Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENGENALAN

Banyak negara berdepan dengan masalah kependudukan. Sesetengah negara mengambil


langkah ke depan dengan menggubal dasar-dasar kependudukan. Dasar kependudukan
dibentuk adalah untuk mengubah corak demografi. Tujuan utamanya adalah bagi
meningkatkan, menurunkan atau menstabilkan penduduk. Kadar kesuburan atau
kelahiran selain daripada kadar kematian dan kadar migrasi merupakan antara elemen
terpenting dalam menentukan corak demografi sesebuah negara

Perubahan saiz penduduk, sama ada meningkat atau menurun lazimnya dapat
diperhatikan berdasarkan beberapa petunjuk kadar kelahiran, kadar kematian dan kadar
migrasi bersih. Kadar kelahiran lazimnya dinyatakan sebagai jumlah kelahiran bayi bagi
setiap 1000 penduduk pada satu tahun. Ia dikira dengan membahagikan jumlah kelahiran
dengan bilangan penduduk negara yang dikaji (atau dengan membahagikan jumlah
kelahiran dengan jumlah penduduk darab 1000). Misalnya, jika penduduk Malaysia pada
tahun 1947 berjumlah 4 908,000 orang dan jumlah kelahiran pada tahun tersebut adalah
215,915 orang, maka kadar kelahiran penduduk Malaysia pada tahun tersebut ialah 44
kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk.

Kadar pertambahan penduduk semula jadi pula ialah jumlah kelahiran ditolak
dengan jumlah kematian yang berlaku di sesebuah negara pada sesuatu tahun. Lazimnya,
ia dinyatakan sebagai jumlah orang bagi 1000 penduduk. Penggunaan penunjuk kadar
kelahiran dan kematian sebagai asas untuk melihat perspektif pertumbuhan penduduk
sesebuah negara kurang tepat. Untuk mengatasinya, penunjuk kadar migrasi bersih perlu
diambil kira.

1
2.0 KONSEP KESUBURAN

Kesuburan juga dikenali sebagai kadar kelahiran, ianya adalah berkaitan dengan biologi,
sistem sosial (budaya dan agama) dan alam sekeliling (kestabilan politik) yang amat
kompleks kerana ia melibatkan aspek-aspek yang terpenting dalam kehidupan manusia
iaitu perkhawinan, perhubungan kelamin (persetubuhan) dan juga kekeluargaan.
Manakala jumlah anak yang boleh dilahirkan bergantung kepada beberapa faktor iaitu
bio-medikal, umur baligh, putus haid( monopos) dan jangka masa kesuburan.

Kesuburan penduduk ini dikaitkan dengan biologi kerana pengaruh kesuburan


wanita khususnya barkaitan dengan peratus penduduk dalam kumpulan umur subur iaitu
15 hingga 45 tahun yang ramai dan amalan perkahwinan pada usia muda di sesetengah
negara khususnya negara sedang membangun.

Selain itu kadar kelahiran juga berkaitan dengan sistem sosial yang merujuk
kepada budaya dan agama. Faktor budaya dan agama ini yang diamalkan oleh
penduduk Malaysia contohnya juga mempengaruhi kadar kelahiran penduduk. Agama
Islam sebagai agama rasmi di Malaysia telah menganjurkan konsep keramaian umat dan
larangan dalam perancangan keluarga. Keadaan ini secara langsung telah menggalakkan
kadar kelahiran. Sebaliknya, bagi masyarakat Cina, keperluan kepada anak lelaki
merupakan satu adat yang dipegang oleh masyarakat ini. Anak lelaki merupakan pewaris
kepada nama sesebuah keluarga dalam masyarakat Cina. Jesteru itu, secara tidak
langsung kadar kelahiran akan terus bertambah selagi sebuah keluarga itu tidak
memperoleh anak lelaki. Gabungan antara faktor agama dan adat ini telah meningkatkan
kadar kelahiran penduduk.

Kestabilan politik juga mempengaruhi kadar kelahiran penduduk di sesebuah


negara. Negara yang aman dan stabil, memberi peluang dan ruang kepada kerajaan
merancang aspek demografi tanpa bimbang tentang halangan dan kemungkinan
perubahan dasar yang begitu cepat. Jumlah anak yang boleh dilahirkan oleh seseorang
wanita pula bergantung kepada beberapa aspek atau faktor iaitu bio-medikal, umur

2
baligh, putus haid (monopos), dan jangka masa kesuburan. Jangka masa seseorang wanita
boleh mengandung dan melahirkan anak iaitu di antara umur baligh dengan umur putus
haid (monopos). Biasanya ini adalah diantara umur 15 hingga 45 tahun. Kebolehan dan
kemampuan seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak iaitu pada jangka masa
subur iaitu lebih kurang 30 tahun.

Faktor seterusnya adalah umur baligh dan umur putus haid (monopos) serta
jangka masa subur seseorang wanita. Umur baligh dan umur putus haid mempengaruhi
masa subur seseorang wanita, kerana pada jangka masa inilah seseorang wanita itu boleh
hamil dan melahirkan anak. Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
purata umur baligh ialah diantara umur 11 hingga 18 tahun. Mengikut beberapa kajian di
Negara-negara maju umur ini merosot mungkin disebabkan oleh keadaan pemakanan dan
kesihatan yang lebih baik. Manakala di negera-negera sedang membangun dan mundur
pula, umur ini adalah lewat, dan ada sesetengah wanita di negara ini mengalami baligh
pada umur 18 atau 19 tahun. Tetapi dengan adanya pembangunan dan keadaan
pemakanan yang lebih baik, tentu sekali umur baligh ini akan berlaku lebih awal dan
kanak-kanak perempuan pada akan dating akan mengalami umur subur itu lebih awal.

Umur putus haid (monopos) juga berbeza mengikut keadaan ekonomi dan juga
social golongan penduduk itu. Mengikut satu kajian yang dijalankan oleh pakar Perancis,
sejumlah 3 hingga 4 peratus wanita adalah mandul ketika umur 20 tahun, 10 peratus
apabila berumur 30 tahun, dan hampir 35 peratus apabila meningkat umur 40 tahun.
Manakala dalam kalangan orang Jepun pula 2/3 daripada penduduk wanita negaranya
telah pun mandul apabila meningkat umur 40 tahun.

Manakala jangka masa subur pula berbeza dalam kalangan penduduk mengikut
negara iaitu di Hutterites jangka masa subur penduduknya adalah hampir 30 tahun, dan
sebaliknya di afrika dan India hanya 20 tahun. Pembangunan yang membawa perubahan
cara hidup dan penentuan kesihatan dan pemakanan tentu sekali dapat memanjangkan
umur subur ini, mempercepatkan umur baligh dan melambatkan umur putus haid
(monopos) bermakna jangka masa subur akan bertambah panjang. Seterusnya adalah

3
kesuburan atau kemampuan untuk hamil pada jangka masa subur. Terdapat dua faktor
yang mempengaruhi kesuburan atau kemampuan untuk hamil pada jangka masa subur
ini, iaitu umur dan jangka masa antara kelahiran. Mengikut kajian-kajian yang telah
dijalankan membuktikan bahawa kesuburan seseorang wanita itu amat rendah sebelum
berumur 20 tahun, dan mula meningkat pada umur 20 tahun keatas dan sampai kepada
peringkat maksimumnya di antara umur 23 hingga 27 tahun dan selepas 27 tahun akan
mula merosot semula.

Jangka masa di antara kelahiran yang mempengaruhi kesuburan atau kemampuan


untuk hamil ada empat kategori peringkat iaitu masa sebelum mengandung, masa
mengandung, masa selepas bersalin dan waktu pusingan haid. Masa sebelum
mengandung merujuk kepada jangka masa selama enam bulan waktu mana seseorang
wanita itu boleh hamil sekiranya ada berlaku persetubuhan. Kebolehannya untuk hamil
adalah bergantung kepada kebolehannya di dalam tiap-tiap satu pusingan haid.

Tempoh masa seseorang wanita mengandung adalah hampir 10 bulan. Kemudian,


masa selepas bersalin pula adalah merujuk kepada seseorang wanita itu tidak boleh hamil
atau kemungkinan untuk beliau hamil adalah amat rendah kerana pada masa ini, adalah
masa berpantang selama dua bulan. Seterusnya adalah waktu pusingan haid, tiap- tiap
satu pusingan haid ialah biasanya antara 28 hingga 29 hari termasuk waktu ketika haid.
Pada jangka masa ini terdapat satu ketika sahaja di mana ovum dikeluarkan daripada
ovari iaitu dianggarkan 14 hari selepas berlakunya haid, sekiranya pusingan haid itu
adalah 28 hari, maka bererti ovum akan dikeluarkan pada pertengan pusingan haid itu.
Namun, ovum ini hanya hidup dan boleh disenyawakan dalam tempoh masa 12 hingga 24
jam sahaja. Sekiranya tidak berlaku persenyawaan dengan benih lelaki yang di kenali
juga sperma, maka ovum tersebut akan mati dan pusingan haid akan bermula semula
seperti biasa.

4
3.0 ARAH ALIRAN PERTUMBUHAN PENDUDUK DUNIA

Arah alir pertumbuhan penduduk dunia meningkat dengan mendadak terutama


sekali selepas Perang Dunia Kedua iaitu semenjak tahun 1950 sehingga kini. Secara
kronologinya pada tahun 1950-an penduduk dunia hanyalah berjumlah sebanyak 791 juta
orang sahaja. Namun, menjelang tahun 1900, penduduk dunia telah bertambah kepada
1650 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk sebanyak sekali ganda. Selain itu,
peningkatan jumlah penduduk dunia terus berlaku dan pada tahun 1975, penduduk dunia
dianggarkan sebanyak 4 bilion orang dan terus meningkat kepada 5.3 bilion orang pada
tahun 1990, dan 6.3 bilion orang pada tahun 2002.

Dianggarkan penduduk dunia akan terus meningkat kepada 8.5 bilion menjelang
tahun 2025 dan seterusnya kepada 14.2 bilion manusia menjelang tahun 2100. Namun,
kadar dan arah alir pertumbuhan penduduk dunia mengikut benua adalah tidak sama. Hal
ini kerana tidak semua benua mengalami pertumbuhan penduduk yang mendadak. Hal ini
dibuktikan dengan Benua Eropah dan Amerika Utara mengalami pertumbuhan secara
gradual. Begitu juga dengan benua Amerika Selatan dan Oceania yang mengalami
pertumbuhan hampir mendadak.

Di samping itu juga, kadar pertumbuhan penduduk yang mendadak dan pesat
banyak dialami oleh benua Asia dan Benua Afrika. Trend pertumbuhan di benua Asia
merupakan separuh daripada pertumbuhan penduduk dunia. Sementara itu, mengikut
anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 97% daripada pertambahan
penduduk dunia adalah berlaku di negara-negara yang sedang membangun terutamanya
di Asia . Antaranya ialah di India dan Cina yang masing-masing menyumbangkan
sebanyak 21% dan 15% daripada keseluruhan pertumbuhan penduduk dunia. Pada masa
kini, 2 daripada 5 orang penduduk dunia tinggal di Cina dan India. Jadual di bawah
menunjukkan 10 negara paling tinggi menyumbangkan kepada pertumbuhan penduduk
dunia antara tahun 1995 hingga tahun 2000.

5
JADUAL 1
Sepuluh negara paling tinggi menyumbang kepada pertumbuhan penduduk dunia,
pada tahun 1995 hingga tahun 2000.

Negara Pertumbuhan Peratus(%)


India 15 999 20.5
China 11 408 14.7
Pakistan 4 048 5.2
Indonesia 2 929 3.8
Nigeria 2 511 3.2

Amerika Syarikat 2 267 2.9


Brazil 2 154 2.8
Bangladesh 2 108 2.7
Mexico 1 547 2.0
Filipina 1 522 2.0
Jumlah 77 738 100

Selain itu, bagi kebanyakan negara maju khususnya di benua Eropah dan Amerika
Utara arah alir pertumbuhan penduduk adalah tidak sama dengan negara-negara di benua
Asia. Pertumbuhan penduduk yang pesat telah berlaku ketika sebelum Zaman Revolusi
Perindustrian lagi iaitu di benua-benua tersebut. Namun, selepas zaman Revolusi
Perindustrian, pertumbuhan penduduk berlaku secara gradual iaitu meningkat secara
perlahan-lahan dan kini hanya menunjukkan peningkatan yang sama kecil di sekitar 0.1%
hingga 0.2% sahaja, malahan di sesetengah negara menunjukkan simptom penurunan
yang sangat tinggi.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu


menjelang tahun 2050 penduduk negara Rusia akan berkurang sebanyak 33 juta orang
Itali sebanyak 15.1 juta orang dan di Jepun dianggarkan berkurang sebanyak 16 juta
orang. Oleh hal yang demikian, berdasarkan kenyataan tersebut di antara sebab utama
arah aliran pertumbuhan penduduk negara maju menunjukkan penurunan ialah kerana

6
kejatuhan indeks kadar kesuburan hampir keseluruhan negara maju di dunia. Kejatuhan
indeks kadar fertiliti ini dikaitkan dengan perkahwinan di usia lewat, gaya hidup bebas,
mementingkan kerjaya, dan peningkatan kos hidup.

3.1 Kadar Pertambahan Penduduk


Selain daripada arah alir pertumbuhan penduduk, kadar pertambahan penduduk
mengikut komposisi umur secara relatifnya juga turut mendapat perhatian. Taraf
kesihatan penduduk dunia pada keseluruhannya semakin meningkat. Fenomena ini telah
menyebabkan peningkatan jangka hayat penduduk. Di samping itu, di sesetengah negara
maju, jumlah penduduk tua jauh melebihi jumlah penduduk dewasa dan remaja. Negara
Eropah misalnya, golongan penduduk akan bertambah antara 20% hingga 30%
sedangkan jumlah kanak-kanak mengalami penurunan sebanyak 74% menjelang tahun
2050. Selain itu, peningkatan yang besar bagi golongan tua menyebabkan komposisi
umur penduduk menjadi tidak seimbang dan kerajaan terpaksa menambahkan kemudahan
untuk menampung keperluan mereka.

Menurut perangkaan PBB juga, pada tahun 2050 menunjukkan penduduk dunia
yang berumur 80 tahun dan ke atas akan bertambah sebanyak 6 kali ganda dan bakal
mencecah kepada 370 juta orang. Namun sebaliknya, penduduk yang berumur 60 tahun
ke atas hanya mencecah angka 2 bilion orang sahaja. Sekiranya kadar kelahiran menurun,
nisbah kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah akan menurun berbanding dengan
komposisi umur golongan tua. Anggaran PBB pada tahun 2050, jumlah penduduk muda
sedunia akan menurun sebanyak 20% sedangkan golongan tua akan meningkat sebanyak
22%. Situasi ini lebih ketara berlaku di negara-negara maju.

JADUAL 2
Negara-negara yang mempunyai umur penduduk tertinggi dan terendah di dunia

7
10 negara tertinggi 10 negara terendah
Negara Umur Negara Umur
Jepun 82 Botswana 35
Island 81 Lesotho 35
Sweden 81 Swaziland 35
Australia 80 Zambia 37
Kanada 80 Angolo 40
Perancis 80 Sierra Leone 40
Itali 80 Zimbabwe 41
Norway 80 Afghanistan 42
Sepanyol 80 Liberia 42
Switzerland 80 Mozambique 42

3.2 Faktor-Faktor yang Memepengaruhi Kepesatan Pertumbuhan Penduduk Dunia

Pertumbuhan penduduk yang pesat menambahkan lagi masalah ekonomi negara


sedang membangun yang pada masa lalu sesetengah negara menganggap sebagai suatu
keadaan biasa atau disebabkan oleh beberapa faktor seperti iklim, struktur sosial yang
mundur iaitu seperti penghambaan feudalisme dan kepuakan, ketidakseimbangan sosial
antara golongan kaya dengan golongan miskin dan ketidakadilan dalam sistem pemilikan
tanah. Faktor-faktor tersebut dikatakan penyebab utama sesebuah negara itu kurang maju.
Justeru terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dan mempengaruhi kepesatan
pertumbuhan penduduk dunia.

Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian merupakan faktor


utama pertumbuhan penduduk berlaku dengan begitu pesat. Hal ini kerana, berlakunya
kemajuan taraf kesihatan dan teknologi perubatan yang dapat mengawal pelbagai
penyakit berbahaya serta dapat mengurangkan risiko kematian bayi yang baru dilahirkan.
Sebagaimana yang diketahui, pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian
seperti taun, malaria, hepatitis B, dan lain-lain dapat dikurangkan melalui teknologi

8
perubatan moden yang begitu pesat berkembang hampir ke seluruh negara di dunia. Hal
ini dapat dibuktikan dengan penggunaan peralatan moden seperti vakum dan forsep di
hospital telah meningkatkan peratusan bayi yang selamat dilahirkan.

Justeru, terdapat beberapa faktor yang dirumuskan dalam meningkatkan kadar


kelahiran dan menurunkan kadar kematian. Antara faktor tersebut adalah seperti faktor
demografi yang merujuk kepada komposisi umur subur yang ramai iaitu pada tahun 15
hingga 45 tahun. Golongan ini lebih produktif untuk melahirkan anak berbanding dengan
golongan tua iaitu berumur melebihi 46 tahun dan ke atas. Di samping itu, nisbah antara
jantina yang hampir sama bagi komposisi umur juga turut meningkatkan kelahiran.
Seterusnya ialah perkhidmatan kesihatan yang bertambah baik diukur daripada indeks
peningkatan bilangan doktor, nisbah pesakit, kewujudan teknik dan perubatan moden.
Selain itu, amalan pemakanan yang baik telah meningkatkan jangka hayat penduduk.
Sementara itu, penemuan kaedah rawatan moden seperti rawatan kardiologi untuk sakit
jantung, pembedahan atau pemindahan jantung dan buah pinggang, rawatan kemoterapi
untuk pesakit barah, dan lain-lain telah mengurangkan kadar kematian golongan dewasa
dan tua pada masa kini. Hal ini dapat meningkatkan jangka hayat penduduk.

Selain faktor peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian,


pengaruh aras kesuburan wanita juga merupakan faktor yang mempengaruhi kepesatan
penduduk dunia. Aras kesuburan wanita khususnya yang berkaitan dengan peratus
penduduk dalam kumpulan umur subur iaitu antara umur 15 hingga 45 tahun yang ramai
dan amalan perkahwinan pada usia muda di sesetengah negara khususnya di negara-
negara sedang membangun. Oleh itu, perkahwinan di usia muda membolehkan
kecenderungan mendapatkan saiz keluarga yang besar. Hal ini berlaku di negara-negara
seperti India, Bangladesh, Indonesia, dan Filipina yang masih rendah taraf pendidikan
penduduknya.

Di samping itu, kegagalan Program Kawalan Penduduk dan Perancangan


Keluarga di sesetengah negara juga merupakan faktor mempengaruhi kepesatan
pertumbuhan penduduk dunia. Negara-negara yang terlibat adalah negara sedang

9
membangun yang mempunyai penduduk yang ramai seperti di India, Filipina, Indo-
China, dan sebagainya. Kegagalan program sedemikian adalah disebabkan oleh taraf
pendidikan yang masih rendah, dan halangan agama, adat dan status quo yang masih
menebal dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat desa dan pedalaman.
Selain itu, kegagalan program sebegini juga boleh dikaitkan dengan keperluan buruh dan
tenaga kerja oleh sesebuah keluarga terutamanya dalam sektor pertanian tradisional. Hal
ini kerana semakin ramai anak bermakna semakin menjimatkan tenaga buruh.

Faktor seterusnya adalah pertambahan pengeluaran sumber-sumber makanan


terutamanya pada era revolusi hijau yang memungkinkan pertumbuhan pesat penduduk
dunia dapat ditampung daripada mengalami krisis makanan dan kebuluran. Selain itu,
lebihan pengeluaran makanan di sesebuah negara juga boleh di eksport ke negara yang
mengalami masalah kekurangan makanan. Menerusi konteks ini, perkembangan
teknologi pengeluaran makanan amat penting dalam meningkatkan pertumbuhan
penduduk. Oleh hal yang demikian, kebimbangan akan masalah kebuluran sekiranya
penduduk bertambah dapat dikurangkan melalui pengeluaran sumber-sumber makanan
sedemikian. Kesan psikologi ini juga menyebabkan sesetengah negara berusaha untuk
meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk di negara mereka. Negara yang terlibat
seperti negara Malaysia dan Singapura. Selain daripada itu, dengan adanya lebih banyak
sumber makanan berzat dan berkhasiat serta amalan pemakanan atau diet yang seimbang
dalam kalangan penduduk, telah menjamin kesihatan penduduk bertambah. Di samping
itu dapat menjamin kadar kematian berkurangan, dan jangka hayat meningkat dan
seterusnya mendorong kepada peningkatan kadar kelahiran di dunia.

Faktor kestabilan politik juga dapat mempengaruhi kepesatan pertumbuhan


penduduk dunia. Hal in kerana, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun
1839 hingga tahun 1945 telah menurunkan kematian penduduk secara besar-besaran
akibat daripada peperangan tersebut. Selain itu, dapat memberi ruang kepada negara-
negara di dunia untuk mengubah polisi kependudukan dan sosioekonomi negara masing-
masing ke arah pertambahan penduduk dan kemajuan ekonomi. Seterusnya, kestabilan
politik dalam masa yang panjang juga telah memberikan peluang terbaik kepada negara-

10
negara di dunia memakmurkan ekonomi dan sosial negara masing-masing yang secara
langsung mendorong kepada pertambahan penduduk. Menerusi konteks ini, peranan
kerajaan amat penting dalam mempengaruhi pertumbuhan penduduk. Governan perlu
menggalakkan kelahiran seperti mengadakan skim pengecualian cukai dan bonus kepada
pasangan yang melahirkan lebih ramai anak.

4.0 TABURAN KELAHIRAN DI MALAYSIA

4.1 Faktor-faktor mempengaruhi kelahiran


Terdapat empat faktor yang mempengaruhi kelahiran iaitu faktor hayat, faktor
demografi, faktor sosial dan faktor politik. Di dalam faktor hayat kita boleh lihat
daripada segi bangsa, kesihatan dan kesuburan genetik. Dari segi bangsa kita boleh lihat
perbezaan dari segi kadar kelahiran. Contohnya di Malaysia, kaum melayu merupakan
bangsa yang mempunyai kadar kelahiran yang tinggi berbanding kaum Cina dan kaum
India. Perbezaan kadar ini adalah disebabkan kaum Melayu dibesarkan dalam agama
islam yang membenarkan kaum lelaki berkahwin empat. Jadi jumlah kelahiran akan
meningkat disebabkan faktor ini. Dari segi kesihatan pula, ramai masyarakat sudah
mempuyai kesedaran kesihatan yang baik.

Selain itu, kesuburan genetik juga merupakan faktor di dalam menentukan kadar
kelahiran. Sebagai contoh keturunan yang mempunyai bilangan anak yang ramai maka
bakanya juga akan mampu melahirkan jumlah anak yang ramai. Tetapi sekiranya di
dalam keluarga tersebut mempunyai ahli keluarga yang mandul risiko ahli seseorang itu
tidak mampu melahirkan anak adalah lebih tinggi. Kita juga sendiri maklum bahawa
kaum wanita mampu melahirkan anak apabila mereka mula haid dan tidak lagi mampu
melahirkan anak apabila berhentinya haid. Hal ini berbeza dengan lelaki yang kita
maklum mempunyai kesuburan sepanjang hayat.

Faktor kedua ialah faktor demografi yang terdiri daripada struktur umur,
komposisi jantina dan masyarakat bandar dan luar bandar. Struktur umur ini ialah

11
kemampuan melahirkan anak oleh penduduk muda adalah lebih tinggi jika dibandingkan
dengan penduduk yang berusia. Contohnya wanita yang berusia adalah berisiko untuk
melahirkan anak dan susah untuk memperolehi anak yang ramai. Komposisi jantina pula
dapat dilihat daripada ketidakseimbangan komposisi jantina. Ketidakseimbangan ini akan
memberi kesan kepada kadar kelahiran. Yang terakhir ialah masyarakat bandar dan luar
bandar. Menurut statistik kadar kelahiran penduduk bandar adalah lebih rendah jika
dibandingkan dengan penduduk luar bandar.
Sebab-sebab berlakunya perkara ini adalah kerana kos hidup di bandar adalah
lebih tinggi jika dibandingkan dengan penduduk yang tinggal di luar bandar. Oleh itu,
kos untuk membesarkan anak adalah lebih tinggi di bandar. Contohnya kita boleh lihat
jika ibu bapa bekerja, mereka kebanyakkanya akan menghantar anak mereka ke pusat
pejagaan kanak-kanak, bayaran untuk perkhidmatan menjaga anak mereka ini adalah
tinggi. Oleh itu, jika mereka mempunyai anak yang ramai maka banyaklah perbelanjaan
yang mereka peruntukkan . Selain itu, orang bandar yang kebanyakkannya mempunyai
orang gaji untuk menguruskan segala urusan rumah tangga dan penjagaan anak-anak
mereka. Oleh itu, mereka harus membayar gaji kepada pekerja mereka ini. Selain itu,
penduduk di bandar juga lebih sesitif dari segi sosial dan ekonomi. Masa mereka banyak
dihabiskan di luar untuk menikmati segala kemudahan sosial yang terdapat di bandar
seperti disko, pusat membeli-belah dan sebagainya. Status wanita juga mempengaruhi
kadar kelahiran ini apabila ramai wanita yang terlibat dalam sektor ekonomi sehingga
mereka tidak mempunyai masa untuk melahirkan anak. Bagi mereka kehadiran anak akan
menyekat pergerakan mereka dalam mengejar kerjaya mereka.

Faktor ketiga ialah faktor sosial yang terdiri daripada umur semasa berkahwin,
pendidikan, agama dan adat resam serta kepentingan kepada anak lelaki. Dari segi umur,
kita sendiri tahu umur seseorang wanita adalah berkait rapat dengan kesuburan mereka.
Bagi wanita yang lewat berkahwin risiko mereka memperolehi anak adalah susah kerana
tahap kesuburan mereka semakin berkurang. Hal ini pula berbeza bagi wanita yang
berkahwin dalam usia yang muda kerana mereka kebanyakannya mampu mempuyai anak
yang lebih ramai berbanding wanita yang berkahwin dalam usia yang lewat. Dari segi
pendidikan pula, wanita yang berpendidikan tinggi lebih cenderung untuk mengejar

12
kerjaya daripada melahirkan anak yang ramai. Jadi hal inilah yang menyebabkan kadar
kelahiran menjadi rendah. Agama dan adat resam dapat mempengaruhi kadar kelahiran
ini apabila ada agama yang membenarkan perancangan keluarga dan penguguran, tetapi
ada agama yang tidak membenarkannya. Selain itu, faktor kepentingan anak lelaki juga
turut mempengaruhi kelahiran ini apabila mereka lebih cenderung untuk melahirkan anak
yang lebih ramai.
Faktor keempat ialah faktor politik, dasar kerajaan memberikan kesan secara
langsung kepada kadar kelahiran . Contohnya dasar kerajaan yang dijalankan di Malaysia
banyak mempengaruhi kadar kelahiran di Malaysia. Contoh dasar kerajaan yang
dijalankan di Malaysia ialah dasar mencapai 70 juta penduduk. Pada akhir tahun l980 an,
kerajaan Malaysia menggalakkan pertumbuhan penduduk mencapai 70 juta menjelang
abad ke 21. Matlamat dasar ini adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja pada
tahun 2020. Antara langkah kerajaan untuk memastikan dasar ini berjaya, kerajaan telah
memberikan potongan cukai pendapatan tanggungan sehingga anak kelima, memberikan
cuti bersalin untuk pekerja dalam sektor awam sehingga anak kelima, mengenakan kadar
bayaran yang lebih rendah untuk wanita bersalin, memberikan cuti khas kepada pekerja
ketika isteri bersalin serta menggalakkan majikan menyediakan tempat penjagaan anak
berhampiran dengan tempat kerja untuk kemudahan wanita yang bekerja .

4.2 Faktor-Faktor Mempengaruhi Kelahiran Kasar Di Malaysia.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran di Malaysia ialah taraf


pendidikan meningkat, amalan perancangan keluarga, taraf hidup penduduk,
Dasar Kependudukan Negara serta sosiobudaya dan agama. Faktor pertama ialah
taraf pendidikan meningkat. Pendidikan di Malaysia telah meningkatkan kadar kenal
huruf menjadi 93.8% pada tahun 2000. Taraf pendidikan yang baik menyebabkan ramai
kaum wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menjawat jawatan
yang tinggi dalam sektor pekerjaan . Selain itu, ia juga menyebabkan wanita yang
berpendidikan ini lewat berkahwin. Menurut statistik, peratus wanita yang berkahwin
sebelum umur 24 tahun di Semenanjung Malaysia 21% menurun hampir 50% dari tahun
1931 hingga 1980. Faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah kerana

13
golongan wanita ini mendapat peluang yang banyak untuk mendapat pendidikan dan
melanjutkan pelajaran sehingga peringkat universiti .

Oleh itu, dengan taraf pendidikan yang tinggi ini golongan wanita berpeluang
mempunyai karier yang mencabar . Jadi ,masa yang digunakan untuk mengejar
pendidikan dan kerjaya melambatkan umur mereka untuk berkahwin . Keadaan mereka
yang lewat berkahwin ini telah mengurangkan kadar kelahiran kasar kerana tahap
kesuburan mereka adalah rendah berbanding dengan wanita yang berkahwin pada usia
muda. Selain itu, ia juga disebabkan oleh perkembangan industri yang pesat dengan
menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada wanita sehigga membolehkan
mereka berdikari dan menangguhkan masanya untuk berkahwin . Tahap pendidikan yang
tinggi ini juga meningkatkan amalan perancangan keluarga sekaligus mengurangkan saiz
keluarga. Mereka yang berpendidikan ini lebih menggemari saiz keluarga yang kecil
kerana mereka dapat memberikan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak
mereka.

Faktor kedua ialah amalan perancangan keluarga. Hal ini terjadi, apabila
penduduk Malaysia yang ingin menikmati taraf hidup yang tinggi dan berpendidikan
tinggi selalunya mengamalkan perancangan keluarga. Hal ini kerana mereka hanya
merancang keluarga yang kecil dan tidak merancang untuk mempunyai anak yang ramai.
Tetapi di kawasan luar bandar, amalan perancangan keluarga masih sukar diterima oleh
penduduk, jadi kadar kelahiran di luar bandar masih tinggi. Pada tahun 1979 lebih
daripada 900 000 wanita mengamalkan perancangan keluarga untuk menghadkan saiz
keluarga atau tujuan kesihatan . Amalan perancangan keluarga ini termasuklah
penggunaan kondom dalam melakukan hubungan seks bersama suami, menggunakan pil-
pil perancang dan juga mengikat atau memotong tiup folopio mereka. Amalan ini
dilakukan bagi menghadkan bilangan anak yang di impikan mereka.

Faktor ketiga ialah taraf hidup penduduk. Keadaan ekonomi yang lebih baik telah
menambahkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup penduduk Pertumbuhan
ekonomi yang pesat membolehkan penduduk Malaysia menikmati taraf hidup yang
tinggi. Keadaan ini menggalakkan penduduk cenderung kepada saiz keluarga yang kecil

14
kerana kos membesarkan anak semakin meningkat di bandar. Namun begitu melalui
peningkatan ekonomi ini juga Malaysia telah menyediakan perkhidmatan kesihatan dan
perubatan. Hal ini dapat mengurangkan kadar kematian terutamanya kalangan bayi dan
orang tua. Ibu yang pendapatan per kapita tinggi juga dapat menjaga kesihatan dan
melahirkan bayi yang sihat. Sekaligus dapat menambahkan kadar kelahiran .

Faktor keempat ialah Dasar Kependudukan Negara. Melalui Dasar


Kependudukan, kerajaan berhasrat mewujudkan 70 juta penduduk pada masa akan datang
untuk menambahkan bilangan penduduk dan tenaga kerja manusia. Oleh itu, kerajaan
telah memberi pelbagai dorongan kepada rakyat seperti melonggarkan cukai pendapatan
kepada bilangan anak, kadar bayaran perubatan yang rendah dan sebagainya. Kerajaan
juga menggalakkan penduduk mempunyai saiz keluarga yang besar.

Faktor kelima ialah daripada segi Sosiobudaya dan Agama. Agama memainkan
peranan yang penting terhadap kadar kelahiran. Kebanyakan agama menggalakkan
penganutnya mempunyai anak yang ramai dan amat menentang amalan perancangan
keluarga. Walau bagaimana pun, ada penganut yang mematuhi galakan itu dan ada juga
yang merancang untuk mempunyai keluarga kecil. Contohnya, agama Islam
menggalakkan keluarga mempunyai anak yang banyak manakala pengajaran agama
Katolik tidak membenarkan kaedah perancangan keluarga yang moden.

4.3 Statistik kelahiran pada 2009

Malaysia menyambut kedatangan 516,645 bayi tahun lepas, meningkat 3.9 peratus atau
20,231 berbanding tahun 2008. Selangor telah kekal dengan kadar kelahiran paling tinggi
iaitu 80,110 diikuti dengan Sabah (60,190) dan Johor (58,597), menurut statistik yang
diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pada 2008, Selangor mendahului
dengan 76,932, Johor (58,517) dan Sabah (51,773). Menurut laman web Jabatan
Perangkaan Negara, jumlah penduduk Malaysia pada 2007 mencapai 27.17 juta dan
meningkat kepada 27.73 juta pada 2008 dan dianggarkan bertambah kepada 28.31 juta
bagi 2009.Sejak beberapa tahun lepas, penduduk dalam lingkungan umur 15 hingga 64

15
tahun merupakan 63 peratus daripada jumlah penduduk negara, 32 peratus berumur
bawah 15 tahun, manakala selebihnya berumur 65 tahun ke atas.

4.4 Statistik keseluruhan

Perunding Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Dr


Abdul Majid Mat Salleh berkata kadar kelahiran penduduk negara ini menurun sejak
1957, tanpa menunjukkan sebarang tanda untuk meningkat.. Statistik LPPKN
menunjukkan bahawa pada 1957, kadar kelahiran di Malaysia ialah purata 6.7 kanak-
kanak bagi setiap wanita dan kadar ini menurun kepada 3.0 kanak-kanak bagi setiap
wanita pada 2000. Pada tahun 2000, orang Melayu merupakan bangsa paling subur,
dengan mencatat purata kadar kelahiran 3.5 kanak-kanak bagi setiap wanita, berbanding
2.5 kanak-kanak bagi kaum Cina dan 2.4 kanak-kanak bagi kaum Indiaberbeza 50 tahun
lepas apabila orang Melayu merupakan kaum paling tidak subur dengan purata kadar
kelahiran 6.0 kanak-kanak bagi setiap wanita, berbanding 7.3 bagi kaum Cina dan 8.0
bagi kaum India.pada waktu yang sama, hal ini merusingkan apabila jumlah golongan
berusia lanjut di negara ini meningkat dengan ketara .Peratusan penduduk berusia lebih
60 tahun dijangka meningkat daripada enam peratus pada 1995 kepada lebih 7 peratus
menjelang 2010.

16
5.0 KESAN PENINGKATAN TAHAP KESUBURAN

5.1 Kesan Positif

5.1.1 Pertumbuhan penduduk sebagai satu aset.


Pertumbuhan penduduk yang pesat akibat daripada peningkatan kesuburan akan
menjadi aset kepada negara untuk membekalkan tenaga kerja sekiranya negara
mengalami situasi penduduk berkurangan. Contohnya di Malaysia sendiri tenaga kerja
yang ramai amat diperlukan untuk mengembangkan sektor-sektor perindustrian,
perkhidmatan, pelancongan, pertanian dan sebagainya. Kebergantungan kepada tenaga
manusia amat penting untuk pembangunan ekonomi negara. Oleh sebab itu pertumbuhan
penduduk ini amat penting untuk pembangunan ekonomi negara Mempercepatkan lagi
proses pembangunan sumber-sumber alam yang masih banyak seperti sumber mineral,
sumber hutan, pertanian, dan perikanan dapat di kembangkan dengan cekap.

5.1.2 Memperluaskan saiz pasaran domestik


Peningkatan kelahiran akan membantu memperluaskan saiz pasaran domestik dan
mampu menarik pelaburan dari luar. Negara- Negara seperti Indonesia dan China
beruntung dari segi pasaran barangan tempatan hal ini kerana jumlah penduduknya yang
ramai, malahan bagi Negara China yang mana system ekonomi nya sedang berubah

17
secara perlahan-lahan menjadi pasaran bebas dan Negara tersebut akan menjadi kuasa
pasaran yang paling besar di rantau Asia Pasifik .

Dengan jumlah penduduk 1.2 billion (1977) dan dijangka akan meningkat kepada
1.6 billion pada tahun 2030, china mempunyai kekuatan pasaran dalaman yang cukup
besar bagi mendominasii ekonomi. Jumlah penduduk yang sedemikian akan dapat
menawarkan tenaga buruh yang yang ramai dan murah untuk menarik pelaburan luar
menanam modal bagi membantu mengembangkan ekonomi negara.

5.2 Kesan Negatif

5.2.1 Tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah.


Kesan negatif yang dapat dilihat akibat daripada peningkatan kelahiran adalah
seperti berlakunya persaingan antara guna tanah petempatan dengan guna tanah yang
lain. Peningkatan kelahiran yang pesat memerlukan perkembangan petempatan bagi
memenuhi keperluan asas penduduk. Keadaan ini mengorbankan guna tanah yang lain
seperti tanah-tanah pertanian terpaksa dijadikan kawasan kediaman penduduk.

Di China contohnya banyak tanah-tanah pertanian terpaksa dijadikan kawasan


kediaman. Manakala menjelang tahun 2045 China diramalkan akan mengalami krisis
tempat tinggal dan krisis makanan yang hebat jika kadar pertumbuhan penduduk tidak
dikawal sepenuhnya. Hal ini kerana apabila saiz pertanian semakin sempit maka
pengeluaran makanan akan menurun. Sumber- sumber makanan akan terhad dan
kemungkinan berlakunya krisis makanan dan kebuluran.

5.2.2 Kemerosotan,Kerosakan,dan pencemaran alam


Peningkatan kadar kelahiran yang pesat dan berlebihan juga akan menyebabkan
sumber alam dalam sesebuah negara di gunakan sepenuhnya untuk menampung
keperluan penduduk. Kesannya sesetengah sumber khususnya fauna dan flora diancam

18
kepupusan, contohnya sumber hutan dan sumber galian. Sumber hutan diteroka untuk
pembinaan petempatan dan kawasan pertanian. Sumber-sumber udara dan air turut
tercemar akibat sisa2-sisa domestik yang di buang oleh penduduk yang ramai dan
sesak.umumnya di kawasan setinggan. Contohnya kes pencemaran yang berlaku di
Sungai Gombak dan Sungai Klang, Selangor adalah bukti nyata akibat daripada
pertambahan penduduk yang tinggi di Lembah Klang.

5.2.3 Menimbulkan masalah kemiskinan dan kemunduran


Dari segi ekonomi pula, peningkatan kadar kelahiran akan menyebabkan masalah
pengganguran, kemiskinan, dan taraf hidup penduduk menjadi rendah. Hal ini kerana
sumber-sumber ekonomi dan peluang pekerjaan yang ditawarkan terhad ia akan
menyebabkan sesetengah golongan terpinggir dan menggangur. Di bandar- bandar besar
fenomena pengganguran akan mewujudkan kemiskinan Bandar sepertimana yang
dihadapi di bandaraya Manila, Fiipina, dan Jakarta Indonesia. Kemiskinan Bandar
menggambarkan kedaifan dan dan taraf hidup penduduk yang rendah yang tidak
sepatutnya berlaku di kalangan masyarakat Bandar. Namun semua ini berlaku akibat
daripada pertumbuhan kadar kelahiran yang meningkat.

5.2.4 Kemerosotan taraf sosial seperti pendidikan, dan taraf kesihatan penduduk
Peningkatan kadar kelahiran yang pesat juga menyebabkan kemerosotan taraf
social seperti pendidikan, dan taraf kesihatan penduduk. Penduduk yang ramai akan
mewujudkan satu persaingan yang hebat. Dalam bidang pendidikan misalnya, ramai yang
akan tercicir dalam menerima pendidikan. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan
kadar buta huruf, contohnya yang dialami di kawasan pendalaman seperti Indonesia,
Kampuchea, Vietnam dan Filipina. Di Bandar-bandar, kawasan setinggan yang sesak
dan padat dengan penduduk menyebabkan merebaknya penyakit yang sukar di kawal
seperti malaria, denggi, taun dan lain-lain. Tahap kesihatan penduduk akan menurun

19
apabila kadar kelahiran meningkat. Hal ini kerana kerajaan sememangnya tidak mampu
untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang percuma kepada semua rakyat.

6.0 POLISI KEPENDUDUKAN

Polisi merupakan suatu garis panduan atau dasar yang dihasratkan dan ianya suatu
ideologi kerajaan yang dibuat dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk
menyelesaikan atau mendapatkan hasil serta mencapai objektif. Namun, bagi pertubuhan
penduduk yang memperlihatkan bahawa setiap negara perlu melaksanakan dan
menggubal suatu polisi kependudukan dalam negara masing-masing bagi mengatasai
masalah lebihan atau kekurangan jumlah penduduknya secara langsung. Polisi
kependudukan juga berfungsi untuk setiap negara mengawal jumlah penduduknya supaya
seimbang dengan peruntukan sumber yang ada agar tidak berlaku kekurangan ataupun
lebihan. Terdapat beberapa contoh, negara yang mengamal polisi kependudukan bagi
mengawal pertumbuhan penduduknya secara langung iaitu Malaysia, China, Singapura
dan negara maju lain seperti Swedwn, Norway dan Switzerland.

6.1 Dasar Kependudukan Di Malaysia


Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan kini berusaha
untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Dalam era mencapaian
pada tahun 2020 pelbagai strategi pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh
pihak kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk memantapkan dan
merealisasikan hasrat Malaysia pada tahun 2020. Malahan kawalan dan strategi kerajaan

20
juga dititikberatkan dalam pertumbuhan penduduk dan pembentukkan modal insan yang
berkualiti dan berwawasan sejajar dengan pembangunan yang ingin dikecapi nanti.

Oleh itu, pada tahun 1982 lagi, Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia
Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad berhasrat untuk mewujudkan pencapaian
kependudukan ke arah pencapaian 70 juta penduduk di Malaysia dalam ucapan beliau di
Perhimpuan Agung UMNO pada ketika itu. Berikutan daripada pengumuman yang
dibuat oleh Tun Dr. Mahathir berkaitan dengan dasar kependudukan yang baru ini, hasrat
kerajaan mendapat liputan secara meluas di media massa sama ada media tempatan atau
media luar negara. Beliau berpendapat bahawa, jika Malaysia mencapai jumlah penduduk
seramia 70 juta dalam tempoh 115 dan 120 tahun akan datang maka, Malaysia akan
melahirkan sebuah negara yang akan lebih berjaya kerana pertambahan jumlah modal
insan yang akan mencorakkan pembanguan negara kelak.

Dasar kependudukan yang baru ini menetapkan agar Malaysia mencapai


pencapaian yang disarankan iaitu 70 juta penduduk yang akan dicapai pada tahun 2100
nanti. Sebenarnya, pencetuasan idea Tun Dr. Mahathir untuk memperkenalkan dasar
kependudukan yang baru di Malaysia akibat daripada berlakunya masalah kekurangan
tenaga kerja pada akhir 1970-an dan awal 1980-an sedangkan ekonomi Malaysia pada
ketika itu bertumbuh pesat. Terdapat beberapa penganaliasi ekomoni yang berpendapat
bahawa, jika sesebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk yang lebih besar akan
mencipta pasaran domestik yang lebih besar untuk mengekalkan pertumbuhan industri.
Malah mereka juga berpendapat bahawa, jumlah penduduk yang lebih besar juga akan
membantu ekomoni negara mengurangkan kebergantungan Malaysia dalam terus terlibat
dalam industri berorientasikan eksport.

Namun, sebelum dasar kependudukan yang baru diumumkan pada awal 1980-an,
pergeseran di Malaysia anti-natalis sikap boleh dikesan daripada pembacaan dekat
rancangan kerajaan. Sebagai contoh, Mid-trem Review Rancangan Malaysia Ketiga
(1976-1980) tidak lagi membincangkan tentang pertumbuhan penduduk sebagai masalah
besar dan menunjukkan bahawa peruntukan dibuat untuk penyediaan perancangan

21
keluarga dalam Rancangan Ketiga itu. Dengan perubahan dasar kependudukan dari anti-
natalis ke pro-natalism, Badan Kependudukan dan Perancangan Keluarga Badan juga
ditukarkan nama kepada Kependudukan dan Keluarga Nasional Badan Pembangunan,
dan penekanannya adalah tentang peranannya dalam meningkatkan kesejahteraan
keluarga dan pembangunan bukan dalam penyebaran kegunaan keluarga.

Objektif dasar kependudukan ini adalah untuk mewujudkan jumlah penduduk


Malaysia seramai 70 juta menjelang tahun 2100 nanti. Bagi mencapai matlamat Dasar
Kependudukan ke arah 70 juta penduduk, kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan
alternatif supaya matlamat tersebut dapat direalisasikan dengan sempurna. Sebenarnya,
rasional bagi mencapai tahap kependudukan seramai 70 juta adalah untuk menyediakan
satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri tempatan. Pertumbuhan
penduduk dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sisoal
negara serta meningkatkan daya pengeluaran ekonomi.

Hal ini demikian, jika pertumbuhan pendudukan mencapai tahap 70 juta


penduduk dengan ini, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan tidak akan
bergatung secara langsung kepada industri import seperti sekarang. Pertambahan jumleh
penduduk yang ramai akan menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara kerana
keperluan tenaga buruh akan mencukupi bagi memantapkan daya pengeluaran ekonomi
negara kelak. Namun, pelaksanaan Dasar Kependudukan Ke Arah 70 juta penduduk
masih lagi belum berjaya sepenuhnya tetapi kerajaan tetap menggalakan supaya matlamat
dasar ini akan berhasil menjelang tahun 2100 nanti.

6.2 Polisi Kependudukan Di Negara China

Negara China merupakan sebuah negara yang mempunyai bilangan pemduduk


yang paling ramai di dunia. Oleh itu, pelbagai cara telah dilakukan oleh kerajaan bagi
mengatasi masalah lebihan penduduk dan kekurangan sumber di negara tersebut.
Sebenarnya, pelbagai jenis kempen telah dilaksanakan oleh Republik China untuk
menetapkan saiz penduduk bermula pertengahan tahun1950-an lagi. Secara umumnya,

22
pelaksanaan dasar dan kempen pengawalan dilakukan khusus kepada kaum wanita sahaja
iaitu tumupan awal diberikan kepada pembentukan keluarga bukan tentang pengurangan
penduduk.

Oleh itu, disebabkan bilangan kelahiran di China pada tahun 1950-an semakin
bertambahan dan meningkat kepada tahun yang lebih baik sehingga berlaku lebihan
penduduk yang padat di China. Hal ini demikian, telah menyebabkan kerajaan terpaksa
mengeluarkan polisi kependudukan bagi mengawal pertumbuhan penduduk yang kian
bertambah. Pada awal 1956, istilah “perancangan kelahiran” mula menjadi tumpuan
penduduk dan kempen perancangan yang dihasilkan melalui Rancangan Lima Tahun
Pertama.

Dasar Perancangan Kelahiran adalah dasar kawalan penduduk daripada People's


Republic of China (PRC). Kerajaan China merujuk pada di bawah penterjemahan rasmi
dasar perancangan keluarga iaitu secara rasminya kerajaan akan menghadkan bilangan
anak bagi setiap pasangan yang berkahwin terutamanya bagi pasangan yang tinggal di
kawasan bandar. Sebaliknya, dasar kependudukan ini diberi sedikit kelonggaran bagi
pasangan yang tinggal di luar bandar, etnik minoriti dan orang tua. China, seperti banyak
negara-negara Asia lainnya yang memiliki tradisi panjang anak keutamaan kepada anak
lelaki. Sama ada di luar bandar dan bandar penduduk mempunyai insentif ekonomi dan
tradisional untuk lebih memilih kelahiran anak lelaki lebih daripada perempuan.

Anak lelaki lebih disukai kerana mereka akan menyediakan sokongan kewangan
utama bagi orang tua dalam pencen mereka, dan ibu bapa anak lelaki tersebut biasanya
dijaga lebih baik daripada isterinya. Di samping itu, secara tradisional China berpendapat
bahawa anak-anak perempuan, tentang perkahwinan mereka, terutama menjadi
sebahagian daripada keluarga pengantin lelaki. Nisbah bagi lelaki lebih banyak daripada
nisbah perempuan dalam kependudukan negara China pada ketika itu iaitu bukan sahaja
berlaku di kawasan luar bandar nisbah hampir identik di luar bandar dan bandar.

23
Perencanaan keluarga berencana telah memainkan peranan penting dalam
penurunan kesuburan di beberapa negara asia. Dalam menilai program seperti itu, adalah
bijaksana untuk mempertimbangkan faktor-faktor politik berkaitan dengan kekuatan dan
kelemahan mereka. Dalam konteks Malaysia, politik dan faktor-faktor agama saling
berkait rapat dan jelas memiliki bantalan dasar kependudukan, keluarga berencana tidak
pernah diberikan jenis-jenis penggunaan kawalan. Di Malaysia program keluarga
berencana tidak pernah diberikan jenis-jenis tekanan pada pasangan untuk menyekat
kesuburan mereka seperti yang telah di Indonesia dan Singapura

Namun, Kerajaan Republik China terpaksa menggubal satu polis atau dasar
kepandudukan iaitu melalui Dasar Satu Keluarga Satu Anak di China bagi mengatasi
masalah lebihan penduduk yang begitu ketara di negara ini berbanding dengan negara-
negara lain. Oleh itu, China dikelaskan sebagai sebuah negara yang paling ramai
penduduknya. Hal ini demikian, kerajaannya telah memperkenalkan alternatif baru bagi
mengatasi masalah lebihan penduduk. Melalui pengenalan Dasar Satu Keluarga Satu
Anak kerajaan telah menghadkan bilangan iaitu satu keluarga hanya satu orang anak
sahaja. Pada permulaan penggubalan dasar atau polisi yang kependudukan yang lama,
pihak kerajaan menampakkan bahawa dasar yang lama menunjukan tidak berlaku
perubahan terhadap peralihan demografi kependudukan di China. Hasilnya, masih
terdapat pertambahan dan peningkatan penduduk di republik ini kerana dasar tersebut
telah diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak pasangan suami isteri untuk
menjayakan pelaksanaan dasar tetapi ia tidak berjaya.

Oleh itu, kerajaan China telah mengambil alternatif baru dengan menggabungkan
peranan kerajaan dengan peranan sukarela penduduk awam. Pimpinan kerajaan bermakna
kerajaan pusat dan tempatan menetapkan dasar dan peraturan undang-undang kawalan
peningkatan penduduk, meningkatkan kualiti dan memperbaiki struktur penduduk dan
rancangan peningkatan penduduk makro, menyediakan perkhidmatan seperti tanya
jawab, pimpinan dan teknologi dalam bidang penjagaan kesihatan pembiakan,
pencegahan kehamilan dan melahirkan anak yang sihat kepada semua suami isteri.
Manakala sukarela penduduk awam bermakna suami isteri dengan mematuhi dasar dan

24
peraturan undang-undang kerajaan berkaitan, menghamirkan dan melahirkan anak
dengan bertanggungjawab dan perancangan, mencegah kehamilan dengan cara yang
sesuai berdasarkan umur, kesihatan, kerja dan keadaan ekonomi keluarga mereka.

Pelaksanaan dasar baru iaitu Dasar Satu Keluarga Satu Anak, kerajaan telah
menetapkan bahawa dalam satu keluarga hanya seorang anak sahaja yang dibenarkan dan
mengikut kouta kependudukan. Kelebihan akan diberikan kepada anak tersebut
terutamanya dalam aspek kemudahan pendidikan sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi, pengeculian cukai pendapatan dan beberapa kelebihan lain yang diberikan.
Namun, apabila pasangan suami isteri mempunyai seorang lagi anak maka, anak kedua
dalam keluarga tersebut tidak lagi mendapatkan kelebihan dan keistimewaan seperti anak
yang pertama.

6.3 Dasar Kependudukan di Singapura


Singapura telah lama dikenali sebagai sebuah negara yang menggunakan Dasar
Sosial untuk mempengaruhi kesuburan penduduknya. Ini bermula pada akhir tahun 1970-
an sehingga sekarang. Walaupun peralihan demografi kependudukan telah berubah
daripada anti-natalis kepada pro-natalis. Polisi kependudukan di Singapura bermula pada
tahun 1984, iaitu berlaku perubahan pertama kepada dasar antinatalis , selepas Mantan
Pertama Menteri Lee Kuan Yew yang berpendapat bahawa Singapura perlu mengubah
kembali tatarajah demografi kependudukan negara tersebut.

Hal ini, merujuk apabila tahap kesuburan penduduk di Singapura mengalami


perubahan yang mendadak pada pertengahan dekad menyebabkan kerajaan Singapura
telah berusaha untuk memperkenalkan dasar baru bagi mengimbangi peralihan demografi
penduduk di Singapura ini. Dalam pelaksanaan dasar dan polisi kependudukan di
Singapura terdapat tiga aliran perubahan polisi kependudukan bagi mengimbangi jumlah
penduduk dan keperluan sumber. Salah satu daripada tahap perubahan iaitu pada tahun
1984 yang juag merupakan tahun pertama kerajaan menggubal dan melaksanakan polisi
kependudukan. Pada tahun tersebut, permulaan pengenalan polisi kependudukan dengan

25
member kelebihan kepada ibu yang berpendidikan tinggi iaitu, memperkenalkan Skim
Ibu Pascasarjana dengan member bantuan kepada anak-anak sehingga anak yang ketiga.

Namun, perubahan pembentukan polisi kependudukan telah berlaku pada tahun


berikutnya iaitu, pada tahu 1987 sehingga tahun 2000. Kerajaan telah memperkenalkan
insentif baru bagi menggalakan pertumbuhan penduduk di Singapura iaitu dengan
memberi Subsidi Penjagaan Anak. Subsidi ini sebenarnya diberikan kepada ibu yang
bekerja untuk ketiga-tiga orang anaknya secara serentak. Namun, bagi anak-anak yang
berumur enam tahun ke bawah akan ditempatkan di Pusat Penjagaan Anak-anak iaitu
mereka diberi kemudahan pendidikan yang lebih awal melalui Program Prasekolah.
Penempatan pusat penjagaan ini adalah berhampiran dengan pejabat atau tempat
golongan ibu-ibu yang bekerja hal ini, memudahkan para ibu mengetahui perkembagaan
anak-anak mereka.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2001, telah berlaku beberapa perubahan


terhadap polisi kependudukan di Singapura ekoran daripada peralihan dan perubahan
zaman dari semasa ke semasa mengikut keperluan baru. Pada tahun 2001, saranan
kerajaan untuk membayar gaji kepada ibu-ibu bekerja yang melahirkan anak. Kerajaan
telah menghadkan cuti bersalin bagi kaum ibu adalah selama 8 minggu cuti hamil bergaji
sehingga anak yang ketiga. Sebenarnya, perubahan polisi kependudukan ini telah menarik
minat para ibu untuk melahirkan anak yang lebih ramai. Walaupun pelaksanaan dasar ini
belum Berjaya sepenuhnya tetapi ianya sekarang berada di tahap yang lebih baik apabila
berlaku peralihan rajah demografi kependudukannya.

26
7.0 KESAN POLISI KEPENDUDUKAN

7.1 KESAN POLISI KEPENDUDUKAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, kerajaan telah mengamalkan satu program ataupun polisi bagi


menambahkan kadar kelahiran di Malaysia. Kadar kelahiran dijangka akan bertambah
sesuai dengan dasar kependudukan yang diperkenalkan oleh pemimpin masyarakat iaitu
dasar kependudukan 70 juta menjelang tahun 2100. Tetapi, nampaknya peluang untuk
dasar kerajaan ini berjaya adalah terlalu mustahil. Hal ini dilihat daripada jadual yang
telah dikeluarkan oleh jabatan perangkaan tersebut. Mengikut jadual tersebut, jumlah
tahap kesuburan wanita ataupun perempuan telah menurun daripada 3.8 bagi setiap
wanita dalam tahun 1981 pada 3.6 dalam tahun 1990. Manakala pertumbuhan penduduk
Negara pula mencatatkan penambahan daripada 13.8 juta dalam tahun 1980 kepada 17.8
juta pada tahun 1990. Walaubagaimanapun, kadar kesuburan antara semua etnik terbesar
iaitu melayu, cina dan india adalah berbeza antara satu sama lain.
JADUAL 3
Jumlah kadar kesuburan orang melayu ialah 4.3 peratus.
Tahun Jumlah Kadar Kesuburan Pertumbuhan Penduduk
(Juta)
1990 3.6 17.6
2000 3.5 22.3

27
2010 3.3 27.7
2020 3.1 33.6
2030 2.9 39.8
2040 2.7 46.0
2050 2.5 51.9
2060 2.3 57.5
2070 2.05 62.1
2080 2.05 65.8
2090 2.05 68.7
2100 2.05 70.8

Daripada jadual itu dapat menunjukkan kepada kita semua bahawa kemungkinan
untuk mencapai hasrat tersebut adalah terlalu sukar. Ini kerana dengan peredaran dunia
yang semakin maju ini, masyarakat tidak lagi mampu untuk menyahut seruan kerajaan
tersebut. Malah mereka menganggap saranan daripada kerajaan akan member kesan
kepada keadaan mereka pada masa akan datang.

Banyak faktor yang membolehkan keadaan dan polisi kerajan ini tidak berjaya
antaranya ialah tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tahap kesedaran yang rendah ini bermakna masyarakat tidak memandang kesan positif
yang lahir apabila mempunyai anak yang ramai nanti. Bagi masyarkat Malaysia mereka
memandang mempunyai anak ramai akan menyulitkan pergerakan dan akan menghalang
setiap aktiviti seharian yang rutin. Tahap kesedaran ini juga merangkumi pemahaman dan
penyampaian terhadap perkara ini. Biasanya golongan yang tinggal di desa ini tidak
mendapat pendedahan yang tinggi terhadap benda ini dan menyebabkan mereka sudah
pandai dalam merancang keluarga mereka.

Manakala faktor kedua yang mencetuskan kepada keadaan ini ialah kos sara
hidup yang tinggi. Perkara ini merupakan satu benda yang tidak boleh dipandang ringan
oleh kerajaan sekiranya kerajaan mahu hasratnya tercapai dan sekaligus nama Malaysia
akan terkenal di merata tempat. Kos hidup ini memang meningkat dari masa ke masa.
Perkara ini dibuktikan apabila setiap kali masyarakat menyelak keratin akhbar maka akan
kelihatan keratan-keratan yang menjelaskan rungutan rakyat berkaitan dengan harga
barang pada masa sekarang ini. Kenaikan harga yang tinggi ini menyebabvkan kos untuk

28
menampung seorang anak pada masa sekarang ialah Rm 500 sebulan. Rm 500 itu untuk
seorang anak, bayangkan sekiranya mereka mempunyai tiga orang anak maka mereka
terpaksa menangung RM 1500 sebulan. Jumlah itu terlalu besar kepada keluarga yang
mempunyai pendapatan yang rendah.

Manakala faktor yang ketiga yang turut menyumbang kepada kurangnya


keberjayaan dalam program ini ialah sifat wanita itu sendiri. Jika dilihat sifat wanita dari
hari ke hari makin berubah dan mementingkan kerjaya berbanding dengan institusi
keluarga. Apabila sentiasa mementingkan pekerjaan mereka akan lambat berfikir untuk
berkahwin dan sekiranya mereka berkahwin pada umur yang lambat maka tahap
kesuburan mereka akan menurun dan kadar untuk melahirkan anak akan menurun. Tahap
kesuburan ini tinggi ketika wanita berumur 15 tahun- 25 tahun. Selepas daripada umur
ini, kadar kesuburan ataupun fertility ini akan menurun.

Selain itu, gaya hidup yang kurang sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia
turut menjadi punca kepada kegagalan polisi yang diperkenalkan di Malaysia ini. Antara
contoh gaya yang kurang sihat yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia ini ialah
hubungan seks sebelum kahwin. Jadi, semasa membuat hubungan ini mereka hanya
mementingkan kenikmatan dunia sahaja berbanding melahirkan anak dan sekiranya
mereka mengandung mereka akan mengugurkan anak tersebut. Ekoran itu, tahap
kesuburan bagi wanita yang melakukan hubugan yang luar nikah ini juga turut menurun
melalui hubungan tersebut. Selain itu, pengamalan makanan yang berlemak dan juga
merokok ini juga turut mempengaruhi kesuburan ini. Bagi lelaki yang merokok maka
tahap kesuburan sperma mereka adalah lemah berbanding dengan orang yang tidak
merokok.

7.2 KESAN POLISI DI NEGARA CHINA ( DASAR SATU KELUARGA SATU


ANAK)

29
Polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan Negara China ialah dasar satu keluarga satu anak
dan nampaknya dasar yang diperkenalkan oleh Negara china ini berjaya. Hal ini dilihat di
negeri-negeri besar di China iaitu Shanghai dan Beijing telah mengalami pertumbuhan
penduduk sifar. Polisi ini mencapai kejayaan kerana didorong oleh faktor- faktor yang
kuat.

Faktor pertama yang mendorong kepada keberjayaan dasar yang diperkenalkan


oleh Negara China ini. Di China ini pemerintah memainkan peranan yang cukup penting
kerana dengan ketegasan dan juga peranan pemerintah ini lah polisi ini dapat dicapai
dengan jayanya. Antara perkara yang dilakukan oleh kerajaan bagi membolehkan
program ini berjaya ialah dengan memberi keistimewaan kepada keluarga tersebut.
Antara kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ialah sebidang tanah secara percuma
dan manakala kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada keluarga yang
mempunyai seorang anak pula lebih murah berbanding dengan keluarga yang mempunya
anak yang ramai. Manakala langkah kedua yang dilakukan oleh kerajaan ialah memberi
kemudahan dan juga keistimewaan kepada anak pertama dalam setiap keluarga. Antara
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pada masa itu ialah peluang melanjutkan
pelajaran yang lebih tinggi dan juga kemudahan pekerjaan. Sekiranya dalam keluarga
tersebut mempunyai dua orang anak maka anak kedua tidak akan mendapat keistimewaan
tersebut. Ketegasan kerajaan seperti ini lah yang mendorong kepada keberjayaan program
ini.

Manakala usia perkahwinan juga turut menjadi faktor dalam keberjayaan hasil
program ini. Usia perkahwinan ini dapat dilihat iaitu wanita di Bandar telah digalakkan
untuk berkahwin pada umur 25 ke atas manakala perempuan yang tinggal di luar Bandar
pula kahwin pada umur 23 tahun. Kadar umur ini telah ditetapkan kerana kerajaan
menyedari sekiranya perempuan di China kahwin awal maka kadar fertility itu tinggi dan
menjurus kepada kelahiran anak yang ramai dan sekaligus mengagalkan program
perancangan keluaga di China ini. Maka, dengan sebab itulah kerajaan menghadkan had

30
umur kahwin dan nampaknya usaha ini mampu mendatangkan kejayaan kepada program
ini.
Selain itu, dengan pemberian alat pencegahan kehamilan secara percuma juga
mampu menjayakan program ini. Ini bermakna rakyat boleh mendapatkan alatan
pencegahan kehamilan ini secara percuma. Perkara ini mampu membuahkan hasil kerana
semua orang mampu untuk mendapatkan barangan ini dan seterusnya mengamalkannya
bagi mengelakkan berlakunya kelahiran yang banyak. Sepatutnya langkah ataupun faktor
ini mampu diikuti oleh semua Negara bagi membolehkan tahap pertumbuhan sifar yang
diinginkan tercapai.

Keadaan Negara semasa dasar atau polisi ini diperkenalkan ini juga mampu untuk
memberi impak kepada rakyat dan juga kerajaan sekaligus. Hal ini adalah kerana, pada
zaman program ini diperkenalkan Negara China mengalami masalah lebihan penduduk
dan memaksa pemimpin pada masa ini memikirkan langkah yang patut diambil. Maka,
pada masa itu sekiranya tindakan tidak diambil maka kerajaan China akan mengalami
kebuluran kerana makanan tidak mencukupi untuk menampung semua penduduk Negara
China pada waktu itu. Satu lagi perkara yang turut membolehkan program ini berjaya
ialah kekurangan tanah untuk didiami. Krisis berkaitan tanah ini juga boleh menyebabkan
kerajaan ataupun rakyat merempat di Negara sendiri. Hasil daripada semua ini telah
menyebabkan semua rakyat China mula sedar dan sekaligus mengawal kadar kelahiran
dan juga kesuburan. Ini penting bagi membolehkan program ini berjaya.

7.3 KESAN DI NEGARA MAJU (SWEDEN, NORWAY DAN SWITZERLAND)

Di Negara maju seperti ini juga turut membuat program perancangan keluarga kerana
Negara mereka tidak lagi mampu untuk menampung lebihan penduduk. Program
perancngan keluarga yang diamalkan di Negara maju ini mencapai kejayaan yang
memang cemerlang. Program perancangan keluarga ini berjaya apabila pada tahun 1970-
an Negara ini telah mengalami pertumbuhan penduduk sifar. Antara perkara yang

31
dilakukan ialah kempen perancangan keluarga iaitu melalui pengunaan kondom, pil
perangcang dan juga lain-lain.

Program ini dikatakan berjaya kerana mempunyai pelbagai faktor yang menjadi
pendorong kuat kepada keberjayaan program ini. Faktor pertama yang menjadi
pemangkin ini ialah taraf pendidikan yang semakin tinggi. Di negara maju ini,
masyarakat saling berkejar untuk mendapatkan taraf pendidikan yang tinggi dan
sekaligus kerja yang mampu menjamin kehidupan mereka di Negara tersebut. Oleh
kerana golongan wanita dan juga lelaki terlalu obsess kepada pekerjaan maka potensi
untuk mereka berkahwin adalah terlalu sedikit dan sekiranya ianya berkahwin mereka
akan mengamalkan perancangan keluarga. Hal ini adalah kerana mereka tidak dapat
memberi komitmen dan perhatian yang lebih kepada anak- anak. Hal ini disebabkan
kerana mereka tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak dan bagi mereka masa
mereka hanyalah untuk pekerjaan mereka.

Masyarakat yang lebih terbuka juga mendorong kepada keberjayaan program ini.
Hal ini adalah kerana dengan perhatian dan kerjasama masyarakat Negara ini lah yang
akan menyumbang kepada keberjayaan program ini. Masyarakat di Negara maju telah
menerima semua cadangan dan saranan kerajaan kerana bagi mereka perkara yang
dilakukan oleh kerajaaan itu bersesuaian kepada mereka. Mereka tidak akan sesekali
membantah setiap saranan kerajaan. Hal ini juga didorong oleh mentaliti yang tinggi
dalam masyarakat mereka. Mereka ini juga tidak terkongkong dalam adat seperti
masarakat di Negara yang kurang membangun.

Faktor peningkatan kos sara hidup ini juga turut menyebabkan program yang
dibuat oleh negara maju ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada
masyarakat negara ini. Dengan peningkatan kos sara hidup ini, masyarakat mula
memikirkan keadaan yang menimpa sekiranya mereka mempunyai anak yang ramai.
Sekiranya mereka mempunyai anak yang ramai maka mereka akan menangung jumlah
yang besar untuk membesarkan anak tersebut.

32
Faktor keempat yang turut menyebabkan program ini berjaya diamalkan di
Negara maju ini ialah gaya kehidupan yang bebas. Dengan gaya hidup yang sebegini
mereka tidak akan mahu berkahwin kerana melalui perkahwinan, tahap kebebasan
mereka akan menjadi terhad. Keadaan ini menjadi terhad kerana mereka mesti
menghabiskan sebahagian masa untuk bersama keluarga dan sekiranya mereka tidak
berkahwin maka mereka mempunyai banyak masa lapang dan boleh ke mana sahaja.
Perkara ini lah yang mendorong masyarakat di Negara maju tidak membina institusi
keluarga dan ini sekaligus menyebabkan program ini mencapai kejayaan.
7.4 KESAN NEGARA SEDANG MEMBANGUN (INDONESIA DAN FILIPINA)

Negara yang sedang membangun ini juga mengamalkan program perancangan keluarga
bagi mengurangkan jumlah penduduk di Negara tersebut. Pencapaian untuk program di
Negara sedang membangun ini tidak berjaya. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor.

Faktor pertama yang menjadi asas kepada kegagalan program ini ialah tahap
pendidikan yang rendah. Seperti yang kita tahu di Negara maju ramai orang yang
mengalami buta huruf. Keadaan buta huruf ini menyebabkan masyarakat tidak menyedari
perkara yang berlaku di Negara dan sekaligus menyebabkan mereka tidak mengambil
berat terhadap perkara yang dijalankan oleh Negara mereka tersebut. Selain itu juga, buta
huruf ini juga menyebabkan kegagalan program ini iaitu apabila orang ramai
menyalahgunakan alat perancang kehamilan. Kalau menggunakan pun, mungkin tidak
akan berkesan kerana mereka tidak mematuhi cara-cara yang ditulis sebelum
mengguunakan alatan tersebut. Antara alatan dan ubatan yang diperkenalkan pada
program perancangan keluarga tersebut ialah kondom, pil pencegah kehamilan, teknik
AUD, mengikat salur peranakan dan lain-lain

Kongkongan adat dan agama juga turut menjadi faktor kepada kegagalan program
ini. Pada masa ini orang Indonesia dan Thailand berpegang teguh kepada agama islam
dan agama islam pula mengalakan anak ramai. Jadi daripada sebab itu masyarakat tidak
mahu mengikut saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan tersebut. Selain itu juga, faktor

33
tenaga kerja juga turut menjadi faktor kepada kegagalan program ini. Bagi masyarakat
Indonesia mereka lebih suka menggunakan tenaga kerja anaknya daripada menggaji
pekerja lain. Bagi mereka, sekiranya mereka mengunakan anak sendiri maka mereka
tidak perlu menanggung kos gaji seperti menggaji orang lain. Jadi, mereka memerlukan
anak yang ramai bagi mengerjakan sawah dan juga ladang yang ada.

Faktor terakhir yang menyebabkan kegagalan program ini ialah status quo. Status
quo ini ialah pandangan masyarakat terhadap keluarga tersebtu. Jika di Indonesia, status
masyarakat akan dipandang tinggi sekiranya mereka mempunyai anak yang ramai.
Perkara ini juga telah menyebabkan rakyat Indonesia berlumba-lumba untuk
mendapatkan anak yang ramai supaya mereka dipandang tinggi dalam masyarakat

8.0 KESIMPULAN

Pertumbuhan penduduk sesebuah negara dipengaruhi oleh banyaknya kelahiran bayi pada
setiap tahun. Kadar kelahiran bayi yang berlaku perlu diimbangi dengan peningkatan
kemudahan awam dan perkembangan ekonomi. Ketidakseimbangan antara kadar
kelahiran dengan kemudahan awam dan perkembangan ekonomi boleh mengganggu
kerukunan hidup negara.

Selain itu, peralihan demografi adalah satu perubahan yang berlaku pada sesuatu
populasi atau jumlah penduduk yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Proses
peralihan demografi menunjukkan perkembangan penduduk sama ada mempunyai
pertambahan atau berkurangan. Terdapat empat fasa utama dalam peralihan demografi
iaitu fasa pertama, kadar kelahiran dan kematian yang tinggi namun kadar pertumbuhan
semula jadi rendah, kurangnya perancangan keluarga dan kehidupan keluarga bersifat
tradisional. Fasa kedua pula ialah kadar kelahiran dan kematian menurun iaitu berlaku
perubahan populasi seiring pembangunan akonomi, peningkatan taraf kesihatan dan
makanan. Seterusnya ialah fasa ketiga iaitu kadar kelahiran dan kematian rendah iaitu
negara yang mempunyai ekonomi stabil dan maju.

34
Bilangan penduduk yang banyak semata-mata tidak dapat menunjukkan sama ada
sesebuah negara mempunyai penduduk optimum. Kepadatan penduduk yang tertentu
mungkin terlalu besar untuk negara tertentu tetapi besar bagi negara lain. Terdapat
sesetengah kawasan atau negara yang sangat tinggi kepadatan penduduknya tetapi
merupakan antara negara yang maju ekonominya.

http://www.scribd.com/doc/16107437/Presentation-Isu-an-Penduduk-Kump-1

35