner or [ON/OFF]
<0,0>: Tekan Enter
3. Pada Command line
Specify upper right corner <12,9>:
Masukkan koordinat 297,210 yang
mewakili saiz ukuran A4.
4. Tekan Enter
5. Aktifkan perintah Zoom>All dengan
menaipkan z dan tekan enter diikuti
dengan menaipkan a dan tekan
Enter.
6. Lukisan anda kini ditukarkan dalam
saiz A4 dan unit metrik.

3
Kriteria Langkah-langkah

Penetapan
skala melalui 1. Melalui command line taipkan Saiz kertas A3 telah
mvsetup mvsetup dan ikuti arahan seperti berikut: disetkan dengan skala
Command: mvsetup 1:100
Initializing...
Enable paper space? [No/Yes] <Y>: n
Enter units type
[Scientific/Decimal/Engineering/Architectural/Metric]:
m
Metric Scales
=================
(5000) 1:5000
(2000) 1:2000
(1000) 1:1000
(500) 1:500
(200) 1:200
(100) 1:100
(75) 1:75
(50) 1:50
(20) 1:20
(10) 1:10
(5) 1:5
(1) FULL
Enter the scale factor: 100
Enter the paper width: 420
Enter the paper height: 297

HASIL (25%)

Dengan menggunakan arahan yang sama hasilkan ruang kerja Autocad dengan ciri-
ciri berikut:

Unit : Imperial (Architectural)


Ketepatan : 1/8”
Saiz : A3 (18” x 12”)

Simpan fail anda dengan nama Amali Architectural A6

Hasil akhir mestilah merupakan ruang kerja dengan unit imperial, berketepatan 1/8”
dan bersaiz A3

4
KRITERIA PENILAIAN BAGI FAKTOR TAMBAHAN

FAKTOR TAMBAHAN (30%)

Kriteria Langkah-langkah

Mengikut Pelajar akan ditolak satu markah sekiranya gagal mengikut arahan
arahan pensyarah bagi kali pertama, ditolak satu markah lagi bagi kali
kedua dan seterusnya. Jumlah markah maksimum yang ditolak
bagi kriteria ini ialah sebanyak 5 markah.

Imaginasi Pelajar akan ditolak satu markah sekiranya tidak dapat mengikuti
arahan pensyarah dengan cepat dan tepat bagi sesuatu kriteria
penilaian untuk kali pertama, ditolak satu markah lagi bagi kali
kedua dan seterusnya. Jumlah markah maksimum yang ditolak
bagi kriteria ini ialah sebanyak 10 markah.

Dapat Pelajar akan ditolak satu markah sekiranya tidak dapat mengikuti
mengeksplorasi arahan pensyarah yang umum bagi sesuatu kriteria penilaian untuk
sendiri kali pertama, ditolak satu markah lagi bagi kali kedua dan
seterusnya. Jumlah markah maksimum yang ditolak bagi kriteria ini
ialah sebanyak 15 markah.