Anda di halaman 1dari 15

DEFINISI

PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA


(Diluluskan untuk Diguna pakai oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
pada 9 Jun 2005)

Diterbitkan oleh:
Sekretariat kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
Bank Negara Malaysia
13 September 2005
Kandungan

Halaman

1. Rasional Definisi Standard Perusahaan Kecil dan


Sederhana 2

2. Liputan Definisi PKS di Malaysia 2

3. Definisi PKS yang Diluluskan 3

4. Penggunaan Definisi PKS yang Diluluskan 6

5. Penggunaan Tanda Pengenalan Umum 7

6. Sekretariat kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan 8

Lampiran 1: Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan

Lampiran 2: Klasifikasi Aktiviti Ekonomi di Pelbagai Sektor Berdasarkan


MSIC 2000
Definisi bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia

1. RASIONAL DEFINISI STANDARD BAGI PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA

1.1 Pada masa ini, definisi umum bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) belum
lagi diperkenalkan di Malaysia. Pelbagai agensi mendefinisikan PKS mengikut
kriteria masing-masing biasanya berdasarkan jumlah jualan tahunan, bilangan
pekerja sepenuh masa atau dana pemegang saham sebagai penanda aras.
Tambahan pula, definisi sedia ada lebih tertumpu kepada PKS di sektor
perkilangan.

1.2 Langkah memperkenalkan dan menerima pakai definisi standard bagi PKS akan
memudahkan lagi usaha mengenal pasti kewujudan PKS di semua sektor, sekali
gus membolehkan penggubalan dasar, pelaksanaan program pembangunan dan
penyediaan bantuan teknikal dan kewangan untuk PKS dilaksanakan secara
lebih berkesan. Langkah ini turut memudahkan lagi pemantauan prestasi sektor
PKS dan sumbangannya kepada ekonomi.

1.3 Pada 9 Jun 2005, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan telah meluluskan
definisi umum bagi PKS di semua sektor ekonomi untuk diguna pakai oleh setiap
Kementerian dan Agensi Kerajaan yang terlibat dalam pembangunan PKS, di
samping institusi kewangan. Maklumat terperinci mengenai Majlis ini adalah di
Lampiran 1.

2. LIPUTAN DEFINISI PKS DI MALAYSIA

2.1 Bagi liputan dan penggunaan yang lebih luas, definisi PKS adalah berdasarkan
dua kriteria, iaitu:
2.1.1 Bilangan pekerja; atau
2.1.2 Jumlah jualan tahunan.

Oleh itu, suatu perusahaan akan diklasifikasikan sebagai PKS jika ia memenuhi
sama ada definisi bilangan pekerja atau jumlah jualan tahunan.

2
Definisi bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia

2.2 Definisi tersebut adalah digunakan bagi sektor berikut:


2.2.1 Pertanian Asas;
2.2.2 Perkilangan (termasuk asas tani);
2.2.3 Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan (PBP); dan
2.2.4 Perkhidmatan (termasuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

2.3 Bagi tujuan ketekalan dan pembandingan data antara sektor, definisi kerja bagi
PKS dalam sektor perlombongan dan kuari serta pembinaan adalah
berdasarkan definisi PKS di sektor perkhidmatan (seperti perenggan 3.3 di
bawah).

2.4 Bagi memastikan pembandingan data daripada pelbagai sumber dan


mempermudah proses pengharmonian data mengenai PKS daripada pelbagai
penyedia statistik, pengklasifikasian aktiviti ekonomi adalah berdasarkan
kod Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2000 (MSIC 2000). Senarai aktiviti
ekonomi bagi pelbagai sektor adalah di Lampiran 2.

2.5 Senarai definisi PKS berikut adalah tidak terhad dan boleh dipinda atau
ditambah oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan dari semasa ke semasa
untuk mencerminkan perubahan keadaan operasi dan perniagaan.

3. DEFINISI PKS YANG DILULUSKAN

3.1 Sektor Pertanian Asas

Definisi Umum

3.1.1 Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pertanian asas adalah
perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak
melebihi 50 orang atau jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta.

3
Definisi bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia

Definisi Khusus

3.1.2 Perusahaan mikro dalam sektor pertanian asas adalah perusahaan yang
mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang atau
jumlah jualan tahunan kurang daripada RM200,000;

3.1.3 Perusahaan kecil dalam sektor pertanian asas adalah perusahaan yang
mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa antara 5 hingga 19 orang
atau mempunyai jumlah jualan tahunan antara RM200,000 hingga kurang
daripada RM1 juta; dan

3.1.4 Perusahaan sederhana dalam sektor pertanian asas adalah perusahaan


yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 20 hingga 50
orang atau jumlah jualan tahunan antara RM1 juta hingga RM5 juta.

3.2 Sektor Perkilangan (termasuk Asas Tani) dan PBP

Definisi Umum

3.2.1 Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkilangan (termasuk


asas tani) dan sektor PBP adalah perusahaan yang mempunyai bilangan
pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang atau jumlah jualan
tahunan tidak melebihi RM25 juta.

Definisi Khusus

3.2.2 Perusahaan mikro dalam sektor perkilangan (termasuk asas tani) dan
sektor PBP adalah perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja
sepenuh masa kurang daripada 5 orang atau jumlah jualan tahunan
kurang daripada RM250,000;

4
Definisi bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia

3.2.3 Perusahaan kecil dalam sektor perkilangan (termasuk asas tani) dan
sektor PBP adalah perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja antara
5 hingga 50 orang atau jumlah jualan tahunan antara RM250,000 hingga
kurang daripada RM10 juta; dan

3.2.4 Perusahaan sederhana dalam sektor perkilangan (termasuk asas tani) dan
sektor PBP adalah perusahaan yang mempunyai bilangan pekerja
sepenuh masa antara 51 hingga 150 orang atau jumlah jualan tahunan
antara RM10 juta hingga RM25 juta.

3.3 Sektor Perkhidmatan (termasuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

Definisi Umum

3.3.1 Perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor perkhidmatan (termasuk


Teknologi Maklumat dan Komunikasi) adalah perusahaan yang
mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 orang atau
jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta.

Definisi Khusus

3.3.2 Perusahaan mikro dalam sektor perkhidmatan (termasuk Teknologi


Maklumat dan Komunikasi) adalah perusahaan yang mempunyai bilangan
pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang atau jumlah jualan
tahunan kurang daripada RM200,000;

3.3.3 Perusahaan kecil dalam sektor perkhidmatan (termasuk Teknologi


Maklumat dan Komunikasi) adalah perusahaan yang mempunyai bilangan
pekerja sepenuh masa antara 5 hingga 19 orang atau jumlah jualan
tahunan antara RM200,000 hingga kurang daripada RM1 juta; dan

3.3.4 Perusahaan sederhana dalam sektor perkhidmatan (termasuk Teknologi


Maklumat dan Komunikasi) adalah perusahaan yang mempunyai bilangan

5
Definisi bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia

pekerja sepenuh masa antara 20 hingga 50 orang atau jumlah jualan


tahunan antara RM1 juta hingga RM5 juta.

3.4 Jadual di bawah merumuskan definisi PKS yang diluluskan berdasarkan bilangan
pekerja sepenuh masa:
Perkhidmatan
Perkilangan
Sektor (termasuk Teknologi
Pertanian Asas (termasuk Asas Tani)
Saiz Maklumat dan
dan PBP
Komunikasi)
Kurang daripada 5 Kurang daripada 5 Kurang daripada 5
Mikro
orang pekerja orang pekerja orang pekerja
Antara 5 hingga 19 Antara 5 hingga 50 Antara 5 hingga 19
Kecil
orang pekerja orang pekerja orang pekerja
Antara 20 hingga 50 Antara 51 hingga 150 Antara 20 hingga 50
Sederhana
orang pekerja orang pekerja orang pekerja

3.5 Jadual di bawah merumuskan definisi PKS yang diluluskan berdasarkan jumlah
jualan tahunan:
Perkhidmatan
Perkilangan
Sektor (termasuk Teknologi
Pertanian Asas (termasuk Asas Tani)
Saiz Maklumat dan
dan PBP
Komunikasi)
Kurang daripada Kurang daripada Kurang daripada
Mikro
RM200,000 RM250,000 RM200,000
Antara RM200,000 Antara RM250,000 Antara RM200,000
Kecil hingga kurang daripada hingga kurang hingga kurang
RM1 juta daripada RM10 juta daripada RM1 juta
Antara RM1 juta hingga Antara RM10 juta Antara RM1 juta
Sederhana
RM5 juta hingga RM25 juta hingga RM5 juta

4. PENGGUNAAN DEFINISI PKS YANG DILULUSKAN

4.1 Definisi yang diluluskan hendaklah diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat
dengan pembangunan PKS. Ini termasuklah Kementerian dan Agensi di
peringkat Persekutuan dan Negeri (termasuk badan berkanun dan pihak
berkuasa tempatan), serta institusi kewangan.

6
Definisi bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia

4.2 Skop penggunaan hendaklah, antara lain, meliputi pengumpulan data;


penggubalan dasar dan program; dan usaha mengenal pasti status kelayakan
PKS bagi bantuan kewangan dan program sokongan. Walau bagaimanapun,
syarat kelayakan tambahan boleh dikenakan berdasarkan objektif pembangunan
khusus pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan PKS.

4.3 Bagi tujuan pengumpulan data, semua Kementerian, Agensi Kerajaan dan
institusi kewangan yang berkaitan hendaklah menyenggara data syarikat dan
perniagaan berdasarkan kedua-dua jumlah jualan tahunan dan bilangan
pekerja sepenuh masa.

4.3.1 Walau bagaimanapun, pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan PKS


yang tidak dapat mengumpul dan menyenggara data berdasarkan kedua-
dua kriteria tersebut hendaklah memaklumkan kepada Sekretariat kriteria
yang digunakan, iaitu, sama ada jumlah jualan tahunan atau bilangan
pekerja sepenuh masa.

4.4 Semua pihak yang terlibat dalam pembangunan PKS perlu mengharmonikan
prosedur pengumpulan data berasaskan klasifikasi saiz dan sektor seperti di
atas. Ini adalah bagi memudahkan pembandingan data antara institusi dan
menyediakan statistik bernilai untuk lebih memahami status, isu dan keperluan
pembangunan PKS bagi semua sektor.

5. PENGGUNAAN TANDA PENGENALAN UMUM

5.1 Bagi tujuan pengesahan dan memudahkan rujukan rentas terhadap semua
pangkalan data, semua pihak yang terlibat dalam pembangunan PKS perlu juga
menggunakan tanda pengenalan umum, iaitu, nombor pendaftaran perniagaan
atau syarikat dalam pengumpulan dan penyelenggaraan data PKS.

7
Definisi bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia

6. SEKRETARIAT MAJLIS PEMBANGUNAN PKS KEBANGSAAN

6.1 Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Cik Lim Hsin Ying di
03-2694 7342 atau Cik Juita Jamaluddin di 03-2694 7349.

6.2 Alamat Sekretariat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan adalah seperti berikut:

Sekretariat
Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
d/a Jabatan Kewangan Pembangunan dan Enterpris
Tingkat 9, Blok C
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur.

Sekretariat
Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
13 September 2005
8
LAMPIRAN 1

MAJLIS PEMBANGUNAN PKS KEBANGSAAN


LAMPIRAN 1

MAJLIS PEMBANGUNAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA KEBANGSAAN

1. Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) ditubuhkan dalam bulan Jun 2004
sebagai sebuah badan penggubal dasar tertinggi untuk merangka hala tuju dan
strategi pembangunan untuk PKS secara menyeluruh dan terselaras di semua sektor
ekonomi.

2. Objektif MPPK adalah:

2.1.1 Merangka dasar dan strategi secara kasar, termasuk menentukan hala
tuju pembangunan PKS di semua sektor secara menyeluruh dan
terselaras; dan

2.1.2 Mengawasi dan memberi panduan kepada inisiatif keseluruhan


pembangunan PKS untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar
dan jangkauan.

3. Kementerian-kementerian dan Agensi-agensi yang menjadi ahli Majlis terdiri daripada:

I. Y.A.B. Perdana Menteri (Pengerusi)


II. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
III. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
IV. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
V. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
VI. Menteri Sumber Manusia
VII. Menteri Kewangan II
VIII. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi
IX. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
X. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
XI. Menteri Pelancongan
XII. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
XIII. Menteri Pelajaran
XIV. Menteri Pengajian Tinggi
XV. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

1
LAMPIRAN 1

XVI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Y.B. Dato’ Mustapa Mohamed)


XVII. Gabenor Bank Negara Malaysia
XVIII. Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi
XIX. Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation

4. Bank Negara Malaysia adalah Sekretariat kepada Majlis ini.

2
LAMPIRAN 2

PENGKLASIFIKASIAN AKTIVITI EKONOMI DI PELBAGAI


SEKTOR BERDASARKAN MSIC 2000
LAMPIRAN 2

Pengklasifikasian Aktiviti Ekonomi di Pelbagai Sektor untuk Definisi PKS yang


Diluluskan dan Definisi Kerja

Berdasarkan Bahagian dan Keterangan aktiviti ekonomi bagi pelbagai sektor berpandukan
Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2000 (MSIC 2000):

i Pertanian Asas
− Pertanian, pemburuan dan aktiviti-aktiviti perkhidmatan yang berkaitan
− Aktiviti perhutanan, pembalakan dan aktiviti perkhidmatan yang berkaitan
− Penangkapan ikan, operasi penetasan benih dan penternakan ikan; Aktiviti perkhidmatan iringan
kepada perikanan

ii Perkilangan/Pembuatan (termasuk Asas Tani)


− Pembuatan produk makanan dan minuman
− Pembuatan produk tembakau
− Pembuatan tekstil
− Pembuatan pembersihan dan perwarnaan bulu haiwan
− Penyamakan dan pembersihan kulit, pembuatan bagasi, beg tangan, pelana dan abah-abah dan
kasut
− Pembuatan kayu dan produk kayu dan gabus kecuali perabut, pembuatan barangan jerami dan
bahan jalinan (plaiting materials)
− Pembuatan kertas dan produk kertas
− Penerbitan, percetakan dan penerbitan semula media rakaman (recorded media)
− Pembuatan kok, produk petroleum bertapis dan bahan api nuklear
− Pembuatan kimia dan produk kimia
− Pembuatan produk getah dan plastik
− Pembuatan produk galian bukan logam lain
− Pembuatan logam asas
− Pembuatan produk yang direka daripada logam kecuali jentera dan kelengkapannya
− Pembuatan jentera (mesin) dan kelengkapan yang t.t.t.l. (tidak terkelas di tempat lain)
− Pembuatan mesin pejabat, perakaunan dan pengira
− Pembuatan mesin dan perkakas elektrik yang t.t.t.l.
− Pembuatan radio, televisyen dan kelengkapan dan peralatan komunikasi
− Pembuatan instrument perubatan, persisan dan optik, jam tangan dan jam
− Pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler
− Pembuatan kelengkapan pengangkutan lain
− Pembuatan perabot; pembuatan yang t.t.t.l.
− Kitar semula

iii Perkhidmatan berkaitan perkilangan


− 73101 Penyelidikan dan perkhidmatan pembangunan eksperimen ke atas sains fizik
− 73102 Penyelidikan dan perkhidmatan pembangunan eksperimen ke atas kimia dan biologi
− 73103 Penyelidikan dan perkhidmatan pembangunan eksperimen ke atas kejuruteraan dan
teknologi
− 73104 Penyelidikan dan perkhidmatan pembangunan eksperimen ke atas sains pertanian
− 73105 Penyelidikan dan perkhidmatan pembangunan eksperimen ke atas sains perubatan dan
farmasi
− 73109 Penyelidikan dan perkhidmatan pembangunan eksperimen ke atas sains semulajadi
− 60212 Perkhidmatan bas kilang
− 60230 Pengangkutan muatan melalui jalan raya
− 60300 Pengangkutan melalui saluran paip
− 61102 Pengangkutan muatan oleh kapal laut dan kapal pesisir pantai

1
LAMPIRAN 2

− 61202 Perkhidmatan pengangkutan muatan melalui air pedalaman


− 62109 Pengangkutan udara berjadual lain (contoh: perkhidmatan helikopter) yang t.t.t.l.
− 62209 Pengangkutan udara tidak berjadual lain yang t.t.t.l.
− 63011 Perkhidmatan pemunggahan
− 63020 Perkhidmatan penyimpanan dan penggudangan
− 63091 Aktiviti penghantaran muatan/agensi pengangkutan lain
− 63099 Aktiviti agensi pengangkutan lain yang t.t.t.l.
− 74950 Perkhidmatan pembungkusan atas dasar bayaran atau kontrak
− 74300 Pengiklanan
− 74130 Penyelidikan pasaran dan tinjauan pendapat umum
− 74142 Perkhidmatan perundingan pengurusan am
− 74143 Perkhidmatan perundingan perhubungan awam
− 74149 Lain-lain perkhidmatan perundingan perniagaan dan pengurusan lain yang t.t.t.l
− 92201 Perkhidmatan bekalan berita bercetak
− 92209 Perkhidmatan agensi berita lain
− 22190 Penerbitan lain
− 71230 Sewaan mesin dan kelengkapaan pejabat (termasuk komputer)
− 71302 Sewaan perabot
− 90003 Perkhidmatan pengumpulan dan pembuangan bahan buangan industri
− 37101 Kitar semula timah
− 37109 Kitar semula sisa dan sekerap logam
− 37201 Kitar semula serat tekstil
− 37202 Kitar semula getah
− 37209 Kitar semula sisa dan sekerap bukan logam
− 74212 Perkhidmatan perundingan kejuruteraan
− 27310 Penuangan besi dan keluli
− 27320 Penuangan logam bukan ferus
− 28910 Tempaan, tekanan, hentakan bentuk gelekan logam; Serbuk metalurgi
− 28920 Rawatan dan penyalutan logam, kejuruteraan mekanikal am atas dasar bayaran atau kontrak
− 28999 Pembuatan produk logam yang direka lain yang t.t.t.l.
− 29220 Pembuatan alat jentera
− 74220 Ujian dan analisis teknikal

iv Perkhidmatan
− Bekalan elektrik, gas dan air
− Perdagangan jual borong dan jual runcit; Pembaikan kenderaan bermotor, motorsikal dan barangan
persendirian dan isi rumah
− Hotel dan restoran
− Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
− Pengantaraan kewangan
− Aktiviti hartanah, penyewaan dan perniagaan
− Pendidikan
− Kesihatan dan kerja sosial
− Aktiviti perkhidmatan komuniti, sosial dan persendirian lain

v Perlombongan dan Pengkuarian


− Perlombongan batu arang dan lignit; Pengekstrakan gambut
− Pengekstrakan minyak mentah dan gas asli; Aktiviti perkhidmatan iringan kepada pengekstrakan
minyak mentah dan gas asli tidak termasuk kerja-kerja survei
− Perlombangan bijih uranium dan thorium
− Perlombongan bijih logam
− Perlombongan dan pengkuarian lain

vi Pembinaan
− Pembinaan