Anda di halaman 1dari 3

Mutiara Hikmah

GESAAN MEMULAKAN SESUATU PERKARA DENGAN KALIMAH BASMALAH

  


  
 
1
  
Maksudnya : Oleh itu, apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau
terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan Yang kena
rejam.

Setiap perbuatan yang indah amat disenangi dan dicintai oleh manusia. Tidak
kira lah apa sahaja perbuatan itu jika ia dapat memberikan kepuasa kepada kita amat
sernok sekali. Namun begitu kebanyakkan kita alpa dengan pengharapan yang
digesakan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T telah banyak memberi peringatan dan
pengajaran kepada kita di dalam Al-Quran meskipun perbuatan itu sekecil-kecil zarah.
Begitu juga Allah S.W .T mengajar kepada kita untuk mendapat kepuasan yang
sebenar apabila melakukan sesuatu perkara mulakanlah dengan ucapan basmalah. Ini
kerana dengan ucapan ini maka ia dapat melindungi kita dalam setiap perkara daripada
godaan syaitan dan juga memberikan kepada kita keberkatan yang luas.

1
Surah An-Nahl ( 14 : Ayat 98 )
Namun bagi manusia perbuatan yang ringan ini sering dilupakan. Ini kerana
perbuatan yang mudah ini dianggap remeh dan kadang-kadang ianya dilupakan begitu
sahaja. Bagi kita sebagai hamba Allah S.W.T, kita mestilah mengamalkan perbuatan
dan ucapan ini. Dengan mengaplikasikan perbuatan ini, insya allah hidup kita akan
lebih diberkati dan dijaga oleh Allah S.W.T daripada ganguaan dan godaan syaitan
yang durjana.

Allah S.W.T juga memberi peringatan kepada kita di dalam surah Al-Mukminun
ayat 97 dan 98 yang dinyatakan jelas maksudnya :

 
   
 

  
2
  
Maksudnya : Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, Aku berlindung kepadamu dari
hasutan syaitan-syaitan. Dan Aku berlindung kepadaMu, Wahai Tuhanku, supaya
syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".

Berdasarkan ayat ini jelaslah kepada kita, Allah S.W.T amatlah menggalakkan
kita agar menginatiNYA. Dengan kebberkatan dan lindungan oleh Allah S.W.T maka
hidup yang tenang akan sentiasa dicapai dan kehidupan di dunia ini akan sentiasa
dilindungi oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan dengan amalan yang dilakukan semasa
kehidupan kita di dunia yang sementara ini mampu mencapai saadatuddaroin.3

2
Surah Al-Mukminun ( 18 : Ayat 97 dan 98 )
3
Mencapai kejayaan dua dunia iaitu dunia dan akhirat.