Anda di halaman 1dari 19

c http://blogs.udm.edu.

my/drkuzaki/2008/04/28/fitrah-manusia-beragama/

 

c





Di dalam Islam, fitrah merupakan satu kejadian yang diciptakan Allah taala kepada
setiap yang dilahirkan sejak dari dalam rahim ibunya lagi. Menurut G   ,
istilah fitrah ditakrifkan sebagai satu sifat semulajadi atau bakat pembawaan and juga
sebagai perasaan keagamaan. Ringkasnya, fitrah ialah satu sifat semulajadi yang
berupa dorongan dan pembawaan yang ada pada setiap manusia sejak dilahirkan ke
dunia ini. Sifat ini bagaimanapun boleh berubah dan diubah melalui corak asuhan,
tahap pendidikan dan pengalaman hidup.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya: Setiap bayi itu
dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka lantaran ibu bapanyalah, anak itu
menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat Bukhari)


c :http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/kejadian-manusia-adam-
menurut.html


 
 

Kejadian manusia pertama yang dihuraikan di dalam Pentateuch adalah amat ringkas.
Kebanyakan huraian terdapat di dalam Kitab Genesis iaitu di dalam chapter 1 ± 2. Jika
dirujuk secara teliti di dalam Kitab Genesis didapati manusia bukan cipataan Tuhan
yang pertama. Secara umum proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di
dalam Kitab Genesis merangkumi 6 hari.

Setiap hari terdapat ciptaan yang dijadikan oleh Tuhan sepertimana pada hari pertama
siang mendahulu ciptaan-ciptaan yang lain. Manakala pada hari kedua Ia menciptakan
air dan tumbuhan diciptakan pada hari ketiga. Selain itu matahari, bulan dan bintang
turut diciptakan pada hari tersebut. Seterusnya pada hari keempat diciptakan makhluk-
makhluk di daratan dan juga makhluk di lautan. Manakala pada hari kelima binatang
berkepak pula dicipta sebagai makhluk di angkasa .

Maka pada hari keenam bermula penciptaan manusia sebagaimana yang diungkapkan
di dalam Genesis ( 1:26):³ The God said, ³Let Us make humankind in our image,
occording to our likeness and let them have dominion over the fish of the seaand over
the birds of the air and over the cattle and over all the wild animals of the earth and over
every creeping things that creeps upon earth´

Penulis melihat bahawa tidak terdapat banyak ayat atau ungkapan di dalam Kitab
Genesis yang menghuraikan secara terperinci berkenaan proses penciptaan manusia
pertama. Didapati hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis (2 : 7).
Walaubagaimanapun penulis melihat ayat tersebut dapat dibahagikan huraiannya
kepada dua aspek iaitu darisegi fizikal dan spiritual. Maka dalam huraian seterusnya
penulis akan menumpukan perbincangan kepada dua aspek tersebut.

!"#$"

Kitab Suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama
yang dicipatakan oleh Tuhan adalah daripada debu tanah. Sebagaimana yang
diungkapkan di dalam Genesis ( 2:7 ):³ then the LORD God formed man from the dust
of the ground...´ Dengan jelas pada pandangan penulis fakta kejadian manusia
daripada tanah ini harus dipegang oleh penganut Kristian. Walaubagaimanapun
terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan berkenaan fakta tanah ini. Di dalam
Evolution and Theology terdapat ahli agama yang menafsirkan penciptaan manusia
daripada tanah itu harus difahami dalam bentuk metafora semata-mata dan bukan
dalam bentuk tanah yang sebenar.

Ini adalah kerana dari segi pandangan kasar tidak mungkin tanah akan dapat
membentuk sehingga menjadi manusia yang lengkap seperti pembentukan Adam.
Selain itu mereka juga berpendapat bahawa jika ia berlaku, maka akan wujud proses-
proses pembentukan tanah sehingga lengkap menjadi seorang manusia. Tetapi pada
hakikatnya mereka tidak dapat menghuraikan pandangan tersebut dan bagaimanakah
proses-proses pembentukan itu berlaku. Pada pandangan mereka, dalam hal ini
seharusnya kepatuhan untuk menerima sebarang huraian daripada Kitab Suci iaitu
Bibile harus diutamakan .

Penulis juga menemui bahawa ada terdapat huraian lain berkenaan persoalan tanah
atau dust sebagaimana yang diungkapkan oleh Bibile. Di antaranya sebagaimana
huraian di dalam Creation Revealed karangan Fredk A. Filby, perkataan tanah atau
dust adalah dirujuk kepada particles atau butir-butir . Selain itu ia juga telah rujuk
kepada unsur atom . Pada pandangan penulis huraian ini adalah mengambil kira aspek
atom di mana dari segi fizikalnya terdiri daripada unsur-unsur yang kecil sepertimana
unsur yang terdapat di dalam debu tanah. Dengan melihat kepada huraian dan sumber
yang terhad dan masa yang terbatas penulis dapati bahawa tidak terdapat huraian yang
kukuh atau tepat tentang penciptaan manusia pertama iaitu Adam, begitu juga
mengenai proses-proses pembentukannya.

Ini dikuatkan lagi dengan hujah yang dikemukakan di dalam buku I Belileve in the
Creator karangan James M. Houstan yang mengatakan bahawa kejadian manusia dari
segi fizikal tidak banyak dihuraikan di dalam Old Testament mahupun New Testament.
Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat seorang pun yang
menghuraikan dengan kapasiti yang tepat berkenaan asal-usul manusia sepertimana
penciptaan Adam.

G  
  
 

Penulis telah menegaskan sebelum ini bahawa hanya terdapat satu ayat sahaja yang
menghuraikan kejadian manusia pertama iaitu Adam di dalam Genesis. Bahagian
pertama ayat tersebut telah dikategorikan sebagai huraian kepada pembentukan
manusia secara fizikal. Manakala sebahagian yang lain telah menghuraikan dari aspek
spiritual. Sebagaimana yang diungkap di dalam Genesis ( 2: 7 ):³...and breathed into his
nostril the breath of life; and the man became a living being.´

Dengan melihat kepada ungkapan di atas penulis mendapati terdapat dua komponen
utama dalam penyempurnaan penciptaan manusia, iaitu nostril mewakili badan atau
body dan breath of life mewakil roh atau spirit. Penjelasan ini amat ketara sebagaimana
huraian yang terdapat di dalam The Nature and Destiny of Man . Dengan meneliti ayat
di atas penulis tidak jelas dan tidak pasti sama ada ayat tersebut merupakan huraian
kepada proses terakhir penciptaan manusia atau sebaliknya. Ia amat berbeza
sebagaimana huraian yang dijelaskan dalam pendangan Islam terhadap peniupan roh
ke dalam jasad Adam.

Berdasarkan huraian dalam Islam sebagaimana huraian di perigkat peniupan roh


bahawa, pada peringkat ini adalah peringkat terakhir kejadian penciptaan Adam. Di
dalam menafsir ayat di atas didapati bahawa terdapat unsur anthropomorphic . Di
dalam The Genesis Record didapati seakan-akan Tuhan mempunyai pipi sehingga
dapat mengembungkannya dan seterusnya meniupkan roh (breath of life) ke dalam
jasad Adam melalui lubang hidung (nostril ). Ini menunjukkan bahawa Tuhan
mempunyai jasad sepertimana manusia.Berkenaan dengan jangkamasa penciptaan
manusia pertama iaitu Adam, Genesis memaparkan bahawa proses ini hanya berlaku
dalam tempoh masa yang singkat iaitu satu hari.

Ini dapat dirujuk kepada Genesis ( 1:27 ). Penciptaan ini terjadi pada hari keenam
sebelum Tuhan beristirehat pada hari seterusnya. Walaubagaimanapun al-Quran
memaparkan bahawa proses penciptaan manusia mengambil masa yang panjang.
Persamaan dan perbezaan al-Quran dan Pentetuech dalam penciptaan manusia
pertamaDalam perbincangnan sebelum ini dengan jelas didapati bahawa terdapat
hanya satu persamaaan di antara al-Quran dan Pentatuech dalam penciptaan
manusia.

Kedua-duanya menyatakan penciptaan manusia adalah daripada tanah.


Walaubagaimanapun dalam perbincangan al-Quran unsur tanah ini mempunyai
falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya sebagaimana yang dihuraikan sebelum ini
manusia dicipta oleh Allah S.W.T daripada tanah dan ia akan kembali ke tanah selepas
mati. Selain itu Ibn Kathir menyatakan unsur tanah ini adalah bermaksud tetap
pendirian dan ia juga adalah alternatif Allah ke atas zat tanah yang pada dasarnya
tanah mempunyai manfaat dan lebih baik daripada unsur lain yang wujud seperti api
dan sebagainya .
Di dalam Evolution and Theologi, St. Augustine menerangkan bahawa perbincangan
penciptaan manusia adalah suatu yang tidak memberi manfaat. Ini adalah kerana
mereka lebih mengutamakan persoalan dari aspek Theologi yang membicarakan
persoalan manusia dengan Tuhannya . Manakala dari segi perbezaan, penulis
mendapati terdapat beberapa perbezaan yang amat ketara. Di antaranya berkenaan
proses keseluruhan penciptaan manusia. Di dalam al-Quran proses penciptaan
manusia ini dihurai dengan cara yang tersusun dan mempunyai peringkat-peringkat
tertentu. Dengan ini ia akan lebih mudah difahami dan diyakini.

Manakala huraian yang terdapat di dalam Pentatuech agak ringkas dengan


penggunaan satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis ( 2:7 ). Pada pandangan penulis ia
sukar difahami dengan jelas bukan sahaja kepada penganut agama lain malah
penganut agama Kristian sendiri termasuk ahli-ahli Theologi mereka. Selain itu ia juga
akan mengundang salah interpretasi terutama dalam persoalan unsur tanah.
Perbezaan seterusnya adalah berkenaan dengan tempoh masa kejadian manusia.
Walaupun masih belum dapat memastikan tempoh masa sebenar penciptaan manusia
di dalam al-Quran disebabkan masa yang terhad, tetapi yang pasti tempohnya
mengambil masa yang panjang iaitu 40 tahun sebagaimana yang diterangkan sebelum
ini. Ini adalah berdasarkan huraian di peringkat sebelum peniupan roh ke dalam jasad
Adam sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn µAbbas dengan merujuk kepada kalimah
³έϩ Ωϝ΍ ´ yang membawa maksud waktu daripada masa.

Manakala di dalam Genesis dengan jelas menunjukkan penciptaan manusia ini hanya
mengambil masa yang singkat iaitu selama satu hari sahaja iaitu pada hari keenam. Ini
dengan merujuk kepada Genesis ( 1: 27-31 ). Penulis melihat bahawa adalah benar jika
untuk mengatakan bahawa perbincangan mengenai penciptaan manusia di dalam
Bibble bukan suatu yang penting dan utama bagi masyarakat Kristian. Ini adalah kerana
ia tidak termasuk salah satu doktrin agama Kristian seperti Konsep Triniti, Dosa
Warisan, Salvation dan beberapa yang lain. Dalam Islam walaupun ia bukan termasuk
dalam perbincangan doktrin utama sekalipun, tetapi persoalan ini bersangkut paut
dengan kepercayaan dan keimanan terhadap kekuasaan Allah yang berkuasa untuk
menentukan apa sahaja yang diinginiNya.
c : http:// falsafahkejadianman.blogspot.com/search/label/1.Pengenalan

‘ ‘‘ ‘G
  ‘ 

Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam
a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur
jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi
keturunan Adam a.s pula bermula daripada  .   bermaksud percantuman air
mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di
mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat
memasuki ke dalam ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai  
.

Setelah berlakunya proses  ,    pula akan terbentuk.    juga dikenali


sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim
wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya    akan membentuk pula
sepotong daging iaitu . Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-
temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai  .    ialah daging-daging
yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah
terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang
diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada
di dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh
akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya
sehinggalah berlakunya kelahiran
 #%"%


Ahli falsafah barat menganggap fitrah kejadian manusia berasaskan 3 konsep iaitu :
-semulajadi berdosa, tabula rasa , ³innate goodness´

Pada kurun ke pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan.
Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersih mereka daripada
dosa tersebut.

Pada kurun ke 17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak
diibaratkan seperti ³Blank blanket´ keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.
Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep ³innate
goodness´. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan yang sedia baik.

%"
° 



Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan untuk melengkapi kehidupan di muka
bumi ini. Manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kehidupan lain
kerana manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk berfikir dan bertanggungjawab
untuk mentadbir alam ini. Manusia terdiri daripada tiga unsur, antaranya ialah: 
    . Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda,
biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya otak yang dapat berfikir dengan baik,
manusia menjadi pemimpin di kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi.
Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh manusia serta bahagian lain
yang zahir/dapat dilihat dan dipegang secara langsung. Manakala komponen roh(hani)
pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat diperhatikan secara zahir/fizikal yang
kekal ada dalam setiap manusia. Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari
sistem kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk menilai dan bertindak
secara logik/rasional. Terdapat dua teori yang membincangkan falsafah kejadian
manusia. Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori evolusi Darwin dari
Barat. Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan dengan
falsafah kejadian manusia. Teori mengikut agama Islam telah dijelaskan di atas.
Seterusnya pula kita bincangkan teori evolusi Darwin dari Barat.
Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin. Charles Darwin adalah
dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda
teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga
menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia. Teori evolusi ini ditunjang oleh
bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan menyakinkan. Bukti berupa fosil adalah
makhluk yang berupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa
evolusi demikian pernah terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil,
Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera
dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia
ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang
diperlukan untuk melengkapi teori Darwin.

Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia
disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia
manakala erectus bermaksud berdiri.). Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti
manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia
kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia
itu marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan
teori Darwin.
&"&
'(

Dalam surah Az-Zumar ayat 6 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

³Dia menjadikan kamu dalam rahim ibu kamu. Kejadian demi kejadian dalam tiga
kegelapan´.
Ahli sains sebenarnya tidak mengetahui bila manusia mengetahui tentang proses
perkembangan manusia dalam uterus(rahim) ibu, tetapi rajah pertama yang
menunjukkan fetus berada dalam uterus telah dilukis oleh Leonardo da Vinci pada
kurun ke-15. Pada kurun ke-2 Masehi, seorang ahli sains Yunani bernama Gelen
mengatakan bahawa plasenta dan membran janin dalam bukunya berjudul ³On The
Formation of the Foetus´.

Sehubungan dengan itu, ahli perubatan pada kurun ke-7 berkemungkinan besar
mengetahui bahawa embrio manusia terbentuk dalam uterus. Tetapi tidak mungkin
mereka mengetahui bahawa embrio terbentuk secara berperingkat, walaupun Aristotle
telah mengatakan bahawa embrio ayam terbentuk secara berperingkat pada kurun ke-
4. Kesedaran bahawa embrio manusia terbentuk secara berperingkat tidak pernah
dibincangkan sehingga kurun ke -15 Masehi. Dalam surah Az-Zumah ayat 6 ³tiga
kegelapan´ mungkin merujuk kepada: dinding uterus, dinding anterior abdomen, dan
dinding amniochorionic.
³Dan kami letakkannya dalam tempat yang kukuh´

Pernyataan dalam surah Al-Mu¶minun ayat 13, titisan atau nutfah yang dimaksudkan
sebagai sperma, tetapi tafsiran yang lebih bermakna ialah zigot yang membahagi untuk
membentuk blastosis yang menempel pada dinding uterus(tempat rehat). Tafsiran ini
diperkuatkan lagi oleh ayat dalam Al-Quran ³Manusia dicipta daripada titisan yang
bercampur.´

³Dan kami jadikan air mani tersebut segumpal darah´

Pernyataan dalam surah 23;14. Perkataan µalaqah¶ merujuk kepada pacat. Perkataan
ini merupakan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan bentuk embrio manusia
pada hari yang ke 7 hingga ke 24 ketika ia bergantung kepada edometrium uterus.
Embrio pada hari ke 23 hingga ke 24 menyerupa seekor pacat.

³Lalu alaqah tersebut kami jadikan mudighah´

Kenyataan ini juga terdapat dalam surah 23;14. Perkataan arab bagi µmudighah¶
bermaksud bahan yang dikunyah atau benda yang dikunyah. Pada akhir minggu ke 4,
embrio manusia kelihatan seakan-akan daging yang . Bentuk seperti kunyahan
adalah disebabkan oleh somites yang menyerupai bekas gigitan gigi. Somites
merupakan permulaan pembentukan tulang belakang.

³Dan dari mudighah itu kami jadikan tulang. Dan tulang tersebut kami bungkus dengan
daging.´ Sambungan surah Al-Mu¶minun ayat 14 menunjukkan bahawa daripada benda
yang dikunyah tersebut membentuk tulang. Ini sebenarnya selaras dengan
perkembangan embriologi. Mulanya tulang membentuk tulang rawan (cartilage) dan
kemudian otot (daging) terbentuk daripadanya mesoderma somatik.

³Kemudian kami jadikan makhluk (yang berbentuk) lain´

Pernyataan dalam surah Al-Mu¶minun ayat 14 mengatakan bahawa tulang dan otot
melahirkan makhluk lain. Ini mungkin merujuk kepada embrio berbentuk manusia yang
terbentuk pada minggu ke 8. Pada masa itu, ia mempunyai sifat-sifat khusus manusia
dan mempunyai semua bakal organ dalaman dan luaran. Selepas 8 bulan ianya
dinamakan fetus.
³Dia menjadikan bagimu pendengaran , penglihatan, dan hati´

Surah As-Sajadah ayat 9 menunjukkan bahawa organ deria tertentu seperti


pendengaran, penglihatan dan perasaan terbentuk. Alat pendengaran terbentuk
sebelum terbentuknya alat penglihatan dan otak.

³Kemudian dari mudighah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna
kejadiannya.´ Surah Al-Hajj ayat 5 menunjukkan bahawa embrio mengandungi tisu
yang telah mengalami proses pembezaan dan yang belum berlaku proses pembezaan.
Umpamanya apabila tulang rawan telah mengalami proses pembezaan, tetapi tisu
sambungan embrio yang berada di sekitarnya belum lagi mengalami perbezaan. Tisu-
tisu ini kemudiannya membeza menjadi otot dan ligamen yang berpaut pada tulang.

%" 

   ‘    G!  " !  !#    ‘G $‘

Adam a.s dipilih oleh Allah S.W.T sebagai khalifah di bumi untuk menjadi pengurus dan
pengatur kehidupan manusia di bumi berdasarkan syariat dan peraturan Allah S.W.T
bersesuaian dengan matlamat penciptaannya iaitu mengabdikan diri kepada Allah
S.W.T.

Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T berasaskan perancangan yang sungguh unik,
istimewa dan teratur. Beliau dibekalkan pelbagai keistimewaan seperti tenaga,
perasaan, fikiran, ilmu pengetahuan dan lain-lain lagi untuk melayakkan dirinya sebagai
hamba dan khalifahNya di atas muka bumi ini. Peranan sebagai hamba dan khlaifah di
atas bumi adalah satu tugas yang amat berat dan tidak sanggup dipikul oleh makhluk-
makhluk lain tetapi hanya sanggup dipikul oleh manusia sahaja kerana manusia
dikurniakan dengan akal fikiran

å  å  G  #  ‘ 

‡ Manusia mempunyai kesempurnaan kejadian.


‡ Manusia mempunyai unsur jasmani dan rohani.
‡ Manusia mempunyai akal fikiran dan nafsu.
‡ Manusia adalah khalifah Allah S.W.T di bumi.
‡ Manusia menikmati kemudahan alam tabii

c http://fkejadianmanusia.blogspot.com/

 #c)!"# 

PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA

Buku ³The Developing Human´ (Makna: ³Manusia Yang Berkembang´-pent.) ditulis oleh
Profesor Keith Moore telah diterjemahkan ke lapan bahasa. Buku ini dianggap sebagai
satu rujukan saintifik dan dipilih oleh satu jawatankuasa khas di Amerika Utara sebagai
buku terbaik yang ditulis seorang penulis. Kami bertemu dengan penulisnya dan
membentangkan kepadanya beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan
dengan bidang kepakaraannya dalam kajian embrio.
Profesor Moore yakin dengan bukti-bukti yang kami tunjukkan. Justeru, kami
tanyakannya soalan berikut: ³Tuan menyatakan di dalam buku tuan bahawa ketika
Zaman Pertengahan (µMiddle Ages¶) tiada perkembangan di dalam pengkajian sains
embrio dan hanya sedikit ilmu tentangnya ujud ketika itu. Pada masa itulah Al-Quran
diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda s.a.w. memimpin manusia
berdasarkan apa yang Allah s.w.t wahyukan kepadanya. Terdapat di dalam Al-Quran
penerangan terperinci mengenai penciptaan manusia dan peringkat-peringkat
perkembangan manusia. Tuan seorang ahli sains yang terkenal di seluruh dunia. Jadi
mengapa tuan tidak berlaku adil dan menyatakan kebenaran ini di dalam buku tuan?

Beliau menjawab: Anda ada buktinya dan saya tiada. Jadi, mengapa anda tidak
mebentangkan bukti-bukti itu kepada kami?

Kami bentangkan kepadanya fakta-fakta (dari Al-Quran dan Hadis) itu dan Profesor
Moore terbukti sebagai seorang ahli ilmu yang hebat. Di dalam edisi ketiga bukunya,
beliau membuat beberapa perubahan. Buku ini telah diterjemahkan ke lapan bahasa,
termasuklah Bahasa Rusia, Cina, Jepun, Jerman, Itali, Pertugis, dan Yoguslavia. Buku
ini telah diedarkan keseluruh dunia dan dibaca oleh kebanyakan ahli-ahli sains
terkemuka dunia.

Profesor Moore menulis di dalam bukunya mengenai Zaman Pertengahan:


Perkembangan sains amat perlahan ketika Zaman Pertengahan, dan ada beberapa
kajian penting mengenai embrio dibuat di zaman itu yang kita ketahui. Ada disebut di
dalam Al-Quran, kitab suci orang Islam, bahawa manusia terbentuk hasil dari
percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Beberapa ayat memperkatakan tentang
penciptaan manusia dari setitik air mani, dan ada juga ayat yang menyatakan bahawa
µmakhlukµ yang tehasil dari percantuman itu akan hidup seperti µbenih¶ di dalam tubuh
wanita enam hari selepas kemudian. (µBlastocyst¶ manusia mula hidup selepas 6 hari
percantuman antara benih lelaki dan telur wanita. Rujuk Gambarajah 4.1)

Al-Quran juga menyebut bahawa air mani bertukar menjadi seketul darah beku.
(µBlastocyst¶ yang hidup atau yang keguguran berbentuk seperti darah beku). Selain
dari itu, menurut Al-Quran embrio juga dinyatakan berbentuk seperti lintah. Embrio
sememangnya berbentuk seperti seekor lintah. Embrio juga disamakan bentuknya
dengan sesuatu yang dimamah- seperti µgum¶ atau kayu. (µSomites¶ memang nampak
seolah-olah sesuatu yang ada kesan gigi akibat dimamah- Tengok gambarajah 4.2).

Embrio yang sedang membesar disifatkan sebagai manusia ketika berumur 40 hingga
42 hari. Ketika itu embrio manusia tidak lagi berbentuk seperti embrio binatang. (Rujuk
Gambarajah 4.3) (Embrio manusia mula mempunyai ciri-ciri kemanusiaan pada
peringkat ini). Al-Quran juga menyatakan bahawa embrio membesar di dalam tiga
keadaan atau dinding yang gelap. Ini mungkin merujuk kepada (1) dinding perut ibu (2)
dinding µuterine¶, dan (3) µamniochorionic membrane¶ (rujuk Gambarajah 4.4.). Ruangan
yang terhad tidak membenarkan perbincangan lanjut mengenai banyak lagi ayat-ayat
Al-Quran yang memperkatakan tentang perkembangan bayi di dalam kandungan.

Itulah kenyataan Dr. Moore di dalam bukunya yang telahpun didearkan ke seluruh
dunia, segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t.. Penemuan sains telah menyebabkan
Profesor Moore merasa bertanggungjawab untuk menulis perkara-perkara tersebut di
dalam bukunya. Beliau kemudiannya berkesimpulan bahawa pengkelasan moden
mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio, yang dipakai di seluruh dunia,
susah untuk digunakan dan tidak lengkap. Ia tidak menyumbang kearah usaha
memahami peringkat-peringkat perkembangan embrio kerana ianya dikelaskan
berdasarkan nombor, iaitu peringkat 1, 2, 3, dan seterusnya. Pengkelasan yang Al-
Quran nyatakan pula tidak bergantung kepada system nombor. Sebaliknya ianya
berdasarkan kepada keadaan embrio yang senang dicamkan atau bentuk embrio ketika
itu.

Al-Quran mengenalpasti peringkat-peringkat perkembangan kandungan seperti berikut:


Nutfah yang bermakna ³satu titisan´ atau ³sedikit jumlah air´; µalaqah yang bermaksud
³satu makhluk yang berbentuk seperti lintah´; mudghah yang bermakna ³sesuatu yang
kelihatan seperti dimamah´; µidhaam yang bermakna ³tulang´ atau ³skeleton´; kisaa ul
idham bil-laham yang bermakna pembungkusan tulang dengan daging atau otot, dan
al-nash¶a yang bermakna ³pembentukan janin yang boleh dicamkan´. Profesor Mooree
menyedari bahawa pengkelasan oleh Al-Quran ini berdasarkan kepada peringkat-
peringkat kandungan bayi yang berbeza. Beliau mengakui bahawa cara pengkelasan ini
memberikan satu pengenalan saintifk yang canggih dan ianya lengkap dan senang
digunakan.

Di dalam satu persidangan yang dihadirinya, Profesor Moore berkata begini:

Embrio berkembang di dalam rahim ibu atau µuterus¶ dengan dilindungi oleh tiga lapisan
pelindung seperti yang ditunjukkan di dalam µslide¶ yang berikutnya [µSlide¶ tidak
ditunjukkan-pent] (A) ialah dinding perut µanterior (B) dinding µuterine¶ dan (C)
µamniochorionic membrane (Rujuk Gambarajah 4.5) Perubahan proses yang berterusan
menyebabkan pemeringkatan embrio manusia amat kompleks. Justeru, dicadangkan
satu sistem pengkelasan yang baru diperkenalkan dengan menggunakan perkataan-
perkataan yang digunakan di dalam Al-Quran dan Hadis. Sistem yang dicadangkan ini
amat mudah, menyeluruh, dan menepati fakta-fakta terkini mengenai kajian embrio.

Kajian mendalam mengenai Al-Quran dan Hadis sejak empat tahun yang lalu telah
memberitahu kita tentang satu sistem untuk mengkelaskan embrio manusia yang amat
menakjubkan disebabkan ianya di¶catat¶kan pada abad ke-7 Masehi. Walaupun
Aristotle, pengasas kajian sains embrio, menyedari tentang embrio ayam yang
berkembang berperingkat-peringkat melalui kajiannya terhadap telur ayam pada abad
ke-4 Sebelum-Masehi, dia tidak mencatatkan dengan terperinci mengenai peringkat-
peringkat perkembangan itu. Justeru, tidak munasabah untuk dikatakan huraian Al-
Quran mengenai embrio manusia berdasarkan kajian sains ketika abad ke-7 itu. Apa
yang munasabah hanyalah hakikat bahawa penerangan itu diwahyukan kepada sendiri
oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak mungkin tahu mengenai
fakta-fakta itu kerana baginda seorang yang tidak tahu membaca dan tidak pernah
mengikuti sebarang kursus berkaitan sains.

Kami memberitahu Dr. Moore, µApa yang tuan kata itu benar, tetapi ia masih pincang
berbanding banyak lagi ayat-ayat berkaitan kajian embrio dari Al-Quran dan Hadis yang
telah kami bentangkan kepada tuan itu. Jadi, mengapa tuan tidak berlaku adil dan
bentangkan keseluruhan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang membincangkan bidang
kepakaran tuan itu?´.

Profesor Moore menegaskan beliau telah pun memasukkan rujukan yang sesuai di
dalam buku saintifik yang khusus. Walaubagaimanapun, beliau mengajak kami
menambah di dalam bukunya mana-mana ayat Al-Quran dan Hadis yang berkenaan,
dan menerangkan tentang aspek keajaiban ayat-ayat itu. Kami lakukan yang demikian
dan kemudiannya Profesor Moore menulis mukadimah kepada tambahan bercorak
Islamik ini dan hasilnya seperti yang anda saksikan sekarang. Di setiap mukasurat yang
mengandungi fakta mengenai kajian sains embrio, kami catatkan juga ayat-ayat Al-
Quran dan hadis yang berkaitan. Apa yang kita saksikan hari ini ialah Islam sedang
mara ke dunia baru di dalam satu kelompok manusia yang adil dan berfikran terbuka


p
p
p
!"#



 cc )

c

Pada abad ke-19,   G  dan    % menyatakan teori kabut atau teori
nebula tentang alam semesta. Teorinya disempurnakan oleh  # %& (1944)
dan ' G (1951) menjadi teori kondensasi. Menurut teori ini, &   
       $   &     &    (       
     G      &       
    &    (       &  ( 
% &           $  
  &  &     &       ( 
   Menurut teori ini, )  (        &&    )

Konsep tentang kejadian bumi dan manusia menurut $    agak unik. Di
alam semesta ini bukan hanya ada bumi ini. Telah banyak bumi yang muncul dan
hancur (kiamat). Manusia yang muncul pertama kali di bumi kita ini tidak seorang, tetapi
banyak, dan mereka muncul bukan kerana kemahuan satu makhluk tertentu.
Di dalam        &      &   & , dapat dibaca bahawa
bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap gelita. Makhluk-makhluk pun tidak
dibezakan lelaki atau perempuan. Namun, mereka memiliki tubuh yang bercahaya dan
hidup melayang-layang di angkasa. Setelah waktu lama sekali, tanah dengan sarinya
muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi. Makhluk-makhluk yang
serakah mulai mencicipi tanah itu, dan tergiur akan sari tersebut. Makhluk-makhluk
yang lain juga mengikuti. Akibat kelakuannya itu, maka cahaya tubuh mereka lenyap,
dan tampaklah matahari, bulan, bintang, dan konstelasi-konstelasi. Setelah masa yang
lama sekali, tubuh mereka memadat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang
buruk sesuai dengan takaran mereka makan sari tanah. Mereka yang indah
memandang rendah yang bentuk tubuhnya jelek. Lama kelamaan sari tanah pun lenyap
dan muncullah tumbuhan dari tanah. Sementara mereka sombong dan congkak,
tumbuhan ini lenyap dan muncul tumbuhan menjalar, dan demikian seterusnya setelah
tumbuhan menjalar lenyap, muncullah tanaman padi. Setelah waktu yang lama sesuai
dengan takaran mereka makan, maka tubuh mereka lebih memadat dan perbezaan
bentuknya tampak lebih jelas.

 #! 
  c*


Orang Islam meyakini rukun iman yang enam, umatnya mengakui bahwa Al Qur¶an
adalah satu-satunya literatur yang paling benar dan bersifat global bagi ilmu
pengetahuan.

!

Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan


manusia. Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah
daripada tanah ( turab ).

Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada
beberapa ayat yang bersesuaian.

è
è
  
  °
Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan
debu tanah. Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn)
yang bersih dan amat sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada
penciptaan manusia. Ini menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui
proses penyaringan dan bukan daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia
pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah
S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan juga adalah kebesaran Allah S.W.T
dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.

Manakala  %$%  menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan:
54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang
dipanggil secara %%% sebagai  . Oleh itu beliau melihat saripati
tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain
yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam
penciptaan manusia.

G è
  °   
Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana diketahui
tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. menghuraikan bahawa
pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu sama lain.
Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .Pada peringkat ini 
 juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama iaitu yang
dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah
liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun
sehingga sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

G è
  °

Mengikut tafsiran % $%  **** ***** diertikan sebagai lumpur atau
tanah berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang
berubah-ubah yang berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah
disebabkan proses penyebatian di anatara tanah dan air telah berlaku.

G   è
  °G
 
Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu
έ ΍Υϑϝ ΍ ΍ϙ yang membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini
dari aspek fizikalnya manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam
keadaan yang keras. + !   , menerangkan bahawa dengan fizikal yang
keras, ia dapat mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang
di udara seperti suara besi yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan
bahawa masa untuk Adam menjadi lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada
peringkat ini juga ianya dilihat sebagai peringkat terakhir penciptaan manusia dari
aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal sebagaimana yang diterangkan
sebelum ini.

G è
  è  
Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam)
dari aspek spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi
satu lembaga. Di dalam kitab Qisās al-Ambiyā¶ penerangan tentang proses penciptaan
manusia yang seterusnya dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T
meniup roh ke dalam diri Adam melalui kepala dan selepas itu malaikat dengan
perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah iaitu (Ωϡ Ρϝ΍ ϩ ϝϝ ) lalu dia
menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat melihat denga
jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke
bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki,
maka Adam segera ingin menjankau buah tersebut.

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada
huraian di atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam
syurga maka boleh dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia
pertama(Adam) adalah berlaku di dalam syurga. Ini adalah bertepatan dengan
pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma¶wa iaitu tempat kediaman
kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .
Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses
penyempurnaan penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang
suka melaksanakan sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan
sesuatu itu dalam kadar yang segera. Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini
sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah
S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan manusia pertama yang dipaparkan di
dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat kronologi.